KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Saturday, 25 November 2017
PAGAR RUMAH
Pokcik tertarik dengan soalan sahabat, Izam Idris semalam. Bagaimana nak bagi kukuh dan tidak runtuh pagar yang dibina?
Sebenarnya ada seorang hamba Allah pernah melihat sahabat yang pagarkan rumahnya. Dia pagar menggunakan beras kunyit.
Alhamdulillah katanya, hantu yang berada dalam kawasan rumah yang ingin lari keluar terbakar dengan izin Allah..
Namun begitu, kelihatan juga katanya ada jin dari luar yang cuba meruntuhkan pagar atau tembok yang dibina ibarat seekor kerbau yang melanggar kandang supaya pecah...
Jadinya berbalik kepada soalan tadi...
Tiada apa pagar pun kekal selamanya. Tambahan pula sekiranya ahli dalam rumah itu tidak menghalau kerbau yang datang.
Nak halau macam mana? Jagalah solat. Bacalah Quran. Kalau tak tahu baca pun, perdengarkan ayat-ayat suci al Quran...
Kalau isi dalam rumah asyik berdangdut saja, macam mana nak halang?
Lebih parah lagi kalau kita pula membuka kandang supaya kerbau masuk.
Bagaimana?
Kita sendiri yang mengundang jin dengan amalan kita dan tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah...
Pokcik juga tertarik dengan soalan kedua sinis sahabat, Izam Idris.. Kalau isi dalam rumah juga kerbau? Hihihihihi.. Fikir-fikirkan laa. Wallahua'lam. Salam hormat...
Friday, 24 November 2017
PAK SAHAK
Semalam bos cuti jadi pokcik mengambil keputusan untuk keluar ke rumah hamba Allah yang terlantar di HTAA baru-baru ini.. Sebelum ke rumahnya pokcik ke rumah anak angkatnya. Maklumlah, nak tuju ke mana. Manalah pokcik tahu rumahnya di mana.. Hihihihi..
Sesampainya di rumah sahabat pokcik, Rosnizam Bin Ismail ( bukan nama sebenar ), dia dan isterinya Nabiha Fade ( bukan nama sebenar ) sedang bersiap sedia untuk membuka kedai makan mereka. Mereka sedang memerhatikan anak-anak buah menyiang ayam dan sebagainya..
Pokcik Seman entah ke mana. Uganda gamaknya orang tua tu berada sekarang. Kebetulan pula sahabat yang pokcik kenali sedang berada di dalam kedai Rosnizam. Lega hati pokcik sebab berjumpa dengan Pak Sahak ( bukan nama sebenar ) kerana dia merupakan seorang perawat di Uzbekistan. ( bukan tempat sebenar )..
Pokcik mengajak Pak Sahak untuk pergi bersama-sama. Naiklah kami bertiga ke rumah hamba Allah tu dengan kereta buruk Kancil pokcik. Pak Sahak seorang yang kelakar tak seperti Pokcik Seman. Cenge sungguh orang tua tu. Tak padan dengan jalan terbongkok-bongkok. Hihihihi..
Sepanjang perjalanan meriah sekali dengan cerita. Ada saja yang dibualkan. Peramah juga Pak Sahak ni. Bukan macam orang tua sorang lagi tu. Tanya sepatah jawab sepatah. Banyaknya mmmmmmmm saja. Macam terkeluar ketul emas dari dalam mulut gamaknya kalau berbual mesra. Dia baik pun kalau nak suruh kita belanja makan. Kepala lentuk macam anak kucing laa kalau nak makan. Kita order teh o ais dia order jus epal campur salad campur asam boi. Mana tahan. Hihihihihi.. Parai kitai..
Sesampainya sana, kami disambut oleh isteri si sakit, anaknya dan dua orang cucunya. Kami dipelawa masuk ke dalam rumah. Pokcik dan Pak Sahak diminta masuk ke dalam bilik si sakit. Si sakit kelihatan memejamkan mata. Air matanya kelihatan berlinang. Pokcik mencuit Pak Sahak suruh dia memulakan rawatan. Dia menggangukkan kepala tanda faham. Suasana menjadi hening. Hanya kami berempat bersama si sakit di dalam bilik itu..
Pokcik mula melihat ke arah pergelangan tangan kirinya. Kelihatan denyutan yang amat kuat seperti nadi. Turun naik kulitnya dengan cepat dan jelas. Tangan kanannya kelihatan sembab air dan membengkak. Muka hamba Allah ini kelihatan amat pucat. Matanya sentiasa dipejamkan. Namun begitu wajahnya kelihatan amat tenang dan tabah biarpun dalam keadaan sakitnya dan kedua-dua belah kaki dipotong kerana kencing manis..
Pokcik memegang tangan kanannya. Tangannya terasa amat sejuk. Pak Sahak memanggil Rosnizam dan memintanya bertanyakan nama si sakit. Dia juga meminta agar Rosnizam meminta persetujuan si sakit untuk membuang semua ilmu atau jin yang ada padanya. Setelah nama si sakit diperoleh dan dia bersetuju untuk membuang kesemuanya Pak Sahak berpuas hati. Pak Sahak mula memejamkan mata..
Dia membetulkan kedudukannya. Ketika itu suasana menjadi sangat hening. Sesekali dengar si sakit bernafas dengan kuat seperti sukar untuk bernafas. Pak Sahak memulakan langkah. Kedengaran dia membaca beberapa potong ayat. Setelah itu dia memagar pesakit agar tiada gangguan dari luar mengganggu urusannya. Seperti dijangka, tidak berapa lama kemudian terdengar suara dari luar tingkapnya. Haihhhhh haihhhhh. Dua kali kedengaran suara itu.
