Wednesday 18 July 2018

NENEK TUA

18.7.2018
Assalamualaikum...

Tajuk : Nenek tua

Sebenar-benarnya hamba Allah ini dah lama beritahu pokcik perihal masalahnya. Ingat tak pokcik pernah bagitahu seorang hamba Allah yang mengalami masalah tidak boleh membuang air besar.. Pokcik tanya, sudah lama mana masalah ini berlaku... Dia memberitahu bahawa sudah hampir setahun dia terpaksa menelan ubat untuk buang air besar... Kalau dia tak makan ubat berkenaan, dia tidak boleh membuang air besar. Selain ini lubang duburnya akan berasa sangat sakit seperti sembelit...

Dia kemudiannya menunjukkan kepada pokcik ubat yang dimakan olehnya... Kalau tak makan, tak boleh nak berak katanya... Huhuhuhuhu.. Dia pun menekan perutnya.. Keras katanya. Tak apa laa pokcik cakap... Semalam kebetulan pokcik free, walaupun tak berapa sihat daripada selsema namun kasihan pulak. Maklumlah sudah terlalu lama dia minta pokcik usahakan..

Kali ini pokcik usahakan di dalam bilik di kedai sahabat pokcik. Turut bersama ialah isteri pokcik, isteri sahabat pokcik serta anaknya. Oleh sebab masalah berkaitan dengan bahagian perut maka pokcik terpaksa meminta dia berbaring. Dia menurut sahaja.. Dadanya mula berdebar-debar dan dia mula kelihatan gelisah.. Katanya dia juga berasa nak menangis. Dia kemudiannya ketawa tetapi pokcik nampak bahawa ketawanya dibuat-buat...

Dia kemudiannya memicit perutnya sendiri. Sakit atau sebagainya pokcik tak tanya. Pokcik terus ikhtiarkan pagar kan dia.. Alhamdulillah selesai sahaja pagarkannya seizinNya, pokcik tanya apa yang dia rasakan ketika itu.. Katanya seperti ada tulang yang melekat dalam lehernya tetapi tidak lepas.. Dia cuba mengeluarkan tapi pokcik meminta dia bertenang.. Kemungkinan besar, jin itu ingin lari tetapi tidak lepas dan tersangkut pada bahagian lehernya. Wallahuaklam...

Tanpa melengahkan masa pokcik terus hembus pada bahagian perutnya. Dia memegang perutnya dengan kuat seperti menahan kesakitan.. Dia masih boleh bertahan.. Tidak lama kemudian, dia pun terbatuk-batuk. Dia akhirnya muntah... Entah tak terbilang banyaknya berapa kali dia muntah.  Sahabat pokcik menyediakan plastik. Setelah itu dia diam dan akhirnya dia menangis. Sayu sangat suaranya diikuti dengan sendu sedan yang amat menyayat hati...

Sebenar-benarnya selepas pokcik ikhtiar pagarkan itu pokcik dah scan mohong-mohong. Saka.. Perkataan itu terpacul keluar dari mulut pokcik.. Isteri sahabat pokcik tanya, saka dari mana? Pokcik diam dan terus ikhtiar. Alhamdulillah akhirnya dia menunjukkan diri juga.. Kini pokcik berasa pokcik bukan lagi berhadapan dengan anak dara tetapi seorang perempuan yang sangat tua.. Mukanya tidak laa begitu hodoh daripada kerlingan pokcik pada wajah si sakit. Mukanya biasa sahaja tetapi terlalu tua....

Si sakit yang menangis pokcik biarkan dan tidak memujuknya. Tak guna memujuk hantu. Tiada manfaat... Kali ini pokcik doakan agar dibakar jin itu. Alhamdulillah dia mula teresak-esak namun tidak melawan.. Setelah itu barulah pokcik niatkan tarik gangguan yang sudah lama bersarang dalam perutnya. Setelah itu barulah pokcik ikhtiarkan keluarkan yang tersekat pada bahagian tengkuknya itu. Alhamdulillah lepas dan selesa semula dia menelan air liur... Tiada lagi lekat pada bahagian itu...

Namun begitu si sakit mula memegang kepalanya.. Dia menangis lagi kerana sakit.. Nampaknya pokcik hanya berjaya keluarkan dari tekaknya namun tak menarik buang habis gangguan itu... Oleh sebab tiada lagi kaitan dengan bahagian perut maka pokcik memintanya agar duduk. Dengan susah payah dia bangun. Dia memegang kepalanya yang terasa amat sakit sambil menangis. Dia juga menolak-nolak tudungnya sambil memicit kepalanya. Sabar, kata pokcik. Dia hanya menundukkan kepala sambil menangis. Kali ini pokcik karate mohong-mohong jin tu dan kurungkannya.

Alhamdulillah kepala dan belakang lehernya hilang serta merta kesakitan seizin Allah. Dia berasa sangat letih.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.. Pokcik pun keluar dari bilik dan diikuti oleh isteri pokcik. Setelah meneguk minuman, si sakit pun datang. Katanya dia berasa sangat letih dan tidak bermaya. Pokcik menegaskan kepadanya bahawa saka itu sudah terlalu lama berada dengannya. Pokcik pun bertanya, adakah dia tak pernah berubat sebelum itu. Takkan hanya bergantung dengan ubat farmasi sahaja..

Pokcik juga bertanya, adakah dia tidak tahu akan kehadiran saka itu. Dia kata dia tahu. Ramai perawat sudah memberitahunya perihal saka itu.. Dia pernah pergi berubat sehingga ke negeri Perak. Pokcik tanya mendengar kali ini apa yang ingin diceritakan olehnya. Dia diminta mandi tujuh jenis bunga. Mandi limau, dan macam-macam cara lagi.. Macam-macam jenis perawat dah dia jumpa. Namun, ada dalam kalangan perawat yang merawatnya mengatakan ada saka nenek tua padanya. Saka keturunan, kata perawat tu.. Salah seorang dari perawat itu memberitahunya bahawa saka itu tidak boleh dibuang kerana dah lama berada dengannya.. Ada juga perawat yang memintanya agar menerima saka itu. Saka baik katanya dan menjaga dia...

Pelik juga pokcik apabila ada jenis perawat yang suruh pesakit terima saka. Bagi pokcik kalau tak boleh usahakan, minta pesakit cari perawat lain bukannya menyuruh mereka menerima saka... Dia pun menyambung lagi ceritanya.. Katanya sebelum-sebelum ini dia tak pernah berasa apa selepas berubat. Biasa sahaja. Keadaan ini pokcik faham kerana saka akan lari sebaik sahaja tiba di rumah perawat. Pokcik pun bukannya reti sangat pun tapinya pokcik lebih suka ikhtiarkan pagar pesakit dahulu sebelum usahakan mereka...

Banyak lagi yang diceritakan kepada pokcik. Sememangnya begitulah. Apabila banyak tempat yang kita cuba ikhtiar maka sudah tentu pelbagai ragam perawat yang akan kita jumpa. Jadinya pokcik tak nak ceritakan kaedah atau cara yang dilakukan oleh perawat yang merawatnya sebelum-sebelum itu. Itu kaedah mereka dan kita kena pegang erat-erat bahawa manusia hanya usaha dan Allah Yang Menyembuhkannya... Alhamdulillah bicara kami berakhir di situ...

