Friday 8 September 2017

LEBAM DIGIGIT HANTU

Image result for assalamualaikum image

Alkisah tadi sebelun Solat Jumaat pokcik ke Tanah Putih Baru untuk bersolat di sana. Sampai di sana pokcik lepaklah rumah jiran di sana. Harini dia jamu air soda pulak.. Sambil pekena rokok sambil minum sikit-sikit ais krim soda tu.. Pergghhh nikmat jugak laa.. Tambah-tambah musim panas macam sekarang ni....

Dalam dok lepak anak buah datang panggil.. Haih hairan juga.. Apa gamaknya yang kalut sangat sampai tak sempat pokcik nak habiskan air. Pokcik pun balik laa kalut-kalut. Bimbang jugalah, manalah tahu ada kecemasan. Tambahan pulak hari Jumaat. Nak solat Jumaat lagi...

Sesampai di rumah kelihatan ada seorang hamba Allah. Dia nampak muram. Katanya dia sakit sejak dia rekemen pokcik pada seorang pesakit. Hantu marah katanya. Macam-macam laa pulak.. Kalut nak solat Jumaat lagi.. Air soda tak habis lagi.. Hahhaahaha. Jadinya pokcik suruh dia cerita cepat-cepat.

Dia tunjukkan lengannya yang lebam. Katanya bukan setakat lengan tetapi habis satu badannya lebam. Kasihan pulak dengar. Niatnya baik tapi dia pulak jadi mangsa keganasan dan  kerakusan jin ni... Katanya saudara perempuanmya yang urutnya juga habis bengkok dan melengkung jarinya.. Dah jadi macam kuku helang pulak gayanya..

Pokcik scan tengok mohong-mohong. Ternyata ada gangguan. Setelah dipagar dia mula berdebar.. Badannya yang lemah semakin lemah.. Terus laa pokcik karate, silambam dan boh kalari payat sebab tak nak buang masa... Akhir sekali tarik telur hantu tu dan jentik sekali bagi dia perit.. Kakakkakakkakakka yang belakang tu pokcik saja tambah...

Dia mula menangis. Haih orang perempuan tua menangis. Kalau muda tu pokcik pujuk dah... Makin lama makin sayu dan akhirnya berhenti.. Haaa habis cerita. Sedih tiba-tiba katanya. Alhamdulillah perasaan pun terus tenang seizin Allah.. Selesai sahaja pokcik tinggalkan dia di situ.. Pokcik suruh dia sambung menyembang di situ..

Pokcik segera pii ke rumah jiran. Sempat lagi laa perhabiskan ais krim soda tu. Elok pekena sebatang rokok lagi azan berkumandang. Maklumlah rumah pun depan dengan masjid saja. Terus pokcik minta diri untuk ke masjid. Alhamdulillah sempat lagi karate lebih kurang sebelum ke masjid tadi.. Apa pun dengan niat yang baik, in shaa Allah, Allah permudahkan segalanya. Moga berjumpa lagi.. Jangan marah noo..  Wassalam..