Assalamualaikum..
Suatu hari pokcik berjumpa jiran pokcik ketika sarapan di Kedai Nasi Kerabu Mek La Permatang Badak Kuantan...
Ketika makan, datang jiran pokcik menceritakan perihal anak saudaranya yang pernah pokcik usahakan dulu....
Katanya anak saudaranya yang masih kecil itu dalam keadaan kritikal sekarang.. Terkejut pokcik sebabnya dahulu pokcik usahakan kes anak saudaranya yang tak boleh tidur malam. Tidur dalam lima minit pastu terjaga.. Alhamdulillah dah selepas tu....
Rupa-rupanya, si baby itu kemudiannya dihantar ke pusat penjagaan selepas itu kerana ibu bapanya bekerja..
Doktor mendapati buah pinggangnya sudah rosak dan begitu juga beberapa anggota dalamannya yang lain... Doktor syak berlaku JANGKITAN kuman atau virus kerana diberikan UBAT BATUK oleh pengasuh di pusat penjagaan berkenaan... Darah keluar dari hidung dan beberapa tempat lagi... Sekarang ini baby hanya bernafas dengan oksigen bantuan dan berbekalkan semangatnya....
Pesan pokcik, nak buka pusat penjagaan kanak-kanak dan seumpamanya haruslah kerana minat serta kasih akan kanak-kanak. Diri haruslah bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut.. Jangan kerana nak mengejar keuntungan, berpuluh-puluh kanak-kanak diambil dalam satu-satu masa dan akhirnya memberikan UBAT BATUK untuk memudahkan kerja....
Kita pun tak tahu pengasuh mana yang bertanggungjawab dan sebagainya.. Kan..... Susah juga kalau macam tu...
Cuma.....
Pesanan pokcik kepada mereka yang terlibat, jujurlah dan jangan HARAMKAN sesuatu pekerjaan yang asalnya HALAL....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.