KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Saturday, 23 September 2017
KATIL DIANGKAT TUBUH DIJULANG
Rehat sekejap.. Penat bawak forklift kita mengular laa kejap.. Pokcik nak sambung topik perbualan bersama sahabat, tuan kedai makan yang pokcik kunjungi tempoh hari..
Pokcik pernah usahakan neneknya.. Saka raja. Bukan kecik-kecik anak laa.. Namun, menurut tuan kedai kes neneknya tak laa seperti ayahnya.. Alamak... Berat lagi pulak.. Hahahhahaha...
Menurutnya, pada pengakhiran hayat ayahnya dia tinggal di rumah kakaknya di Batu 11 Kuantan. Biasalah kalau ada pendamping ni banyak laa misterinya.. Katanya ketika di rumah itu dia pernah melihat ayahnya di tujuh tempat yang berbeza.. Di buaian, ruang tamu, dapur, bilik dan sebagainya.. Bukan dia seorang yang melihat tetapi adik beradiknya yang lain turut menyaksikannya...
Setelah kematiannya, dia menyimpan keris peninggalan arwah.. Tiap-tiap malam keris itu bergegar dari dalam almari. Oleh sebab tak tahan dengan gangguan dia memberanikan diri meletakkan keris itu di bawah bantalnya..
Pada malam itu juga dia didatangi oleh khadam keris itu.. Katanya dia sudah lama tidak dimandikan dan dia mahu dimandikan.. Tersedar dari mimpi dia senyum sendiri.. Nak mandikan macam mana.. Mana dia tahu katanya sambil senyum sendiri..
Cuma ada beberapa peristiwa yang berlaku sesiapa yang masuk ke biliknya itu.. Antaranya seorang kawannya kena penampar dengan khadam itu kerana mengambil duit 20 sen miliknya tanpa minta izin.. Melekat lima tapak jari yang besar di pipinya..
Kawannya pernah nakal dan membawa perempuan ke situ.. Dua-dua orang makan penampar dengan khadam itu juga.. Setelah kematian ayahnya, hanya tuan kedai itu dan kawannya tinggal di situ.. Pernah jiran sebelah rumah memberitahu perihal rumah itu dan kelibat arwahnya yang kelihatan mundar mandir di hadapan rumah itu ketika maghrib..
Mungkin jiran itu tidak menyangka yang tinggal di situ ialah anak arwah sendiri.. Pucat mukanya apabila dia beritahu bahawa dia anak si mati. Dia meminta maaf.. Apabila bercerita tentang arwah maka malam itu dia sekeluarga diganggu. Anaknya menangis tanpa henti hinggalah ke siang hari..
Tuan kedai mendengar suara anak jirannya menangis. Keesokannya dia berjumpa dengan jirannya. Jirannya menceritakan perihal keluarganya yang diganggu. Tuan kedai berpesan, sekiranya berlaku lagi panggillah dia datang..
Pada hari itu juga, tuan kedai menunggu kelibat itu lalu namun tiada seperti kebiasaannya. Dia kemudiannya berpesan, jangan ganggu jiran dan penduduk di situ.. Duduklah elok-elok dalam rumah dan jangan mengganggu lagi jiran tetangga. Sejak itu dia akan mendengar orang memasak, membasuh pinggan dan makan di dapur..
Tiap-tiap hari mereka perlu menyediakan nasi dan disimpan di bawah tudung saji. Kalau nasi tiada, makhluk itu akan bergendang mengetuk periuk dan sebagainya.. Katil neneknya juga pernah diangkat dan dihempas. Bukan setakat katil, neneknya juga pernah diangkat dari katil dan terawangan di udara kerana tidak meninggalkan sedikit nasi..
