Hubungan yang semakin erat antara aku dan Panda mula membimbangkan diriku sendiri.. Apa tidaknya, aku mula takut kehilangan apa sahaja yang aku sayangi.. Namun jauh di sudut hatiku, aku sedar akan segala yang telah ditentukan oleh Allah.. Aku sentiasa berdoa agar jodoh pertemuan dan kasih sayang kami akan berkekalan. Hari-hari yang kulalui mula agak ceria dan penuh kedamaian.. Aku kini mula belajar menerima hakikat kehilangan Biru.. Aku tanamkan di hati, biarpun sudah tidak lagi bersama namun memori bersamamu tetap akan kuabadikan dan sematkan di sanubari buat selama-lamanya.. Tambahan pula, ketika ini aku berada di Kulai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Sudah tentu memori bersama Biru menggamit memori.. Perasaan sedih dan duka kupendamkan dan digantikan dengan kenangan indah bersamamu.. Aku kini sudah mula boleh tersenyum..
Kembali kepada Panda.. Panda yang pandai mengambil hatiku mula berjinak-jinak untuk bermain di luar rumah.. Pantang pintu rumahku dibuka, Panda akan terus berlari keluar. ia akan bermain dengan girang di halaman rumahku sambil ditemani oleh Bulat dan Dedek.. Sesekali Bulat mengejar mereka lalu mereka lari ke dalam rumah untuk mendapatkan perlindungan daripadaku.. Geli hati aku melihat gelagat mereka..Tercuit juga hatiku.. Bulat akan menjarakkan diri daripadaku apabila Dedek dan Panda lari berlindung denganku.. " Biasa tu abang Bulat ni.. Nak buat adik jer kerjanya," kataku kepada Dedek dan Panda sambil mengusap kepala mereka.. mereka seolah-olah mengerti akan kata-kataku.. Semakin diliukkan pula kepala mereka berdua padaku.. Hahahahaha padan muka abang Bulat sebab ayah marah.. Mungkin itulah kata-kata yang ingin diucapkan oleh mereka seandainya tutur kata boleh keluar dari mulut mereka..
Hari berganti hari.. Minggu berganti bulan.. Masa yang berlalu turut makin mendewasakan mereka.. Mereka kini lebih berani untuk bermain di luar kawasan rumah.. Aku membiarkan sahaja.. Aku tidak ingin menyekat kebebasan yang mereka kecapi.. Biarlah mereka bergembira dan bersuka ria selagi masih bernyawa.. Tambahan pula mereka bukannya perlu bekerja untuk menyara kehidupan.. Namun pada suatu hari hanya Dedek dan Bulat sahaja yang pulang ke rumah.. Aku mula risau.. Adakah peristiwa yang berlaku terhadap Biru akan berulang kembali.. Aku sudah mula menerima hakikat kehilangan Biru.. Aku tidak sanggup lagi menempuhi babak-babak duka buat kali kedua.. Namun begitu, aku menyedapkan hati dengan mengatakan Panda leka bermain dan tidak mahu lagi pulang ke rumah biarpun senja mula melabuhkan sayapnya.. Aku hanya menanti.. Menanti dengan sabar.. Menanti tanpa memikirkan sesuatu yang buruk.. Menanti dengan penuh keyakinan.. Menanti dalam ketenangan.. Menanti sambil menunggu suatu kepastian.. Namun penantian suatu penyiksaan...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.