Pokcik ingat pokcik sahaja yang mendengarnya. Rupa-rupanya Rosnizam juga mendengar suara yang sama. Akan tetapi Rosnizam ingatkan itu suara si sakit.. Hihihihi. Kelihatan sepintas lalu budak kecil mengintai dari luar tingkap. Sekali sahaja pokcik melihatnya. Pokcik menunggu untuk melihatnya sekali lagi, manalah tahu anak jiran mengintai, namun tiada apa-apa yang berlaku selepas itu...
Pak Sahak meneruskan bacaannya. Pesakit kelihatan gelisah. Sesekali tangannya memegang bibirnya yang kering. Nafasnya turun naik dengan cepat. Tangannya diangkat ke atas. Pak Sahak tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh pesakit. Sesekali pesakit itu batuk namun Pak Sahak tidak menghiraukannya. Dia meneruskan bacaan dengan tenang.
Sesekali tangan Pak Sahak menunjukkan ke arah perut si sakit. Sesekali tangannya diarahkan ke bahagian bawah pinggang pesakit itu. Kelihatan tangan Pak Sahak silih berganti diarahkan ke tubuh pesakit. Pokcik boleh agak, di situlah gangguan bertapak di tubuh hamba Allah itu..
Kali ini pesakit itu menaikkan kedua-dua belah kaki pula. Kakinya yang masih luka itu diangkat tinggi. Terkejut juga pokcik atas perlakuannya itu. Dengan tenaganya yang kurang, hampir mustahil untuk dia mengangkat kedua-dua kakinya itu. Tambahan pula dia berbaring dan lemah. Kita yang sihat pun ada masalah untuk mengangkat kaki dengan tinggi. Inikan pula si sakit itu. Pak Sahak tetap tenang dan meneruskan bacaannya..
Kali ini terdengar pula Pak Sahak menghembus nafas dengan kuat. Mungkin dia betul-betul nak memusnahkan gangguan yang bertapak di tubuh pesakit itu. Pak Sahak mula merapatkan kedudukannya dengan si sakit. Kali ini dia memberi tumpuan pada seluruh anggota pesakit bermula dari hujung kaki hingga hujung kepala. Tangan Pak Sahak dirapatkan. Sesekali dia menghembuskan nafas ke tapak tangannya. Kedua-dua tangannya kini dirapatkan. Pokcik jangka, Pak Sahak sudah bersedia untuk menghapuskan gangguan itu seizin Allah...
Kali ini Pak Sahak melibaskan tangannya ke atas dan ke bawah bahagian badan pesakit tanpa menyentuhnya. Perlakuannya seperti menebas atau memotong sesuatu yang tidak dapat dilihat. Kelihatan peluh sudah mula memenuhi bahagian dada pesakit. Lama-kelamaan bahagian dada pesakit sudah seperti ada mata air yang keluar. Peluh sudah banyak bertakung di situ. Pak Sahak mengangkat tangannya agak tinggi. Kali ini sekali lagi terdengar dia mengeluarkan hembusan yang kuat. Pokcik jangka Pak Sahak menggunakan jurus pula..
Dengan bacaan beberapa potong ayat suci AlQuran, Pak Sahak kini menelungkupkan tangannya. Setelah itu dia kelihatan seperti menarik sesuatu keluar dari badan pesakit. Banyak bahagian anggota badan yang dia tumpukan. Pokcik lihat peluh pesakit semakin banyak keluar sehinggakan keseluruhan bahagian dadanya berpeluh dengan banyaknya. Pokcik lihat pergelangan tangannya kini sudah tiada pergerakan seperti nadi yang menolak kuat kulit sehingga naik. Pesakit juga kelihatan lebih tenang.
Nafasnya kini kelihatan lebih teratur. Alhamdulillah kata Pak Sahak setelah dia memeriksa semula kesemua bahagian anggota badan pesakit. Pak Sahak kemudiannya meminta isteri si sakit mengambil air kepada hamba Allah itu kerana menurutnya pesakit.kini dahaga dan kepanasan. Si isteri menurut sahaja kata Pak Sahak. Setelah berbual dengan isteri si sakit kami meminta diri untuk pulang.
Seperti biasa, sebaik sahaja kereta kami ingin bergerak, anak si sakit berlari mendapatkan.kami. Dia menghulurkan duit dengan cara bersalaman dengan Pak Sahak tetapi cepat-cepat Pak Sahak menarikkan tangannya. Dengan lembut dan bersopan Pak Sahak menolak pemberiannya. Pak Sahak memintanya hadiahkan ke tabung surau atau masjid bagi kegunaan dan keperluan masjid atau surau tersebut.. Anak si sakit mengalah.
Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Sahak. Malam ni pokcik ke kedai Rosnizam untuk makan malam. Rosnizam belanja ketam tomyam dan telur bungkus. Pokcik cuma tumpang tuah sahaja. Menurut Rosnizam, sebaik sahaja pokcik bertolak dia berjumpa dengan si sakit. Katanya dia alhamdulillah. Apa pun moga si sakit terus sembuh dengan izin Allah. Pesanan terakhir Pak Sahak kepada isterinya, sekiranya Allah menjemput mereka hendaklah redha. Sekiranya Allah menyihatkan semula, bersyukurlah.