Petang tadi pokcik berjumpa dengannya. Dari jauh dia menyapa pokcik dengan cerita. Alhamdulillah dah boleh berak katanya.. Pagi tadi dia tak perlu makan ubat. Lama dah dia tak merasa buang air besar macam tu. Dia nak cerita dia berak dengan banyaklah tu. Alhamdulillah dia juga dah boleh tidur awal. Dah banyak tidur, payah pulak nak bangun, katanya. Sebelum-sebelum ini memang dia tidak boleh tidur dan amat susah untuk memejamkan mata. Kalau tidur, dia selalu akan bermimpi seorang nenek tua datang. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan pokcik dan pesakit..

Nikmat kesihatan dan kesembuhan milik Allah.. Jadinya bersyukur laa sekiranya Allah dah menyembuhkan. Sepatutnya kita hargai dan kalau selama ini jauh daripadaNya maka dekatkan diri secara perlahan-lahan tetapi pasti. Akhir kata nasihat pokcik padanya. Jangan makan ubat berkenaan lagi dah. Kalau sudah setahun, sudah banyak bahan kimia yang masuk ke dalam badannya dan boleh merosakkan ususnya. Dia diam sahaja dan sesekali menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih kepada pokcik. Pokcik tanya ikhtiarkan tak ada apa kuasa pun. Sekadar usaha semampu pokcik sahaja. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan..

Moga berjumpa lagi. In shaa Allah. Salam hormat semua..

Santaiiiiiiii....

MENURUN

17.7.2018
Assalamualaikum..

Menurun

Apabila kita cerita bab menurun kita boleh agak dah.. Mesti ada kaitan dengan jin.. Ada menurun untuk mendapatkan nombor ekor dan ada bomoh menurun kononnya dimasuki oleh wali, panglima dan sebagainya.. Yang sebetulnya tetapkan jin....

Teringat pokcik suatu masa dahulu kala.. Lama berzaman dah cerita ini. Masa itu pokcik menyewa di sebuah rumah di Panching Kuantan. Jiran pokcik bernama Mak Wan. Dia tinggal bersama cucunya. Ketika itu muda lagi cucunya. Kini dah kahwin dan dah beranak pinak... Selalu juga Mak Wan datang bertandang ke rumah. Maklumlah orang tua. Walaupun sudah tua dia masih bekerja.. Dia bekerja di sebuah estet...

Walaupun nampak tua, dia mampu berjalan kaki menuju ke estet tempat kerjanya... Suatu malam anak buah pokcik datang bermalam di rumah pokcik..  Elok maghrib tiba-tiba baby menangis.. Adoiiiiiiiiii laa. Apahal pulak kali ni. Mak Wan datang.. Katanya pii panggil Pak Leman  (nama samaran). Elok pokcik nak panggil tiba-tiba terasa ada sesuatu di atas belakang pokcik seperti nak menghalang. Masa tu nak karate pun tak tahu sangat. Silap karate, makan diri... Hahahhahhahha..

Apabila Pak Leman sampai, baby masih menangis. Tiba-tiba, Pak Leman memanggil baby suruh datang kepadanya. Mari kat atok katanya.. Terkejut pokcik.. Baby merangkak dan pergi ke arah Pak Leman.. Mari duduk atas riba atok, katanya lagi.. Baby terus naik dan duduk di atas paha Pak Leman.. Dah jangan menangis, atok dah halau dia pergi.. Jahat tu, kata Pak Leman.. Terus baby berhenti menangis dan tidak lagi melihat ke atas syiling.

Biasalah. Maghrib katanya katanya lagi.. Setelah dihidangkan air, Pak Leman terus meminta diri. Dia tak nak duit yang dihulurkan. Setahu pokcik dan kalau tak salah pokcik, Pak Leman juga merupakan seorang guru silat. Setelah Pak Leman balik, alhamdulillah baby tidur dengan nyenyaknya sehinggalah ke pagi esok.. Hari-hari yang berikutnya tiada lagi berlaku kejadian yang tak diingini.. Semuanya berjalan seperti biasa...

Suatu hari, mak Wan datang bertandang lagi. Kali ini berkisar tentang anak cucunya. Katanya si anaknya Zali (bukan nama sebenar) suka sangat menurun nombor ekor. Tapinya nak dijadikan cerita, pada suatu malam di pergi ke suatu jirat cina.. Dia kali ni bertekad nak dapatkan nombor ekor baik punyaaaaa. Dengar kata ada satu jirat laa kononnya yang jadi tumpuan para kaki nombor ekor.. Lama dia di situ. Dia memuja dan menyeru di jirat cina itu. Tiba-tiba dia melihat satu lembaga duduk bercangkung di jirat itu.. Badannya busuk dan dipenuhi kudis buta...

Terkejut dia melihat hantu cina tu.. Kebetulan dia dengar sebelum itu cina itu mati dan badannya dipenuhi kudis buta.. Dia dapat jugalah nombor sebabnya hantu cina tu tanya.. Jawab jugaklah dalam terketar-ketar. Hihihihihi.. Dia balik dan demam selama beberapa hari.. Sempat jugalah rasanya dia membeli nombor.. Tapinya macam biasalah. Memang tak kena. Hahhahahhahha. Setelah itu badannya mula ditumbuhi dengan kudis buta seperti hantu cina itu.. Setelah puas berubat di beberapa tempat akhirnya perlahan-lahan kudis butanya hilang.. Entah insaf entah tidak sekarang ni pokcik tak tahu.. Tak nak buat sebarang spekulasi takut jadi fitnah..

Kini pokcik berpindah ke rumah sendiri. Lama tak dengar cerita tentang menurun ni tapinya pokcik banyak keluar ke Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu dan sebagainya.. Keluar jalan-jalan.. Bukannya buat apa pun.. Suatu hari kawan orang rumah pokcik ajak orang rumah pokcik menemaninya pergi berubat. Katanya dia ada masalah dengan suaminya. Pokcik mengizinkan orang rumah pokcik pergi bersamanya.. Kali ini mereka pergi ke Pantai Sepat Kuantan untuk berubat...

Pokcik tak nak ambil tahu perihal tempat kawannya pergi berubat itu. Pokcik pun tak nak tanya jenis perubatan yang dibuat. Biarlah. Namun, apabila orang rumah pokcik balik ke rumah, dia bercerita tentang rawatan yang dijalankan. Katanya perawat itu menggunakan perantaraan. Dengan kata lain orang itu menggunakan kaedah menurun. Hihihihihi. Macam menarik pulak pokcik dengar.. Pokcik pun mula pasang telinga....

Mulanya apabila mereka tiba, mereka disambut oleh seorang lelaki yang agak berusia. Katanya klinik belum buka lagi.. Lebih kurang macam tu laa perbualannya.. Kemudian si pesakit dipersilakan duduk di hadapannya.. Si sakit bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Kemudiannya lelaki itu membacakan Fatihah dan beberapa ayat lagi.. Setelah itu dia membakar kemenyan.. Asap naik berkepul-kepul... Semerbak laa rumahnya berbau kemenyan, kan.....

