Sunday, 19 July 2020

LIMAU DILEPASKAN


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah. Pada kesempatan ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah. Moga kisah kali ini menjadi ikhtibar kepada kita semua agar jangan sesekali menjalinkan hubungan dan membuat perjanjian dengan jin. Kebiasaannya apabila disebut SAKA maka kita sudah tahu bahawa ia merupakan pusaka atau peninggalan orang terdahulu kepada pewarisnya.

Kisah kali ini berkisar tentang saka. Pada hari Rabu dua minggu yang lepas seingat pokcik, seorang anggota polis telah datang ke tempat kerja pokcik. Risau juga, manalah tahu pokcik ada melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian, kedatangan beliau disertakan dengan satu hajat. Beliau memohon jasa baik pokcik untuk pergi ke kediamannya di Bukit Ibam bagi melihat keadaan ibunya.

Menurutnya lagi, si ibunya itu sebelum ini tinggal di Terengganu akan tetapi apabila melihat keadaan si ibu yang tidak berapa sihat, maka beliau membawanya tinggal bersamanya. Pokcik difahamkan bahawa si ibu itu dibawa berubat sehingga di Kedah namun keadaannya masih begitu juga. Mungkin tidak serasi, bukannya perawat itu tidak pandai kerana memang itu bidangnya. Kalau kata pokcik tak pandai, itu memang betul sangat kerana pokcik bukanlah perawat. Pokcik hanya menolong sekadar mampu sahaja.

Oleh sebab pada minggu berkenaan pokcik sangat sibuk maka pokcik berjanji akan pergi ke kediamannya pada hari Rabu minggu ini sekiranya ada kelapangan. Namun begitu, pokcik masih sibuk dan tidak sempat menemuinya dan si ibu itu. Jadinya pada malam Rabu itu pokcik menelefonnya dan memberitahunya pokcik akan ke rumahnya pada hari Khamis (malam Jumaat) baru-baru ini. Alhamdulillah, seperti yang dirancang, maka pokcik bersama sahabat serumah telah pergi ke Balai Polis Bukit Ibam pada malam itu. Pokcik mengajak sahabat serumah pokcik ke sana kerana memang pokcik tidak tahu lokasi Balai Polis Bukit Ibam.

Sesampainya di sana, si anggota polis yang pokcik namakan sebagai Azman (bukan nama sebenar) sudah bersedia menunggu kami. Azman mempersilakan kami masuk ke rumahnya tetapi pokcik lebih selesa berehat dahulu di luar rumah sebelum masuk. Setelah berbual seketika maka pokcik masuk ke rumah Azman (berek polis). Si ibunya sudah sedia menanti di ruang tamu sambil duduk di atas sofa. Kelihatan juga isteri Azman dan anak-anak mereka di situ. Kami disambut dengan mesra dan ramah-tamah. Pokcik duduk di sebelah ibunya untuk berbual dan bertanya tentang sakitnya itu.

Omar : Mek sakit macam mana?
Si Ibu : Mek tak boleh tidur. Malam-malam berjaga. Puas pusing kiri kanan tetapi tak boleh nak tidur.

Omar : Oh macam tu. Sakit apa lagi?
Si Ibu : Tekak ni sakit masa makan. Badan sejuk sahaja.

Omar : Tonsel kot.
Si Ibu : tak ada. (katanya sambil memicit leher)

Tiba-tiba Azman mencelah.

Azman: Mek makan banyak. Sekejap-sekejap lapar. Tapi yang peliknya dia tak buang air besar walaupun makan dengan banyak. Pelik tu. Mek rasa sejuk tapi saya pegang kaki tangan mek rasa panas saja.
Omar : Tak apa. ( Kata pokcik sambil tersenyum)

Pokcik melihat kaki, tangan dan mukanya pucat seperti tiada darah. Setelah berpuas hati dengan jawapan dan sedikit penerangan si ibu, maka pokcik bersetuju untuk memulakan sesi rawatan. Pokcik membiarkan si ibu berada di sofa. Pokcik terus bersandar pada dinding di hadapan si ibu untuk mengesan punca masalahnya. Apabila diimbas maka pokcik dapat kenal pasti masalah iaitu berkaitan dengan SAKA.

Apabila sudah mengesan punca masalah, pokcik meminta izin untuk memutuskan dan memisahkan saka tersebut daripadanya. Si Ibu bersetuju. Setelah itu pokcik barulah pokcik berdoa kepada Allah dan memohon agar diputuskan segala perjanjian saka terhadap si ibu dan keluarganya. Setelah selesai barulah pokcik pergi kembali dan duduk di sebelah si ibu. Pokcik memintanya bertenang dan ingat akan Allah. Si ibu hanya menganggukkan kepalanya.

Setelah itu pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci al-Quran sambil berdoa agar dihapuskan segala gangguan yang ada padanya. Si ibu yang pada mulanya duduk tegak akhirnya mula menundukkan kepala dan tidak melawan. Mungkin jin yang ada padanya itu sudah agak tua. Wallahua’lam.

Ketika bacaan dilakukan, sahabat serumah pokcik sempat melihat perubahan pada diri si ibu. Tangannya yang pucat mula ada tompok-tompok merah dan akhirnya tompok darah itu memenuhi bahagian tangannya. Keadaan itu juga berlaku pada bahagian tapak kakinya. Sedikit demi sedikit tapak kakinya mula merah dan akhirnya memenuhi ruang pada bahagian kakinya itu. Namun begitu, sahabat serumah pokcik dapat melihat si Azman yang begitu gelisah ketika sesi rawatan dilakukan.

Adakah Azman juga mempunyai masalah? Ada kemungkinan juga. Namun, oleh sebab pokcik hanya berjanji untuk ikhtiar si ibu, maka masalah si Azman pokcik abaikan. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat. Si ibu pokcik doakan air agar disapu pada bahagian muka dan dadanya agar memulihkan semangatnya. Selesai sahaja didoakan, si ibu sudah lembik dan tidak bermaya. Pokcik meminta menantu dan cucunya agar memimpin si ibu ke bilik air dan disapukan mukanya dengan air yang telah diruqyah.

Sebaik sahaja mereka selesai, pokcik meminta diri agar mereka dapat berehat. Si Azman mula meminta si isterinya mengambil wang. Pokcik hanya tersenyum. Pokcik terus keluar dan berehat sebentar di kerusi batu yang tersedia di luar rumah. Sempat lagi kami berbual seketika untuk melepaskan penat.

Omar : Luas juga Kawasan ni.
Sahabat : Betul. Tapi agak sunyi.

Omar : Ya. Kalau berpasangan ok. Senang nak masak. Kalau orang bujang, susah juga nak cari kedai makan.
Sahabat : Ya betul. Limau tadi mana?

Omar : Oh lupa. Ada dalam poket seluar ni. Nanti nak minta Azman buang.
Sahabat : Baiklah

Tidak lama kemudian Azman pun sampai. Pokcik meminta beliau untuk membuang limau itu di sungai berhampiran. Dia bersetuju. Pokcik mengeluarkan limau itu daripada poket seluar lalu diserahkan kepada Azman. Sebaik sahaja dia memegang limau itu, dia melepaskannya semula secara mengejut.

Omar : Kenapa?
Azman : Tak boleh pegang. Terus tangkap sampai ke lengan.

Omar : Rasa macam renjatan letrik ke?
Azman : Ya. Saya tak boleh nak pegang.

Omar : Kalau begitu tak apa. Saya akan buangkan.
Azman : Haritu saya pegang batu petir. Rasa macam ini juga.

Pokcik hanya tersenyum. Sebenarnya seudah agak jelas bahawa selain si ibu, Azman juga ada masalah gangguan jin. Namun begitu, sepertimana yang pokcik beritahu awal tadi, janjinya hanya untuk ikhtiarkan si ibunya sahaja. Oleh itu masalah si Azman pokcik abaikan. Lagipun orang muda dan sihat lagi. Selagi tak mengganggu kehidupan, abaikan sahaja. Lama-lama boringlah jin itu,kan.

Akhirnya kami bersalaman. Seperti biasa, adab orang kita, si Azman menghulurkan duit dan memberitahu pokcik bagi mengisi minyak kereta. Nak isi minyak kereta apanya, minyak kereta pokcik dah penuh. Hahahahaha. Gurau sahaja. Pokcik menolak dengan elok dan hormat. Beliau menerima alasan pokcik dan menghormatinya. Pokcik dan sahabat bertolak pulang ke Muadzam dan sampai di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.