Kini rumah itu disewakan kepada orang lain. Penyewa pernah memberitahu perihal gangguan, namun dia meminta penyewa mencari perawat untuk selesaikan masalah itu. Kini tidak diketahui bagaimana kesudahan cerita di rumah itu.. Moga kisahnya menjadi pengajaran buat semua yang masih hidup.. Hiduplah seperti biasa tanpa mengejar kehebatan dunia.. Hanya Allah sebaik-baik pelindung dan hanya Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.. Wallahua'lam
Friday, 22 September 2017
DIARAH BINASAKAN AHLI SIHIR
Ingat tak kes yang pokcik ceritakan dulu.. Kes tiga beradik dan seorang perempuan yang dok cakap sorang-sorang macam ada kawan tu..
Bab sakit kepala tiga beradik tu alhamdulillah sampai ke hari ini. Pokcik cuma tak dapat hubungi hamba Allah yang minta ikhtiarkan orang rumahnya itu secara jarak jauh.
Pokcik tak ceritakan perihal hamba Allah yang pokcik jumpa untuk ikhtiarkan orang rumahnya itu. Semasa berjumpa dia ARAHKAN pokcik kalau boleh BUNUH ahli sihir tu...
Tudia... Katanya dia tak larat dah pii merata untuk berubat. Macam yang pokcik cerita haritu, dia baru saja balik berubat di Kelantan... Masa dia cakap suruh selesaikan ahli sihir tu pokcik kata ahli sihir tu tak buat apa pun kat pokcik. Hihihi dia macam bengang.....
Pokcik kata, kita usahakan bagi baik sudahlah... Dia diam macam tak puas hati.. Malam tu juga pokcik usahakan orang rumahnya. Keesokannya hanya tiga beradik laporkan perihal mereka bertiga. Alhamdulillah kata mereka..
Yang minta usahakan orang rumahnya senyap terus. Mungkin dia bimbang pokcik nak mintak duit dia kot. Habis tinggi pokcik suruh dia sedekahkan ke tabung masjid.. Hihihihi..
Selang beberapa hari dia mesej kawan pokcik. Katanya orang rumahnya jadi balik.. Kawan pokcik pm pokcik dan bagitau perihal orang rumah kawannya itu.. Kawannya itu sekali lagi minta pokcik binasakan terus ahli sihir tu.. Dia ingat pokcik bomoh hitam kot.. Hahahhahaha.
Masa ni pokcik basuh pulak kawan pokcik yang minta ikhtiarkan bagi pihak orang rumah kawannya itu. Dah elok senyap, orang call tak angkat, mesej tak balas.. Kurang-kurang bawalah orang rumahnya yang dah elok tu mai jumpa pokcik. Kalau ada saki baki sihir boleh ikhtiarkan terus..
Kawan pokcik kata dia tak bawak jumpa sebab orang rumahnya dah elok. Jadi tak perlu laa bawak jumpa. Adab tak dak laa tu.. Terima kasih pun tak, telefon pun tak berangkat. Macam-macam... Lepas pokcik basuh kawan pokcik tu baru pokcik usahakan orang rumah kawannya itu secara jarak jauh. Alhamdulillah laa sampai sekarang..
Tapinya seperti biasa dia menyepi diri pulak. Tunggu pulak masanya sakit pulak kot noo. Perkongsian ini bukan untuk memburukkan sesiapa Sebab pokcik dah biasa kena macam ni. Perkongsian ini agar kita sama-sama berfikir dan jangan jadi seperti contoh yang pokcik kisahkan ini. Maaf noo kalau kebetulan memang kena dengan sahabat. Moga berjumpa lagi. Wassalam
DIKEJAR ULAR TEDUNG SELA
Baru sampai rumah.. Banyak cerita menarik sebenarnya semasa berada di sebuah kedai makan.
Malam ini pokcik makan di kedai ditemani oleh tuan kedai suami isteri. Alhamdulillah rezeki pokcik malam ni.. Depa belanja katanya..
Jenuh laa satu-satu makanan keluar dan last tadi depa belanja pulak sup ketam nipah.. Alhamdulillah pokcik diajak masuk ke bilik untuk melihat sebilah keris berkhalimah.. Cantik juga dibuat hiasan..
