Sunday, 4 August 2013

PUTIH OH PUTIH ( PART 33 )


       Episod luka masih berterusan biarpun sudah berminggu-minggu Biru meninggalkan kami.. Hari-hari yang dilalui terasa sunyi dan kosong.. Isteriku pula menjadi semakin murung.. Ingin mendengar sepatah kata daripadanya pun agak susah.. Pernah aku utarakan kepadanya untuk mencari pengganti Biru tetapi dia berkeras tidak mahu.. Katanya biar secantik mana pun kucing itu tempat Biru tetap tidak boleh diganti.. Aku tahu kasihnya terhadap Biru seperti diriku juga.. Kasih kami terhadapnya terlalu mendalam.. Setelah berbulan-bulan Biru pergi, aku menyuarakan lagi hasrat hatiku.. Manalah tahu keputusannya akan berubah.. Akan tetapi keputusan yang aku terima tetap sama.. Menurut isteriku dia tidak sanggup lagi untuk menempuh lagi suatu episod luka sekiranya kehilangan kucing kesayangan.. Dia tidak mahu peristiwa lama berulang kembali..

   
Kawan baik Biru iaitu Putih masih lagi menumpang kasih daripada kami.. Kami menjaga Putih dengan baik tetapi ia tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah. Tidak lama selepas itu Putih pun bunting. Kami begitu kasihan melihat keadaan Putih yang membawa kandungannya yang begitu sarat.. Pada suatu malam, kami mengambil keputusan untuk membiarkan Putih untuk beranak di dalam rumah.. Bukan untuk menggantikan Biru tetapi bagi membalas jasa baik Putih yang menjadi kawan baiknya sehinggalah Biru menutup mata.. Pada malam itu Putih dibenarkan tidur di dalam rumahku.. Aku menyediakan pasir dan tempat membuang najis seperti yang biasa aku lakukan terhadap Biru.. Aku berharap Putih akan selesa di dalam rumah kami..

     Keesokan harinya kami bangun untuk solat Subuh seperti biasa.. Hidungku mula terbau sesuatu yang tidak menyenangkan sebaik sahaja bangun daripada tidur.. Rupa-rupanya Putih telah membuang najis di merata-rata tempat.. Aduhai, malang sekali engkau Putih.. Malam itu merupakan malam yang terakhir engkau bermalam di dalam rumahku.. Isteriku menarik muka masam.. Aku hanya tersenyum.. Masakan tidak, dia yang akan membersihkan kesemua najis yang ditinggalkan itu.. kasihan isteriku.. Aku hanya terdiam ketika dia mengomel mengenai Putih.. Apa boleh buat.. Sungguhpun begitu, Putih masih lagi kami jaga dengan baik biarpun dia hanya berada di luar rumah kami... Tidak lama kemudian, Putih telah melahirkan beberapa ekor anak yang comel.. Putih yang pertama kali melahirkan anak masih tidak pandai untuk menjaga anaknya.. Anaknya terbiar dan kini hanya tinggal tiga ekor sahaja yang masih hidup.. Mungkin juga Putih tidak mahu menjaga anaknya dan ingin diserahkan kepada kami..Pandaikau Putih... Aku yang melihat keadaan anaknya yang sakit mula mengambil anaknya itu dan diletakkan di dalam rumah.. Tambahan pula salah seekor mata anak Putih telah buta sebelah mata.. Matanya bernanah.. Anak Putih aku namakan Bulat, Panda dan Dedek.. Dedek yang buta sebelah mata diberikan rawatan dengan sebaik mungkin. Isteriku mula sibuk dengan tugasnya menyuapkan susu botol kepada ketiga-tiga anak Putih itu.. Perasaanku mula tenang.. Isteriku  mula menunjukkan perubahan sikapnya.. Mungkinkah lukanya akan terubat dengan adanya ketiga-tiga ekor budak itu? Hanya masa yang akan menentukan.. Aku hanya dapat berdoa, menunggu dan melihat sahaja.. Segalanya kuserahkan kepada Allah Yang Maha Esa.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.