Keesokannya pokcik menghubungi Azman untuk mengetahui keadaan si ibunya. Panggilan pokcik tidak berjawab. Lebih kurang setengah jam kemudian, beliau menghubungi pokcik kembali. Beliau meminta maaf kerana sedang ada program gotong-royong di balai. Alhamdulillah si ibunya sudah boleh tidur malam. Pada pagi itu terlebih tidur sehingga ke jam tujuh pagi. Mungkin sudah lama tak boleh tidur agaknya. Beliau juga sudah boleh buang air besar. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Sebenarnya si ibu juga pokcik kesan ada masalah angin. Pokcik meminta si Azman membawa ibunya pergi berurut selepas itu.

Alhamdulillah. Pokcik beryukur sangat kerana sekali lagi usaha pokcik dipermudahkan oleh Allah. Sekian sahaja perkongsian pokcik buat kali ini. Moga memperoleh manfaat. Pada malam tadi pun pokcik ada usahakan seorang hamba Allah secara jarak jauh. Hamba Allah itu berada di Puncak Alam Selangor. Moga beliau sembuh sepenuhnya dengan izin Allah. Maaf andai ada salah dan silap dalam perkongsian pokcik pada kali ini. Moga kita bertemu lagi pada lain masa jika diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik oleh Allah. Salam hormat. Wallahua’lam.



Monday, 13 July 2020

AIN


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan oleh Allah peluang untuk kita meneruskan hidup. Pada kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah dan diharapkan sahabat semua memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Kali ini pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah agar ikhtiarkan anak kecilnya. Pendapat seseorang mungkin berbeza dengan pokcik tetapi pada pandangan dan pemahaman pokcik, anak kecil ini terkena penyakit AIN. Si kanak-kanak ini pokcik usahakan sebanyak dua kali.


Menurut Imam Muda Hassan , penyakit ain disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati. "Ia juga akibat rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai sekalipun," katanya kepada Sinar Islam.


Imam Muda Hassan turut memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari bahawa: "Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya." Disebabkan itu, katanya, apabila melihat kanak-kanak comel, orang cantik dan apa-apa yang dilihat dengan pandangan mata menakjubkan, kita digalakkan untuk menyebut Masya-ALLAH, Tabarakallah.


"Ia supaya penyakit ain itu tidak menimpa ke atas kanak-kanak atau pada orang yang cantik (pada pandangan mata kita). Seperkara lagi, elakkan memuji melampau-lampau kerana dibimbangi kanak-kanak atau orang tersebut akan ditimpa kesakitan akibat pandangan mata kita.


Sebenarnya hamba Allah ini telah menghubungi pokcik agak lama sebelum pokcik sempat usahakan anak beliau. Tambahan pula, pokcik beranggapan bahawa si anak telah sembuh kerana beliau diam seribu bahasa setelah menghubungi pokcik sebelum itu. Baiklah, tanpa memanjangkan celoteh, pokcik sertakan perbualan pokcik bersama Amir (bukan nama sebenar) seperti di bawah.


PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI BERIKUT:


17 MAC


AMIR : Assalammualaikum pokcik. Sihat ka pokcik? Maaf sya mengganggu masa pokcik. Sya ada hajat sikit. Kalu pakcik ada kelapangan dan masa yg sesuai, nk mnta tlg pokcik ikhtiarkan anak kecik sya yg berumur setahun lebih ni, dah sebulan badan dia naik bijik2 ni dan kdg2 dia garu. Kesian sya tgk dia. Saya ikhtiarkan perubatan dan dh bawa pi hspital 3x dan 2 klinik pakar kulit, tp masih xberkesan pokcik. ada juga cara traditional, mandi daun dan lain2 tp tetap sama.


Mcm2 pendapat dan ubat ubatan lah. Sbnrnya saya dan isteri pun jadi gatal2 cuma anak sulong saja yg xkena gatal ni. Kita dh cuci rumah dan basuh pakaian2, tp ttap sama. Jd saya terteringat kat pokcik mlmni. Jd saya msg pokciklah. Sya harap pokcik dpt tlg satakat boleh lah ya. Sapu ubat diluar saja, tp klu punca xjmpa mngkn xsembuh. Terima kasih pokcik ya.
OMAR : Waalaikumussalam. Pokcik kat kampung ni. Nanti apa2 pokcik bagitau naa


AMIR : Ok xpa pokcik. Bila2lah na. Maaf ganggu naa. Baik pokcik. Makasih naa


28 MAC


AMIR : Assalammualaikum pokcik. Maaf ganggu. Klu ada apa2 pokcik gtau na. Pasai anak sya yg badan dia naik mcmtu. Skrg sya pakaikan lotion dan pantang makanlah. Sambil2 cari kot ikan ka, ayam ka xleh makan.
OMAR : Waalaikumussalam. Xdan nak usahakan lagi. Anak lagu mana sekarang


AMIR : Xpa pokcik. Bila2 lah na. Anak sama mcm haritu jgk pokcik. Muka kurang tp kat badan sama saja, dan naik kat atas2 kepala pula. Sya dok sapu losyen la ni utk kesembuhan sementara tp xsapu naik balik.
OMAR : Sabaq naa


AMIR : Baik pokcik. Sya share p lah gmbar dh bini hntaq mai. Sya ada kl. Maaf ganggu na pokcik. Makasih sudi layan pun xpa dah. Hehe
OMAR : Xpaa baru selesai buat kes bengkak kaki tu. Ni kat luaq lagi


AMIR : Xpa pokcik. Bila2 lapang. Saya ok ja. Buat dlu kja2 pakcik na. No problem. Xkalut org perlih kata. Haha
OMAR : Hahahha. Laa ni pelan ramai sakit pelik


AMIR : Hahaha ya pokcik. Mcm2 ada pnyakit la.. Naik heran.
OMAR : Yaa. Mlm ni saja tiga empat org pm


AMIR : Ya pokcik. Xpa3 no problem. Selesai dulu yg kritikal pokcik. Pelan2 xpa. Xda masalah. Saya ok pokcik


15 APRIL


AMIR : Assalammualaikum pokcik. Klu pkcik kelapangan. Minta tlg usahakan anak saya yg yg haritu ya. Sya xtau nk buat cmna, sbb tergaru garu ja pokcik. Makin truk. Nnt siang bawa p cari pakar lg. Dah p kat 2 pakar. X termasuk klinik dan hspital
OMAR : Waalaikumussalam.. Lamanya.. Ingatkan dah ok. In shaa Allah..


AMIR : Maaf lambat reply, atas moto p keja. Dak lg pokcik, dah dkat 2 bulan xsilap sya. Cara traditional pun dah ikhtiar 4 org dah pokcik. Mcm2 petua tp xjalan jgk. Baik pokcik. Makasih na
OMAR : Sama2. Kalau dah buat nanti pokcik habaq naa..


AMIR : Baik pokcik. Makasih na pokcik. Moga Allah mempermudahkan urusan tersebut dan pokcik diberi keredhoaan Allah dan kesihatan yg terbaik. Aminn
OMAR : Aamiin


15 APRIL, 16:20


OMAR : Assalamualaikum. Alhamdulillah pokcik baru sahaja selesai usahakan anak sahabat.. Mudah-mudahan Allah menyembuhkannya. Pokcik hanya ikhtiar selebihnya kita berserah kpd Allah.. Esok sahabat tengok mcm mana keadaannya yaa..
AMIR : Waalaikummussalam pokcik. Alhamdulillah. Terima kasih byk2 kepada pokcik kerana membantu sya dan keluarga. Maafkan jika mengganggu ruang waktu pokcik. InsyaAllah moga Allah memudahkan dan me nyembuhkan anak saya tu. Aminn.. Terima kasih byk2 ya.


OMAR : Sama2.. Aamiin. Kalau Allah izin, in shaa Allah mlm ni boleh dah tidur anak sahabat. Esok kering laa gatal2 tu kalau Allah izin.. Doakan sahaja
AMIR : Alhamdulillah, InsyaAllah pokcik. Sya bersyukur sgt pokcik sudi ikhtiarkan ank sya tu. Smalam sya tunggu tgk dia tdur, mmg tergaru2, sblm ni xsangat. Semalam makin teruk. Xtahan, trus teringat pokcik. Makasih naa


OMAR : Pokcik xjanjikan kesembuhan. Kita tawakkal dan berdoalah sahaja.. Sama2
AMIR : Baik pokcik. Saya paham pokcik.


