KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Sunday, 8 October 2017
SILUMAN MONYET
Pokcik masih sibuk.. Semalam pun pergi jugalah ke rumah sahabat. Bukan apa, segan jugalah sebab dah telefon banyak kali. Katanya isterinya sakit setelah berkhemah di Sungai Lembing..
Ada jin mengikut gamaknya. Balik ke rumah dengan anaknya sekali demam. Yang peliknya badan anaknya sejuk dah setelah ambil ubat di klinik. Dengar kata pokcik nak pergi tiba-tiba badannya panas kembali..
Tapinya bukan itu yang pokcik nak kongsikan. Banyak sangat yang pm pokcik tapi terus terang pokcik bagitau pokcik memang terlalu sibuk dengan kerja kebelakangan ni. Makan pun di meja sambil buat kerja. Hahhahhaha biasalah kuli ni memang kena kerja. Bos ok laa duduk saja dan arahkan..
Alkisah pada hari Jumaat baru ni pokcik ke Tanah Putih untuk solat Jumaat.. Apabila nak balik, pokcik ditahan. Rupa-rupanya hamba Allah ini ingin ceritakan sesuatu.. Katanya ada kera besar yang sering bermain di hadapan rumahnya. Ramai orang yang melihat kera itu. Dia berasa tidak selesa..
Katanya mungkin hantu raya. Disebabkan sibuk pokcik cuba jadikan tapak tangan sebagai cermin. Pokcik suruh dia tengok. Katanya dia nampak hitam dan berbulu.. Rupa benda tu dia tak nampak. Hanya nampak seperti bahagian badan saja gamaknya.. Wallahuaklam..
Dia kemudiannya melanjutkan cerita. Mungkin itu monyetnya dulu. Katanya dahulu ada seorang pemandu lori. Pemandu itu berjumpa dengan seekor monyet. Dia bawa monyet itu balik. Monyet itu manja dan selalu dibawa bersamanya di dalam lori. Mereka sangat rapat.
Nak dijadikan cerita, ketika di rumah monyet itu diikat pada satu batang kayu. Berpanas dan berhujan monyet tu. Dia berasa kasihan dan minta membela monyet itu. Tinggallah monyet itu bersamanya di dalam rumah. Mereka menjadi rapat seolah-olah monyet itu sebahagian daripada keluarga.
Lama-kelamaan timbul pula masalah. Monyet itu seolah-olah binatang peliharaan sesuatu. Dia terpaksa membuka sedikit sliding door agar monyet itu dapat bermain dengan sesuatu yang berada di luar rumah. Kalau dia menutup rapat sliding door, monyetnya akan mengamuk.
Hinggalah pada suatu hari dia nampak kelibat seekor monyet yang besar sedang duduk menyandar di sofanya. Dia memanggil bomoh dan bomoh itu bagitahu lebih kurang, monyet itu mainan hanuman. Bomoh itu bersetuju untuk mengambil monyet itu. Katanya apa yang ada pada monyet itu jin baik.
Lantaklah katanya. Dia tak mahu bela. Sayu katanya monyet itu apabila dia kata pergi ikut abah baru. Monyet itu berbunyi dan memandangnya dan rumah itu dengan sayu. Ketika pergi dia memandang ke arahnya hinggalah hilang daripada pandangan.
Lama juga dia mendengar suara monyet itu selepas itu dan lama-lama hilang begitu saja. Kini kedengaran lagi suara dan kelibatnya. Dia minta pokcik usahakan tapi pokcik janji akan ke rumahnya setelah semua kerja selesai dan tidak sibuk lagi. Adakah monyet itu kembali? Wallahuaklam