Monday, 26 August 2013

HILANGNYA GURAUAN DAN KECERIAAN (PART 36)

          
          Panda tidak pulang-pulang juga biarpun hampir pukul 8.30 malam.. Perkara ini bukanlah sesuatu yang biasa baginya.. Aku terus keluar dari rumah untuk mencari Panda.. Kelibatnya masih juga tidak kelihatan.. Biarpun kulaung namanya berulang-ulang kali namun masih tiada sahutan yang aku terima.. Mungkinkah Panda sudah diambil orang.. Maklumlah ia bukanlah sebarangan kucing.. Rupa dan susuk tubuhnya serta kegebuan tubuh badannya akan menggamit sesiapa sahaja untuk mendekatinya.. Aku mula risau.. Aku menunggal motosikal dengan ditemani oleh isteriku untuk mencari Panda.. kami kecewa kerana masih belum menemuinya.. Setelah puas mencari, kami pun pulang dengan hati yang bercampur baur.. Risau, kecewa, takut, bimbang, dan sedih semuanya berlegar-legar di fikiran.. Aku hanya berserah kepada Yang Maha Esa.. " Ya Allah, seandainya Panda masih hidup kembalikanlah kepada kami.. Seandainya Panda sudah mati, tunjukkan tempatnya agar aku dapat semadikannya seperti Biru, kucing kesayanganku," doaku antara dengar dengan tidak..

          Pada malam itu aku bertekad untuk membuka ' sliding ' pintu rumahku seluas-luasnya.. Aku khuatiri seandainya kami sedang nyenyak tidur, Panda akan pulang kerana kelaparan. Niatku itu disampaikan kepada isteriku.. Dia turut bersetuju..Sedang kami berehat setelah selesai menjamu selera, tiba-tiba aku terdengar suara seperti memanggil kami.. Aku terus menuju ke arah pintu rumahku yang sememangnya sudah terbuka luas.. Dari jauh, aku dapat melihat susuk kucing yang berjalan dengan perlahan dan lemah sekali.. Aku memang mengenali susuk tubuh itu.. Aku terus berlari dengan pantas untuk mendapatkan Panda. Tubuh lemah itu kuangkat ke dalam rumah.. aku perhatikan tiada sebarang kecederaan yang ada pada dirinya.. namun aku agak terkejut melihat keadaannya yang lemah begitu..

         Panda seolah-olah menyeret kakinya.. Ia tidak mampu untuk berjalan seperti biasa.. Tidak berapa lama kemudian, ia mula muntah.. kelihatan keluarlah rumput-rumput yang hijau dari mulutnya.. Muntah itu juga amat busuk.. " Muntahlah Panda.. Nanti ibu lapkan," kata isteriku.. Aku melihat isteriku mula menangis. Dia tidak tahan melihat Panda menanggung siksa.. Kami bersependapat bahawa Panda telah memakan rumput yang baru sahaja diracun.. Aku terus pergi ke rumah salah seorang rakan saya untuk mencari kelapa.. Rakan saya itu memang menjual minuman di pekan sehari.. Saya tahu memang stok di rumahnya sentiasa ada.. Setelah mengambil kelapa muda, aku terus mendapatkan Panda.. Air kelapa muda itu disuapkan ke mulutnya.. Panda mula minum air itu biarpun aku melihatnya meneguknya dengan begitu tersiksa.. Kasihan aku melihat Panda yang seakan-akan sedang bertarung untuk meneruskan hidup.. Bulat dan Dedek mula mendekati Panda lalu menciumnya.. Aku mula sebak.. Panda seolah-olah akan meninggalkan kami.. Dedek dan Bulat seolah-olah tidak mahu meninggalkan Panda keseorangan di situ.. Mungkinkan itu naluri adik-beradik.. Aku tidak tahu.. Gelak ketawa dan gurau senda Dedek dan Bulat tidak lagi kedengaran.. Mereka berteleku di situ.. Adakah sesuatu akan terjadi pada malam itu?...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.