Setelah perasap lebih kurang tiba-tiba suaranya berubah.... Dia kini menjadi budak lelaki. Namanya Awang. Tudia jadi Awang pulak. Suara Awang perlahan sahaja. Lembut. Cakap budak kecil, kan.. Takkan kasar pulak... Awang beritahu ada pakaiannya dah hilang diambil oleh emak mertuanya. Emak mertuanya kenakan dia sebab nak pisahkan anak lelakinya dengan si sakit. Tudia aih Awang pun. Ganaih sangat.. Kini dia meminta dibawakan pakaiannya sebagai syarat untuk memulihkan sihir yang dikenakan..

Setelah itu lelaki itu pun sedar apabila si Awang meminta mengundurkan diri. Macam biasalah.. Apabila dah sedar, barulah si bomoh tanya apa yang dikatakan oleh si Awang.. Pesakit pun berceritalah dari A to Z. Setelah salam kokot maka baliklah si sakit bersama orang rumah pokcik. Setelah beberapa hari, waktu yang dijanjikan oleh mereka telah tiba. Kali ini dia nak bawa pokcik pergi sekali. Hahahahhaha.. Pokcik memang nak tengok laa kan.. Maklumlah, orang rumah pokcik dah bagi gambaran tentang cara pengubatan si bomoh itu kepada pokcik sebelum ini...

Akhirnya kami pun pergilah ke rumah yang berkenaan.. Kami bertolak selepas Maghrib ke sana kalau tak salah pokcik. Pokcik tengok sendiri apa yang berlaku.. Semua kaedah yang dilakukan itu sama seperti yang diceritakan oleh orang rumah pokcik sebelum ini. Setelah baju, kain dan beberapa barangan lain berada di hadapan si bomoh barulah upacara memanggil si Awang dilakukan.. Sebaik sahaja si bomoh berubah menjadi Awang barulah dia menjampi, meludah dan sebagainya pakaian tersebut.. Si Awang berpesan agar baju itu dihanyutkan ke laut....

Setelah berpesan, si bomoh pun tersedarlah. Macam biasalah, apabila sedar si bomoh akan bertanya apa yang disuruh oleh si Awang. Si pesakit sekali lagi akan bercerita dari A to Z apa yang berlaku.. Selesailah upacara pada malam itu dan kami memohon diri untuk pulang. Sepatutnya si sakit sendiri yang perlu melontar baju itu tetapi dia berasa takut. Jadinya dia meminta pokcik tolong buangkan. Tak apa laa.. Pokcik bersetuju. Apalah sangat nak buang baju dan pakaian. Bukannya berat pun. Hahahhahhahha...

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di bawah jambatan Tanjung Lumpur.. Jambatan Tanjung Lumpur menjadi saksi laa kononnya, pokcik buang baju dan pakaian si sakit.. Hahahhaha. Tak ada apa berlaku sebaik sahaja pokcik buang ke laut.. Tapinya kalau nak buat video, pokcik akan letakkan kabait dalam plastik tu.. Barulah real nampak asap naik. Silap-silap berlaku letupan lagi. Kakakkakkakakka... Gurau-gurau... Hihihihihi. Jangan marah aaa...

Setelah itu kami pun pulang ke rumah masing-masing. Agak-agak, adakah hubungan mereka suami isteri menjadi semakin baik? Jawapannya tidak. Si pesakit semakin menderita. Kalau dahulu, hubungannya dan suaminya sahaja yang retak, kini dia sering sakit-sakit.. Banyak jugaklah tempat dia usaha tetapi masih tidak menemui jalan penyudah. Akhirnya disebabkan terlalu kasihan melihat keadaannya dan anak-anak semakin tidak terurus, orang rumah pokcik mencadangkan agar dia meminta pokcik tolong ikhtiarkan..

Seingat pokcik, ada dua kali dia datang ke rumah. Kedua-duanya berkaitan dengan sakit tubuhnya dan dia begitu tidak tenteram. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Sampai sekarang pokcik tak dengar lagi kisah dia disihir oleh ibu mertuanya sebagaimana yang diceritakan dahulu sehinggakan rumahtangga mereka menjadi seperti retak menunggu pecah.. Alhamdulillah, lama dah dia tak datang ke rumah selepas itu.. Pokcik doakan dia dan suaminya kembali baik dan tidak lagi menaruh syak kepada si ibu mertua. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga peroleh manfaat. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya...

Moga berjumpa lagi.. Wallahuaklam.. Salam hormat.. Santaiiiiiiiii.....

Tuesday 17 July 2018

JULIANA










30.6.2018

Santai pagi..

Kes Juliana Watiey

Seperti yang telah pokcik janjikan maka pokcik akan kongsikan perihal kes malam tadi yang melibatkan seorang lagi ahli group kita.. Maaf kerana pada kali ini pokcik tidak crop kerana sahabat semua sudah tahu siapa yang telah pokcik usahakan berdasarkan perbualan kami dalam group...

Nampaknya kali ini juga berkaitan sihir sehinggakan melibatkan masalah fizikal. Sepertimana yang pokcik beritahu dalam posting-posting sebelum ini sekiranya masalah terlalu lama, dengan kata lain jin yang menghuni dengan kita terlalu lama maka sudah tentu akan mendatangkan kesan terhadap fizikal..

Akan tetapi, dalam kes ini si Juliana bukannya berdiam diri sahaja. Ribuan ringgit dan pelbagai perawat beliau usahakan namun masih tidak berjodoh. Ujian Allah sebenarnya itu bagi menguji keimanan kita dan mungkin juga ingin menaikkan maqam kita dan tidak lupa juga kifarah atas dosa-dosa kita agar kita kembali kepadaNya.

Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada malam tadi. Kasihan juga pokcik padanya. Betul apa yang dikatakan oleh perawat sebelum-sebelum ini kepadanya. Tahap gangguannya sudah berada pada tahap yang terlalu teruk... Namun begitu, kita kena pegang bahawa Allah Berkuasa atas Segalanya. Tiada Mustahil bagiNya.. Jadinya pokcik memohon kepada Allah agar Allah menyembuhkannya. Memang si Juliana penat laa. Kalau gangguan biasa sahaja, kebiasaannya si pesakit akan berasa segar seizinNya sekiranya tiada gangguan. Namun, kalau dah lama bersarang maka kesan pada fizikal setelah ketiadaan mereka, memang akan dirasai..

Apa pun, pokcik nak ucapkan jutaan terima kasih atas doa semua sahabat yang tidak jemu untuk mendoakan sahabat kita sebelum setiap ikhtiar dilakukan. Moga sahabat semua juga mendapat doa daripada para malaikat atas doa yang diberikan. Alhamdulillah juga doa sahabat, in shaa Allah diangkat dan diaaminkan oleh para malaikat dan mempermudah urusan si sakit... Sekian buat kali ini. Moga berjumpa lagi..

Walllahuaklam.. Salam hormat..
Santaiiiii...










TAK MAHU MENGUCAP











25.6.2018


Tidak mahu mengucap

Kes baru sahaja dalam pukul 12.40 tadi. Kes dari mana pun pokcik tak tahu sebabnya lupa pulak pokcik nak tanya...

Ni kes jiwa kosong.. Selalu menyendiri dan akhirnya diambil kesempatan oleh jin yang mengaku Islam. Namanya Azmi kononnya.. Walaupun jin Islam tetapi kalau dah nak ambil tahu perihal manusia pokcik beranggapan jin itu jin fasiq...