Bimbang juga ye apabila sakit tiba-tiba sihat bertenaga. Hanya Allah yang mengetahui beserta dengan hikmahNya. Apa yang menggangu si sakit? Biarlah menjadi misteri seperti misterinya Pak Sahak yang tidak tahu di mana dia berada kini. Wallahua'lam. Salam hormat.
Tamat.
Thursday, 23 November 2017
DIKELILINGI MONYET DALAM HUTAN
.
Kali ini melibatkan seorang wanita dan pokcik Seman usahakan dari jauh. Maklumlah pokcik Seman tak balik Malaysia lagi. Dia di Uganda pulak gamaknya.
Lebih kurang pukul 9.20 gamaknya pokcik menghubungi suami hamba Allah ini kerana pokcik dah bagitahu Pokcik Seman akan usahakannya dua hari lepas. Namun begitu, disebabkan kami ke HTAA maka kes saka itu terpaksa ditunda hingga semalam..
Ikuti perbualan pokcik Seman dan Man Azman ( bukan nama sebenar ), suami si sakit.
Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam. Siapa ni?
Seman: Abang Sam. Kawan si Sofian
Azman: Oooo. Apa khabar abg Sam?
Seman: Baik. Alhamdulillah. Biasalah sihat cara orang tua. Sakit urat sana sini.
Azman: Biasalah tu abg Sam..
Seman: Orang rumah ada kaa tu?
Azman: Ada. Tengah makan ni. Kami di luar. Nanti sampai rumah saya hubungi abg Sam.
Seman: Baiklah..
Sementara menunggu Azman sampai di rumah abg Sam menghubungi pokcik. Kami berborak santai. Abg Sam macam biasalah asyik cerita pasal janda saja. Galak nak nikah gamaknya orang tua tak sedar diri tu. Abg Sam bagi satu petua kalau nak nikah dua. Pokcik dengar saja laa. Bukan boleh pakai sangat pun petua dia. Katanya kalau nak nikah dua jangan minta izin tapi minta maaf. Lama juga pokcik termenung baru dapat tangkap maksud dia. Hahahhahahha. Siapa tak dapat tangkap lagi maksudnya tu pelan-pelan fikir naa.. Hihihi...
Lebih kurang pukul 9.45 malam gamaknya Azman menghubungi abg Sam untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai ke rumah.
Azman: Assalamualaikum abg Sam. Saya sampai dah..
Seman: Baiklah.. Orang rumah ok ka?
Azman: Nampak dia ok. Tenang saja.
Seman: Cuba hantar gambar orang rumah Man. Cuba hantar gambar membelakangkan dia. Biar dia berlunjur..
Azman: Baiklah. Sekejap lagi saya hantar..
Tidak lama kemudian, Azman menghantar gambar orang rumahnya.
Seman: Sekarang cuba tanya orang rumah. Dia nak atau tidak saka ni..
Azman: Dia kata dia tak nak.
Seman: Baiklah. Sebelum bermula, minta dia beristighfar banyak-banyak. Selepas itu selawat banyak-banyak. Niatkan dia nak putuskan segala hubungan dengan saka atau apa sahaja jin yang mendampinginya.
Azman: Baiklah.
Seman: Saya nak mula ni. Tolong jaga dia. Saya bimbang berlaku apa-apa.
Azman: Baiklah.
Pokcik Seman mula beristighfar dan memohon kepada Allah agar memudahkan segala urusannya. Setelah itu dia cuba menempatkan dirinya di belakang hamba Allah itu. Dia kemudiannya berdoa kepada Allah untuk memagar isteri si Azman.
Suasana menjadi hening. Pokcik Seman membacakan beberapa potong ayat suci Al Quran dan memohon kepada Allah agar dibakar jin saka dan segala jin yang berada di tubuh si sakit.
Ketika ini kelihatan kelibat lembaga hitam bergerak laju masuk ke bahagian belakang hamba Allah ini. Dua kali kelihatan gambar tersebut bergerak kata pokcik Seman kepada saya. Mungkin lembaga itu ingin bersembunyi di badan si sakit. Namun begitu, pokcik Seman tidak mahu melayan apa yang dilihatnya. Tak kiralah benar atau fantasi, Pokcik Seman hanya mahu si sakit sembuh dengan izin Allah.
Pokcik Seman terus membacakan doa agar gangguan tersebut panas dan terbakar. Pokcik Seman termengah-mengah juga kerana usaha dari jauh ini memerlukan fokus yang mendalam dan makrifat yang tajam dan tepat. Tambahan pula dengan usianya, tenaga dalaman dan luaran disatukan dan membuatkannya cepat penat dan keletihan.
Namun begitu, disebabkan rasa benci pada jin yang mengganggu anak cucu Adam itu maka pokcik Seman teruskan juga. Kali ini dia memanggil makhluk itu dan kemudiannya cuba mengurungnya dengan izin Allah. Alhamdulillah selesai juga masalah seizin Allah. Setelah selesai, pokcik Seman menghubungi semula suami hamba Allah ini.
Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam abg Sam
Seman: Abg Sam tengok ada masalah pada bahagian kiri tubuhnya terutama bahagian bahu dan pinggang.
Azman: Betullah tu. Memang dia sakit pada bahagian bahu kiri.
Seman: In shaa Allah. Dia akan letih kebiasaannya. Biar dia berehat. Beri dia minum air yang banyak sebab badannya panas tu. Apa dia rasa sekarang?