16 APRIL


AMIR : Assalammualaikum pokcik, maaf ganggu masa pokcik seketika, kdaan semasa anak saya, smalam dia tdo lebih baik dri smlm tu, alhamdulillah, masih ada garu2 di badan, tp lebih baik dri smalm pokcik, xla merenget kerap2. di badan dah kecut2 yg berair tu, cuma ada di celah2 paha dan ketiak dan jari ada lgbiji2 air. Tp alhamdulillah, baik dri sblmnya. Di muka masih ada cuma dh merah lah pokcik. Kita tgk sehari lg cmna kadaan dia na. Makasih pokcik doakan ya. Xsmpat ambil gambar pg td.
OMAR : In shaa Allah, kalau sempat ptg ni pokcik ikhtiarkan sekali lagi.. Kalau Allah izin habislah semua tu


AMIR : Baik pokcik. Makasih pokcik na. Gatal2 pindah mai kat sya ngan bini, anak sulong mmg xkena langsung gatai2. tp xpa pokcik, yg penting anak sya dpat kembali sperti sediakala. InsyaAllah. Aminnn makasih pokcik na. Pokcik dok pahang ka?
OMAR : Ya


AMIR : Mak saya duk di kampung salong.
OMAR : Belah Raub kaa


AMIR : Kot2 la pokcik area tu, klu sya balik pahang boleh ziarah pokcik.
OMAR : Pokcik di Kuantan


AMIR : Ooo.. Ok pokcik. InsyaAllah kalu diizinkan kita jmpa naa. Aminn..
OMAR : In shaa Allah.. Aamiin



16 APRIL , 18:53



OMAR : Assalamualaikum. Baru sahaja selesai doakan anak sahabat
AMIR : Waalaikummussalam. Alhamdulillahx30 terima kasih byk2 pokcik na doakan anak saya ya. Tersenyum saya kat sini


OMAR : Sama2
AMIR : Nnt sya bgtau perkembangan nya ya. Esok sya dh ke lgkawi 3hari.


OMAR : In shaa Allah
AMIR : Baik pokcik.




16 APRIL , 23:13


AMIR : Assalammualaikum pokcik, sya nk maklum pokcik, mlmni anak saya mcm gelisah saja, pusing sana, pusing sini, dia tdo sat pastu mcm jerit kuat jgk, pastu senyap, dia dok tenyeh3 muka mcm gatai. Tdo xberapa jerap. Saya basuhla muka dia, hembuih3 la bismillah skit. Sementara ni ok lg la. Alhamdulillah pokcik mmg dah surut byk pokcik. Alhamdulillah.


Makasih poocik tlg ikhtiar dan doakan ya. Bijik2 air nampak beza. Terutama di kaki dan tgn ngan perut. Masih ada tp alhamdulillah kurang byk. Reda merah2. Mngkn dia rsa miang2 kot. Sya buh baju seluaq pnjang semua kat dia. Maaf ganggu pokcikna.
OMAR : Waalaikumussalam. In shaa Allah. Mungkin gatal nak sembuh tu


AMIR : Baik pokcik. Alhamdulillah pokcik. Aminnnnn


17 APRIL , 10:35


OMAR : Assalamualaikum. Mcm mana anak sahabat pagi ni..
AMIR : Waalaikummussalam. Maaf pokcik lambat reply sbb sya otw ke lgkawi ada tgasan sana . Bru naik feri. Alhamdulillah pokcik. Saya xsmpat ambil gambaq pg td, tp mmg sgt kurang pokcik, sgt berbeza dgn sblmni.air2 tu dh kecut, xmerah2, miang2 tu ada skit2, nnt mlmni sya mnta bini ambil gmbar dia ya. Makasih pokcik atas doa dan ikhtiar pokcik. Rasa xsusah hati tgk pokcik. Klu pokcik xkeberatan Bleh bgtau x apa punca sakit tu berkaitan apa, mngkn sya boleh betulkan lpas2 ni. Sbb skrg anak pantang makan ayam ikan. Cuma makan nasi dgn sayur shja


OMAR : Baguslah mcm tu makan pantang dulu sementara nak elok habis... Memang pokcik tak tengok di mana masalah sebabnya kalau baby, pokcik kesian. Pokcik buat xtengok apa dah... Tapinya kalau mcm ni lebih kpd penyakit ain. Gambaq dlm fb atau pujian org sekeliling tu kadang kala antara penyebab. Wallahua’lam
AMIR : Sory pokcik tertekan. Sat nk baca. Ooo yaka pokcik, boleh jd pyebab jgk na. Xpa pokcik, sya beringat2lah na.


OMAR : Yaa..
AMIR : Sbb sblm jd tu sya ada masuk hutan kat lgkwi, risau ada kaitan dgn apa2 disana


OMAR : Dulu ada seorang polis perempuan. Symtom lebih kurang anak sahabat
Pokcik usahakan
AMIR : Sbb balik mai, semua jd gatai kecuali anak sulong


OMAR : Kebetulan saja tu
AMIR : Ooo.. Symptom sama jgk. Xpnah jd cmtu jd sya pun tenggelam punca lpas byk kali p brubat


OMAR : Yaa.. Habis muka.. Org comel jadi xcomel
AMIR : Hehehe..


OMAR : Buat mlm ni, alhamdulillah esok kering
AMIR : Ya pokcik, alhamdulillah sya dipertemukan dgn pokcik


OMAR : Pokcik kata kat dia kuraNg2kan selfie. Maklumlah org comeii
AMIR : Ooo ok pokcik. Makna kata utk anak ka utk semua 1 keluarga pokcik?


OMAR : Anak saja.. Tapinya kalau puji satu keluarga beserta hasad kena semua
AMIR : Baik pokcik, makasih atas nasihat dan ikhtiar tu na, saya ambil maklum dan akan bgtau bini samalah na.


OMAR : Bini kaa kita kaa bahaya kalau org puji campoq ngan hasad. Kita xtau org lagu mana
AMIR : Mcm sya nganbini jd gatal tu ada cara x pokcik? Nk settlekan


OMAR : Nanti pokcik cuba ikhtiar tapinya ada dua kes lagi pokcik xbuat
AMIR : Air daun, air tawar, air garam, pakai sabun yg lembut, sabun yg xda antiseptik semua dh try pokcik. Baik pokcik, terima kasih pokcik na. Kaki, paha ni, lutut, pelipat semua gatai, tgn. Cuma kita tahan sajalah. Yg penting anak tu dlu


OMAR : Kesembuhan milik Allah mcm pokcik selalu habaq kat posting... Tak kira laa buat dekat kaa jauh selagi berpegang pada tali Allah..
AMIR : Ya betul tu pokcik. Alhamdulillah pokcik. Saya faham pokcik


AMIR : Makasih pokcik atas nasihat semua.
OMAR : Sama2


AMIR : Saya doakan kesihatan dan dimurahkan rezeki utk pokcik ya.
OMAR : Aamiin


AMIR : Dan sedekahkan fatihah kat pokcik
OMAR : Alhamdulillah


AMIR : Ya pokcik. Dh nk dkt tgh laut, nnt smapi sya reply na kalu ada apa2 ya. Line xbpa ok


22 APRIL


AMIR : Assalammualaikum pokcik apa habaq? Ni sya bru ja sampi rumah, dah smnggu xbalik, dan ada peluang updated perkembangan anak sya yg pokcik ikhtiarkan tu. Alhamdulillah semakin sihat, dan kering dah yg air2, (bleh tgkgmbar), cuma di bahagian kpla naik kerupin2, dan bontot shja yg ada ketoi2 besaq gatai tu. Alhamdulillah
OMAR : Waalaikumussalam. Alhamdulillah


Sunday, 12 July 2020

BENARKAH DISIHIR?


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ 
وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah pasti diturunkan bersama dengan penawarnya kecuali MATI. Namun dalam mencari penyelesaian masalah, perlulah dilakukan ikhtiar dengan cara yang betul (mengikut syariat) dan dengan perawat yang betul (mengikut syariat) dan di tempat yang betul (mengikut syariat). Jangan sesekali kita menggadaikan iman dalam usaha mencari ikhtiar.

Kali ini Encik Omar dihubungi oleh seorang hamba Allah yang pokcik namakan sebagai Asri (bukan nama sebenar). Asri meminta pokcik ikhtiarkan bapa saudaranya. Menurut Asri bapa saudaranya itu telah pun ikhtiar di 9 buah tempat dan kali terakhir di sebuah pusat perubatan di Muar dan dikenakan kos rawatan sebanyak 10K. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, sesetengah pesakit yang berkemampuan tidak akan bising bab bayaran yang dikenakan. Cuma sebagai perawat, adakah kita tergamak mengenakan cas yang melampaui batas? Tepuk dada tanya iman.

Apabila melihat kepada pesakit dalam kes kali ini, pokcik membuat rumusan bahawa si sakit mempunyai masalah fizikal. Tidak keterlaluan jika pokcik boleh katakan bahawa beliau mempunyai masalah jantung berlubang. Namun, seperti biasa, sekali lagi pokcik ingin menekankan bahawa ia dari sudut pandang pokcik sahaja dan pokcik tidak pula mengatakan bahawa pokcik sahaja yang betul dan kesemua tempat yang dikunjungi oleh si sakit adalah salah.