Nak keluar biliknya sempat lagi dia menghadiahkan satu mesin Daiwa kepada pokcik.. Naik malu jugak, sebabnya sebelum ini dia hadiahkan cermin dalam kereta berserta CCTV.
Malu sangat pokcik dengan kemurahan hati depa suami isteri. Apa yang pokcik nak ceritakan ialah perihal dia yang pergi memancing di Kuala Tahan..
Katanya dia bertiga menaiki jeep untuk ke sana.. Sesampainya di suatu tempat mereka berhenti untuk memancing. Tempatnya cantik seperti ada orang yang menjaganya..
Dah laa cantik dengan batuan, tempat itu katanya amat bersih. Mereka memacakkan pancang dan terus melemparkan tali joran..
Tiba-tiba kawannya gelak besar. Padan muka katanya. Dia tak nampak apa yang jatuh ke dalam sungai itu.. Dia hanya mendengar sahaja seperti ada sesuatu yang besar jatuh dari atas pokok ke dalam sungai..
Tiba-tiba mereka melihat seekor ular tedung sela meluncur dengan amat laju ke arah mereka.. Melihat keadaan itu, mereka terus berlari meninggalkan joran di situ..
Katanya entah berapa lama mereka berlari pun diorang tak sedar. Akhirnya dengan duri rotan dan lengan yang berdarah kerana terkena kayu dan duri mereka terus ke rumah tok batin..
Mereka menceritakan apa yang berlaku.. Tok batin dibawa ke situ. Sesampainya di sana, kelihatan dua ekor ular tedung sela sudah menunggu sambil menegakkan kepala di atas dua ketul batu yang besar..
Tok batin bercakap dengan ular itu. Akhirnya tok batin itu meminta mereka meminta maaf sebab gelakkan ular itu yang jatuh ke dalam sungai.. Setelah meminta maaf, ular itu pun menundukkan kepala dan berlaku dari situ..
Cepat-cepat mereka mengambil joran dan terus berlalu pergi. Takut katanya nak memancing di situ.. Itu salah satu pengalamannya. In shaa Allah, ada lagi kisahnya yang pokcik akan kongsikan.. Persoalannya, ular itu betul-betul ular atau pun jin.. Katanya ular ini pantang dicabar.. Wallahua'lam
MEMAKAN TANDAN PISANG
Pokcik baru Otw ke Melaka. Sahabat drive jadi sempat laa buat status.. Hihihihi.. Semalam banyak sangat topik dibualkan bersama tuan punya kedai makan. Dia menceritakan banyak pengalaman mistiknya..
Antaranya pengalaman berjumpa dengan dua ekor pelesit kepunyaan toknya. Katanya pelesit berwarna hijau. Tinggi lebih kurang dua kaki. Bermata kecil. Badannya dan kakinya berpetak segi empat.. Itu bab pelesit..
Kehebatan tok perempuannya memang tak boleh dipertikaikan lagi. Sudah terlalu tua dan uzur namun amat gagah. Pernah mereka adik beradik melihat toknya mengangkat sebuah meja dengan hanya menggunakan sebelah tangan..
Bayangkan badan terbongkok tua namun meja yang hanya boleh diangkat empat orang lelaki dewasa, dia mengangkat dengan sebelah tangan dengan kain bersidai di bahu.. Itu antaranya..
Katanya dia hanya tidur sepanjang hari dan aktif pada sebelah malamnya. Kalau bab makan, dia suka makan pisang.. Itu biasa.. Tapinya yang luar biasa, dia makan sekali dengan kulit pisang. Sebiji-sebiji pisang dimasukkan ke dalam mulut.. Tak cukup kulit, tandan pisang pun dimamahnya.. Hahahhahaha..
Pernah dia jatuh dari atas rumahnya di tingkat satu ke tanah pada waktu tengah malam. Rileks je dia katanya.. Badan langsung tak ada luka dan cedera.. Lubang kecil pun dia boleh masuk katanya. Gamaknya kalau ada ruang di bawah pintu, senang-senang sajalah dia masuk..
