Friday 22 September 2017

DIKEJAR ULAR TEDUNG SELA

Image result for assalamualaikum image

Baru sampai rumah.. Banyak cerita menarik sebenarnya semasa berada di sebuah kedai makan.

Malam ini pokcik makan di kedai ditemani oleh tuan kedai suami isteri. Alhamdulillah rezeki pokcik malam ni.. Depa belanja katanya..

Jenuh laa satu-satu makanan keluar dan last tadi depa belanja pulak sup ketam nipah.. Alhamdulillah pokcik diajak masuk ke bilik untuk melihat sebilah keris berkhalimah.. Cantik juga dibuat hiasan..

Nak keluar biliknya sempat lagi dia menghadiahkan satu mesin Daiwa kepada pokcik.. Naik malu jugak, sebabnya sebelum ini dia hadiahkan cermin dalam kereta berserta CCTV.

Malu sangat pokcik dengan kemurahan hati depa suami isteri. Apa yang pokcik nak ceritakan ialah perihal dia yang pergi memancing di Kuala Tahan..

Katanya dia bertiga menaiki jeep untuk ke sana.. Sesampainya di suatu tempat mereka berhenti untuk memancing. Tempatnya cantik seperti ada orang yang menjaganya..

Dah laa cantik dengan batuan, tempat itu katanya amat bersih. Mereka memacakkan pancang dan terus melemparkan tali joran..

Tiba-tiba kawannya gelak besar. Padan muka katanya. Dia tak nampak apa yang jatuh ke dalam sungai itu.. Dia hanya mendengar sahaja seperti ada sesuatu yang besar jatuh dari atas pokok ke dalam sungai..

Tiba-tiba mereka melihat seekor ular tedung sela meluncur dengan amat laju ke arah mereka.. Melihat keadaan itu, mereka terus berlari meninggalkan joran di situ..


Katanya entah berapa lama mereka berlari pun diorang tak sedar. Akhirnya dengan duri rotan dan lengan yang berdarah kerana terkena kayu dan duri mereka terus ke rumah tok batin..

Mereka menceritakan apa yang berlaku.. Tok batin dibawa ke situ. Sesampainya di sana, kelihatan dua ekor ular tedung sela sudah menunggu sambil menegakkan kepala di atas dua ketul batu yang besar..

Tok batin bercakap dengan ular itu. Akhirnya tok batin itu meminta mereka meminta maaf sebab gelakkan ular itu yang jatuh ke dalam sungai.. Setelah meminta maaf, ular itu pun menundukkan kepala dan berlaku dari situ..

Cepat-cepat mereka mengambil joran dan terus berlalu pergi. Takut katanya nak memancing di situ.. Itu salah satu pengalamannya. In shaa Allah, ada lagi kisahnya yang pokcik akan kongsikan.. Persoalannya, ular itu betul-betul ular atau pun jin.. Katanya ular ini pantang dicabar.. Wallahua'lam