Monday 15 April 2019

GANGGUAN DI SURAU



Setelah beberapa hari tangguh, semalam pokcik ke surau yang dikatakan mengalami gangguan jin bersama-sama dengan seorang AJK surau. Katanya jemaah disergah, dipeluk ketika solat dan sebagainya. Apabila pokcik tanya dua hari lepas kepada sahabat pokcik, katanya orang yang dah kena usik takkan kena lagi. Oklah tu kata pokcik  OK apa, memang tak diganggu sebabnya orang yang dah kena takkan tunggu lagi selepas solat. Terus tutup lampu, kipas dan cabut, kata sahabat pokcik. Hahahahahahahaha boleh pulak gitu. Jadinya, malam tadi kami bergerak dalam pukul 10.15 malam agaknya ke surau berkenaan . Kebetulan hujan renyai-renyai.. Seram ngat aih.. Hahahahahhaha....

Sesampai di situ, pokcik masuk dahulu ke dalam surau.. AJK berkenaan macam teragak-agak sebabnya dia salah seorang yang kena ganggu tu.. Hihihihihi... Apabila pokcik masuk, lampu dalam surau samar-samar dan hanya diterangi dengan lampu notification waktu solat pada dinding surau yang berwarna hijau.. Ini menambah keseraman.. Hahahahahhaha...

Sebaik sahaja masuk, AJK surau berkenaan terus menghidupkan lampu.. Terang benderang laa. Kalau AJK berkenaan takut lagi tak tahu laa.. Hihihi. Setelah itu pokcik memintanya membuka kesemua pintu. Dia nampak teragak-agak sebabnya pintu belakang agak gelap.. Pokcik tengok dia membuka cepat-cepat tanpa melihat ke belakang.. Setelah itu pokcik duduk di tengah-tengah surau.. Sebelum itu pokcik meminta sahabat pokcik mendoakan air dengan ayat lazim yang pokcik berikan.. Sahabat pokcik meminta anaknya yang sedang belajar di salah sebuah Pusat Tahfiz untuk membacanya..

Air itu pokcik minta sahabat pokcik spray di dalam surau mengikut arah lawan jam. Bukan apa. Pokcik nak beri amaran sahaja dan kalau boleh tak nak apa-apakan jin di dalam surau itu.. Maksudnya kalau masih berdegil, barulah pokcik nak usahakan bagi silambam. Kan... Usir elok-elok tak dengar.. Eloklah bagi pengajaran pula kepada jin yang masih berniat nak ganggu jemaah surau beribadah... Kan...

Ketika spray, sahabat pokcik terus meremang pada bahagian tengkuk dan kepalanya ketika sampai di bahagian solat wanita dan pintu belakang.. Memang ketika masuk pun pokcik dah bertumpu pada bahagian itu cuma pokcik tak nak beritahu sahabat pokcik selaku AJK surau perkara berkenaan.. Kalau pokcik beritahu awal-awal alamatnya dia tak nak pergi ke bahagian itu....

Setelah selesai spray, dia terus duduk rapat di sebelah pokcik. Kelihatan muka dan kepalanya berpeluh.. Apa pun alhamdulillah tak ada perkara yang tidak diingini berlaku... Setelah itu pokcik mula membacakan beberapa potong ayat suci dengan memohon kepada Allah untuk membinasakan jin yang mengganggu di surau itu... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah dan selesailah urusan pokcik di surau berkenaan... Alhamdulillah tak ada lagi dengar, ahli jemaah yang diganggu subuh tadi.. In shaa Allah, aman surau berkenaan seizinNya.

Habis cerita bab tu.....

Tadi lebih kurang pukul 3.00 petang, ada sahabat pokcik menghubungi pokcik. Katanya anaknya pengsan di sekolah.. Anaknya itu murid tingkatan 2. Sekolah mana pokcik tak tanya pulak. Dia minta pokcik tengok-tengokkan anaknya itu. Pokcik tengok jugalah mohong-mohong.. Maklumlah pokcik masih di tempat kerja...

Nampaknya ada gangguan jin liar. Gangguan bertumpu pada bahagian kepala dan sekitar perutnya. Menurut sahabat pokcik, sebelum kejadian, ada ular hitam masuk ke dalam rumahnya. Mungkin jin. Wallahuaklam.. Sebaik pokcik tengok, alhamdulillah anaknya sedar seizinNya walaupun pokcik berjanji akan usahakan selepas Asar ini.. Hihihihihi ingatkan berani sangat jin tu.. Hahahahahhaha... Apa pun, sekejap lagi walaupun dia duduk di luar anaknya itu, pokcik akan usahakan juga sebabnya pokcik tak mahu jin berkenaan mengambil kesempatan pada lain kali.. Doakan semoga Allah permudahkan.. Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.