Thursday 18 April 2019

HARIMAU PUTIH PENDAMPING SETIA





Semalam pokcik bersama dengan seorang sahabat ke Sungai Lembing atas urusan kerja. Setelah selesai, pokcik singgah di kedai sahabat pokcik di sana untuk makan mi Jawa. Lama dah pokcik tak menjengah beliau.. Sambil pekena mi Jawa, sahabat pokcik ( tokey kedai) menceritakan masalah sakit kakinya yang sudah berlarutan selama lebih sebulan.. Jadi kerja pulak.. Hahahahahhaha....

Bagi tidak menghampakan harapannya, pokcik janji nak hembus jugalah di situ pada masa itu juga. Sakit tak, tanyanya.. Dak aih, bukan pokcik nak urut pun, kata pokcik sambil gelak. Setelah itu pokcik hemboiihh jugalah sekejap mohong-mohong. Pokcik malas nak tanya dia OK ke tidak. Hahahhahahhahhaa... Kalau tak OK mesti dia beritahu.. Kan?

Setelah berbual seketika pokcik pun meminta izin untuk beredar. Maklumlah pokcik dan sahabat masih lagi bekerja. Dia pergi ke arah begnya dan mengambil sesuatu. Jaga elok cincin kawan ni. Mahal ni kawan beli. Katanya sambil menyerahkan sebentuk cincin batu merah kepada pokcik. Ye laa, kata pokcik.. Rugi bisnes kalau macam ni, katanya secara berseloroh. Pokcik gelak sahaja.. Hihihihihi...

Dalam perjalanan balik, sahabat yang turut serta bersama pokcik bertanya. Eh, awak boleh berubat? Belajar di mana? Tanyanya lagi.. Boleh apa. Mohong-mohong saja. Bukannya reti sangat. Belajar pun sikit-sikit je, kata pokcik.
Awak boleh scan tak? Tanyanya lagi. Tak reti sangat. Bolehlah sikit-sikit, kata pokcik. Boleh awak scan kawan, pintanya. Ada orang kata kawan ni ada pendamping. Seekor harimau putih, tambahnya lagi.. Ala, abaikan je la. Selagi tak memudaratkan diri, kata pokcik mengelakkan diri. Perbualan kami habis di situ. Dia pun diam sebab tak mahu melanjutkan bicara sebab dia nampak pokcik macam nak mengelak sahaja.

Hari ini dia datang lagi kepada pokcik ketika sedang minum. Dia mula bercerita perihal ayahnya yang mengembalikan tiang seri ke tempat asal dan sebagainya. Setelah itu dilanjutkan pula cerita perihal dirinya yang sakit dan malas untuk bersolat. Dia berubat di Darul Ansar. Alhamdulillah rasa malas untuk bersolat semakin hilang. Suatu hari dia berjumpa dengan seorang sahabatnya.. Awak ni ada pendamping iaitu seekor harimau putih. Kawan ni boleh scan je tetapi tak pandai nak berubat, kata sahabatnya itu. Sejak itu sahabat pokcik ini berusaha untuk memisahkan pendampingnya itu..

Suatu hari sahabat pokcik ke kebunnya. Kebetulan ada seorang warga Indonesia sedang membersihkan kebunnya. Ada orang nak bagi kamu sesuatu tetapi kamu tidak bersih, kata lelaki Indonesia tu.. Sahabat pokcik beranggapan pendamping itu menyebabkan dia tak bersih. Perkara itu diberitahu kepada pokcik. Pokcik bertanya kepada sahabat pokcik itu, ada tak orang nak bagi kita RM5k tanpa mengharapkan imbalan atau sesuatu daripada kita. Sahabat pokcik diam. Pokcik menasihatinya agar berhati-hati dengan permainan halus jin..

Oleh sebab dia nampak bersungguh-sungguh nak ikhtiar maka pokcik bersetuju untuk usahakannya. Dia mengajak pokcik ke surau kerana tiada orang ketika itu. Pokcik bersetuju. Setelah sampai di surau pokcik mula bersuara. Betulkah awak nak buang pendamping atau saka yang ada dengan awak ni? Ya. Buat apa. Tak ada faedah, katanya ringkas. Baiklah. Sebelum mula kawan nak beritahu. Kebiasaanya kalau Allah izinkan, awak akan berasa letih dan seolah-olah semakin jauh daripada saya. Saya hanya berusaha. Tak nak janjikan kesembuhan kerana itu hak Allah. Terang pokcik kepadanya lebih kurang.. Sesekali dia menganggukkan kepalanya...
Sebelum mula, kawan nak tanya. Awak rasa macam mana sekarang? Soal pokcik. Sekarang ini kawan rasa seolah-olah ditiup angin, katanya. Macam ada sesuatu berdekatan dengan kawan, tambahnya lagi.. Biarkan, kata pokcik. Bulu roma kawan dah menegak, katanya lagi. Biarkan, kata pokcik lagi...

Tanpa banyak bicara pokcik terus usahakannya. Dia kelihatan gelisah. Kakinya digerakkan ke luar dan ke dalam seperti budak-budak. Sekejap dia menunduk dan sekejap dia mendongakkan kepalanya. Pokcik dapat rasakan bahawa pokcik bukan lagi berdepan dengan sahabat pokcik. Biarlah siapa pun. Mereka jugak makhluk Allah seperti kita. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Semuanya Allah permudahkan.. Awak rasa macam mana sekarang, tanya pokcik. Biasa je, katanya biarpun dia nampak seperti baru bangun dari tidur. Hihihihihi. Nak tunjuk macho le tu.. Hahahahahhaha..

Setelah itu kami berpisah. Dia menghilangkan diri. Cari tempat untuk tidur agaknya. Hahahhahha.. Dalam pukul 2.30 petang agaknya pokcik terjumpa dengannya. Dia sedang menuju ke motosikalnya. Kawan letih. Macam berlari jauh. Mengah-mengah dah kawan ni. Kawan nak balik tidur, katanya ikhlas. Hihihi hilang dah machonya. Dah tak boleh nak sembunyikan. Baiklah rehat. In shaa Allah esok awak akan jadi orang baru seizinNya, kata pokcik mengakhiri perbualan. Dia menganggukkan kepala dan terus berlalu meninggalkan pokcik..

Sekian sekelumit pengalaman pada hari ini.. Moga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah. Mohonlah dengan Allah dan jangan jadikan jin sebagai sandaran untuk memperoleh kesenangan duniawi.. Wallahuaklam.. Salam hormat..



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.