Azman: Dia mengantuk dan berasa pijar ( bahang ) kat belakang bahu kirinya..
Seman: Tak apa lah. Biarkan dia berehat. Harap dia tak bermimpi dah. Kalau mimpi apa-apa bagitahu yaa..
Pagi tadi
Seman: Assalamualaikum
Azman: Waalaikumussalam
Seman: Dia ada mimpi apa tak malam tadi?
Azman: Tadi tak sempat cerita.
Seman: Cuba call dan tanya dia.
Azman: Baiklah.
Tidak lama kemudian, Azman menghubungi pokcik Seman dan memberitahu isterinya tidak bermimpi apa-apa malam semalam. Alhamdulillah, moga kita semua terlindung dan terpelihara daripada gangguan syaitan yang sentiasa menunggu peluang untuk menyesatkan kita. Sekian.. Wallahua'lam. Salam hormat..
Monday, 20 November 2017
KISAH DI HTAA
Alhamdulillah selesai satu urusan di Hospital Tengku Ampuan Afzan petang tadi..
Lebih kurang pukul empat petang tadi pokcik telah menerima satu panggilan telefon daripada pemanggil yang dikenali iaitu Rosnizam bin Ismail ( bukan nama sebenar)..
Rosnizam: Assalamualaikum pokcik
Pokcik: Waalaikumussalam
Rosnizam: Sebenarnya saya ada hajat ni. Saya nak bawa pokcik berjumpa dengan ayah angkat orang rumah saya.
Pokcik: Dia di mana?
Rosnizam: Sebenarnya dia di HTAA. Sakit. Ada perkara yang saya nak ceritakan. Boleh tak saya ambil pokcik petang ni?
Pokcik: Boleh. Datanglah selepas Asar. Kalau boleh dalam pukul 5.30 petang..
Rosnizam: Baiklah..
Sementara menunggu sahabat, pokcik solat Asar dulu. Selepas itu biasalah, pekena rokok dulu sambil dok minum air tamar cocoa. Bersandar saja pekena air panas. Sambil tu tarik rokok sepam dua sambil dok bayangkan anak dara urut belakang..
Pokcik: Urut kuat sikit. Belakang abang sakit ni. Urat bersimpul kot.
Mila: Baik bang. Mila picit ye..
Broootttttt..
Pokcik: Tudia angin. Nak buat macam mana..
Mila: Eleh abang ni. Nakal. Hihihi..
( Katanya sambil memukul manja )
Adehhhh adehhh adehhh.. Laa api puntung rokok kena kat jari. Hilang stim berangan. Hihihihi..
Lebih kurang pukul 5.35 kelihatan.susuk tua yang pokcik kenali berjalan terbongkok-bongkok. Haih kalau jalan lima belas tapak tapak berhenti tiga minit tak dak orang lain laa tu. Mesti pokcik Seman. Hihihihi.
Pokcik: Abg Sam. Baru balik kaa.
Seman: Dak aih. Baru nak pii..
Pokcik: Laa, nampak nak balik rumah tu..
Seman: Tau pun. Tanya buat apa..
(Baru nak manja tak jadi aih. Garang sungguh orang tua tu. Makin tua makin menjadi-jadi garangnya.
Seman: Hang tu nak piii mana pulak?
Pokcik: Ada laa. Satgi orang maii ambik..
Rosnizam pun tiba bersama orang rumahnya Nabiha Fade ( bukan nama sebenar ). Macam biasalah pokcik Seman kalau nampak kereta besar datang terus nak ikut. Dalam kepala otaknya mesti nak keluar makan.
Seman: Abang Sam ikut boleh kaa?
(katanya tanpa malu-malu dan dia menawarkan diri sendiri)
Ronizam: Boleh abang Sam..
Dalam hati pokcik berkata,kena pulak dah orang tua ni.. Hihihihi. Sapa suruh gelojoh..
Kami berempat bertolak ke HTAA. Dalam perjalanan Rosnizam memulakan bicara..
Rosnizam: Sebenarnya saya ada membeli pokok buluh perindu.
Pokcik: Pastu?
Rosnizam: Semasa nak membeli tu, makcik penjual pokok tu memegang tanah pokok tu. Dia tanya pada saya, pakcik adik sedang sakit kuat ni. Saya jadi terkejut..
Pokcik: Pastu?
Rosnizam: Sakitnya bercampur kata makcik tu lagi.. Sebab tu saya ajak pokcik la HTAA.
Tiba-tiba pokcik Seman mencelah.
Seman: Laa. Aku ingat hangpa nak keluar pi makan.
Hahahhahhahhaha. Kami semua gelak. Pokcik Seman sahaja yang buat muka serius.. Hihihihi.
Akhirnya kami tiba di HTAA. Bukan main susah nak cari tempat meletakkan kereta. Jenuh berpusing tapi tak ada tempat kosong. Rosnizam meminta orang rumahnya dan kami naik dahulu ke tingkat 8. Kami bersetuju.
Kami bertiga menuju ke lif. Tak lama kemudian, kami berjaya masuk dan terus menuju ke tingkat 8. Sesampainya di sana, kami menunggu Rosnizam untuk pergi bersama-sama. Akhirnya Rosnizam tiba dan kami menuju terus ke katil ayah angkat orang rumahnya itu. Kebetulan pula katilnya berhampiran dengan sliding door jadi suka pokcik dan pokcik Seman kerana boleh lepak di koridor luar.
