Tuesday, 6 August 2013

PANDA PENGUBAT HATI ( PART 34 )


      Bulat, Panda dan Dedek kami jaga dengan baik.. Perhatian yang khusus diberikan kepada Dedek kerana kecacatan pada sebelah matanya.. Namun begitu, Bulat dan Panda sama sekali kami tidak abaikan.. Segala keperluan mereka kami penuhi.. Membesarlah mereka dengan limpahan kasih dan sayang.. Seperti Biru, mereka mula menganggap kami sebagai ibu dan bapa mereka.. Sungguhpun begitu, perasaan rindu terhadap Biru tetap tidak akan terpadam selama-lamanya.. Kini mereka bertiga mula membesar.. Dalam ketiga-tiga mereka, Pandalah yang paling comel dan memikat hati.. Tambahan pula Panda pandai mengambil hati. Rupa Panda memang tak ubah seperti beruang panda.. Memang amat comel.. 

      Masa berganti masa.. Kini umur mereka sudah menjangkau empat bulan..Mereka sudah pandai untuk bermain di luar rumah.. Aku tidak mahu terlalu mengongkong kebebasan mereka seperti mana yang aku lakukan terhadap Biru dahulu.. Hati aku juga agak terhibur melihat telatah mereka tiga beradik.. Bulat yang badannya agak besar selalu membuli adik-adiknya.. Aku hanya ketawa apabila melihat mereka berlari-lari anak apabila dikejar oleh Bulat. Sedikit sebanyak, kehadiran mereka ada juga mengubat hati yang sedih.. Walaupun dengan kehadiran mereka dalam hidup kami namun nama Biru akan sentiasa meniti di bibir dan bisa mengalirkan air mata apabila mengenangnya.. Biru, andai kata kau mendengar luahan ini,ketahuilah olehmu ayahmu ini amat merinduimu.. 

      Panda kini menjadi tempat kami meluahkan kasih.. Ingin dicurahkan kepada Bulat dan dedek, mereka lebih suka bermain daripada bermanja denganku.. Boleh dikatakan hampir tiap-tiap malam, Panda akan mencariku apabila hendak melelapkan mata.. Kelakuannya itu saling tak ubah seperti Biru.. Ketika aku menidurkan Panda, air mataku akan mengalir tanpa disedari kerana terkenangkan Biru.. Sudah tentu Panda akan terasa hati andaikata dia tahu akan isi hatiku itu.. Makin hari makin manja Panda denganku.. Dia seolah-olah tidak ingin berenggang denganku langsung.. Aku makin kasih terhadap Panda.. Namanya sering menjadi sebutan tatkala aku berbicara dengan rakan-rakan sekerjaku.. Mungkinkah kasih sayang ini akan berkekalan? Aku tahu hanya kasih terhadap Allah yang akan kekal abadi.. Sampai bila Panda akan menemaniku.. Hanya masa yang akan menentukan.. Aku menjadi lebih redha untuk menerima ketentuan Tuhan.. Tidurlah sayang, namun hari esok tidak menjanjikan kebahagiaan...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.