Jadinya, ibu bapa haruslah tekankan bab rohani agar jiwa mereka tidak kosong.. Apabila ada sedikit benteng, in shaa Allah PAYAH SIKIT jin nak mencelah biarpun bukannya mustahil...

Tak apalah.. Sekadar ingatan bersama sebabnya pokcik pun bukannya orang yang alim nak nasihatkan orang lain bagai. Cuma ingatan untuk pokcik juga agar lebih istiqomah kerana tiada daya upaya kita melainkan hanya Allah yang Berkuasa dan memberikan rahmat dan ehsanNya atas usaha kita..

Baru nak terlelap tadi dalam stor forklift.. Tak apalah no.. Sesekali maiii kes kecemasan. Layannnnnnnnnn...

Santaiiiiii...

















Sunday 15 July 2018

HARIMAU











14.7.2018


Kisah ini pernah pokcik kongsikan semasa pokcik menggunakan nama lama iaitu Gorgon Mystic di sebuah group mistik dahulu.. Masa tu pokcik rajin jugalah kongsikan tapinya macam biasalah, kalau kita kongsikan kadang kala akan timbul macam-macam telahan.. Nak kata orang yang dok cakap macam-macam tu buat posting, tak juga.. Mungkin depa ada tauliah mengondem orang saja kot.. Hahhahahahhaa. Jangan marah..

Kali ini destinasi pokcik adalah di Gunung Dato, Negeri Sembilan. Pokcik diberitahu bahawa di situ merupakan perkampungan bunian terbesar yang meliputi segitiga seperti Bermuda.. Salah satunya ialah Pulau Besar. Jadinya kunjungan kali ini semata-mata nak pastikan kesohehan cerita itu.. Pokcik membawa orang rumah pokcik kali ini. Ada sahabat dari KL, Melaka, dan Negeri Sembilan turut serta.. Kali ini kami pergi ke situ berlapan.. Orang rumah pokcik, pokcik tinggalkan di rumah sahabat di Negeri Sembilan...

Setelah berkumpul di sebuah kedai yang dijanjikan pokcik menghantar orang rumah pokcik ke rumah sahabat.. Sahabat inilah yang arrange aktiviti pada kali ini... Setelah semuanya sesudah selesai kami terus bertolak ke Gunung Dato.. Setibanya di sana, ada satu kumpulan lain sedang mengadakan kem. Entah kem apa, pokcik dan para sahabat tak bertanya laa pulak.. Tak ada kepentingan...

Kami terus mengumpulkan semua barangan yang telah dibawa di sebuah gazebo.. Antara peralatan yang dibawa ialah lilin, minyak wangi, bunga pelbagai jenis, kain kuning  dan setanggi.   Kami bahagikan beberapa orang di beberapa tempat.. Tak ada laa duduk ramai-ramai dalam satu-satu kawasan. Dok ramai-ramai pastu cari hantu mana hantu.. Pastu suluh sana sini.. Kami tak buat lagu tu.. Hihihihihi.. Jangan marah....

Ada yang diletakkan di atas sebuah batu besar,  ada diletakkan di sebuah tempat air mengalir dan ada ditempatkan di  bawah pokok besar.. Dalam banyak-banyak tempat tu, di bawah pokok besar memang ngeri sikit.. Hihihihi.. Dahulu, seorang sahabat dari Melaka pernah ditempatkan di bawah pokok besar di Hutan Lipur Panti.. Badannya disapu dengan minyak epal jin.. Memang sekejap je turun rambut panjang dari atas pokok tu... Kemudiannya lembaga tu mula menjilat epal jin yang disapunya dengan berselera sekali... Hihihihihi..

Sahabat yang ditempatkan di atas sebuah batu yang besar, mula menghamparkan kain kuning. Kemudiannya dia meratakan bunga yang terkumpul. Kalau tak salah pokcik, tujuh jenis bunga... Setelah itu, dibukanya minyak wangi.. Kalau tak salah, minyak attar.. Setelah semuanya tersedia maka dia mula membakar setanggi di empat penjuru kawasan yang dia duduk itu.. Kesemua yang dilakukan itu bagi menarik lembaga agar datang kepada mereka. Depa nak panggil bunian katanya tapinya entahlah apa yang akan muncul.. Kan.. Hihihihihi.....

Setelah itu pokcik dan dua orang sahabat lagi menghantar seorang lagi sahabat ke bawah sebatang pokok besar.. Kalau suluh ke atas, akar pokok yang terjuntai dah macam rambut pontianak dah.. Hahahhahahha... Dia pun melakukan perkara yang sama seperti sahabat tadi... Setelah selesai, barulah kami menghantar seorang lagi sahabat ke sebuah anak air berhampiran dengan gazebo tempat kami mula berkumpul tadi.. Pokcik dan tiga orang sahabat lagi, bahagian meronda.. Kami akan meronda selang sejam atau dua jam.. Bukan apa, bimbang juga sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kerasukan, lari jauh ke dalam hutan dan sebagainya....

Setelah semuanya berjalan dengan lancar, tinggallah kami berempat di gazebo.. Boring pulak rasanya... Menurut sahabat pokcik, dia telah kautim dengan penghulu bunian di situ. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Tiba-tiba pokcik dapat idea...  Pokcik tanya kepada depa, nak tak tengok orang bunian kalau diizinkan... Depa bertiga setuju.. Pokcik pun buatlah mulut kumat-kamit kononnya membacakan sesuatu.. Hihihihihi, tiba-tiba terlihat cahaya lampu suluh..

Tudia aih.. Lampu suluh siapa pulak.. Takkan orang dari kem datang maiii.. Rasa macam tak logik pulak... Pokcik perhatikan bersama-sama tiga orang sahabat yang lain di gazebo itu.. Di Kiri kanan lembaga itu kelihatan sepasang mata yang bersinar seperti mata harimau. Mungkin ada dua ekor harimau yang mengekori lembaga itu.. Dalam kegelapan dan sesekali cahaya lampu suluh yang dibawa oleh lembaga itu, kelihatan pakaiannya berwarna hijau.. Susuknya lebih tinggi sedikit daripada kita.. Dengan kata lain macam badan Tok Arab gitu.. Hihihihihi... Pokcik tunjukkan dengan jari ke arah lembaga itu.. Sahabat yang lain turut menganggukkan kepala.. Bukan halusinasi pokcik laa kan.. Hahahhahhahaha..

Susuk itu membelok sebaik sahaja nak sampai ke arah sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air.. Lama-kelamaan hilanglah daripada penglihatan kami. Entah kemana susuk itu pergi.. Sahabat pokcik berkata, itulah penghulu bunian yang dia jumpa dan kautim.. Dia memintanya menjaga keseluruhan kawasan empat penjuru yang dipagar.. Wallahuaklam.. Tipu dia maka tipulah pokcik.. Setelah itu timbul pula idea untuk mengenakan sahabat pokcik yang berada berhampiran dengan anak air itu.. Pokcik tengok dia pun dah lelap.. Entah terawangan, entah apa agaknya yaa..