Setibanya di katil ayah angkatnya pokcik melihat hamba Allah itu memejam matanya. Dia bercakap dengan Rosnizam dan isterinya sambil memejam mata. Kelihatan kedua-dua belah kakinya telah dipotong. Dia hanya terbaring sahaja dan doktor telah memberi keizinan kepada keluarganya untuk membawanya pulang..
Rosnizam membuat isyarat kepada pokcik dan pokcik membuat isyarat kepada pokcik Seman. Hihihi.. Mmmmmm. Dehemnya sambil pergi ke kerusi di sebelah katil hamba Allah itu. Anak.si sakit dan isterinya melihat perlakuan pokcik Seman. Sambil itu orang rumah si sakit berbual-bual dengan Nabiha isteri Rosnizam.
Pokcik Seman kelihatan tenang. Dia tidak membaca apa-apa pada pandangan mereka tetapi pokcik dapat rasakan dia membacanya di dalam hati. Kemudian pokcik Seman bangun dan memberitahu bahawa si sakit ada gangguan kepada isterinya Normi dan anaknya Ameer Hook ( bukan nama sebenar).
Seman: Saya dah pagarkan dia. Boleh tengok apa perubahan padanya sekarang. Cuba lihat denyutan pada tengah jarinya.
Normi: Yaa. Jelas kelihatan denyutan seperti nadi. Tadi tiada.. Adakah di situ tempat gangguannya?
Seman: Yaa. Apa pun jangan terkejut sekiranya denyutan itu bergerak ke bahagian lain pula. In shaa Allah, benda tu tak akan ke mana-mana lagi.
Normi: Bila nak buat?
Seman: In shaa Allah sebaik sahaja keluar dari hospital, saya akan ke rumah.
Normi: Baiklah. Sakit tak kalau ikhtiarkan suami saya tu?
Seman: Tak. Saya tak pernah menyentuh pesakit. Cuba tanya Nabiha.. Kerapa kali dah saya usahakan dia..
Nabiha mengangguk dan memberitahu bahawa pokcik Seman tak pernah menyentuhnya sepanjang dia berubat.
Pokcik Seman kemudiannya pergi ke koridor. Normi dan Nabiha Fade mengekornya dari belakang. Tiba-tiba Normi bersuara...
Normi: Boleh tak tengokkan saya.
Seman: Boleh. In shaa Allah.. Tolong ambil kerusi dan duduk.
Pokcik tengok pokcik Seman menggerakkan tangannya seperti bunga silat. Dia kemudiannya bersuara...
Seman: Saya dah ikhtiar pagarkan puan. Sekarang saya akan cuba tengok apa masalah puan.
Pokcik Seman kemudiannya membaca sesuatu dan dia memejamkan matanya.
Seman: Baiklah. Puan ada gangguan. Puan serabut, sakit kepala dan ada.sesikit masalah pada bahagian perut.
Normi: Tak ada pun..
Normi memandang pokcik Seman seolah-olah menidakkan apa yang diberitahu oleh pokcik Seman. Pokcik perasan, semasa kedatangan kami pun dia memandang dah lain macam. Maklumlah pokcik Seman dan pokcik tak berpakaian seperti yang dia harapkan. Tambahan pula, Rosnizam memberitahu kami bahawa Normi hanya akan berubat dengan ustaz. Kebanyakannya berpenampilan menarik tidak seperti pokcik Seman.
Seman: Cuba puan bertenang. Tarik nafas perlahan-lahan dan istighfar di dalam hati..
Normi mengikut. Kali ini rupanya mula berubah. Dia mengadu belakang kepalanya sakit teramat sangat dan terasa amat berat di belakangnya. Pokcik Seman tetap tenang...
Seman: Baiklah. Sebagaimana saya bagitahu tadi. Asalnya dia berada di dada. Apabila saya berhadapan dengannya, dia lari ke belakang kepala. In shaa Allah saya akan ambil.
Tolong pusingkan kerusi. Puan mengadap ke depan..
Normi mengikut sahaja apa yang diminta oleh pokcik Seman tanpa membantah. Lebih kurang dua minit pokcik Seman membacakan sesuatu. Setelah itu jarinya ditunjukkan ke belakang kepala Normi seperti menarik sesuatu keluar.
Seman: Dah. Alhamdulillah. Apa rasa sekarang?
Normi: Alhamdulillah ringan dah. Tak berat. ( Katanya sambil menggerakkan bahu)
Seman: Ok ye puan.
Normi mengangguk seperti malu untuk bertentang mata dengan pokcik Seman. Pada pendapat pokcik, mungkin asalnya dia ingin menguji pokcik Seman. Dia tidak menyangka bahawa dia juga terkena biasan sihir. Wallahua'lam. Tak lama kemudian kami pun meminta izin untuk pulang. Bayangan Normi terus tidak kelihatan sehingga kami bergerak pulang. Apa sebenarnya berlaku? Dia menangis, muntah, malu, menyesal, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam. Salam hormat.
CICAK MENEGUR SESUATU
Alhamdulillah dipertemukan lagi. Harini macam biasalah pokcik ke Laundry Hub nak basuh pakaian. Tiba-tiba pokcik disapa oleh seorang sahabat lama.. Terkejut juga pokcik maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat pokcik ni Sanusi Hashim (bukan nama sebenar).
Pokcik terkejut jugalah kerana melihat badannya yang kurus. Maklumlah dia yang pokcik kenal berbadan agak tegap. Maklumlah pegawai polis berpangkat ASP juga. Dia datang bersama isterinya Suraini Ahmad (bukan nama sebenar) dan anaknya Vivian Yim ( bukan nama sebenar).