Kebanyakan tempat sama ada perawat secara individu atau Pusat Perubatan Islam yang dikunjungi oleh beliau menyatakan bahawa beliau telah disihir. Biasalah. Setiap pernyataan yang dibuat sama ada pihak hospital atau perawat mestilah dibuat berdasarkan apa yang dipelajari. Namun begitu, ada juga SEGELINTIR perawat yang membuat kesimpulan secara AGAK-AGAK atau BERLEBIHAN bagi menarik perhatian pesakit dan secara tidak langsung memperoleh KEPERCAYAAN dan MENAIKKAN KOS RAWATAN.

Apa pun, seperti mana yang pokcik selalu tekankan sebelum ini, berlaku JUJURLAH kepada DIRI SENDIRI dan kepada PESAKIT kerana semua itu akan dihitung dan dipersoalkan serta dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jangan bimbang kerana pokcik bukannya perawat dan tak akan berebut pesakit. Pokcik akan mengesyorkan pesakit yang menghubungi pokcik kepada para perawat yang pokcik yakini melakukan ikhtiar secara telus, jujur, beramanah serta bukan BERORIENTASIKAN KEUNTUNGAN dan PERNIAGAAN.

Moga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. AlFatihah (dibaca).

Moga berjumpa lagi. Wallahua’lam. Salam hormat.

PERBUALAN POKCIK BERSAMA ANAK SAUDARA ARWAH DISERTAKAN DI BAWAH.

ASRI : Assalamu'alaikom pokcik.. nk mntk ikhtiar kn pakcik sy blh x. Agak teruk keadaan dia skrg. Dh ikhtiar 9 tmpt masih x beransur lg. Smlm balik dri muar... tmpt rawatan tu kena kn caj 10k utk sesi rawatan. Leher bengkak mcm kena begok...ssh nk bernafas. Suara kdg2 ada. Smua tmpt yg dia pegi tu kata mmg kena sihir. Sbb dh 15x g hospital..scan smua doc x jmpa sakit. Yg paling teruknya.. tmpt rawatan yg dia pgi smlm tu x bg pakcik sy balik rumah selama 4 bln sbb ada brg sihir yg di tanam kt kwsn rumah. Jd pakcik sy tpksa tido pindah randah. Skrg tumpang tido umah mak sy 2 mlm. Esk cari umah lain plak. Pakcik sy ni imam. Ada org rebut jwtn dia
OMAR : Waalaikumussalam. Sekarang pakcik di mana

ASRI : Ada dgn sy
OMAR : Tengah hari ni kalau dia ada boleh pokcik usahakan sebab ptg dgn mlm ada program lain

ASRI : Ok sy bgtau dia. Pokcik nk buat skrg ke
OMAR : Tapinya sahabat kena laa ada dgn dia

ASRI : Ya mmg sy ada
OMAR : In shaa Allah

ASRI : Ok
OMAR : Bagitau dia dulu

ASRI : Ok. Dia tgh amik wuduk
OMAR : Baik... Kejap lagi ready

ASRI : Ok
OMAR : Kejap lagi dah ready minta pokcik baring..

ASRI : Ok
OMAR : Pokcik nak mula

ASRI : Ok
OMAR : Sekarang ambil air masak segelas. Letakkan garam sikit.

ASRI : Ok jap. Ok dh mnum
OMAR : Sakit dia mcm mana

ASRI : Leher td sakit skit..skrg rasa kurang
OMAR : Pakcik ada masalah jantung tak

ASRI : Xde
OMAR : Leher dgn dada nampak masalah

ASRI : Oh
OMAR : Lepas minum dia OK tak tu

ASRI : Sedawa sekali je
OMAR : Tengok esok pagi.. In shaa Allah

ASRI : Ok. Kt leher tu ada apa pokcik
OMAR : Mcm ada kaitan dgn jantung hingga ke leher. Sebab tu dia ada masalah pernafasan. Lepas ni kalau pergi hospital, in shaa Allah doktor boleh detect

ASRI : Oh
OMAR : Dia kena tidur bantal tinggi kan. Kalau tak susah bernafas

ASRI : Aah betul. Bengkak tu blh surut ke
OMAR : In shaa Allah. Ada kaitan dgn saluran jantung juga. Jgn dgr sangat cakap bomoh

ASRI : Ye lah
OMAR : OK ye sahabat. Assalamualaikum

ASRI : Ok pokcik.. timekasih
OMAR : Esok bagitau perkembangan

ASRI : Ok in sya Allah
OMAR : Sama2
ASRI : Wa'alaikumussalam


KEESOKANNYA


OMAR : Assalamualaikum. Mcm mana keadaan bapa saudara sahabat
ASRI : Wa'alaikumussalam pokcik... maaf lmbt reply..otw balik Paka... pg td sy tnya dia,dia ckp xde apa2 perubahan pn..cuma bernafas mudah sikit.. leher tu masih rasa sakit lg

OMAR : Nanti kena pergi hospital lebih kpd sakit fizikal
ASRI :  Ok pokcik.. nnti sy pesan kt dia


BEBERAPA HARI KEMUDIAN


ASRI :  Assalamu'alaikom pokcik... ingin saya maklumkan bapa saudara sy yg pokcik ikhtiar kn mggu lepas..sudah meninggal dunia pg td.. doa kn semoga ruh nya ditempatkan dikalangan org2 beriman.. terima kasih pokcik atas bantuan haritu
OMAR : Waalaikumussalam.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Semua ada penawarnya kecuali mati, yg telah ditentukan oleh Allah. Meninggal di rumah atau hospital, sahabat?

ASRI :  Betul tu pokcik. Dia meninggal di umah adik ipar nya. Mlm td ada dia call sy tp x dpt sy angkat sbb maghrib. Tp lupa lak nk call balik. Ralat btul sy
OMAR : Ada buat autopsi tak di hospital

ASRI : Dgr2 pg ni dh xde. Sy x pasti tu
OMAR : Mcm pokcik cakap haritu, kemungkinan besar masalah jantung. Tapi Allah Maha Mengetahui. Ada kemungkinan juga kanser prostate. Sbb leher dia bengkak. Cuba sahabat risik2... Yg xde mmg tetap xde. Cuma mcm pokcik cakap haritu cakap bomoh mmg xboleh nak pakai. Lebih kpd sakit fizikal sahaja.

ASRI : Tu lah kn pokcik
OMAR : Ya.. Xpe laa sahabat.. Allah lebih mengasihi. Moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. Aamiin

ASRI : Aminn in sya Allah. Terima kasih pokcik
OMAR : Sama2


Thursday, 9 July 2020

TIDAK BOLEH MENUTURKAN KATA


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah kerana kita masih di sini dan masih bernafas lagi. Pagi tadi Encik Omar dikejutkan dengan berita satu kematian. Sebenarnya isteri kepada arwah memanggil pokcik untuk datang ke rumahnya pada pagi semalam tetapi pokcik sibuk kerana akan diadakan satu mesyuarat staff dan tak sempat menziarahinya. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AAmiin.

Hari ini juga diadakan pelbagai aktiviti. Petang ini pun ada seorang anggota polis datang berjumpa pokcik untuk mengajak ke kediamannya bagi melihat ibu beliau. Namun begitu, pokcik masih lagi sibuk dan berjanji akan menziarahi mereka pada minggu hadapan sekiranya diberikan kelapangan oleh Allah. In shaa Allah. Gaya percakapan beliau tadi, masalah berkaitan dengan saka. Wallahua’lam.

Apa pun, perkongsian kali ini seperti biasa berkaitan dengan perawatan mistik. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang sahabat pokcik yang telah pergi ke Kemasul untuk ikhtiar adik iparnya. Pokcik namakannya sebagai Hashim (bukan nama sebenar). Pada suatu hari yang telah ditetapkan maka mereka sekeluarga telah bertolak ke Kemasul. Perjalanan kali ini melibatkan jarak yang agak jauh.Maklumlah, adik ipar sahabat pokcik ini tinggal di daerah Rompin.

Menurut sahabat pokcik, adik iparnya itu tidak mahu bercakap (bersuara) setelah berpisah dengan orang rumahnya. Seminggu setelah berpisah, si ibu kepada bekas isterinya itu datang bertandang ke rumahnya bagi memujuk dan menenangkannya. Sempat juga si ibu tua menggosok belakang si sakit dan memintanya bersabar dengan ujian itu. Akibat daripada kesedihan dengan penceraiannya maka Hashim menjadi murung dan akhirnya tidak bercakap (bersuara) dengan orang yang berada di sekelilingnya.

