Tuesday 21 August 2018

PAKISTAN

18.8.2018

Assalamualaikum...



Harini ada dua orang nak ikhtiar.. Satu tu nak ikhtiar si suami. Haritu pokcik ikhtiarkan si isteri... Ingat lagi kisah si aloung dalam tajuk Bidan Berpakaian Hitam? Haaa ni suaminya pulak si along minta ikhtiarkan.. Tak tahu laa kes apa pulak... Tapinya pokcik kata  harini pokcik cuti sebab tak berapa sihat... Memang tak larat sangat pun...

Pokcik dan orang rumah terus panggil grab. Malas pulak pokcik nak memandu ke bandar. Orang rumah ajak tengok wayang pulak dah. Tak paa laa.. Layan... Cerita Hantu Kak Limah dia teringin nak tengok. Nak tak nak piii jugaklah sebab dia dah call grab.. Pokcik mana nak tahu grab apa bagai maklumlah orang tua.

Dalam perjalanan pergi tiba-tiba masuk pulak call.. Call kali ini daripada sahabat pokcik.. Angkat jugalah takkan tak angkat.. Tiba-tiba dia kata serba salah sebabnya dia tahu pokcik sedang tak sihat. Haih lain macam pulak noo.. Soheh nak mintak ikhtiarkan sesiapa.. Kan...

Betullah jangkaan pokcik. Dia beritahu adik iparnya membawa sepasang suami isteri dari KL. Dia beritahu pokcik tak sihat tetapi dia nak datang juga... Depa sampai pukul 3 pagi tadi dari KL. Katanya kalau boleh nak balik ke KL malam ni.. Adoiiiii pokcik serba salah pulak. Nak tak nak pokcik kata, pokcik akan call dia sebaik sahaja balik dari menonton..

Tengah layan Hantu Kak Limah, dia call lagi.. Call mula-mula pokcik tak angkat. Call kali kedua nak tak nak angkat laa jugak.. Pokcik cakap sekali lagi.. Balik nanti pokcik akan call semula. Pukul enam lebih juga pokcik sampai ke rumah.. Selesai sahaja solat Asar pokcik keluar semula.. Sesampai di sana, pokcik meminta izin untuk solat Maghrib dahulu.. Setelah selesai semuanya barulah pokcik bertanya apa masalahmya sampaikan sanggup turun dari KL.. Kalau biasa-biasa sahaja, dah tentu diorang tak sanggup nak pergi balik hari. Kan...

Suami isteri tu orang Pakistan.. Si suami tak pandai sangat bahasa Melayu. Si isteri bolehlah sikit-sikit.. Nak tak nak pokcik cakap Pakistan laa. Apa laa sangat. Kakakakakakka.. Gurau-gurau. Mereka datang berempat. Adik sahabat,  suami isteri Pakistan tu dan mungkin adik salah seorang daripada mereka... Pokcik tanya adik sahabat pokcik, apa masalahnya. Dia kata kawannya itu ada tiga buah kedai telefon. Boleh kata orang senang jugaklah kan...

Dia rasa pelik. Kalau hubungannya dengan orang rumahnya OK, perniagaannya merosot. Kalau hubungannya dengan orang rumahnya tegang dan bergaduh, perniagaannya OK. Haih macam mana pulak tu.. Kan... Suaminya jadi seorang yang panas baran. Hal kecil diperbesar. Jangan kata orang rumahnya, dengan pekerjanya pun sama. Salah sikit walaupun hal remeh-temeh pun dia akan maki. Baran tahap gaban kan.. Hihihihi..

Kemuncaknya, dia melihat seekor kucing hitam yang sangat besar masuk ke rumahnya. Apabila dia lihat semula, kucing itu dah hilang. Dia juga sering berdiri bulu roma, tak kiralah di rumah atau di kedainya.. Dia tanya pokcik, kenapa jadi begitu. Jawapan pokcik mudah je. Kalau ada gangguan pada dirinya, dia akan melihat dari sudut mata jin. Tak kiralah ke mana dia pergi pasti gangguan itu akan ikut. Wallahuaklam..

Nampaknya nak jadi kebetulan atau tidak. Wallahuaklam.. Sebaik sahaja sahabat pokcik cakap, boleh dah berubat tu... Terus berlaku black out. Dua tiga kali jugaklah berlaku black out tu. Haih selalu tak pernah pulak berlalu, kan. Kebetulan. Hihihihihi.. Kemudian sahabat pokcik menutup suiz bilik airnya. Barulah alhamdulillah. Haih buat sungguh no.. Hahahhahhahha...

Dipendekkan cerita setelah berbual sebentar, pokcik terus usahakan si suaminya.. Pokcik suruh dia berlunjur.. Tengah ikhtiarkan,  dia mengangkat lututnya.. Mukanya berkerut sakit. Dia memberitahu seperti ada sesuatu mencengkam dengan kuat. Macam kejang otot laa kan.. Pokcik menolak lututnya secara perlahan-lahan.. Dia turunkan dengan perlahan-lahan juga sambil menahan kesakitan.. Melihat dia dalam keadaan begitu pokcik ikhtiar keluarkan terus. Alhamdulillah seizinNya. Dia kini boleh bercakap, dah tak sakit. Cuma lenguh sikit di bawah paha. Terus pokcik ikhtiar situ pula. Alhamdulillah selesai seizinNya. Panas habis belakang saya, katanya. In shaa Allah pokcik kata. Pokcik doakan agar dibakar hangus semua gangguan padanya. Alhamdulillah Allah permudahkan...

Setelah itu pokcik usahakan orang rumahnya pulak. Nampaknya ada juga gangguan. Kalau si suami, hanya pada bahagian paha kanan sehingga ke jari kaki, si isteri pula hanya bertumpu di bahagian kepala. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dia mengaku memang dia selalu berjumpa doktor kerana sakit kepalanya tu. Setelah selesai semuanya dia bertanya pokcik, adakah dia tidak akan sakit kepala lagi selepas ini. Adoiiiii soalan mencabar. In shaa Allah pokcik kata. Apa pun semuanya atas Allah. Kalau lepas OK pun masih jauh dengan Allah dan tak bersyukur, alamatlah. Hihihihihi. Silap-silap lebih pada tu lagi Allah akan timpakan teguran agar kita kembali ingat padaNya. Kan....

Apa pun  alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seizinNya. Sebagai orang Islam kita kena ingat dan percaya. Allah berikan ujian buat orang yang bertaqwa dan sentiasa mengingatiNya dan Allah berikan teguran buat hambaNya agar lebih mendekatkan diri padaNya. Alhamdulillah selesai bahagian pokcik. Kini atas dia laa pulak kan. Moga apa yang berlaku makin menyemarakkan rasa cinta padaNya dan setiap yang terjadi beserta dengan hikmahNya. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat...





Santaiiiiiiiiii...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.