Berbuallah kami sambil menunggu pakaian siap dibasuh. Dia bertugas di Temerloh dan jarang-jarang balik ke Kuantan. Pada kesempatan ini dia ajak pokcik datang berbual di rumahnya. Pokcik ke rumahnya ditemani pokcik Seman. Maklumlah orang tua tu kalau ajak mengeteh laju saja dia. Tak ajak berasa hati. Payah juga nak jaga hati orang tua ni.
Sesampainya kami, kami diajak oleh Sanusi ke gazebo di tepi rumahnya. Senyum meleret pokcik Seman sebab dia tahu orang nak ajak minum petang. Hihihihi. Minumlah kami bersama Suraini, si isteri dan anaknya si Vivian. Petang ni kami makan ubi keladi goreng. Pokcik Seman tanpa dipelawa ambik dulu ubi keladi tu dan mamah dengan lahapnya.
Ketika sedang makan tiba-tiba si Sanusi bersuara. Kata anak buahnya dia seperti sakit terkena buatan orang. Anak buahnya mencadangkan agar dia berubat. Telan air liur pokcik Seman mendengarnya. Kena pulak dah kali ini. Agaknya dia bercakap dalam hati.. Kakakkakakkaaka. Padan muka. Siapa suruh ikut.. (Kata pokcik dalam hati). Kalau cakap macam tu kat dia makan kaki gamaknya pokcik. Hihihihi...
Sanusi melanjutkan bicaranya. Alang-alang pokcik Seman ada di situ, dia nak pokcik Seman tengoklah apa yang patut. Selain kencing manis, dia rasa dia terkena buatan orang. Berhenti makan pokcik Seman. Eloklah, orang tua tak boleh makan banyak sangat nanti nak buang air besar di rumah orang.. Hihihihihi.
Tanpa bercakap banyak, pokcik Seman meminta Sanusi duduk di hadapannya. Mulut pokcik Seman kumat-kamit bacakan sesuatu. Sesekali dia mendengus, sesekali dia menggelengkan kepalanya,sesekali dia menggaru kepalanya yang tak gatal tu. Pokcik kenal sangat lakonan hebat pokcik Seman. Dia nak bagi nampak real. Kononnya parah laa sakit si Sanusi tu.. Kakakkakakaka.
Ikuti perbualan mereka di bawah:
Seman: Cuba duduk berlunjur
Sanusi: Baiklah. ( Dia pun berlunjur )
Seman : Awak terkena sihir ni.
Suasana menjadi hening. Pokcik Seman mula beristighfar. Tiba-tiba kucing yang sedang makan di situ berhenti makan lalu matanya bulat memandang pokcik Seman. Lama dia memerhati pokcik Seman tanpa mengerdipkan mata.. Pokcik Seman terus pejamkan mata dan meneruskan proses tanpa memperdulikan kucing itu..
Kemudian tangannya di tunjukkan ke arah Sanusi yang membelakangkannya. Serentak dengan itu kucing itu melihat pula si Sanusi. Mata kucing itu mula merenung ke arah Sanusi tanpa berkedip. Lama dia memerhati Sanusi. Pokcik dapat rasakan pokcik Seman memagar si Sanusi. Ketika itu jin sihir itu terperangkap bersamanya..
Tiba-tiba pokcik Seman bersuara.
Seman: Apa rasa sekarang?
Sanusi: Rasa denyutan kuat di atas saya.
Seman: Di situlah jin itu bertapak biasanya. (terang pokcik Seman)
Sanusi: Sama rasanya seperti tengah hari tadi. Berdenyut di situ.
Seman: Baiklah
Pokcik Seman terus membacakan beberapa potong Ayat Suci AlQuran. Sanusi berasa gelisah dan mula bersila. Pockik Seman meneruskan bacaan tanpa mempedulikan reaksi Sanusi. Ketika ini, cicak mula berbunyi tidak berhenti-henti. Makin lama makin galak bunyinya seperti sedang menegur sesuatu.
Pokcik Seman akhirnya mengasah tangannya dan berdoa kepada Allah agar dibakar kesemua jin, sisa sihir dan sebagainya yang tidak elok di dalam badan Sanusi. Dia akhirnya seperti menarik sesuatu keluar dari badan Sanusi. Dia kemudiannya meminta Sanusi mengadapnya pula. Kali ni dia tujukan pada bahagian dada dan perut Sanusi. Mungkin pokcik Seman memakrifatkan mengeluarkan sesuatu dari badan Sanusi.
Seman: Alhamdulillah selesai. Kebiasaannya kalau cicak berbunyi macam tu, pocong..
Sanusi: Alhamdulillah. Apalah salah saya. Saya ni tak ada musuh. Entahlah..
Seman: Biasalah manusia. Kita tak dapat memuaskan hati semua orang. Apa rasa tadi?
Sanusi: Belakang saya panas sangat. Sampai sekarang rasa berbahang tapi tidak sepanas tadi.
Muka Sanusi kelihatan berpeluh.
Seman: In shaa Allah. Saya berdoa kepada Allah agar dibakar hangus semuanya. In shaa Allah. Sekejap lagi awak akan berasa letih..
Sanusi: Siapa yang buat saya ni?
Seman: Biarlah. Yang penting sihat dengan izin Allah.
Sanusi: Baiklah..