Pokcik pun terus mengambil setanggi. Disebabkan makhluk tadi hilang berhampiran dengan sahabat yang tidur tadi maka pokcik mengambil beberapa batang setanggi untuk dipacakkan disekeliling sahabat pokcik tadi.. Pokcik pun turun dari atas bukit dan meluru ke arah sahabat pokcik itu.. Dia sedang tidur dengan nyenyaknya.. Pokcik terus membakar setanggi di empat penjuru sahabat itu.. Setelah itu, pokcik naik semula ke atas. Kami mengintai dari jauh apa yang akan berlaku.. Tidak lama Kemudian kami melihat bara nyalaan api setanggi menjadi marak.. Seperti ada sesuatu yang menghirup asap setanggi dengan rakus sekali.. Setanggi seperti menyala dan apinya seolah-olah naik menari-nari ke atas udara..

Kami perhatikan sahaja namun tak nampak lembaga yang sedang menghirup asap setanggi itu.. Tak lama kemudian habislah setanggi dibakar.. Pokcik tak puas hati sebab tak dapat melihat lembaga itu.. Kali ini pokcik mengambil keputusan untuk berada di tempat sahabat pokcik yang sedang tidur itu.. Pokcik membawa beberapa batang setanggi bersama. Memang pokcik nekad nak berdepan dengan lembaga itu.. Suasana menjadi hening.. Mungkin ketika itu, waktu sudahpun menjangkau pukul tiga pagi... Pokcik terus mencacakkan sebanyak mungkin setanggi di sekeliling pokcik... Sahabat pokcik masih tidur dan tidak tahu apa yang berlaku..

Tiba-tiba sahabat pokcik mengomel dalam bahasa yang tidak berbutir.. Entah kena rasuk atau kena sampuk masa tu.. Matanya masih terpejam.. Pokcik tak mahu layan sangat. Kecualilah dia bingkas bangun dan duduk. Masa tu barulah gamaknya fikirkan apa yang seharusnya pokcik lakukan... Dalam keadaan hening tu, mulutnya tak berhenti mengomel sahaja.. Hahahhaha.. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang dia cakapkan tu.. Tiba-tiba pokcik melihat sepasang mata yang merah menyala datang dari arah air mengalir... Lembaga itu tidak kelihatan. Hanya matanya sahaja yang merah menyala...

Pokcik tak dapat meneka dengan tepat bentuk lembaga itu.. Kalau binatang, sudah tentu paras ketinggiannya seperti seekor harimau. Kalau lembaga lain atau jin lain, sudah tentu kedatangannya secara merangkak, meniarap atau mengesot.. Pokcik perhatikan sahaja. Mata itu terus mundar-mandir tidak jauh dari pokcik. Dia tidak mahu datang dekat.. Pokcik tahu bahawa kedatangannya adalah kerana nak sedut asap setanggi tu tapinya pokcik ada di situ.. Dia mundar-mandir sahaja tak mahu rapat..

Dalam keadaan hening tu tiba-tiba, kawan pokcik bingkas duduk. Adehhhh potong stim betul... Katanya dia terasa seperti hampir ditindih.. Ketika tidur tu rupa-rupanya dia terawangan.. Dia melihat bangunan kaca yang indah.. Tiada hutan yang kelihatan.. Rupa-rupanya dia tidur di tengah-tengah bandar.. Datanglah orang mereka macam menegur laa perbuatannya tidur di tengah bandar... Dia bercakap dalam keadaan tak sedar itu kemungkinan besar ketika dia sedang bercakap dengan orang di sebelah sana.. Wallahuaklam..

Setelah itu sahabat pokcik sambung tidur. Dia nak sambung terawangan lagi gamaknya. Mata tadi entah hilang ke mana. Pokcik pun bergerak ke arah sahabat-sahabat yang lain. Pokcik nak tengok keadaan mereka. Manalah tahu, ada yang kerasukan.. Hihihihi.. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.. Kental juga sahabat-sahabat pokcik.. Setelah melihat semuanya terkawal, pokcik kembali ke gazebo.. Tunggu di situ agak lama dan apabila pokcik tengok masing-masing mata dah layu maka pokcik pun ajak laa depa balik. Gamaknya dah hampir pukul empat setengah pagi...

Depa kata, selepas pukul 4.30 pagi pintu atau gerbang ghoib ditutup.. Memang malam tu pokcik tak tidur pun.. Huhuhuhuhu... Mula-mula pokcik dan dua orang sahabat lain seingat pokcik laa, piii kejutkan sahabat yang lena tu. Tengok dia dok mamai dan duduk maka pokcik pun pergilah ke arah sahabat-sahabat yang lain.  Setelah semuanya berkumpul, masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing pada malam itu..

Yang berada di atas batu, katanya dia didatangi oleh seseorang. Pokcik lupa dah jin mana yang datang tu, nanti kalau pokcik mereka cerita dah jadi BOHONG dan nak menyedapkan cerita. Katanya dia diberi bebola api. Wallahuaklam. BOHONG dia maka BOHONG laa pokcik. Gamaknya sejenis jurus laa kan.. Sebabnya dia dan seorang sahabat pokcik ni dok main gerak rasa pulak selepas itu di gazebo... Seorang lagi sahabat di bawah pokok itu, dia dapat penat sahaja dengan ditemani gigitan nyamuk.. Hahahhahhahhaa...

Tapinya dia diusik oleh lembaga yang menghuni di pokok besar itu beberapa kali. Sahabat pokcik yang terawangan itu turut menceritakan pengalamannya. Alhamdulillah pelbagai pengalaman yang tak dapat dijual beli diperoleh oleh para sahabat. Pengalaman ini ditempuh sendiri dan bukannya mendengar cerita yang belum tentu kesohehan dan kebenaran ceritanya. Setelah itu kami pun bergerak pulang. Sempat lagi kami singgah di kedai mamak sambil pekena roti canai.. Sempat jugalah kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Entah hilang ke mana gambar itu. Kalau tak salah, pokcik pernah hantar gambar itu dalam group sebelum ini sebelum akaun fb pokcik kena hacked..

Sebelum masing-masing tiba ke destinasi yang dituju, kami singgah ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Gamaknya terkejut pak imam melihat kami. Dengan sorang-sorang memakai jeans atau seluar sukan. Hahahhaha.. Itulah secebis kisah, pengalaman pokcik dahulu bersama-sama dengan para sahabat dari KL, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. In shaa Allah, kalau ada masa pokcik kongsikan lagi... In shaa Allah..



Wallahuaklam.. Salam hormat...

Santaiiii.

Friday 6 July 2018

DISAPA MAKHLUK BERBULU











16.4.2018

Dua hari lepas pokcik pergi memancing di Balok bersama sahabat pokcik.. Kami balik dalam lingkungan pukul 1.40 pagi...

Sahabat pokcik ini dahulunya peronda di LPT dan berhenti kerja selepas membuka sebuah kedai...  Nak dijadikan cerita, masa dia kerja dahulu, banyak berlaku kemalangan akibat daripada kemasukan lembu di atas lebuh raya..

Lembu akan tidur di atas jalan yang panas dan ada ketikanya kereta bertembung dengan lembu-lembu ini.. Dia dan beberapa orang sahabat yang lain ditugaskan untuk mengambil tindakan terhadap lembu yang berkeliaran di atas lebuh raya itu....

Berbalik pada cerita pokcik..

Dalam perjalanan pulang pada pagi itu, kami sampai ke suatu bukit di bahagian tepi lebuh raya itu..  Kata sahabat pokcik, di situlah dia dan dua orang rakannya yang lain mengintai lembu-lembu itu.. Dia dan rakannya akan berpecah dan masing-masing meniarap untuk menembak lembu yang berkeliaran....