Keadaan Hashim membimbangkan ahli keluarganya lalu mereka berpakat untuk membawanya berubat di Kemasul. Dipendekkan cerita, akhirnya mereka sampai di Kemasul iaitu di rumah perawat itu. Sesampainya di sana, sudah tentulah mereka sekeluarga menceritakan apa yang berlaku kepada Hashim. Akhirnya si perawat membuat kesimpulan bahawa Hashim telah disihir oleh bekas ibu mertuanya. Pelik juga pokcik apabila mendengar cerita ini daripada sahabat pokcik tadi. Sekiranya ingin memisahkan mereka suami isteri, sudah tentu si mertua sudah berjaya. Jadinya apa motif beliau lagi kerana pasangan itu telah pun bercerai. Pokcik hanya mampu tersenyum mendengar kisah yang disampaikan kepada pokcik tadi.

Setelah berbual, akhirnya tibalah masa untuk merawat Hashim. Ketika ingin merawat, si perawat mula menurun dan dikatakan dimasuki oleh PANGLIMA JAMIL. Panglima datang dari mana pun pokcik tak tahu. Panglima jin agaknya. Hahahahaha. Perawat yang KERASUKAN akhirnya mengambil sebatang rotan yang agak besar. Dia melibas dengan kuat belakang Hashim sebanyak tujuh kali. Berbirat tak agaknya? Hihihihi. Kita boleh bayangkan sendiri keadaan itu.

Setelah dirotan, keadaan Hashim masih lagi tidak berubah. Kini usaha lain terpaksa dilakukan. Dia memanggil sukma Tok Batin pula kali ini sambil mengomel.  “ Degil dan kuat betul gangguan kali ini. Kawan terpaksa memanggil awak (Tok Batin). Cuba awak nasihatkan anak buah awak supaya mengambil semula jin orang ni,” kata perawat. Sambil bercakap, perawat itu mengganggukkan kepada seolah-olah sedang berbicara dengan seseorang yang tidak nampak pada pandangan orang lain. Akhirnya selesailah rawatan yang dilakukan.

Perawat : Selesai dah. Degil juga gangguan tadi. Tak apa, kawan dah bincang dengan Tok Batin.
Sahabat : Eloklah macam tu.
Perawat : Oh kawan lupa. Kawan tak suruh lagi Tok Batin balik. Dia ada tu di depan pintu. Sekejap kawan suruh dia balik.

Si perawat kemudiannya bangun dan berbual seketika di muka pintu dengan Tok Batin yang tidak kelihatan. Akhirnya dia datang dan duduk kembali di hadapan mereka sekeluarga.

Perawat : kawan dah suruh Tok Batin balik. Balik dah tu.
Sahabat : lama dah kami di sini. Berapa nak bayar ni?
Perawat : Alah… Saya bukan cari makan. Kita kira macam kawan-kawan saja. RM100 sudah.

Akhirnya mereka membayar dan terus bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba salah seorang daripada mereka ingin ke tandas. Mereka berhenti di sebuat stesen minyak. Sahabat pokcik dan adik iparnya tadi turut turun bagi meregangkan badan. Dia mengeluarkan sebatang rokok. Adik iparnya (Hashim) ingin meminta rokok daripadanya. Mulutnya menjuih sambil menunjukkan isyarat inginkan rokok daripada sahabat pokcik itu tadi.

Sahabat : Nak rokok ka?
Hashim : Huh huh huh.. ( katanya sambil memuncungkan bibir menunjukkan ke arah rokok)
Sahabat : Cuba cakap nak. Dok huih huih huih apa.. (katanya sambil menghulurkan sebatang rokok)

Setelah itu mereka terus bertolak pulang. Sesampainya di rumah, Hashim berasa dahaga. Dia mencapai telefonnya lalu menulis mesej kepada ibunya yang juga berada di dalam rumah itu untuk menyatakan bahawa dia ingin minum air masak. Ibunya terus ke dapur lalu mengambil air masak untuknya. Melihat keadaan itu si kakaknya (isteri sahabat pokcik) terus pergi kea rah ibunya lalu mengambil air masak dari tangan si ibu lalu pergi kea rah Hashim.

Kakak : Hang nak air ke?
Hashim : Huh huh huh… (katanya sambil memuncungkan bibir)

Kakak : Tunggu sat (sekejap).
Hashim : Huh huh huh…

Tiba-tiba satu tamparan daripada kakaknya singgah di pipi Hashim.

Hashim : Adoiiiiii. Sakitlah…
Kakak : Haaaa boleh pun cakap. Ingatkan dah bisu.

Alhamdulillah sejak itu Hashim kembali seperti sediakala. Takut agaknya dengan penampar kakaknya. Rupa-rupanya selama ini si Hashim memang boleh bercakap tetapi mungkin dia inginkan perhatian dan mungkin juga dia berasa tertekan sejak berpisah dengan isterinya itu. Kasimpulannya, setiap manusia diberikan ujian yang berbeza oleh Allah. Ada yang diuji dengan kecantikan, kacak, kaya, berpengaruh, kedudukan atau pangkat, ramai pengikut, sakit, tak pernah sakit ( contohnya Firaun) dan sebagainya. Setiap ujian daripada Allah sesungguhnya menguji tahap kesabaran dan keimanan kita.

Percayalah ujian yang diberikan oleh Allah berserta dengan hikmahnya. Ujian yang diberikan juga akan meninggikan darjat kita sekiranya kita redha, tabah, berdoa, berusaha dan bertawakkal kepada-Nya. Lagi satu, jujurlah kepada diri sendiri dan dengan kata lain TAK ADA SAKIT JANGAN CARI PENYAKIT.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga sahabat semua memperoleh manfaat. Maaf andai ada ketelanjuran dalam kata-kata. Moga kita dapat bertemu lain sekiranya masih diberikan kelapangan dan kesihatan yang baik oleh Allah. Wallahua’lam. Salam hormat.





Sunday, 5 July 2020

MANDI BUNGA


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Firman Allah SWT:
“Turunlah engkau dari Syurga ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan hina. Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).” Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau daripada golongan diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).”
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, daripada hadapan mereka serta daripada belakang mereka, dan daripada kanan mereka serta daripada kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk terhina dan terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (derhaka) semuanya.” (Al-A’raf: 13-18)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan kita semua buat sekian kalinya. Posting Encik Omar pada kali ini agak serius. Kali ini kita membicarakan perihal tipu daya manusia dan tipu daya syaitan. Perawat MUNGKIN akan ditipu oleh PESAKIT dan PESAKIT atau ahli keluarganya mungkin ditipu oleh perawat. Angkara siapa agaknya? Pokcik percaya, ia mainan dan bisikan halus SYAITAN.

Kisah bermula apabila pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah yang pokcik namakan sebagai Tini (bukan nama sebenar). Tini meminta pokcik usahakan tunang kepada sahabatnya yang dikatakan sering merasuk. Ada kalanya RASUKANNYA amat hebat dan panjang sehingga tiga hari. Bagi manusia biasa, kita percaya bahawa tiada manusia normal yang boleh berpura-pura merasuk sehingga tiga hari. Seseorang yang menangis selama sejam pun sudah keletihan, apatah lagi meraung menjerit menggelupur dan tidak makan dan minum selama tiga hari.

Sebelum Tini menghubungi pokcik, empat orang perawat sudah dipanggil datang ke rumahnya untuk menyedarkan si sakit namun gagal. Perawat kelima pula dipanggil selama dua hari berturut-turut. Pada hari pertama, kesemua ahli keluarga berkumpul dan mengisi tabung untuk diberikan kepada perawat berkenaan. Mungkin bagi mereka perawat kelima itu agak POWER dan meyakinkan mereka. Ketika ikhtiar, si perawat meminta agar si sakit dibukakan tudung. Katanya gangguan tidak dapat ditarik keluar kerana tersekat pada tudung ketika usaha menarik keluar dilakukan. Hantu boleh berpaut pada tudung agaknya. Hahahahaha. Pokcik tak kisah sangat bab perawat-perawat yang dikatakan gagal sebelum itu tetapi apabila si sakit diminta membuka aurat, maka nampaklah sesuatu yang tak kena di situ. Lebih parah, di luar sana, ada lagi pesakit yang BODOH yang menyerahkan tubuh badan kepada perawat, KONONNYA nak buang SIAL atau jin pada tubuh.

Pesakit ini dikatakan mempunyai masalah saka betul-betul di celah kelangkangnya. Saka itu dikatakan mengunci nafsunya. Selain itu, si sakit juga dikatakan mempunyai PUTERI yang sering mendampinginya. Apabila sudah dirasuk puteri KONONNYA maka si puteri akan berkomunikasi dengan perawat yang merawatnya. Perawat kelima itu juga dikatakan akan memandikan si sakit. Nak gosok di mana agaknya kerana si sakit dikatakan mempunyai masalah disekat nafsu pada celah kelangkangnya?

