12.8.2018
Assalamualaikum
Tajuk : Pokcik Berasa Seram
Lebih kurang pukul lima lebih tadi ada satu panggilan telefon daripada sahabat orang rumah pokcik. Katanya emaknya nak datang ke rumah pokcik. OK laa tak dak masalah.. Lepas mendobi dan cari sedikit makanan, kami pun pulang ke rumah..
Lebih kurang pukul enam petang sebuah kereta berhenti di hadapan rumah.. Keluarlah satu keluarga yang terdiri daripada lima orang. Kesemuanya perempuan.. Si nenek, emak dan tiga orang anaknya..
Apabila berbual seketika pokcik pun bertanya, siapa yang sakit. Maklumlah ramai yang datang. Si ibu berkata, semua tu sakit. Alamak.. Hahahhahahhahaha. Ramai pulak.. Tak kisah laa tu, kan.. Pokcik mula dengan anak perempuan sulungnya.. Dia memberitahu bahawa dia pernah bermimpi terdengar suara budak menangis. Kemudian dia terjaga dan bangun dari tempat tidur. Dia masih terdengar suara bayi menangis itu.. Dia bangun dan mencari dalam rumahnya tetapi tiada.. Setelah dia amati rupa-rupanya suara itu datangnya dari luar rumah..
Selain itu jari kakinya sering disentap ketika tidur. Ada juga jenis hantu macam tu noo. Dok kacau orang tidur. Hahahhahhahaha.. Sebenarnya pokcik beranggapan dia hanya mengalami gangguan biasa, bukannya saka atau sebagainya.. Maklumlah ketika nak pergi kerja dia menempuhi kawasan hutan dan rumah kosong..
Nak Dipendekkan cerita, pokcik scan lebih-lebih kurang. Dapatlah pokcik mengesan di mana tempat gangguan itu berada.. Gangguan hanya berkisar pada bahagian atas badan sahaja... Alhamdulillah Allah permudahkan. Kini habis panas bahagian belakang badannya. Biasalah tu kan. Dia tanya kenapa jadi begitu. Pokcik katakan bahawa pokcik doakan agar dibakar semua gangguan itu.. Alhamdulillah ringan katanya...
Setelah itu pokcik memanggil adiknya pula.. Adiknya sakit kepala dan sakit belakang. Alhamdulillah katanya. Semasa dalam perjalanan tadi bukan main sakit. Apabila nak melangkah masuk ke dalam rumah. Sakit kepalanya hilang seizinNya. Sakit belakang pun rasa sikit-sikit sahaja lagi. Pokcik pun terus proses bahagian belakangnya. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar seizinNya..
Setelah itu pokcik panggil pula si nenek. Kata si nenek, dia sakit bontot. Tulang bontot berasa sakit katanya.. Pokcik tanya laa, dah buat MRI ke? Dia kata dah buat dua kali. Keputusan yang ditunjukkan, dia tiada masalah. Nak tak nak pokcik kena proses juga laa. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan. Akhirnya dia hanyut dan seperti orang kebingungan.
Yang terakhir ini membuatkan pokcik seram. Anak dara tetapi anak syurga. Faham laa kan. Ada penyakit down syndrome. Dari awal sampai sudah, dia dok perhatikan pokcik sahaja. Matanya tak kelip-kelip. Pokcik bimbang dia terkam dan peluk pokcik sahaja. Apabila emaknya suruh dia turun dari kerusi, dia terus terpa nak duduk sebelah pokcik. Jenuh pokcik mengesot. Dia ikut. Macam nak duduk atas riba. Adehhhhh..
Pokcik pernah usahakan dahulu seorang anak syurga ni. Perempuan juga. Waktu nak mula dia terus kentut. Adooiiiiii tak sempat baca basmallah dia buat pokcik gelak kuat. Sekali ngan dia dan emaknya gelak. Pastu dia cakap, cheq entut... Adehhhh... Bayangkan anak dara. Tapi anak syurga. Biasanya golongan lurus sebegini ramai golongan jin nak berkawan. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhati tingkah laku mereka.
Memang dia duduk tak senyap. Sekejap merenung pokcik, sekejap gelak sekejap seperti mengilai dan sekejap menjauhkan diri dari pokcik. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dia melihat ke atas dan bercakap dalam bahasa yang pokcik tidak fahami. Begitu juga ibunya. Dia pun tak faham. Wajah yang tadi cerita, gelak, menganjing dan sebagainya Kini dah tiada.
Matanya merah seperti nak menangis dan berpisah dengan seseorang. Sebelum balik pokcik doakan air yang dibawa oleh mereka. Pokcik meminta mereka balik awal kerana pokcik tak mahu ketika waktu maghrib pun mereka masih dalam perjalanan. Haaa speed betul cerita malam ni. Maklumlah esok kerja. Hahahahhahhaha..
.
Santaiiiiiiiiiiiii
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.