Saturday, 23 September 2017

KATIL DIANGKAT TUBUH DIJULANG

Image result for assalamualaikum image

Rehat sekejap.. Penat bawak forklift kita mengular laa kejap.. Pokcik nak sambung topik perbualan bersama sahabat, tuan kedai makan yang pokcik kunjungi tempoh hari..

Pokcik pernah usahakan neneknya.. Saka raja. Bukan kecik-kecik anak laa.. Namun, menurut tuan kedai kes neneknya tak laa seperti ayahnya.. Alamak... Berat lagi pulak.. Hahahhahaha...

Menurutnya, pada pengakhiran hayat ayahnya dia tinggal di rumah kakaknya di Batu 11 Kuantan. Biasalah kalau ada pendamping ni banyak laa misterinya.. Katanya ketika di rumah itu dia pernah melihat ayahnya di tujuh tempat yang berbeza.. Di buaian, ruang tamu, dapur, bilik dan sebagainya.. Bukan dia seorang yang melihat tetapi adik beradiknya yang lain turut menyaksikannya...

Setelah kematiannya, dia menyimpan keris peninggalan arwah.. Tiap-tiap malam keris itu bergegar dari dalam almari. Oleh sebab tak tahan dengan gangguan dia memberanikan diri meletakkan keris itu di bawah bantalnya..

Pada malam itu juga dia didatangi oleh khadam keris itu.. Katanya dia sudah lama tidak dimandikan dan dia mahu dimandikan.. Tersedar dari mimpi dia senyum sendiri.. Nak mandikan macam mana.. Mana dia tahu katanya sambil senyum sendiri..

Cuma ada beberapa peristiwa yang berlaku sesiapa yang masuk ke biliknya itu.. Antaranya seorang kawannya kena penampar dengan khadam itu kerana mengambil duit 20 sen miliknya tanpa minta izin.. Melekat lima tapak jari yang besar di pipinya..

Kawannya pernah nakal dan membawa perempuan ke situ.. Dua-dua orang makan penampar dengan khadam itu juga.. Setelah kematian ayahnya, hanya tuan kedai itu dan kawannya tinggal di situ.. Pernah jiran sebelah rumah memberitahu perihal rumah itu dan kelibat arwahnya yang kelihatan mundar mandir di hadapan rumah itu ketika maghrib..

Mungkin jiran itu tidak menyangka yang tinggal di situ ialah anak arwah sendiri.. Pucat mukanya apabila dia beritahu bahawa dia anak si mati. Dia meminta maaf.. Apabila bercerita tentang arwah maka malam itu dia sekeluarga diganggu. Anaknya menangis tanpa henti hinggalah ke siang hari..

Tuan kedai mendengar suara anak jirannya menangis. Keesokannya dia berjumpa dengan jirannya. Jirannya menceritakan perihal keluarganya yang diganggu. Tuan kedai berpesan, sekiranya berlaku lagi panggillah dia datang..

Pada hari itu juga, tuan kedai menunggu kelibat itu lalu namun tiada seperti kebiasaannya. Dia kemudiannya berpesan, jangan ganggu jiran dan penduduk di situ.. Duduklah elok-elok dalam rumah dan jangan mengganggu lagi jiran tetangga. Sejak itu dia akan mendengar orang memasak, membasuh pinggan dan makan di dapur..

Tiap-tiap hari mereka perlu menyediakan nasi dan disimpan di bawah tudung saji. Kalau nasi tiada, makhluk itu akan bergendang mengetuk periuk dan sebagainya.. Katil neneknya juga pernah diangkat dan dihempas. Bukan setakat katil, neneknya juga pernah diangkat dari katil dan terawangan di udara kerana tidak meninggalkan sedikit nasi..

Kini rumah itu disewakan kepada orang lain. Penyewa pernah memberitahu perihal gangguan, namun dia meminta penyewa mencari perawat untuk selesaikan masalah itu. Kini tidak diketahui bagaimana kesudahan cerita di rumah itu.. Moga kisahnya menjadi pengajaran buat semua yang masih hidup.. Hiduplah seperti biasa tanpa mengejar kehebatan dunia.. Hanya Allah sebaik-baik pelindung dan hanya Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.. Wallahua'lam