Tuesday 14 August 2018

KISAH MIU MIU

13.8.2018
Assalamualaikum..
Atas keizinan sahabat kita Miu Miu, di sebalik gelak ketawanya siapa nak dengar kisahnya?

Tajuk : Kisah Miu Miu

Suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Namanya Miu Miu. Katanya dia terbaca kisah di blog pokcik jadi terus menghubungi pokcik bagi mencari jalan penyelesaian masalahnya itu. Dia bertanya kepada pokcik di mana pokcik tinggal.. Katanya dia nak pergi berjumpa pokcik.. Dalam hati pokcik, bagus budak ni..

Jarang orang cakap nak datang jumpa. Selalunya diorang pm, encik ni perawat ke ataupun encik ni boleh berubat ke, ataupun wahai saudara seagama tolonglah saya.. Kalau pokcik minta ikhtiar berdepan dengan perawat berdekatan, terus diorang tak balas mesej dan ada juga yang block terus pokcik. Boleh gitu? Hihihihi...

Apabila pokcik kata pokcik di Kuantan, dia seperti berasa agak kecewa. Tak paa pokcik kata.. Kita ikhtiar laa tak kira jauh ataupun dekat.. Dia setuju.. Kemudian ditanya pulak tentang bayaran.. Jarang orang baca blog pokcik tanya tentang bayaran. Dia antara seorang dua yang pernah tanya pokcik tentang bayaran ikhtiar..

Pokcik kata tak payah laa bayar. Pokcik kaya dah... Hahahhahhahha yang belakang tu pokcik tambah.. Dia nak bayar juga walaupun sekadar minta ikhtiar scan sahaja. Betul-betul bagus Miu Miu ni, kan.. Anak sapa laa tu.. Kan... Namun macam biasalah, pokcik minta dia sedekahkan sahaja bahagian pokcik itu.. Dia bersetuju..

Dia menghantar gambar pejabat dia dan tunangnya.. Dia minta pokcik tengok kot-kot ada gangguan. Katanya dia berasa ada aura negatif dalam pejabatnya.. Pokcik pun tengok laa kan.. Pejam-pejam mata, mulut buat-buat kumat-kamit, piii bawah pokcik rambutan buat-buat sembang situ nak bagi nampak real. Tu kalau berdepan. Kalau buat lagu tu baru boleh up sikit bayaran.. Kan.. Padahal lakonan semata-mata... Bijak bijak...

Tapi memang pokcik dapat rasakan ada tenaga negatif di pejabatnya.. Biasalah kan.. Mana-mana pejabat pun.. Siang kita kerja, malam depa pulak buat pesta kan... Payah nak jumpa premis kerja yang langsung tiada gangguan.. Cuma bezanya tempat kerja kita tu, gangguannya mengusik atau mengacau tak.. Itu sahaja bezanya...

Pejabat tunangnya (mungkin ex) bermasalah dan pejabatnya juga bermasalah. Akan tetapi, itu bukanlah masalah utama. Hal ini kerana memang kat mana-mana pun sama. Kan. Nak dijadikan cerita, pokcik ternampak sedikit laa wajah. Tak sengaja tertangkap agaknya.. Ternyata itu gambarnya..

Pokcik minta izin untuk scan dia pulak. Hahahhahhahha.. Tengok pejabat nak buat apa. Kan... Alhamdulillah dia izinkan.. Pokcik pun dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena padanya.. Gangguan terlalu kuat terutama pada bahagian kepala dan dahinya.. Hasil scan mohong-mohong tu pokcik bagitahu padanya.. Apa jawapan dia?

Katanya dia selalu sakit kepala. Dahinya tak ada pulak sakit.. Biasalah tu.. Orang sakit ni dia cuma rasa bahagian yang dirasakan sakit, pokcik suka mencari punca masalah dan tempat yang terjejas akibat gangguan itu. Dia pun sedikit terkejut kerana dia seperti tidak sangka ada gangguan pada dirinya. Akhir-akhir ini barulah pokcik tahu dia gunakan minyak Quantum Therapy bagi ketenangan dan sebagainya. Pokcik juga dapat tahu daripadanya bahawa dia juga sering pengsan dan dibawa ke hospital.. Mungkin pihak hospital hanya menjangka di stress akibat bebanan kerja dan sebagainya..

Nampak gayanya kebanyakan minyak indah khabar daripada rupa. Ini survey yang kita dapat daripada ahli group kan.. Jenuh sapu laa kan.. Silap-silap telan minyak sekali dengan botol tak jadi apa.. Haha jangan marah. Kenyataan kebanyakkannya memang macam tu. Asalnya nak ikhtiar tempat kerja kan. Maklumlah si Miu Miu juga memberitahu pokcik bahawa dia rasa ada tak kena dengan tunangnya. Sampaikan satu tahap, dia tercongok di depan, si tunang lalu tapi tak nampak akan dia. Tunangnya juga pernah beritahunya bahawa ada orang yang sakit hati dengannya. Mungkin juga berkaitan dengan saingan sesama rakan sekerja. Wallahuaklam.