Pada suatu malam, ketika sedang meniarap dia disergah dari belakang...

Woiii buat gapo tu, sergah satu suara dari belakangnya..

Sahabat pokcik tak melayan... Dia tahu itu bukan suara kawannya..

Apabila dia tak mengendahkan sergahan itu, suara itu bertambah kuat kerana marah tidak dipedulikan..

Hooiii buat gapo tu? Kata suara itu sambil tangannya menampar belakang sahabat pokcik..

Perit rasa tamparan yang kuat itu...

Jangan kacau laa, kata sahabat pokcik.

Boleh aku meniarap sama, kata suara itu..

Sahabat pokcik buat tak tahu.. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna putih lalu di situ... Kereta itu memasang lampu tinggi.. Ketika itu sahabat pokcik dapat lihat dengan jelas makhluk itu..

Tangannya berbulu lebat.. Dia kini berada seperti di bawah perut lembaga itu. Lembaga itu berdiri di belakangnya dan sahabat pokcik meniarap di bawah....

Sahabat pokcik tidak dapat berbuat apa-apa.. Nak lari macam mana, kata sahabat pokcik sambil ketawa... Hahhahahhahha...

Akhirnya terdengar tembakan.. Sahabatnya yang lain melepaskan satu tembakan.. Tembak apa tak tahu laa kan.. Hihihi.. Lembaga itu masih tidak lari.. Tiba-tiba sahabatnya melepaskan sedas lagi tembakan.. Ketika itu barulah lembaga itu menghilangkan diri..

Sahabat pokcik mengambil peluang itu untuk lari ke arah keretanya dan tidur di situ sementata menunggu dua orang lagi sahabatnya...

Itulah secebis pengalaman sahabat pokcik. Biasanya peronda atau polis yang bertugas di lebuh raya akan berjumpa dengan kejadian aneh dan misteri.. Ada ke polis lebuh raya dalam ni?

Kalau ada bolehlah kongsikan pengalaman.. Sahabat lain yang nak kongsi juga dialu-alukan.. Silakan semua.. Salam hormat


EKOR ULAR









5.7.2018


Tadi
pokcik ada sesi bersama DMFK pagi tadi bersama-sama dengan pemandu forklift professional semalaysia.Lama jugak laa, dari pukul 8.30 sampai lebih kurang pukul 2.30 petang.. Pokcik takkan nak kongsikan bab dia bagi motivasi kat semua pemandu supaya jangan tidur sangat dalam stor.. Kan.. Kita kan group mistik.. Hihihihihi...

Antara yang dikongsikan bersama ialah tentang paranormal.. Menurut beliau, antara punca berlaku kes paranormal/sihir:
1. Angkara bomoh atau ahli sihir
2. Gangguan jin liar
3. Kita seru
     - Amalan
4. Sihir makhluk
     - Termasuklah binatang yg dianiaya
5. Saka

Apabila berlaku kes paranormal ini sudah tentu kita akan mencari perawat dan sebagainya.. Ada yang alhamdulillah sembuh seizinNya. Ada juga dah berjumpa dengan pelbagai perawat namun keadaannya macam itu juga. Bukan sahaja keadaan sakit tidak berubah malahan ada juga yang bertambah sakit..

Kita kenalah berusaha kerana:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam shahihnya, dari shahabat Abu Hurairah  bahwasanya Nabi  bersabda,

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شَفَاءً

“Tidaklah Allah turunkan penyakit kecuali Allah turunkan pula ubatnya”

Dari riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah  dia berkata bahwa Nabi  bersabda,

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Setiap penyakit pasti memiliki obat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Beliau berkata selalunya ubat kepada sakit atau penyakit kita itu ada berhampiran dengan diri kita atau puncanya..
Sebagai contoh, bagi menghilangkan pedas lada. Penawarnya ialah tangkai lada itu sendiri.. Tangkai itu ditumbuk bersama lada itu..

Ubat bagi patukan ular.. Cari ular berkenan dan bunuh. Kemudiannya potong sedikit ekor ular itu lalu ditelan. In shaa Allah.. Begitu juga dengan kolesterol.. Katanya antara punca atau makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi ialah udang.. Kajian menunjukkan ubat yang berkesan ialah kulit udang itu sendiri.. Kini kulit udang diproses menjadi ubat melawan kolesterol...

Memurutnya lagi, suatu hari Ustaz Hassan Basri dikunjungi oleh beberapa orang bagi meminta nasihatnya..

Antara yang datang ialah pemuda yang mempunyai masalah rumahtangga.. Dia meminta nasihat ustaz..
Jawapannya :
Balik rumah buat solat taubat dan istighfar sebanyak 100 kali sebelum tidur serta memaafkan orang lain...

Apabila datang lagi yang mempunyai masalah tentang kebun dan ternakan.. Jawapannya tetap sama.. Begitulah nasihat yang sama diberikan oleh ustaz terhadap beberapa orang lain yang datang berjumpa beliau...

Jadinya, kita berbalik kepada perkongsian pokcik di atas. Semua masalah sama ada fizikal atau mistik ada ubatnya. Ubat itu selalunya berkaitan dengan punca masalah.. Akan tetapi, sekiranya semua usaha dah dijalankan dan dibuat namun masih belum temui penyelesaiannya maka kita kembali kepadaNya dan memuhasabah diri..

Mulakan dengan solat taubat dan istighfar 100 kali sebelum tidur serta memaafkan semua orang.. Jadikan amalan tiap-tiap malam.. In shaa Allah, Allah akan memberikan rahmat dan ehsanNya..

Akhir sekali, sekiranya kita rasa ada orang membuat khianat, benci, iri hati, memandang serong dan sebagainya dan kita tahu orang yang berkenaan maka berdoalah selama 40 hari atau sedekahlah AlFatihah selama 40 hari kepadanya, in shaa Allah, benci dia kepada kita akan jadi biasa, sekiranya biasa sahaja, dia akan menjadi sayang dan sekiranya sayang, kasihnya akan bertaup dan bersemi kepada kita.. In shaa Allah..

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga memperoleh manfaat. Wallahuaklam.

Salam hormat..
Santaiiiiiiiiii....

Thursday 5 July 2018

VOODOO










21.6.2018


Selamat petang semua. Semalam pokcik beraya di rumah sahabat. Dia balik ke sini beraya kali ini. Maklumlah lama tak jumpa dengan sahabat pokcik ni sebabnya dia tinggal dan bekerja di Pulau Pinang. Cerita kami berkisar perihal memancing sebabnya dia pun kaki memancing juga terutama mancing laut dalam.

Trip baru-baru ini dia ke Rompin bersama seorang sahabat dari KL yang pokcik kenali. Kenal pun sebabnya kami pernah pergi memancing bersama-sama trip memancing di Pekan Pahang. Lama juga pokcik tak dengar kisah sahabat pokcik tu sejak dia dikatakan berkahwin ramai.. Kena IKAT dengan bini agaknya. Hahahhahha..

Nak dijadikan cerita, ketika dia memancing bersama sahabat pokcik yang pokcik pi beraya semalam ada suatu kejadian aneh berlaku. Ketika sedang memegang jorannya tiba-tiba tangan dia sakit dan tak boleh di angkat. Dia mengaduh kesakitan. Dia buat lagi, katanya sambil memegang tangannya. Sahabat pokcik ni terkejut melihat keadaannya itu. Kenapa, soal sahabat pokcik itu..