Setelah banyak kepelikan, perawat dipanggil untuk memisahkan pendampingnya. Boleh kata semua perawat yang dipanggil angkat tangan sebab tak sanggup.. Akhirnya datanglah seorang perawat dari Gemas. Dia tak janji untuk menghapuskan gangguan itu tapi dia akan cuba memujuknya secara baik..
Alhamdulillah pendamping itu bersetuju untuk pergi.. Namun, anak cucunya dilarang untuk menyebut nama gelarannya sebab ia akan datang.. Hinggalah ke hari ini, anak cucunya ikut namun semalam cucunya menceritakan kisah ini kepada pokcik.. Moga ada pengajaran yang kita peroleh daripada perkongsian ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wassalam.
Friday, 8 September 2017
LEBAM DIGIGIT HANTU
Alkisah tadi sebelun Solat Jumaat pokcik ke Tanah Putih Baru untuk bersolat di sana. Sampai di sana pokcik lepaklah rumah jiran di sana. Harini dia jamu air soda pulak.. Sambil pekena rokok sambil minum sikit-sikit ais krim soda tu.. Pergghhh nikmat jugak laa.. Tambah-tambah musim panas macam sekarang ni....
Dalam dok lepak anak buah datang panggil.. Haih hairan juga.. Apa gamaknya yang kalut sangat sampai tak sempat pokcik nak habiskan air. Pokcik pun balik laa kalut-kalut. Bimbang jugalah, manalah tahu ada kecemasan. Tambahan pulak hari Jumaat. Nak solat Jumaat lagi...
Sesampai di rumah kelihatan ada seorang hamba Allah. Dia nampak muram. Katanya dia sakit sejak dia rekemen pokcik pada seorang pesakit. Hantu marah katanya. Macam-macam laa pulak.. Kalut nak solat Jumaat lagi.. Air soda tak habis lagi.. Hahhaahaha. Jadinya pokcik suruh dia cerita cepat-cepat.
Dia tunjukkan lengannya yang lebam. Katanya bukan setakat lengan tetapi habis satu badannya lebam. Kasihan pulak dengar. Niatnya baik tapi dia pulak jadi mangsa keganasan dan kerakusan jin ni... Katanya saudara perempuanmya yang urutnya juga habis bengkok dan melengkung jarinya.. Dah jadi macam kuku helang pulak gayanya..
Pokcik scan tengok mohong-mohong. Ternyata ada gangguan. Setelah dipagar dia mula berdebar.. Badannya yang lemah semakin lemah.. Terus laa pokcik karate, silambam dan boh kalari payat sebab tak nak buang masa... Akhir sekali tarik telur hantu tu dan jentik sekali bagi dia perit.. Kakakkakakkakakka yang belakang tu pokcik saja tambah...
Dia mula menangis. Haih orang perempuan tua menangis. Kalau muda tu pokcik pujuk dah... Makin lama makin sayu dan akhirnya berhenti.. Haaa habis cerita. Sedih tiba-tiba katanya. Alhamdulillah perasaan pun terus tenang seizin Allah.. Selesai sahaja pokcik tinggalkan dia di situ.. Pokcik suruh dia sambung menyembang di situ..
Pokcik segera pii ke rumah jiran. Sempat lagi laa perhabiskan ais krim soda tu. Elok pekena sebatang rokok lagi azan berkumandang. Maklumlah rumah pun depan dengan masjid saja. Terus pokcik minta diri untuk ke masjid. Alhamdulillah sempat lagi karate lebih kurang sebelum ke masjid tadi.. Apa pun dengan niat yang baik, in shaa Allah, Allah permudahkan segalanya. Moga berjumpa lagi.. Jangan marah noo.. Wassalam..
Saturday, 2 September 2017
KAIN PUTIH BERKIBAR DI TEPI PESAKIT
Pokcik sambung kisah semalam. Lebih kurang pukul 8.30 semalam kot, jiran pokcik maiii ke rumah. Katanya sahabatnya yang sakit kepala sampai pijak kepala dengan kaki untuk picit tu nak datang.. Pokcik ok je laa nak kata apa lagi...
