Bulat dan Dedek tetap tidak ingin berganjak biarpun aku menegah mereka daripada duduk di keliling Panda.. Aku lihat sesekali Dedek dan Bulat mencium Panda.. Aku agak terharu dengan keadaan itu.. Keadaan Panda makin lama makin teruk.. Aku lihat air matanya bergenang.. Mungkin ia cuba untuk menahan kesakitan yang amat sangat.. Adakah Panda sedang menghadapi saat kematiannya? Persoalan itu mula muncul dalam benakku.. Setelah melihat keadaan Panda tidak juga berubah, Dedek dan Bulat mula menjarakkan diri mereka.. Mereka duduk di sudut ruang tamu rumahku.. Sesekali, mata mereka akan menyorot melihat keadaan Panda yang telah aku letakkan di dalam sebuah kotak. Mereka hanya duduk diam di sudut ruang tamu rumahku tanpa berganjak dan tidak juga bergurau senda seperti kebiasaannya. Mungkin juga mereka telah menghidu sesuatu yang aku tidak ketahui. Naluri sebagai adik-beradik mungkin dapat meneka sesuatu yang bakal terjadi.
Setelah itu, aku terus mengambil wuduk untuk bersolat.. Begitu juga isteriku.. Ketika sedang bersiap sedia untuk bersolat itulah aku terdengar suara Panda mengiau seolah-olah memanggil kami untuk mendekatinya.. Aku membatalkan niat aku untuk bersolat dan terus pergi mendapatkan Panda.. Isteriku mengikut dari belakang.. Aku lihat dada Panda mula berombak-ombak. Nafasnya mula tidak teratur.. Serentak dengan itu, Panda telah memuntahkan rumput yang masih lagi berwarna hijau.. Baunya amal memualkan. Selepas muntah, mata Panda terus memandang kami tanpa berkelip.. Pandangannya begitu sayu.. Perlahan-lahan nafasnya mula terhenti. Kini pandangan matanya yang terakhir itu aku tutup dengan sempurna.. Panda telahpun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Pandangan matanya itu merupakan pandangan terakhirnya untuk mengucapkan terima kasih kepada kami.. Pandangan itulah yang dapat aku lihat daripada mata Biru sebelum kami melangkah keluar dari klinik itu.. Sekarang barulah aku mengerti bahawa Biru juga ingin menyatakan sesuatu sebelum kami meninggalkannya tempoh hari.. Maafkan ayah, Biru.. Seandainya ayah tahu, ayah tidak akan meninggalkanmu sendirian menghadapi saat pemergianmu itu.. Air mataku kini berlinang.. Luka lama kini berdarah kembali.. Pergilah sayangku.. Tempatmu abadi di sana.. Selamat tinggal, Panda.. Kirimkan salam ayah kepada Biru.. Selamat tinggal sayangku..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.