Lebih kurang pukul 7.10 petang tadi pokcik dan pokcik Seman bergerak balik. Maklumlah kami berjiran jadi tak perlulah pokcik hantar jauh-jauh kan.. Hihihihi.. Ketika nak balik tu kelihatan Sanusi dah berjalan terhoyong-hayang nak masuk ke rumahnya. Letih katanya. Sempat lagi dia bersuara ketika kami ingin bertolak pulang..
Itulah kisah petang ini. Moga Sanusi terus sembuh dengan izin Allah. Pengajarannya, tidak semestinya kita berbuat salah dengan orang baru kita disihir. Ada juga lakukan sihir sebagai hobi ataupun ingin test keberkesanan ilmunya. Kedua, seeloknya jangan diberitahu siapa pelaku yang sihirkan hamba Allah tu kerana bimbang berlaku kerosakan yang lebih besar. Wallahua'lam. Salam hormat..
Friday, 17 November 2017
BERHADAPAN AHLI SIHIR
Kali ni pokcik jadi pokcik Seman pulak. Hahahhahaha. Kali ni pokcik nak kongsikan perbualan pokcik Seman dan sahabat kita Syahirunnisa Radzi. Antara cabaran dan dugaan perawat ialah berkaitan dengan sihir dan sebagainya yang tempias atau sengaja yang terkena pada ahli keluarga.
Kebiasaannya kalau melibatkan ahli keluarga perawat memang susah dan yang dihantar itu bukannya kecik-kecik anak. Pokcik teringat pula pada sahabat pokcik yang juga seorang ayahanda. Pendek kata kalau bergaduh, orang memang tak sempat tak rapat. Kibas macam tu saja. Kalau bab hantu ni, tepuk tanah je keluar jembalang tanah kalau ada sesiapa nak tengok jembalang. Tapinya apabila orang rumahnya muntah darah, dia hantar ke hospital juga. Dua bulan yang lalu
Nisa: Assalamualaikum pokcik Seman.
Seman : Waalaikumussalam Jangan panggil nama penuh. Panggil abang Sam saja sudah laa.
Nisa : Sebenarnya saya ni Nisa, kawan pokcik Mat Sofian. Kenal ke?
Seman : Ooooo kawan baik abg Sam tu. Dia tua dah. Dekat 75 tahun dah tu. Jalan pun terketar-ketar dah tu. Tinggal gusi saja dah. Yang nampak manis sikit pun gigi emas sebatang je laa tapi tak jadi apa jugak.
Nisa : Tujuan saya mesej pokcik Seman ni nak mintak pokcik ikhtiarkan mak saya. Seman : In shaa Allah. Abg Sam tengah sibuk ni. Nanti tiga empat hari lagi kalau abg Sam free, abg Sam bagitau naa.
Nisa : In shaa Allah. Terima kasih pokcik Seman.
Seman: Sama-sama.
Semalam tepat pukul 10.42 malam
Seman : Assalamualaikum Nisa
Nisa. : Waalaikumussalam pokcik
Seman : Maaflah. Ni baru free sikit boleh kita ikhtiarkan mak Nisa malam ni?
Nisa : In shaa Allah, boleh.
Seman : Baiklah. Pukul 11.15 abg Sam mesej semula. Ada kerja sikit nak buat.
Nisa : Baiklah..
11.15 malam
Seman : Assalamualaikum Nisa
Nisa : Waallaikumussalam
Seman : Boleh kita mula
Nisa : Boleh
11.18 malam
Nisa : Pokcik, ada mata merah muncul depan Nisa ni....
( Tiada jawapan daripada pokcik Seman)
Pokcik Seman mula tenangkan diri dan usaha pergi ke hadapan pesakit. Kemudian dia mula melihat macam-macam yang ada pada diri pesakit. Sesekali nampak seperti topeng yang dipakai oleh emak Nisa. Dia tak layan sangat. Pokcik Seman terus berdoa untuk menghancurkan segala perisai jin yang ada pada emak Nisa.
Pokcik Seman terus mencium pipi sami tu. Kakkakakkaka. Takkan cium pipi pulak. Pokcik Seman buat sesuatu hingga kelihatan sami itu bergolek dari tempat duduknya. Dia kelihatan termengah-mengah dan tidak mahu berlawan.Pokcik Seman kembali ke alam nyata. Sebenarnya pokcik Seman malas nak layan bayangan yang dilihatnya. Cukuplah sekiranya emak Nisa sihat seperti sedia kala. Aamiin.
Pokcik Seman kemudiannya membaca mesej yang dihantar oleh Nisa. Dia berdoa untuk menarik dan memusnahkan mata yang berada di sana. Rupa-rupanya, bukan itu sahaja yang berlaku. Bermacam-macam bunyi dan gegaran di tandas rumah Nisa sepanjang proses dijalankan.
Nisa sendiri pun terkena tempias ketika proses dilakukan. Dia juga kebas kakinya dan pada hari ini tangannya agak bengkak hasil pertarungan itu. Itulah antara pengalaman yang berlaku dan pokcik kongsikan. Sesungguhnya tiada kudrat makhluk. Semuanya seizin Allah dan semoga kita semua dalam pelindunganNya. Maaf andai ada salah silap kata dalam posting ini. Wallahua'lam. Salam hormat daripada Pokcik dan abg Sam ( Uweekkkkkk nak muntah)
HATI PERAWAT
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Bagi pokcik, bukan senang nak jadi perawat. HATI kena jaga. Kena ada kesungguhan dan keazaman dalam diri untuk ikhtiar seseorang pesakit. Kalau setakat buat kerana inginkan ganjaran duniawi semata-mata, rasanya rugi kerana sekiranya mereka boleh beribadah dengan sempurna setelah kita ikhtiarkan maka sekurang-kurangnya pahala yang dia buat ada juga mengalir kepada kita. In shaa Allah..