Tak lama kemudian hujan turun. Sampailah dua orang hamba Allah itu. Seorang menunggang motosikal dan seorang lagi menaiki kereta. Pokcik mempelawa mereka naik ke rumah. Sahabat pokcik pun ada bersama.
Sebelum merawat pokcik lebih suka tengok punca gangguan sama ada saka, sihir atau gangguan biasa. Pokcik meminta depa duduk di sofa tidak berapa jauh dari pokcik. Pokcik cuba kesan gangguan namun tiada.
Pelik juga laa. Sekali lagi pokcik periksa kedua-duanya namun masih lagi tidak berjumpa. Kali ketiga barulah pokcik dapat rasakan kehadiran SAKA namun tiada dengan mereka. Pokcik berpuas hati.
Disebabkan rumah emak pokcik kebetulan mentol lampu terbakar maka pokcik mengajak mereka pergi ke rumah kawan pokcik itu. Mereka bersetuju. Sesampainya di rumah sahabat pokcik, sekali lagi pokcik periksa dan sekali lagi tiada apa-apa pada mereka.
Pokcik meminta mereka memberitahu perihal seorang lagi adik-beradik mereka yang sakit kepala itu. Kata mereka kakak sulung mereka. Pokcik melihat gambar kakak mereka. Kali ini jelas menunjukkan kehadiran saka.
Mereka menyangka bahawa SAKA itu datang dari belah ayahnya kerana ayahnya memiliki sebilah pedang namun sangkaan itu meleset sama sekali. Apabila pokcik memeriksa ayahnya melalui gambar ternyata tiada menunjukkan kehadiran SAKA. Apabila melihat ibu mereka barulah pokcik dapat merasakan kehadiran SAKA namun agak jauh.
Mungkin SAKA itu telah berada pada anak sulung perempuannya. Pokcik meminta mereka pergi mengambil kakak sulung. Tanpa berlengah salah seorang daripada mereka terus keluar dan pergi mengambil kakaknya.
Pokcik diberitahu kakaknya berdebar dan tidak mahu datang ketika berada di dalam kereta. Bukan dia yang berdebar sebenarnya. Namun begitu dia memaksa diri juga untuk datang. Alhamdulillah sampai juga dia di rumah sahabat pokcik.. Sebaik sahaja dia masuk pokcik terus memagarnya.
Bukan apa, bimbang kerja jadi sia-sia. Pokcik terus memintanya duduk di hadapan pokcik. Pokcik memeriksanya. Ternyata SAKA itu ada padanya. Ketika proses, hamba Allah ini melihat makhluk itu ada di sebelahnya. Begitu juga adiknya yang berada di belakang pokcik..
Dia dapat melihat dengan jelas kewujudan SAKA ini. Katanya muka dan anggota lain tidak kelihatan. Dia nampak dengan jelas kibaran kain putih di situ. Kain berkibar-kibar ditiup angin namun tidak boleh melarikan diri.
Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku. Dia cuba kata sudah hilang debarnya dan dia menjadi tenang. Selesai dia, pokcik usahakan juga kedua-dua adiknya pula berkaitan dengan sakit kepala itu. Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku.
Selepas itu datang pula dua orang hamba Allah. Seorang daripada mereka meminta pokcik usahakan orang rumahnya pula. Katanya orang rumahnya makin teruk. Sudah enam tahun dia berusaha ke sana sini dan kali terakhir dia membawa orang rumahnya berubat di Kelantan. Dalam beberapa minggu sebelum itu agaknya...
Katanya orang rumahnya seperti ada dunia sendiri. Bercakap seorang diri dan apabila mendengar ruqyah atau ayat suci AlQuran dia akan gelak. Pada pagi tadi katanya dia menegur orang rumahnya namun dia dimarahi. Bagi mengurangkan tekanan dia membawa orang rumahnya pergi ke Taman Negara. Sebaik sahaja sampai dia buat hal lagi katanya.
