Tuesday 30 April 2019

MATA DIPEJAM LENANYA TIDAK




Dua hari lepas pokcik ke Indera Mahkota kerana ada kenduri tahlil. Pokcik ingat lepas makan pokcik nak balik terus tetapi ada hamba Allah yang meminta pokcik usahakan di situ. Nampaknya lebih kurang kes pokcik dahulu iaitu kes badi. Mata asyik nak terlelap sahaja. Macam kes dahulu, angkat takbir sahaja untuk solat, terus terlelap. Ini tak masuk lagi bab buka AlQuran. Elok buka dan baca basmallah terus terlena.. Oleh kerana kes ini pun lebih kurang, jadinya pokcik tak mahu kongsikan..
Pokcik nak kongsikan kisah malam ni. Kali ini pokcik ke Kampung Padang Damai. Sahabat pokcik mesej memberitahu bahawa sahabatnya sudah lama sakit. Apabila dirujuk ke hospital, pihak hospital tidak dapat mengesan punca. Jadinya kesimpulan dibuat ialah ada jangkitan kuman. Semalam dia ditebuk pada bahagian perut. Oleh sebab pokcik ada sedikit kelapangan maka tadi pokcik ke rumahnya itu.


Sesampai di sana pokcik bersalaman dengannya yang sedang duduk di atas sofa. Dia kelihatan menanggung sakit yang amat teruk. Tambahan pula perutnya baru sahaja ditebuk. Melihat pokcik duduk di bawah dia pun turut turun. Mungkin dia segan agaknya walaupun pokcik memintanya supaya duduk di atas. Setelah berbual sebentar sahabat pokcik terus bertanya adakah pokcik terus nak usahakan hamba Allah itu. Jawapan pokcik sudah tentu ya kerana melihat keadaannya itu.


Kami dibawa ke dalam bilik. Biliknya itu sudah terpasang pendingin hawa. Mungkin dia sudah bercadang dari awal untuk ikhtiar di situ. Lagi satu kalau ikhtiar di ruang tamu, budak-budak berlari riang keluar dan masuk keep rumah. Tak sesuai lah keadaan itu. Sebelu bermula pokcik bertanya apakah yang dialam olehnya. Katanya asalnya dia gastrik dan dimasukkan ke hospital. Selepas itu sakitnya bersambungan. Dia baru sahaja keluar dari wad Setelah seminggu di sana. Ketika di wad lagi memang dia tak boleh nak tidur. Apabila dipejamkan mata, seperti ada satu lembaga yang datang. Oleh itu dia berasa takut untuk tidur. Entah berapa hari gamaknya dia tak boleh nak tidur. Wallahuaklam..


Ketika di rumah dia juga alami perkara yang sama. Dia akan berasa gelisah ketika hendak melelapkan mata. Orang rumahnya tadi beritahu pokcik bahawa suaminya itu pernah bangun dari tempat tidur dan menangis kerana sudah tidak tahu nak buat bagaimana untuk melelapkan mata. Nak tidur macam mana kalau sebaik sahaja menutupkan mata terus ada lembaga datang. Pada waktu siang hari pun dia alami perkara yang sama. Lebih berat lagi, sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumahnya, terus bulu romanya menegak dan dia berasa meremang..


Pokcik berpuas hati dengan ceritanya dan lebih yakin adanya unsur mistik dalam kisah yang diceritakan. Baiklah, saya nak bermula. Tenangkan dan selesakan diri, kata pokcik. Kalau nak bersandar pun boleh, kata pokcik lagi. Dia merebahkan badannya. Sahabat pokcik terus mengambil bantal untuk alas kepala hamba Allah itu. Setelah memagarnya sekali lagi pokcik memintanya bertenang. Berdebar tiba-tiba, katanya perlahan. Buat Sekian kalinya pokcik memintanya bertenang kerana dia kelihatan gelisah. Pejamkan mata, kata pokcik. Sekejap sahajalah dia pejamkan mata dan terus dibukanya. Entah apa yang dia nampak tahulah pokcik.


Pejamkan mata, kata pokcik lagi. Kali ini dia terpaksa menurut. Dia mula berpeluh dalam suasana yang amat dingin itu. Bulu romanya juga naik. Naik buat kali terakhir, in shaa Allah, kata pokcik.. Dia sudah melayan entah ke mana. Semakin lama semakin jauh dengan kami. Kepalanya juga sudah mula berpusing. Biarkan, kata pokcik.. Akhirnya dia menjadi lembik. Dahaga , katanya perlahan setelah selesai. Kering sangat tekak, katanya lagi. Pokcik meminta segelas air. Pokcik memintanya minum. Selepas minum dia pun sendawa. Biarkan, kata pokcik. In shaa Allah sekejap lagi awak akan letih dan terus tidur kalau Allah izinkan, kata pokcik. Diam menganggukkan kepala.. Alhamdulillah selesai seizinNya..


Salah seorang sahabat pokcik yang turut bersama meminta pokcik melihatnya pula sebaik sahaja hamba Allah tadi keluar dari bilik. Pergelangan tangan ni sakit dah tiga minggu, katanya. Nak tak nak pokcik hembus jugalah mohong-mohong dalam tiga minit. Alhamdulillah rasa lain dah, katanya sambil memusingkan pergelangan tangannya. Memang pokcik doa dan niat karate terus sahaja. Maklumlah di rumah orang. Tuan rumah pun dah keluar dari bilik. Sebaik selesai kami pun keluar. Isteri tuan rumah menghilangkan nasi goreng dan ayam goreng serta mi sup. Pokcik makan sedikit sahaja bagi menjaga dan meraikan tuan rumah. Dua orang sahabat pokcik yang turut hadir bukan main lagi berselera makannya. Biasalah depa orang muda.


Ketika makan pokcik bertanya, A****** ke mana? Dah tidur, kata isterinya. Alhamdulillah. Dah berapa lama dia tak tidur agaknya. In shaa Allah, pokcik jangka dia hanya akan tersedar dalam pukul 5..30 pagi setelah berehat secukupnya. Jangan kacau dia tidur. Tahulah malam Jumaat, kata sahabat pokcik berseloroh. Isteri tuan rumah hanya gelak sahaja. Hihihihihi.. Setelah lebih kurang sejam berbual di situ, kami pun meminta izin untuk pulang. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan pokcik dan hamba Allah itu..


Sekian buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.