Kadang kala pokcik tergelak apabila mendengar komen daripada perawat. Banyak posting di FB yang kita tengok tentang musibah dan perihal mistik. Contohnya rumah diganggu jin misteri dan terbakar dengan sendiri. Beribu ringgit hingga puluhan ribu ringgit kerugian mereka. Kita tak mampu untuk usahakan sekurang-kurangnya sedekahkan Alfatihah atau mendoakan kesejahteraan mereka. Moga malaikat pun doakan kita.
Perawat di Zimbabwe berkata, biarlah mereka sendiri berusaha. Kita jangan campur. Pokcik tak nampak ehsan dalam diri perawat itu. Bukankah sedekah secara terang-terangan adalah baik. Sedekah secara sembunyi adalah lebih baik. Ini firman Allah bukan kata pokcik. Mungkin perawat di Zimbabwe tu tak nak usahanya orang tak tahu. Tiba-tiba settle, haaa rugilah sebab orang tak tahu. Hihihihi...
Begitu juga dengan rawatan jarak jauh yang dilakukan. Ia lebih kepada ehsan dan tolong-menolong sesama insan. Tak kira bangsa atau agama, setiap perbuatan kita tetap dinilai oleh Allah. Bukankah menolong secara sembunyi 70 kali kebaikan daripada menolong secara terang-terangan. Orang yang kita tolong pun tak tahu siapa kita. Mereka tidak mengenali kita walaupun kita lalu di sebelah mereka.
Kadang kala kita selalu berprasangka terhadap orang lain. Apa yang kita kongsikan kononnya orang bercakap di belakang. Kononnya kita tahu hati mereka. Bisikan syaitan secara halus telah mengaburi pandangan dan pertimbangan kita. Kita bercakap tentang keikhlasan dan hati tetapi kita sendiri tewas dalam perjuangan sendiri.
Kita kadang kala mendoakan dan berharap seseorang itu gagal. Hahahhahaha. Apabila Allah makbulkan doa kita seperti tidak puas hati. Pandang ke lain pulak apabila berita kejayaan diberi. Kalau boleh biarlah para sahabat gagal dan pesakit macam tu juga. Check diri apa yang pokcik katakan ini. Agak-agak tersentuh, marah, terasa atau sebagainya. Mungkin kalau itu yang dirasa, itulah diri kita. Bukan group ni, group lain di Uzbekistan.. Hahahhahaha. Lawakkan..
Senang nak jadi perawat? Bab hati pun tak lepas lagi. Ini termasuklah pokcik. Sebab itu sampai sekarang pokcik tidak pernah declare pokcik ialah perawat.. ( Sesi muhasabah diri)
Wallahua'lam. Salam hormat..
MIMPI POKCIK
Haih tengah hari dah noo. Sekejap saja masa berlalu.. Apa pun, santai hari minggu buat semua ahli sahabat group...
Kali ni nak carita bab mimpi pokcik malam tadi. Biasalah mimpi. Jangan percaya sangat. Anggaplah mainan tidur.. Sekadar bercerita sahaja.. Hahahhahaha...
Kali ini pokcik bermimpi pulang ke kampung. Ada sahabat memberitahu dia sakit. Dia kemudiannya berubat dengan adik seorang guru silat.. Pokcik memang mengenali guru silat di kampung pokcik itu..
Tengah berborak tiba-tiba, guru silat itu datang dengan menunggang motosikal. Dia mengadu dia sakit kalau tak salah pokcik. Tapinya setelah bersalaman dia berlalu pergi...
Tinggallah pokcik dan sahabat bersama beberapa orang yang lain di situ. Dia mengadu ibu jari kakinya sakit. Katanya ada sesuatu di situ walaupun dia dah berubat dengan adik guru silat itu tadi...
Entah macam mana, pokcik setuju untuk usahakannya. Mimpi kot. Selalunya itu bukan cara pokcik. Pokcik tidak akan usahakan apabila mereka berkumpul beramai-ramai macam tu. Macam nak buat pertunjukan pulak kalau dah berkumpul beramai-ramai macam tu. Hahahhahaha...
Dalam, mimpi tu pokcik pagarkan dia. Kemudian pokcik pagarkan semua yang berada di situ. Pokcik kata, pokcik bimbang orang lain pun akan diganggu oleh makhluk itu. Tiba-tiba pokcik dan seorang lagi sahabat di situ terbau bunga yang sangat wangi.. Dia memandang Pokcik.. Pontianak... Tiba-tiba, kata itu keluar dari mulut pokcik...
Pokcik terus usahakan hamba Allah yang mengadu sakit itu.. Tiba-tiba, ada datang seorang lelaki cuba menggelakkan cara pokcik. Pelik caranya. Kata dia sambil gelak dan bercakap sepanjang pokcik usahakan hamba Allah itu. Alhamdulillah, dalam mimpi tu selesai masalah hamba Allah itu. Lega katanya sakit di ibu jari kakinya...
Haaa macam-macam noo mimpi. Saja laa pokcik nak kongsikan walaupun ia sekadar mainan tidur. Jarang pokcik bermimpi dan pokcik ingat jalan ceritanya.. Apa pun, selamat berehat buat semua sahabat. Santai.. Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)