Dia bercakap seorang diri sebelum menaiki bot. Setelah diberi amaran olehnya dan diugut untuk membatalkan niat ke Taman Negara barulah dia ok semula. Macam-macam perangai hantu syaitan ni..
Pokcik pada asalnya menyangka SAKA namun apabila melihat gambarnya ia lebih kepada sihir. Pokcik meminta dia balik ke rumah dan pokcik usahakan dari jauh iaitu dari rumah kawan pokcik itu. Dia akur. Pokcik usahakannya orang rumahnya pula..
Ketika melakukan proses, pokcik dapat rasakan seperti ada satu lintasan di atas kepala pokcik. Keadaan menjadi gelap seketika. Namun begitu, sahabat pokcik dan yang lain-lain tidak sedar akan kehadiran jin itu. Baguslah macam tu. Alhamdulillah semuanya selesai seizin Allah.
Petang tadi pokcik ke rumah sahabat pokcik dan memintanya menelefon hamba Allah yang pokcik usahakan semalam. Alhamdulillah katanya ketiga-tiga adik beradik itu sudah tidak sakit kepala lagi. Katanya kebisaanya waktu pagi sebelum sarapan tiap-tiap hari mereka akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga mengganggu kerja mereka. Alhamdulillah..
Hamba Allah yang pokcik usahakan isterinya itu tidak dapat dihubungi. Menurut sahabat pokcik, kemungkinan besar isterinya telah ok. Kalau masih berlaku bukan-bukan sudah tentu dia akan menghubunginya untuk memberitahu perkara itu. In shaa Allah.. Moga berjumpa lagi.. Salam hormat. Wallahua'lam
PANTANGAN SI BOMOH
Baiklah kali ini pokcik kongsikan sedikit bab kes malam tadi.. Ingatkan dua orang tetapi empat orang yang pokcik usahakan.. Tiga orang mempunyai masalah yang sama iaitu sakit kepala. Katanya kalau sakit kepala sampai diorang bergilir-gilir tolong picit sampaikan tak tahan dah pijak kepala dengan kaki.. Hihihihihi..
Ternyata kes saka.. Pokcik tak nak kongsikan perihal malam tadi.. Ada beberapa kejadian menarik sebenarnya berlaku malam tadi.. Hihihihihi... Tapinya pokcik nak kongsikan perihal mereka ditipu oleh seorang bomoh. Ini pengakuan mereka bertiga..
Katanya diorang diminta berkumpul semua adik beradik. Dua belas orang kesemuanya. Biasa juga pokcik dengar ada menggunakan cara ini. Kata mereka, setiap orang dikehendaki membayar RM50. Maksudnya malam itu dia dah dapat RM600.
Tak kisahlah depa kata. Setelah ditangkap SAKA itu kononnya diletakkan dalam botol dan dihanyutkan ke dalam sungai. Ketika dibuang dia berpesan jangan pandang belakang nanti nampak air tu bergelombang. Dua tiga orang tengok saja kata mereka. Tak ada apa berlaku pun katanya.. Hihihihihi..
Bab tu kira ok lagi. Syarat yang terakhir memang tak boleh diterima akal. Setiap ahli keluarga dan keturunan tak boleh memakai apa saja dan tidak boleh ada kaitan dengan warna merah. Baju merah tak boleh pakai. Kalau ada kena buang. Kereta tak boleh merah, kalau merah kena cat warna lain dan sebagainya. Yang lagi sadis katanya, buah rambutan di pokok yang merah menyala langsung diorang tak sentuh.
Maklumlah merah.. Hahahhahhaha. Habis gugur buah rambutan tu. Masing-masing meleleh air liur.. Kakakka. Dah laa macam-macam katanya, masalah SAKA tu tak selesai juga kata mereka.. Macam-macam nooo... Kalau rajin pokcik kongsikan pulak kisah yang berlaku malam tadi.. Santaiiiiiii..
Subscribe to:
Posts (Atom)