Dia pun menceritakan perihal dirinya. Kerjanya kini terumbang-ambing. Dia dibenci oleh majikannya sehingga ditukarkan dari DEPARTMENTnya. Orang rumahnya semua dia benci secara tiba-tiba. Dua orang, orang rumahnya diceraikan. Kini dia kahwin seorang lagi. Sejak itu, dia dan keluarga sering diserang.  Maksudnya dia, isteri dan anaknya sering kena VODOO. Setiap perawat yang dia pergi menyatakan dia kena VODOO oleh salah seorang bekas isterinya..

Kini mereka sekeluarga seperti dah tahu apabila kena VOODOO itu. Tak kira, si isteri ataupun si anak. Bila-bila masa free si penghantar vodoo itu, pasti dia akan hantar. Maksudnya ikut suka hati saja tanpa mengira masa. Hihihihihi.. Tak kiralah siapa pun yang buat, yang pastinya dia melakukan satu dosa besar dengan melakukan perkara syirik.

Tadi baru sahaja pokcik menerima panggilan daripadanya. Mungkin ini kes yang pokcik akan beri keutamaan.. In shaa Allah.. Lama juga pokcik tak dapat kes VOODOO. Ingatkan nak panaskan badan sikit. Maklumlah orang tua kalau lama tak bersenam, badannya lemau dan sakit-sakit. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti..

Salam hormat.
Santaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..


MIMPI LIPAN BESAR










2.5.2018


Ni kes semalam... 1.5.2018

Sy bru join group rawatan tu. Ramai yg panggil encik ni pokcik jd sy pn pnggil pokcik lah ye.. Sy ada masalah brkaitan saka. Yang sy memang takpernah tahu dari kecil shingga lah bulan lepas.. Ad seorang akak ni. Isteri kawan suami sy.. Dia blh ngubat tp dia ad damping.  Sebab bila ngubat orang dia cakap loghat indonesia. Dia bgitahu yg sy ada saka. Dia bgthu suami sy. Sy ada lah jumpa dia..

Sebab haid sy sebulan tnpa henti.. Dia kata saka tu makan rahim sy. Dia bg sy mandi air limau dan garam.
Lepas dah tahu hidup sy jadi tak tentu hala. Tak tenang. Stress bnyak fikir. Sampai sy fikir nak mati.. Macam dah tak boleh kawal diri.. Suami sy risau bwa sy jumpa ustaz di perak jugak. Sy org perak pokcik. Tp mlam sebelum jumpa ustaz tu sy mimpi anjing dan anjing tu mengawan.. Ap maksud nya tu pokcik?
Esoknya sy pn jmpa ustaz, ustaz tu rawatan dia, macam mana ya sy nk cakap.

Banyak cakap bahasa melayu, berselawat.. Mungkin kaedah rawatan macam2 cara kot kan. Tp memang terasa sesuatu kluar dri badan.. Rasa kosong. Tenang lpstu. Cumanya untuk buang saka ustaz tu suh bawak air kolah 7 masjid. N bayaran 170rm untk dia sedekah kpada masjid. Untk panjangkn doa supaya saya makin sihat.

Tapi yang sy tahu la orang2 kata kena buang/musnahkan barang saka tu bru btul.. Ke macam mana pokcik?  Tadi pulak ad org scan jarak jauh.. Bgthu ada barang kt rumah mak sy.. Mak sy pun tak tahu dia ada saka apa semua ni pokcik.. Macam mana nak cari apa benda tu ye.. Sy taknak saka apa benda ni. Sy nak hidup dengan tenang beribadah kepada allah.. Sekarang haid sy jadi balik.. Lebih dri hari yg biasa. Pinggang pun mengilu2 sakit..

Lepas sy jumpa ustaz lg macam2 mimpi sy alami. Lipan besar tp ad org bunuhkn.. Ular pandang sy tapi mak sy ambil ular tu. Mimpi kekubur tapi ad pmpuan bg makan burger 😅 pokcik. N mak sy menyusukan sy lepas dia tahu sy makan burger kt kubur tu.. Ap maksud mimpi2 tu pokcik.. Bru 2,3 hri lepas mmpi kakak sy kena rasuk.. Dan org tua pegang ibu jari sy n bgthu sy ad benda..

JADINYA.......................................

Malam tadi dalam pukul 10.03 malam pokcik menghubunginya.. Bukan apa, sekadar ehsan sesama insan. Tambahan pula, dia ahli group kita.. Kan... Setelah bertanya pendapat ahli group kita maka pokcik terus mesej hamba Allah ini..

Haih, lambat juga berbalas mesej pokcik. Talian kot. Hihihihi... Setelah menunggu sekian lama akhirnya mesej berbalas. Alhamdulillah. Sebab tu kena sabar.. Hahahhahhahha.. Apabila mesej berbalas, pokcik menyatakan bahawa pokcik akan usahakannya secara jarak jauh. Terkejut juga sahabat kita ni.. Hihihihi..

Biarlah tu kan.. Dah mesej pokcik minta gambarnya. Adussss handsetnya buat masalah pulak. Mesej lepas. Gambar tak lepas setelah diusahakan berkali-kali. Dugaan. Handset suaminya pun sama.. Dia dah seram sejuk. Kalau merasuk jenuhlah pokcik.. Hihihihi..

Biasa sahaja kejadian ni. Sahabat kita, Norman Malik rosak handsetnya ketika menghubungi pokcik atas satu urusan. Rosak sampai sekarang katanya.. Sabar je laa permainan jin. Goyang gamaknya.. Goyang buat apa jin tu pun. Pokcik bukannya pak lebai atau alim ulamak. Manusia biasa yang banyak dosa sahaja. Namun, in shaa Allah sentiasa mengingati dosa  dan berusaha menjadi insan yang lebih baik..

Baiklah.. Pokcik akan teruskan.. Sebaik sahaja pokcik nak mulakan ikhtiar, kelihatan dari ekor mata satu lintasan bayang hitam di belakang pokcik... Nak survey laa tu kan.. Hahhahahhahha. Ikutlah.. Tiada apa yang boleh memudaratkan kita tanpa seizin Allah.. Pokcik teruskan juga.. Alhamdulillah Allah permudahkan..

Pagi ni sekali lagi pokcik mesej untuk bertanyakan khabar. Biasalah kan. Dah usahakan tu, kenalah bertanggungjawab. Jangan pulak, ikut suka hang laa ok kaa tak ok. Duit hang aku sapu dah.. Kakakkakkakakka. Bukan perawat di Malaysia, di  Mongolia nu. Kat Malaysia semuanya ok.. Hihi...

Alhamdulillah Allah permudahkan niat yang baik.. Terima kasih atas sokongan, dorongan dan doa sahabat semua.. Anda terbaikkkk.. Wassalam...

Santai





SAKIT










2.7.2018

Santai malam....

