15.8.3018
Assalamualaikum
Nak cerita bab hukum dan Islamik jom kita cerita betul-betul bab dinamakan PERUBATAN ISLAM YANG SEBENARNYA.
Baca elok-elok no kalau nak buka pusat perubatan atau nak ambil upah atas bacaan ruqyah walaupun atas nama ruqyah syar'iyyah...
Sheikh Shalih Al fauzan pernah ditanya, "Apa pendapat Syaikh tentang orang yang membuka pusat perubatan dengan bacaan ruqyah?."
Beliau menjawab, "Ini tidak boleh dilakukan kerana ia membuka pintu fitnah, membuka pintu usaha bagi yang berusaha melakukan tipu muslihat. Ini bukanlah perbuatan As-Salafush Shalih bahawa mereka membuka rumah atau membuka tempat-tempat untuk tempat perubatan.
Melebarkan sayap dalam hal ini akan menimbulkan kejahatan, kerosakan masuk di dalamnya dan ikut serta di dalamnya orang yang tidak baik. Kerana manusia berlari di belakang sifat tamak, ingin menarik hati manusia kepada mereka, kendatipun dengan melakukan hal yang diharamkan. Dan tidak boleh dikatakan,"Ini adalah orang shalih." Kerana manusia mendapat fitnah, semoga Allah memberi perlindungan. Walaupun dia orang shalih maka membuka pintu ini tetap tidak boleh."
Banyak manusia berkeyakinan tentang kekhususan tertentu yang dimiliki oleh orang yang telah melakukan ruqyah (raaqi), sehingga mereka mempunyai anggapan (bersikap ghuluw/berlebihan) terhadap raaqi tentang apa-apa yang dibaca ketika sedang meruqyah. Aslinya dalam syariat Islam adalah saddu dzari`ah (mencegah bahaya) kerana pekerjaan ruqyah ini kadang-kadang membuka pintu kejahatan dan kesesatan bagi ahli Islam.
Cara-cara seperti ini (mengambil ruqyah sebagai mata pencarian ) tidak pernah ada (dasarnya) dari Nabi saw. dan tidak pula dikerjakan oleh satupun dari sahabatnya, serta tidak pernah dikerjakan salah seorang dari ahli ilmu dan ahli kemuliaan, walaupun mereka ada keperluan. Pada dasarnya kita harus mengikuti dan mencontoh mereka (Nabi, para sahabatnya, ahli ilmu, dan ahli kemuliaan).
Pada dasarnya bila seseorang menjadikan ruqyah sebagai pekerjaan, ia akan disibukkan oleh urusan ini dan meninggalkan urusan-urusannya yang lain. Terkecuali bila seseorang tadi mempunyai pekerjaan dan tidak menjadikan ruqyah sebagai profesinya serta tidak membuka pusat perubatan , maka hal itu dibolehkan. Dan dia hanya melayani masyarakat yang memerlukan bantuannya untuk diruqyah kerana diganggu setan. Dia niatkan ruqyahnya untuk tolong menolong dalam kebaikan, amar ma`ruf nahi munkar, memerangi setan dan jin yang mengganggu manusia dan mengharapkan redha Allah semata.
Dia tidak mengharapkan upah dari manusia dan tidak menetapkan tarif besar kecilnya dari manusia. Bila di tengah-tengah ia meruqyah ada yang ikut (maksudnya adalah diberi upah), maka bila ia memerlukan boleh diambil. Dan bila ia tidak memerlukannya kerana sudah merasa cukup, maka boleh tidak diambil sebagai sikap zuhud pada apa yang ada di tangan manusia. Kerana pada dasarnya ia hanya mengharapkan redha Allah dan wajah-Nya serta menolong manusia yang memerlukan bantuannya. Melakukan ruqyah dengan niat seperti ini adalah dibolehkan dan disyariatkan .
Adapun bila ia melakukan ruqyah hanya dipakai sebagai pekerjaan saja, membuka pusat perubatan dan memasang tarif yang tinggi serta tidak ada unsur untuk membantu masyarakat yang memerlukan pertolongannya. Maka meruqyah dengan niat seperti ini, jelas bertentangan dengan syariat. Wallahu A`lam Bish Shawab.
HUKUM MENGAMBIL UPAH RUQYAH
Seharusnya Seorang raaqi/ yang meruqyah (berniat) berbuat baik dengan ruqyahnya untuk manfaat kaum muslimin dan mengharapkan pahala dari Allah dalam mengubati umat islam yang sakit, menghilangkan bahaya dari mereka, dan tidak mengharapkan upah atas ruqyahnya. Tetapi ia menyerahkan perkaranya pada pesakit. Jika mereka memberikan kepadanya melebihi jerih payahnya, ia mesti bersikap zuhud dan mengembalikannya. Jika upahnya kurang dari haknya, ia mesti membiarkan kekurangannya.
Syekh Abdullah Al Jibrin berkata, " Tidak ada halangan mengambil upah atas ruqyah syar`iyyah DENGAN SYARAT kesembuhan dari sakit."
Dalilnya adalah hadits riwayat Abu Sa`id , bahawasanya teman mereka meruqyah pemimpin suku tersebut setelah ada kesepakatan antara mereka atas upah sekelompok kambing, lalu mereka pun menepatinya.
BAB PERUQYAH SENTUH PESAKIT
Banyak pula di antara peruqyah yang berhadapan langsung dengan pesakit wanitanya dalam jarak yang sangat dekat. Sehingga mereka meruqyah sekaligus meru`yah (melihat) wanita yang bukan mahramnya dengan puas dan tanpa malu-malu . Padahal Allah SWT berfirman: “Katakanlah kepada kaum mukminin: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada kaum mukminat: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya’.”(An-Nur: 30-31).
Banyak peruqyah memegang bahagian tubuh wanita yang diruqyah, walaupun dengan memakai sarung tangan tetapi sentuhannya tetap saja dirasa oleh kedua belah pihak. Dengan bebas, sang peruqyah memegang dan melihat wanita yang sedang menjadi pesakitnya. Bukankah ini pelanggaran yang nyata terhadap syariat ? Apakah mereka tidak takut kepada Allah swt ketika melakukan perlanggaran itu? Jika mereka beralasan bahawa ini dilakukan dalam proses rawatan, maka yang demikian tidaklah tepat kerana ruqyah boleh dilakukan tanpa harus melanggar ketentuan syariat Islam.
Ruqyah bukanlah hujjah untuk menghalalkan segala cara. Ruqyah adalah amalan yang disyariatkan, maka semestinya dipraktikkan tanpa melanggar ketentuan-ketentuan syariat lainnya.
RUJUKAN
(Lembaga Mudzakarah Al Irsyad Al Islamiyyah).
SUMBER BACAAN LAINNYA:
1. Zadul Ma`ad, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.
2. Fathul Majid Syarah Kitab Tauhid Syekh Muhammad bin Abdul Wahab.
3. Al Qaul Mufid Fi Kitabut Tauhid, Syekh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
4. Syarah Kitab Aqidah At Thawiyyah, Imam Abil Izz
5. Fatwa-fatwa terkini, Imam Baladul Haram.
6. Aqidah Mukmin, Syaikh Abu Bakar Al Jazaairi.
7. Minhaj Al-Syar`i Fi `Ilaaji Al Massi Wa Al Shura`i.
8. Fataawa Lajnah Daaimah.
9. Alam Jin dan Manusia, Ustadz Abu Umar Abdillah.
10. Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar.
11. Shahih Muslim Syarah Imam Nawawi.
12. Idhaahu Ad Dalaalah Fii `Umuumi Al risalah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.