Apabila diceritakan perihal si sakit itu oleh Tini maka pokcik bersetuju untuk ikhtiarkan si sakit itu. Bukan apa, pokcik tak mahu si sakit diambil kesempatan oleh perawat yang dikatakan akan memandikannya itu. Apabila pokcik scan cara tak berapa pandai, memang ada gangguan yang mengambil kesempatan atas SIKAP si sakit. Namun masalah PUTERI, SAKA dan sebagainya hanyalah WATAK yang dicipta oleh pesakit untuk menarik perhatian tunangnya itu. Pokcik tak kata pokcik betul dan perawat sebelum itu salah. Ini sekadar pemahaman pokcik sahaja apabila ikhtiarkan si sakit dari JAUH itu.

Apabila pokcik sudah ikhtiarkan dan tidak nampak lagi sebarang unsur gangguan, maka pokcik meminta Tini menghubungi tunang si sakit. Pokcik meminta Tini memberitahu kepada tunang si sakit itu bahawa semua yang dilakukan oleh tunangnya itu merupakan satu lakonan untuk menarik perhatiannya sahaja. Pokcik juga meminta agar si tunangnya itu BERPURA-PURA ingin memutuskan pertunangan kerana bimbang gangguan akan berlaku juga selepas mereka berkahwin kelak.

Setelah itu, apa agaknya yang berlaku?

Si perempuan yang merasuk itu akhirnya sedar dan memberitahu agar tidak diputuskan tali pertunangan. Katanya si PUTERI akan pergi dan tidak akan mengganggu mereka lagi setelah mandi AIR BUNGA. Si lelaki BERPURA-PURA berkeras dan akan memutuskan pertunangan juga sekiranya tunangannya mandi air bunga.
Akhirnya semuanya terbongkar. Si sakit akhirnya mengaku dia berpura-pura merasuk dan mewujudkan watak PUTERI untuk menarik perhatian tunangannya agar sentiasa berada di sampingnya. Entah apa reaksi ahli keluarga yang lain dengan pengakuan beraninya itu.

Alhamdulillah, seperti mana kata pokcik kepada Tini, si sakit automatik akan pulih selepas kahwin kerana dia hanya berpura-pura sahaja memang terjadi. Bukan pokcik MENILIK tetapi kesimpulan dibuat berdasarkan keadaan si sakit NAMUN ketetapannya sudah tentu dengan SEIZIN ALLAH juga. Alhamdulillah kita mereka sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Tiada lagi gangguan yang dialami oleh si isteri.

Kesimpulannya, berlaku jujurlah wahai PESAKIT dan PERAWAT. Jangan MEMBODOHKAN DIRI agar tidak diambil kesempatan oleh SEGELINTIR PERAWAT. Ikhtiar jarak dekat atau jarak jauh bukan ukuran KETELUSAN dan KEJUJURAN. Semua itu bergantung kepada diri perawat itu sendiri sama ada ingin berlaku jujur dan anggap sekelumit anugerah atau pengetahuan yang diberikan oleh Allah itu sebagai AMANAH yang akan dipersoalkan kelak atau pun digunakan untuk meraih keuntungan dengan MENIPU PESAKIT.

Moga berjumpa lagi pada lain masa. Maaf andai terkasar Bahasa. JUJURLAH pada diri sendiri. TEPUK DADA TANYA IMAN. Salam hormat. Wallahua’lam.

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH

TINI: Ok pokcik tunangnya minta bntuan. Dia x boleh mAin fon ďok jga tunangnya
OMAR: Boleh pokcik tengok tunangnya?

TINI: Dia wakilkn sy. Ok jàp. Tu sy ambik dlm fb tunangnya Ina.
OMAR: Xpe... Namanya

TINI: Dia meracau tngh pegmg tunng. Nma nya dia x hntar lgi
OMAR: Kalau gambar lama masa xde gangguan sekadar ikhtiar sahaja... Xpe laa pokcik ikhtiarkan dulu... Kalau xde nama bimbang kerja dua kali.. Sekali ni je pokcik tawarkan

TINI: Tungku ani  binti ramli (bukan nama sebenar). Dia call sy Lambat sbb tunangnya marah dia wasap dngn sy Tunangnyä anis cakap jngn layan wsap sy. Dia marah masuk putri pulak Putri tu lh maräh. Tu dia lmbat hntar. Tungku pulak dh Tengku silp taip. Tunangnya x bg ambik ğmbr sekarng dia marah Jd bg apa yg Ada. Dia kne rasuk kn tu marah
OMAR: Sekarang ni dia mcm mana. Nampak mcm fikirannya rungsing. Mungkin masalah cemburu

TINI: Nanti nk call dia jap
OMAR: OK... Nampaknya xde Sgt masalah mistik.. Jin ganggu dan ambil kesempatan atas lemahnya semangat dia.. Kalau kahwin, in shaa Allah terus ok

TINI: Dia ada sqka dn sihir ke pokck Sihir kunci 7 nafsu
OMAR: Ngarut je.. Sekarang dia mcm mana

TINI: Call tp dh of pon Sbb JIN tu marahkm td x bg sembng dngn sy terus of pon. X dpt nk tanya dh off
OMAR: Hihihihihi bukan jin tu.. Dia yg cemburu

TINI: Jd dia sakit apa pkcik senang nk cakp ķat tunangnyq
OMAR: Penyakit cemburu buta... Buat2 merasuk dan akhirnya ada jin ambil kesempatan. Sebab tu empat perawat sebelum tu ikhtiar xjadi apa

TINI: Ok pokcik bru sy fhm Mengarut je perawat buka tudung katq sihir Kata ustqz sàka
OMAR: Memang mengarut. Sekarang ni, in shaa Allah OK dah... Jin ambil kesempatan je... Dia nakkan perhatian tunangnya

TINI: Ok pokcik Nanti dia dh on tpon sy cakap ye perkembngn
OMAR: OK..

TINI: Lupa nk ucap terima kasih kat pokcik Sbb tolong Malu pula sy sbb kes bohong je rupanyA Sy ingt betul2 lh kne sihir Saka dn lain2nya
OMAR: Xpe.. Sama2

TINI: Tu pokcik perawat buka tudung siap kain kuning lagi. Tngh berubt tu
OMAR: Mcm2...

TINI: Tunangnya hntr gmbr bru je
OMAR: Pokcik dah buang. Takut dia tambah balik. Mcm sami je

TINI: Tu lah. Dhlh menipu ķata sihir kat kemaluan
OMAR: Mmmm. Muka mcm gila seks je

TINI: Tu lah seram pula kalau ahli keluarga nya percya kata perwt tu



Thursday, 2 July 2020

ZOO HANTU


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah, kita masih lagi bernyawa atas ehsan Allah. Sebenarnya dua tiga menjak ini Encik Omar amat sibuk dengan pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan tugas hakiki. Oleh sebab itu juga pokcik padamkan perkongsian sebelum ini kerana tak sempat sangat untuk membuka FB dan bimbang tak sempat untuk membalas komen para sahabat. Kali ini pokcik nak ceritakan pengalaman ketika orang rumah pokcik berada di hospital. Banyak sangat pengalaman ketika berulang alik ke sana lebih kurang sebulan setengah setelah orang rumah pokcik menjalani pembedahan akibat slip disc.

Alkisah ketika pokcik berada di sana, pada suatu hari bekas majikan orang rumah pokcik datang melawatnya. Pada awal perbualan, kami berbual santai sahaja. Akhirnya, beliau menunjukkan kakinya yang membengkak. Ramai sangat pesakit di luar sana mengalami masalah KAKI BENGKAK terutama melibatkan DENNAH. Namun, daripada cerita beliau, punca sakitnya bermula dari tempat kerja. Wallahua’lam. Oleh sebab beliau merupakan bekas majikan isteri, maka pokcik layankan juga dan ikhtiarkannya. Tambahan pula beliau bertongkat ketika datang pada hari tersebut.

Apabila melihat keadaannya yang agak uzur itu, pokcik usahakan juga beliau ketika itu juga.  Seram sejuk pokcik namun BUKAN disebabkan gangguan itu tetapi jelingan orang rumah dan isyarat bahasa tubuh beliau yang meminta pokcik usahakan bekas majikannya itu.  Garang sangat orang rumah pokcik. Angkat kening macam Ziana Zain kalau mintak pokcik ikhtiarkan. Kakakkakaka. Bab tu pokcik bergurau sahaja. Hihihihi..  Baik, pokcik sambung cerita. Habis saja ikhtiarkannya, dia bercerita pula perihal rumahnya.