Kali ini kita cerita perihal teknik dan keberkesanan.. Teknik mempengaruhi keberkesanan seizinNya. Memang laa semuanya seizin Allah, tetapi Allah suruh letakkan sesuatu pada tempatnya... Macam pokcik cakap sebelum-sebelum ini, kalau dah sakit kepala, kita makan julab, apa berlaku.. Dah tentu kesannya berbeza daripada keadaan sakit kita.. Sama juga kalau kita luka pada bahagian kaki, kita sapukan ubat luka pada dahi lalu membalut dahi kita... Adakah kesannya sama dengan kita basuh luka,  menyapu ubat pada bahagian kaki tadi dan membalutnya?

Satgi ada pulak yang dok kata ILMU ALLAH LUAS biarpun lutut kurang gris dicucuk gris di belakang tengkuk. Apabila kita bicara hal ini secara telus, jujur dan terbuka, ada pulak kata kita nak pertikaikan cara orang. Kononnya cara kita sahaja yang betul dan bagus. Kan. Bukan cerita bagus tak bagus sebabnya kita semua faham bahawa sembuh tak sembuh itu hak Allah dan kita hanya ikhtiar.. NAMUN, macam pokcik cakap di atas, nak ikhtiar biarlah kena dengan gaya...

Apa pun, rasanya orang tidak akan mempertikaikan kaedah dan cara kita selagi tidak MENYUSAHKAN,  tidak MENYAKITKAN, tidak MENYALAHI SYARIAT, tidak MEMBEBANKAN, tidak KAYANGAN dan tidak BANYAK TEORI DARIPADA PRAKTIKAL. Bukan apa, pokcik rasa pesakit boleh terima walaupun mereka tidak sembuh tetapi janganlah ada apa yang pokcik tulis di atas ini...

Oleh sebab pokcik cerita bab teknik dan keberkesanan maka pokcik hanya akan tumpukan bab itu sahaja.. Kalau sekadar cerita kosong maka tak kenalah kan.. Orang kata TEORI sahaja.. Padahal hakikat sebenar, TEORI kadang kala terpaksa diletakkan di tepi kerana PELAKSANAAN biasanya bergantung kepada SITUASI SEBENAR SEMASA KEJADIAN..

Pokcik pernah ke Terengganu. Pokcik tak ingat apa tujuan.. Mungkin nak makan SATA atau keropok lekor di sana agaknya sambil beralih angin. Sesampai di suatu tempat, pokcik pun nampaklah papan tanda... PUSAT PERUBATAN ISLAM **************.Ok cantik sangatlah. Pokcik pun mengajak adik ipar pokcik ke situ. Sesampainya kami, dah tentulah mengikut giliran dahulu.. Setelah tiba giliran, kami pun dipersilakan masuk.. Ada laa cerita perawat tentang pesakit yang datang dari Brunei, Singapore dan seluruh Malaysia ke situ..

OK laa tu kan.. Bab cerita tu pokcik tak kisah sangat selagi CAKAP SERUPA BIKIN. Mula-mula adik ipar pokcik ceritakan perihal dia ada rasa diekori. Selepas habis cerita, kakinya dipegang oleh PERAWAT ISLAM BERJUBAH tu. Darurat AGAKNYA BAGI DIA. Tambahan pula adik ipar perempuan pokcik ni putih melepak. Dia pun terus picit tapak kaki. Apabila kena titiknya sakit le... Dia pun cakap setan tu sakit. Selepas itu pokcik pun kata, saya rasa ada saka laa.. Dia kata baiklah.. Tapak kaki pokcik pun dipulas. Mula-mula slow. Pokcik buat tak tahu. Lama-lama makin kuat sehinggakan keluar urat dahinya menekan.. Haaa barulah rasa sikit.. Macam biasalah.. Dah rasa sakit tu setannya laa yang sakit...

Setelah itu kami diberikan dua botol air telaga. Dapatlah duit salam kokot. Pokcik pun terfikir-fikir. Saka dipicit kaki, dampingan dipicit kaki, sakit pinggang dipicit kaki, mata bermasalah kononnya gangguan, dipicit kaki, ada masalah dalam rahim akibat gangguan, dipicit kaki. Pendek kata kalau pesakit datang dengan dua puluh jenis sakit yang berbeza pun.. Caranya picit kaki hingga si sakit cakap.. Aduhhhh.. Haa setan atau jin laa tu yang sakit... Jadinya pokcik balik semula tentang tajuk... TEKNIK DAN KEBERKESANAN. Bukannya nak perikaikan CARA. Macam pokcik cakap tadi, kalau orang tak SAKIT  rasanya perkara ini tidak akan timbul. Orang faham bab kesembuhan tetapi tak boleh terima bab KESAKITAN tetapi keadaan macam tu juga...

Kali ini pokcik pergi ke Alor Akar. Katanya perubatan menggunakan serai. Menarik tu. Kebetulan ada pesakit dikatakan kena dengan pontianak... Diletakkan serai sekali dengan akar yang keras lalu dikepitkan di celah dua jari kaki.  Pesakit menjerit maka jin itu sakit. Pesakit pontianak dikepit, sakit gila dikepit, saka dikepit, sakit pinggang mungkin ada hantu di situ, dikepit, sakit bahu mungkin ada hantu bertenggek dikepit. Pendek kata semuanya dikepit sebab kebetulan, sebelum pokcik ada lebih kurang 5 atau enam orang agaknya.. Semuanya dikepit hingga pesakit jerit. Pokcik tengok tak ada seorang pun tak jerit sebab sakit. Agaknya letak Ustaz Don di situ pun menjerit melolong sebab kaki dikepit.. Bukan nak perikaikan kalau TAK SAKIT dan sembuh seizinNya.

Pesakit di Kampung Padang cerita di pergi ke Pekan Pahang.. Kali ini kakinya di kepit dengan diletakkan kayu atau ranting di celah jari kaki. Sama juga. Semua sakit dibuat dengan cara yang sama.. Sahabat boleh faham sendiri bagaimana rasanya agaknya. Cubalah suruh adik, abang, kakak, atau ayah kita buat di kaki kita.. Rasanya macam mana agaknya. Jangan menjerit.. Kalau menjerit ada hantu pada sahabat... Sama jugaklah. Semua sakit kaedahnya kepit sampai menjerit... Begitu jugaklah kaedah letakkan duri landak di celah jari kaki yang pokcik pernah tengok. Kepit dan lalukan di celah jari tu.. Kalau menjerit maksudnya adalah jin jembalang bagai pada sahabat..

Satgi ada pulak kata pokcik dok pertikaikan cara orang. Itu cara depa.. Sejujurnya, pendapat pokcik, kalau kaedah itu MENYAKITKAN atau mengakibatkan kecederaan fizikal pada pesakit maka mereka langsung TIDAK LAYAK digelar perawat.. Kalau rasa dok lakukan kaedah tunggu orang jerit dan kata ada hantu, elok berhentilah merawat.. Bolehlah tukar profession jadi AHLI GUSTI atau ceburkan diri dalam sukan tinju atau tomoi... Macam pokcik cakap beberapa kali di atas, orang mungkin faham bab kesembuhan tetapi kalau dengan cara MENYAKITKAN tetapi sakit masih macam tu, maka masa itulah baru timbul cerita...

Betul ke agaknya?
Hihihihihi... Entahlah kan. Buka fikiran dan fikir secara terbuka dan matang... Barulah berikan jawapan...

Jangan marah.. Rasanya perawat kini OK dan sempoiii.. Kan... Hihihihihi..

Wallahuaklam.. Salam hormat...
Santaiiiiiiiii.....