Kita kembali kepada kisah Miu Miu. Dah pokcik nampak ada tak kena, dok tercongok situ buat apa kan. Patutnya dah tahu nak kena karate baik lari secara elok. Bak kata Geng Decepticon, kadang kala orang penkut terselamat. Hahahhahhahha.. Pokcik meminta izin untuk mengambil gangguan yang ada pada dirinya.. Elok sahaja pokcik niatkan pagar, terus  bergerak sesuatu di kepalanya. Haaaaa dah terlambat. Peluang untuk lari datang sekali sahaja kan. Alhamdulillah dengan izinNya maka gangguan padanya dapat dikeluarkan. Jangan tanya pulak, macam mana buat keluar  bolehlah dari jauh dan sebagainya.. Hihihihihi. Bab tu nanti pokcik bukak topik noo tuan Langit Ke Tujuh.. Hihihihihi...

Lepas ikhtiar tu pokcik tanya rasa macam mana. Katanya dia tiba-tiba berasa sunyi seperti berada di dunia lain. Masa pokcik ikhtiar tadi katanya ada sesuatu bergerak di dalam kepalanya. Dia bertanya adakah ia berkaitan dengan pelalau iaitu ingin pisahkan dia dengan tunangnya.. Wallahuaklam. Memang pokcik pun rasakan ada kaitan ilmu sihir pemisah berdasarkan tanda-tanda dan keadaannya selepas ikhtiar itu.

Alhamdulillah sampai sekarang dia tidak lagi sakit kepala dan sebagainya seizinNya. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Dia juga semakin tenang selepas itu. Kalau tidak asyik sakit kepala sahaja katanya. Makan ubat pun tak jalan, sapu Quantum Therapy oil pun tak jadi apa katanya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

Selepas itu setahu pokcik, Miu Miu telahpun menyalurkan sumbangan ke Kompleks Dakwah Darul Muntadha atas kerana Allah permudahkan segala urusan. Keesokan harinya dia mesej pokcik lagi untuk masuk ke group. Pokcik add laa kan. Macam biasalah, silent reader kaa, syok sendiri kat posting sendiri sahaja posting-posting orang lain buat-buat tak nampak, memang pokcik keluarkan.

Alhamdulillah setakat ni sahabat-sahabat pun sudah mula mengenali Miu Miu kan. Siap ada pergi mengeteh lagi. Hahhahahhahhaha.. Setelah itu Miu Miu bertanya pulak tentang tunangnya (mungkin ex). Pokcik beritahunya bahawa pokcik tidak akan ikhtiar bagi pihak seseorang kerana pengalaman mengajar pokcik agar lebih berhati-hati...

Ingat tak kisah dulu? Seorang anak hamba Allah nak buat laporan polis kerana dia kata pokcik sihirkan emaknya. Kononnya emaknya dah hampir sepuluh tahun period tak berhenti-henti. Jenuh perawat merata tempat dan bapa mertuanya sendiri usahakan namun tak berjaya. Dengan izinNya, sekali pokcik usahakan berhenti seizinNya. Terus dia kata, pokcik yang sihirkan emaknya jadinya hanya pokcik yang boleh buang.

Depa tak terfikir ke, siapa pun yang buat walaupun si pelaku, bukan mereka yang boleh sembuhkan melainkan Allah. Pegangan letak mana. Letak kat kepala lutut gamaknya akal. Dah tak pasal-pasal pokcik jadi bahan fitnah. Lepas tu, apabila ada masalah lain, pandai pula minta adiknya hubungi pokcik untuk berjumpa dan berikhtiar. Hihihihihi.. Usaha tempat lain laa. Pokcik tak semulia itu...

Apabila pokcik meminta melihat gambar tunangnya tiba-tiba Miu Miu berasa berdebar. Dia mula menjadi takut. Pokcik yakinkan dia. Allah ada. Nak takut buat apa. Depa pun makhluk juga. Akhirnya Miu Miu menghantar gambar tunangnya. Pokcik tengok ada unsur sihir dan saka. Macam pokcik selalu cakap, apa gunanya saka kalau ada sihir datang dia piii lepak bawah pokok. Kan. Apa yang nak dibanggakan sangat. Terkejut Miu Miu apabila pokcik berkata begitu. Katanya patutlah dia call atau mesej pun langsung tidak dibalas. Sedih pulak hatinya ketika itu. Tambahan pula pokcik cakap, pokcik tak akan usahakan seseorang bagi pihak orang lain.

Perut tunangnya kini semakin buncit seperti orang terkena busung. Keadaannya kini sudah tidak terurus. Dia seperti sudah hilang arah. Miu Miu pernah melihat dia di suatu tempat. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rupa tunangnya sudah berubah. Mungkin nampak tua, kusam dan tidak berseri. Patutlah tunang minta putus dua minggu sebelum hari pernikahan, kata Miu Miu.

Namun begitu, Miu Miu sentiasa mengambil berat perihal tunangnya itu. Dia dan ibunya menelefon adik beradik dan keluarga tunangnya untuk pergi berubat. Moga Allah permudahkan segala urusan tunangnya itu. Moga Miu Miu tabah dengan ujian Allah. Sesungguhnya ujian Allah beserta dengan hikmahNya. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua. Inilah kisah Miu Miu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.