Katanya rumah dia ni keras. Bukan sebab batu bata saja, hantu pun keras kepala. Katanya, hantu di rumahnya sering menunjukkan rupa. Kalau tahap boleh menunjukkan rupa, sahabat faham sendirilah bagaimana dengan gangguan di atas atap atau bumbung rumahnya itu. Pokcik rasa, orang lain pun tak boleh tahan dan bersabar sekiranya mendengar macam-macam bunyi di atas atap. Pendek kata, mereka sekeluarga sudah terbiasa mendengar jin mengilai, bergolek, bunyi kepak seperti burung sedang terbang dan sebagainya. Rumah itu sudah menjadi seperti zoo hantu kerana pelbagai jenis hantu mendiaminya.


Dia mengajak pulak pokcik pergi ke rumahnya untuk melihat keadaan rumahnya itu. Pelik juga sebenarnya kesnya itu kerana rumahnya berada dalam kawasan taman. Katanya, bukan setakat rumah, anak perempuan dia pun bermasalah juga nak balik ke asramanya. Ada hantu katanya. Makin melarat pula kisahnya. Satu persatu pula masalahnya diceritakan kepada pokcik. Nak buat macam mana, bekas bos orang rumah pokcik. Huhuhu. Oleh sebab pokcik agak malas untuk pergi ke rumahnya, pokcik berjanji akan cuba ikhtiarkan rumahnya itu pada malam itu juga. Antara sebab utamanya ialah pokcik memang tidak berapa tahu lokasi rumahnya.

Pada malam itu, memang pokcik usahakan dan berdoa agar ditarik keluar sebarang gangguan di dalam rumahnya itu. Lebih kurang pukul dua pagi pokcik usahakannya . Kalau tak salah, pokcik ikhtiar pada malam minggu. Biasanya pokcik tidur agak lewat pada malam minggu. Selesai urusan malam itu, pokcik langsung tidak bertanya apa yang berlaku pada malam itu. Bagi pokcik, selagi tidak melibatkan anggota tubuh badan, pokcik tak perlu bertanya.

Suatu hari pokcik pergi ke rumah salah seorang anak buahnya iaitu bekas rakan sekerja orang rumah pokcik. Dia menceritakan bahawa bosnya itu telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan pada pagi itu. Dalam fikiran pokcik, ada masalah baru yang dialami oleh hamba Allah itu. Rupa-rupanya dia memberitahu bahawa  semua tingkap terbuka secara tiba-tiba pada pagi itu. Lebih kurang pukul dua pagi. Kalau kita pun mesti terkejut apabila mengalami keadaan seperti itu. Kalau sedang tidur sekali pun, mesti kita akan terjaga sekiranya tingkap dibuka dengan kuat atau secara paksa.

Dalam hati kita, sudah tentu rumah dimasuki pencuri. Alhamdulillah, sudah menjadi rezekinya kerana Allah perkenankan doa pokcik kerana pada pagi itu pokcik berdoa dan meminta kepada Allah serta berikhtiar agar disedut keluar kesemua hantu yang ada di rumahnya. Banyak sangat agaknya jin yang mengganggu kerana semua tingkap di rumahnya terbuka. Menurut hamba Allah itu kesemua tingkap dari dapur hinggalah ke ruang tamu terbuka secara tiba-tiba. Macam cerita seram pun ada. Hahaha.

Walaupun tidak ada apa-apa kehilangan, namun dia yang tidak menyangka pokcik usahakan pada pagi itu (pukul 2.00 pagi), tetap juga membuat laporan polis. Seperti mana yang pokcik beritahu pada awal posting, cerita ini pun diceritakan oleh Ustaz Kamal (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang anak buahnya. Kalau tak sampai ke sudah pokcik tak tahu cerita ini. Khabarnya dia tidak lagi bertongkat selepas itu. Rumahnya pun dah tenang. Alhamdulillah Allah menolong mempermudahkan urusannya.

Ini salah satu daripada kisah yang mana melibatkan usaha pokcik ketika di hospital. Banyak lagi sebenarnya kisah pokcik usahakan hamba Allah yang sedang sakit dan ditahan di wad ketika orang rumah pokcik sendiri menjalani pembedahan slip disc dan terpaksa ditahan di wad. Sebenarnya, kisah dengan hamba Allah ini tidak berakhir di situ sahaja kerana selepas itu pokcik diminta ikhtiarkaan asrama anaknya yang dikatakan berhantu. Apa pun, kalau ada masa dan kelapangan, mungkin pokcik akan kongsikan perihal anak perempuannya dan asramanya pula.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Akhir kata sebelum pokcik mengundur diri, pokcik ingin memohon maaf seandainya ada salah dan silap serta kata-kata yang kurang manis yang ditulis dalam perkongsian pada kali ini. Sudah banyak kali pokcik ulang bahawa pokcik BUKANLAH PERAWAT tetapi menolong sekadar mampu atas sifat ehsan sebagai hamba Allah. Pokcik juga bukannya orang yang arif dalam bidang perubatan Islam ini dan hanya memohon bulat-bulat kepada Allah tanpa sebarang perantaraan dan mengharapkan Ehsan-Nya. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.


BUANG BOTOL DI LAUT


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah. Ramai daripada kalangan saudara kita di luar sana yang sedang menerima ujian mahu pun teguran daripada Allah. Moga saudara-sauda kit aitu tabah dan redha menempuh ujian dan bertemu dengan jalan penyelesaiannya dengan izin Allah jua.

Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang menjadi lipatan kenangan buat diri pokcik sendiri. Kisah kali ini berkaitan dengan serangan balas jin mahu pun tindak balas ahli sihir terhadap seseorang perawat. Sebenarnya banyak daripada perawat di luar sana yang sedang menerima ujian ini. Namun pokcik percaya bahawa apabila datang yang haq maka terhapuslah yang bathil.

Banyak juga kes perawat yang pokcik usahakan akibat serangan balas ahli sihir. Antaranya satu kes yang pokcik usahakan di HTAA. Nak dijadikan cerita, orang rumah pokcik ada masalah slip disc. Jadinya banyak masa dihabiskan di hospital. Ketika berada di sana, banyak juga pengalaman pokcik merawat pesakit Ketika mereka ditahan di wad termasuklah di HTAA, Hospital Besar Temerloh dan KMC di Kuantan. Pokcik akan kongsikan satu kisah sahaja kes yang pokcik usahakan di hospital. Mungkin ada kesempatan pokcik akan buat posting khas bertajuk HOSPITAL.

Suatu hari pokcik menziarah orang rumah di HTAA. Ketika sedang berada di sana, tiba-tiba seorang remaja datang ke arah pokcik dan meminta pokcik pergi berjumpa dengan ibunya. Rupa-rupanya, ibunya itu boleh dikatakan DEMAM pada tiap-tiap malam sampai bergegar habis katilnya disebabkan menggigil kesejukan. Selain itu, ibunya mengidap kencing manis. Bab kencing manis memang berkaitan perubatan moden. Namun ada keanehan yang berlaku kepadanya.

Pokcik diberitahu bahawa para doktor boleh kata membersihkan lukanya pada tiap-tiap hari bagi mengelakkan jangkitan. Namun, bukan setakat itu sahaja, luka yang dibersihkan itu akan bernanah semula pada keesokan harinya. Mungkin pihak hospital pun pening memikirkan kejadian yang berlaku. Semakin hari keadaan lukanya menjadi semakin teruk. Tak cukup dengan keadaan itu, dia juga demam pada tiap-tiap malam sebagaimana yang pokcik beritahu tadi.

Apabila pokcik pergi ke arahnya setelah dipanggil oleh anak daranya pokcik melihat keadaannya sangat lemah. Akhirnya dengan suara terketar-ketar dia memulakan bicara. Dia memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit perihal keluarganya. Akhirnya dia mengaku bahawa dia sebenarnya salah seorang perawat daripada Pusat Perubatan Darul Syifa. Menurutnya keadaannya seperti itu setelah merawat seorang anak muridnya. Apabila melihat di amula menangis, pokcik cuba memujuknya dan akhirnya bersetuju untuk ikhtiarkannya.

Memang pokcik langsung tidak ada persediaan. Lagi satu, pokcik tidak suka menghalau sahaja gangguan atau jin. Seboleh-bolehnya pokcik akan ikhtiar dan berdoa untuk memusnahkan mereka. Kebetulannya pokcik terlihat ada botol mineral kecil dan sedikit air di hujung kepala si sakit. Pokcik meminta anaknya minum air itu dan habiskan, dan botol itu diserahkan kepada pokcik. Memang kali ini pokcik berniat untuk mengurung gangguan itu di dalam botol.

Setelah berdoa beberapa ketika maka pokcik pun ikhtiar menarik bisa daripada serangan balas ahli sihir it uke dalam botol tersebut. Yang anehnya, botol bersih lutsinar tadi sudah menjadi kelabu dan akhirnya hitam. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Pokcik meminta agar botol itu dibuang ke laut. Setelah itu pokcik berbual semula dengan orang rumah pokcik yang mana katilnya hanya bersebelahan dengan katil pesakit tadi.

