Saturday 2 September 2017

KAIN PUTIH BERKIBAR DI TEPI PESAKIT

Image result for assalamualaikum image

Pokcik sambung kisah semalam. Lebih kurang pukul 8.30 semalam kot, jiran pokcik maiii ke rumah. Katanya sahabatnya yang sakit kepala sampai pijak kepala dengan kaki untuk picit tu nak datang.. Pokcik ok je laa nak kata apa lagi...

Tak lama kemudian hujan turun. Sampailah dua orang hamba Allah itu. Seorang menunggang  motosikal dan seorang lagi menaiki kereta.  Pokcik mempelawa mereka naik ke rumah. Sahabat pokcik pun ada bersama.

Sebelum merawat pokcik lebih suka tengok punca gangguan sama ada saka, sihir atau gangguan biasa. Pokcik meminta depa duduk di sofa tidak berapa jauh dari pokcik. Pokcik cuba kesan gangguan namun tiada.

Pelik juga laa. Sekali lagi pokcik periksa kedua-duanya namun masih lagi tidak berjumpa. Kali ketiga barulah pokcik dapat rasakan kehadiran SAKA namun tiada dengan mereka. Pokcik berpuas hati.

Disebabkan rumah emak  pokcik kebetulan mentol lampu terbakar maka pokcik mengajak mereka pergi ke rumah kawan pokcik itu. Mereka bersetuju. Sesampainya di rumah sahabat pokcik, sekali lagi pokcik periksa dan sekali lagi tiada apa-apa pada mereka.

Pokcik meminta mereka memberitahu perihal seorang lagi adik-beradik mereka yang sakit kepala itu. Kata mereka kakak sulung mereka. Pokcik melihat gambar kakak mereka. Kali ini jelas menunjukkan kehadiran saka.

Mereka menyangka bahawa SAKA itu datang dari belah ayahnya kerana ayahnya memiliki sebilah pedang namun sangkaan itu meleset sama sekali. Apabila pokcik memeriksa ayahnya melalui gambar ternyata tiada menunjukkan kehadiran SAKA. Apabila melihat ibu mereka barulah pokcik dapat merasakan kehadiran SAKA namun agak jauh.

Mungkin SAKA itu telah berada pada anak sulung perempuannya. Pokcik meminta mereka pergi mengambil kakak sulung. Tanpa berlengah salah seorang daripada mereka terus keluar dan pergi mengambil kakaknya.

Pokcik diberitahu kakaknya berdebar dan tidak mahu datang ketika berada di dalam kereta. Bukan dia yang berdebar sebenarnya. Namun begitu dia memaksa diri juga untuk datang. Alhamdulillah sampai juga dia di rumah sahabat pokcik.. Sebaik sahaja dia masuk pokcik terus memagarnya.

Bukan apa, bimbang kerja jadi sia-sia. Pokcik terus memintanya duduk di hadapan pokcik. Pokcik memeriksanya. Ternyata SAKA itu ada padanya. Ketika proses, hamba Allah ini melihat makhluk itu ada di sebelahnya. Begitu juga adiknya yang berada di belakang pokcik..

Dia dapat melihat dengan jelas kewujudan SAKA ini. Katanya muka dan anggota lain tidak kelihatan. Dia nampak dengan jelas kibaran kain putih di situ. Kain berkibar-kibar ditiup angin namun tidak boleh melarikan diri.

Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku. Dia cuba kata sudah hilang debarnya dan dia menjadi tenang. Selesai dia, pokcik usahakan juga kedua-dua adiknya pula berkaitan dengan sakit kepala itu. Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku.

Selepas itu datang pula dua orang hamba Allah. Seorang daripada mereka meminta pokcik usahakan orang rumahnya pula. Katanya orang rumahnya makin teruk. Sudah enam tahun dia berusaha ke sana sini dan kali terakhir dia membawa orang rumahnya berubat di Kelantan. Dalam beberapa minggu sebelum itu agaknya...

Katanya orang rumahnya seperti ada dunia sendiri. Bercakap seorang diri dan apabila mendengar ruqyah atau ayat suci AlQuran dia akan gelak. Pada pagi tadi katanya dia menegur orang rumahnya namun dia dimarahi. Bagi mengurangkan tekanan dia membawa orang rumahnya pergi ke Taman Negara. Sebaik sahaja sampai dia buat hal lagi katanya.

Dia bercakap seorang diri sebelum menaiki bot. Setelah diberi amaran olehnya dan diugut untuk membatalkan niat ke Taman Negara barulah dia ok semula. Macam-macam perangai hantu syaitan ni..

Pokcik pada asalnya menyangka SAKA namun apabila melihat gambarnya ia lebih kepada sihir. Pokcik meminta dia balik ke rumah dan pokcik usahakan dari jauh iaitu dari rumah kawan pokcik itu. Dia akur. Pokcik usahakannya orang rumahnya pula..

Ketika melakukan proses, pokcik dapat rasakan seperti ada satu lintasan di atas kepala pokcik. Keadaan menjadi gelap seketika. Namun begitu, sahabat pokcik dan yang lain-lain tidak sedar akan kehadiran jin itu. Baguslah macam tu. Alhamdulillah semuanya selesai seizin Allah.

Petang tadi pokcik ke rumah sahabat pokcik dan memintanya menelefon hamba Allah yang pokcik usahakan semalam. Alhamdulillah katanya ketiga-tiga adik beradik itu sudah tidak sakit kepala lagi. Katanya kebisaanya waktu pagi sebelum sarapan tiap-tiap hari mereka akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga mengganggu kerja mereka. Alhamdulillah..

Hamba Allah yang pokcik usahakan isterinya itu tidak dapat dihubungi. Menurut sahabat pokcik, kemungkinan besar isterinya telah ok. Kalau masih berlaku bukan-bukan sudah tentu dia akan menghubunginya untuk memberitahu perkara itu. In shaa Allah.. Moga berjumpa lagi.. Salam hormat. Wallahua'lam