Saturday 27 April 2019

TIDUR DUA MINIT




Malam tadi pokcik diajak oleh seorang sahabat ke rumahnya di Bukit Goh kerana diadakan tahlil. Katanya majlis tahlil akan bermula sebaik sahaja selesai solat Isyak. Jadinya pokcik bersama dengan orang rumah telah ke sana lebih kurang pukul 8 lebih. Alhamdulillah ramai juga tetamu yang dijemput. Khemah juga dipasang.
Sebelum tahlil selesai kaum hawa menjamu selera terlebih dahulu. Selepas itu barulah kaum Adam mengambil tempat. Banyak juga juadah seperti majlis kahwin. Hihihihihi.. 

Ketika sedang menjamu selera, tiba-tiba tuan rumah datang ke arah pokcik. Nak minta tolong tengokkan anak saudara. Asyik menangis saja, katanya lagi. Pokcik terus menjeling orang rumahnya yang sedang mendukung bayi. Gamaknya bayi itulah yang menangis tu, kata hati pokcik.

Anak saudara umur berapa? tanya pokcik. Baru dua bulan, kata tuan rumah. Betullah telahan pokcik. Memang bayi itu asyik berdukung sahaja. Nak jumpa suaminya lah. Nak ajar macam mana nak buat kalau bayi menangis, kata pokcik kepada orang rumah pokcik. Orang rumah pokcik masam. Orang minta tolong. Tengokan ajalah, katanya. Amboiiiii. Bukan main lagi. Hahahhahahhahhaa.. Sebenarnya pokcik tak selesa dengan keadaan itu. Tambahan pula orang ramai. Pokcik tak suka nak menonjolkan diri. Lebih-lebih lagi, di Bukit Goh pun ada perawat yang pokcik kenali.

Ketika dalam keadaan serba salah itu tuan rumah bertanya lagi. Dah tengokkan anak saudara, katanya. Dia pula beritahu di tengah khalayak ramai. Belum, kata pokcik ringkas. Tiba-tiba isteri tuan rumah memberi isyarat supaya pokcik naik ke rumah. Dalam keadaan serba tak kena pokcik naik jugalah. Kakak tuan rumah datang kepada pokcik dengan membawa sebotol air mineral. Fahamlah maksudnya, kan. Ada air mineral lain tak? Saya tak nak air ini, kata pokcik. Ada sebabnya pokcik tak mahu air itu. Maaf pokcik tak boleh kongsikan.

Dia terus meminta sebotol air mineral lain lalu dibawa kepada pokcik. Serentak dengan itu si bayi dibawa sambil berdukung oleh emaknya duduk di hadapan pokcik. Sebaik sahaja duduk di hadapan pokcik, bayi itu mula menangis. Haaa start sekarang, lebih kurang waktu ini bayi akan menangis, terang kakak tuan rumah.  Pokcik diam sahaja. Kalau A. R. Tompel, dia akan suruh pergi ke pintu. Jadilah namanya Ahmad Pintu. Kalau perempuan jadilah namanya Minah pintu. Hihihihihi.. Saja bergurau.. Muka bayi itu dipusingkan ke arah pokcik. Senyum sikit, kata pokcik kepada bayi itu. Alhamdulillah dia terus diam. Kakak tuan rumah agak terkejut melihat keadaan itu.

Pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci Alquran dengan niat dimasukkan ke dalam air dan kepada bayi itu. Alhamdulillah tak sampai 30 saat ketika membaca bayi itu terus tidur. Haa tidur dah, kata ibunya yang sedang memegang bayi. Orang rumah pokcik memerhatikan bayi itu. Katanya sebaik sahaja pokcik mula, kaki bayi menerjang. Tangannya turut digenggam. Pokcik memang tak perhatikan bayi. Nanti dikatakan usya mak baby pula. Kan. Hahaha. Emak bayi pun dalam lingkungan awal 20-an. Kiranya pangkat cicit pokcik agaknya. Kan. Agaknya laa..
Apa pun alhamdulillah dia terus lena sehingga semuanya selesai. Haa tak bangun-bangun. Selalunya dia hanya akan tidur dua minit sahaja, terang kakak tuan rumah. Tudia. Jenuh nak berjaga dan berdukung kalau macam tu, kan. Bayi akan bangun dua minit selepas tidur. Macam mana tu? Pelik tapi itulah yang diberitahu oleh kakak tuan rumah. Dia pun bercerita tentang ikhtiar yang pernah dibuat. Pokcik tak tanya pun. Peramah agaknya atau dia terlalu excited nak cerita.

Suaminya mana? tanya pokcik sebaik sahaja semuanya selesai. Suaminya tak ada. Dia di KL, kata kakak tuan rumah. Macam ini. Saya sebenarnya nak kongsikan beberapa amalan kalau bayi menangis kepada suaminya. Oleh kerana suaminya tak ada di sini, saya kongsikan dengan puan sahaja, kata pokcik. Pokcik beri beberapa potong ayat dan apa yang boleh dilakukan sekiranya bayi menangis. Dia mengangguk faham. 

Sebelum balik tuan rumah telah membungkus lauk pada malam itu. Serba salah pula pokcik sebab menyusahkan mereka. Niat agaknya..
Setelah itu pokcik meminta diri. Pokcik turun ke khemah dan bersalam dengan tuan rumah serta beberapa orang tetamu dan terus menuju ke kereta buruk pokcik. Lama juga pokcik tunggu dalam kereta tetapi orang rumah pokcik masih belum kelihatan. 

Akhirnya orang rumah pokcik datang bersama dengan kakak tuan rumah. Pokcik tengok banyak juga lauk yang dibungkus. Patutlah lama. Sebenarnya saya nak tanya. Apa yang mengganggu bayi, tanya kakak tuan rumah. Ke rumah saya ada gangguan, tanyanya lagi. Tak ada apa, kata pokcik sebab tak mahu berbual panjang. Saya gerak dulu. Assalamualaikum, kata pokcik mengakhiri perbualan. Sampai di rumah, lauk dipanjangkan ke rumah jiran. Jenuh pokcik nak makan banyak macam tu. Hahahhahha...

Sekian sahaja secebis pengalaman pada malam tadi. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.