Pada petang itu si suaminya datang dan membuang botol itu ke laut. Menurutnya botol yang dipegangnya itu sangat panas dan berat. Sukar untuk dia mengangkat botol itu. Entahlah apa dalam botol itu. Memang pokcik tak nampak. Pokcik menganggap ia hanyalah bisa yang dihantar terhadap perawat itu tadi. Pada malam itu alhamdulillah dia tidak lagi demam. Dia dibenarkan keluar wad dan dibenarkan pulang tidak lama kemudian kerana luka pada kakinya sudah kering dan tidak lagi bernanah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Perkongsian pokcik pada kali ini agak berlainan kerana pokcik kongsikan dua kes dalam satu kisah. Kisah kedua juga berkaitan dengan seorang perawat Pusat Perubatan Islam di Parit Buntar Perak yang juga menerima serangan balas daripada ahli sihir. Wallahua’lam. Sebenarnya banyak kes pesakitnya yang pokcik usahakan DARI JARAK JAUH termasuklah kes dirinya sendiri yang pokcik kongsikan pada kali ini. Mungkin rakan-rakan dalam Pusat Perubatannya itu sudah usahakan namun masih menemui jalan buntu kerana belum diberikan keizinan oleh Allah.
Mungkin juga perawat ini tahu bahawa memang pokcik ikhtiar tanpa menggunakan PERANTARAAN JIN mahupun syaitan. Mungkin sebab itulah beliau tidak segan dan meminta pokcik usahakan dirinya dan beberapa orang pesakitnya.

NAMUN…

Apabila pokcik membacakan KOMENnya dalam Group Ruqyah Syarriah dan melihat posting yang dia shared daripada mana-mana pusat perubatan lain yang melabelkan perubatan jarak jauh KARUT, tidak mengikut syariat dan sebagainya, pokcik menjadi agak SEDIH dan KECEWA. Namun, pokcik masih lagi menjaga aib beliau, maklumlah dia digelar USTAZ dan tidak mahu menjawab komen-komen beliau dalam group mahu pun dalam wall PUSAT PERUBATAN ISLAM beliau. In shaa Allah, kalau kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita.

Prinsip pokcik amat mudah…..

JUJURLAH pada diri sendiri. BERKATA BENARLAH walaupun ianya PAHIT dan INGATLAH bahawa MANUSIA TIADA SEBARANG KUASA untuk MENYEMBUHKAN PESAKIT. Jangan MENCIPTA atau MENEKA sesuatu yang tidak pasti agar orang datang kepada kita kerana WANG dan KEEGOAN sendiri.

Selagi tebal KEAKUAN DIRI maka kita akan melupakan bahawa semua yang ada pada kita kepunyaan Maha Pencipta yang hanya diberikan sebagai PINJAMAN dan akan ditarik balik pada bila-bila masa oleh TUAN EMPUNYA…

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH

SELASA

ASRI : Assalamualaikum. Baru baru ni sya ada rawat pesakit yg kena sihir. Memang ganas dan dlm berhati hati  kena juga tendangan dri dipesakit yg kerasukan. Dah seminggu sya sakit kaki. Nak solat pun sakit. Apa pandangan En Omar.

EN. OMAR : Bisa. Waalaikumussalam. Kena tarik bisa buang

RABU

ASRI : Assalamualaikum. En Omar boleh tolong tarikan ke ? 😊. Atau ada sahabat yg boleh bantu. Sya dah cuba tapi tak mampu nak kluarkanya. Kena ada org yg bantu kluarkanya.
Wallahu'alam

EN. OMAR : Waalaikummussalam. Mlm ni kot kalau sempat pun tapi lepas saya buat ada dua tiga kes tertunggak...

ASRI : Alhamdulillah. Rasanya elok berdepan ka En Omar. Kalau cara tu sya kena g sana jump. Marah betul jin si tukang sihir kat sata. Siap ugut nak bunuh saya lagi

EN. OMAR : Hihi...biasa laa

ASRI : Nak Tengok apa yg sya buat kat dia

EN. OMAR : Buleh juga. Ooo patut laa. Lengan kot noo. Aweks ni..kakakkakaka

ASRI : 😊

EN. OMAR : Aweks kaa nenek aweks

ASRI : Dah lama bertapak kat sana

EN. OMAR :  😇

ASRI : Bini org.. Awek apanya haha

EN. OMAR : Kakakkakkaka

ASRI : Tu yg hari yg sya rawat ( Sambil menunjukkan gambar pesakit ). Selang dua hari jadi macam ni. Jap

EN. OMAR : Tudia. Merebak

ASRI : Tapi kemarin dah baik dah. Jin baru pula di hantar

EN. OMAR : Tudia aih....Maksud saya tadi kot2 laa ada sahabat saya yang lain free. Kalau mlm ni lepas buat dua kes tertunggak mungkin saya boleh ikhtiarkan buang bisa tuan pulak... Saya ikhtiarkan kot jauh jaa.xyah maiii pun xpa kalau Allah izin...

ASRI : Jkz En Omar. Moga usaha En Omar dimakbukan allah swt. Dan moga allah permudahkan urusan En Omar aamiin

KHAMIS

EN. OMAR : Assalammualaikum. tuan semalam xbuat lagi..In shaa Allah kalau xdak aral buat mlm ni atau ptg ni lepas asar. Semalam tidoq awal.

ASRI : Wa'alaikumussalam. Ok tak pa En Omar. Trima kasih kerana prihatin dgn masaalah sya ni. Moga allah swt permudahkan usaha ini dan berikanbkesembuhan pada saya.
Aamiin

EN. OMAR : Aamiin.  Assalammualaikum. Bkn setakat bisa jaa sihir penuh penuh. Perit tekak2 saya. In shaa Allah...

ASRI : Wa'alaikumussalam. Penuh penuh.  Insyallah moga allah swt sembuhkan sya dgn ikhtiar dri En Omar.

EN. OMAR : Aamiin

ASRI : Aamiin. Marah betul tukang sihir ni pada saya ya. Macam ni la risiko kpd perawat. Ujian tetap ada. Hanyq sabar dan tawakal pda allah swt. Trima kasih Encik Omar. Moga allah swt berikan yg terbaik buat sahabatku. Aamiin

EN. OMAR : Aamiin. Boleh tahan laa sihir ni. Sebab boleh tangkap tengkuk ngan telinga saya.
Hihi

ASRI : Crita sikit

EN. OMAR : Dari kepala sampai kaki tuan disihir

ASRI : Siam mari nii En Omar
EN. OMAR : Yg kaki bila saya sedut tangkap tengkuk

ASRI : Alhamdulillah dah kurang banyak sakit niii

EN. OMAR : Yg bahagian lain tangkap telinga. In shaa Allah saya ambik semua. Yg tinggal tu kesan dia sahaja

ASRI : Siam punya kaa. Heh. Hehe

EN. OMAR : Ni boleh kata antara siam atau org asli

ASRI : Sbb hri tu dia kata dia dri siam

EN. OMAR : Bkn sihir melayu. Xpaa laa..Allah berkuasa. Bkn ilmu setan.depa. Hahhahaha

ASRI : Betul tu. Haha. Perawat jeans. Hihi

EN. OMAR : Campoq tuan tiga org dah. Hahahhaha. Semua boleh kata berat

ASRI : Tiga org sahabat dlm group ka En Omar
EN. OMAR : termasuk seorang guru Daryl syifa. Satu dlm tu. satu bukan

ASRI : Ooo

ASRI : Alhamdulillah

EN. OMAR : Kalau campoq dlm tu ada lagi laa. Hihi

ASRI : Ya kaa

EN. OMAR : Xleh habaq. Saya simpan rahsia

ASRI : Ok En Omar faham jaa :( :)

EN. OMAR : Saya. Perawat kena mmg standard laa

ASRI : Maknanya sya kena lagi perkuat pertahanan diri

EN. OMAR : Yaa..

ASRI : Belum cukup kuat

EN. OMAR : In shaa Allah

ASRI : Benteng kena tembus

EN. OMAR : Ujian tu

ASRI : Betul tu. Ada hikmahnya. Yg sya boleh jadikan ikhtibar

EN. OMAR : Yaa

ASRI : Utk menilai diri

EN. OMAR : betoiiii tu. Kdg2 kita leka. Esok segaq balik mcm biasa tuan..in shaa Allah

ASRI : Insyaallah En Omar. Sya akan cuba kuatkan benteng yg rapuh ni. Doakan. Aamiin

EN. OMAR : Aamiin

ASRI : Memang petang ni dah rasa lega .lega sangat. Alhamdulillah. Solat asar tdi pun dah nampak  ok. Klau tak nak lipat kaki pun sakit

EN. OMAR : Alhamdulillah