Thursday, 15 June 2017

TERJAGA DARI MIMPI

Image result for assalamualaikum image

Berjumpa lagi no. Ketika kisah ini ditulis pokcik sedang lepak di dalam kereta buruk pokcik sambil menunggu orang rumah pokcik membeli sedikit barangan. Sambil menunggu ini sempat lagi laa pokcik menaip. Biasalah orang perempuan ni, kalau nak beli buah lai saja dia pegang buah tembikai buat-buat pilih. Tu kalau nak beli buah lai. Kalau nak beli susu pekat manis, depa piii kat bahagian kasut pulak. Tak dak kena mengena langsung. Namapun perempuan.. Huhuhu..

Pokcik dok baca tadi perkongsian sahabat kita tentang cenuai laa, minyak dagu laa, mani gajah laa.. Boleh kata semua tu berkaitan dengan ilmu pengasih. Ada juga bab mani gajah ni yang dipuja di siam. Yang ni pokcik baca dalam suatu surat khabar. Tak ingat dah surat khabar mana. Jadi disebabkan banyak sangat berminat pasal minyak pengasih ni pokcik nak kongsikan pengalaman pokcik dengan salah seorang mangsa ilmu pengasih ni.

Alkisah pokcik pernah dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya dia sering berasa panas, gelisah, takut dan mudah naik darah. Dia berpisah dengan suaminya tetapi adakala dia rasa sangat rindu. Dia marah tetapi ada masanya dalam marah tu keinginan melakukan seks sangat kuat. Dia tanya pokcik adakah dia terkena sesuatu yang tak elok.

Tiba masanya dia datang berjumpa pokcik untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Sesampainya kat pokcik dia mula jadi nak marah. Merah padam mukanya. Hihihi petanda ada sesuatu yang tak elok dengannya. Risau juga pokcik takut dia meroyan tak tentu hala. Hihihihi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa yang mengejutkan pokcik ialah kata-katanya pada pokcik.

Tahu tak apa katanya? Dia bagitau dia seolah-olah baru bangun daripada mimpi. Dia tak ingat apa yang berlaku selama dua tahun kebelakangan ni. Nampaknya dia dalam keadaan tidak sedar dan dalam pengaruh syaitan selama dia berumahtangga. Boleh gitu pulak no. Naya laa kat orang. Setahu pokcik perkara ini akan berlaku juga akhirnya sekiranya seseorang itu menggunakan minyak pengasih bagi tujuan memikat dan memiliki seseorang.

Habis cerita itu. Tak lama kemudian dia menghubungi pokcik lagi. Katanya kali ni lagi ketara perbuatan bekas suaminya. Mangga pintu diletakkan minyak. Sangat busuk baunya seperti tahi. Mungkin laa dia dah tak bau wangi sebab dia dalam keadaan sedar. Masuk ke dalam rumahnya dia bau minyak wangi disembur di seluruh bahagian rumah terutamanya di dalam bilik.

Baunya sangat wangi. Pokcik minta dia buang semua air minum kerana bimbang dimasukkan sesuatu yang tak elok. Memang pokcik tak kompromi dengan kerja syirik ni. Pokcik minta dia hantar gambar mangga kunci tu dan biliknya. Dia juga bagitau dia nampak susuk lelaki dalam biliknya. Elok laa jin tu tunggu di situ. Hihihi tak payah banyak kali kerja.

Habis sahaja proses mangga, serta diikhtiarkan rumahnya dia pun berjumpa suatu rajah di bawah tilamnya. Gambarnya rntah ke mana. Kalau tak, boleh juga pokcik kongsikan di sini. Rumahnya juga ditanam dengan benda tak elok. Katanya tanah sedikit yang dia angkat semasa bertanam pokok bunga beratnya seolah bertan-tan. Alang-alang buat, pokcik pagarkan sekali rumahnya.

Alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi masalah gangguan. Bunyi-bunyi pelik juga dah tak kedengaran. Moga semua tu tak akan berulang lagi. Yaaa laa manusia ni memang tak akan puas selagi dia tak dapat apa yang dihajati. Moga Allah melindungi hamba Allah ini. Sekian sedikit perkongsian tentang minyak pengasih. Moga kita semua tidak terlibat dengan perkara seumpama ni. Sekali lagi.pokcik minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam perkongsian ini. Wallahua'lam. Salam hormat.

SAKA PONTIANAK

Image result for assalamualaikum image
Kebetulan ketika kisah ini ditulis di Kuantan tak dak elektrik. Katanya malam ni baru ada. Tudia aih. Jenuh berjimat laa handset pokcik satgi tak boleh nak charge. Dok saja ni tulis piii laa kot no mohong-mohong. Baiklah kali ni sementara ada saki baki hayat bateri pokcik maka pokcik nak kongsikan perihal tipu daya setan.

Bab tipu daya dan helah ni dah jadi makanan depa laa. Kalau tak tipu tak pulak kita panggil setan tapi al Amin sebagai mana gelaran yang diberikan oleh penduduk Mekah terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Nak dijadikan cerita, pokcik ada menubuhkan group telegram. Dalam tu hubungan kami begitu rapat biarpun ahlinya tidak laa seramai mana.

Nak dijadikan cerita, dalam tu ada seorang hamba Allah. Dia selalu berceritakan tentang kehebatan jin. Jin tu terer, jin ni terer. Mungkin pada masa tu dia masih di bawah pengaruh jin tanpa dia sedar. Suatu hari saya dan tuan Langit KeTujuh bercadang untuk menampilkan diri jin tu yang sebenar. Dok main sorok-sorok pastu dok gunakan hamba Allah ni sebagai tempat untuk mereka menunjukkan depa terer.

Setelah perancangan teliti dibuat, saya dan tn langit ketujuh mula provoke beliau. Mula-mula suasana nampak dalam kawalan. Kami teruskan dan akhirnya jin tu mula menampakkan diri yang sebenar. Haaa makan bodoh bangang laa kami dan sahabat yang lain yang tak tahu menahu tentang perancangan kami. Ayat yang memang tak boleh lupa ialah, Hoiiii manusia bodoh... Hihihi dia tak tahu dia yang bodoh sebab kami dah berjaya menampilkan diri dia yang sebenar.

Apa pun selepas itu hamba Allah ni pm saya selepas dia sedar dan dia sendiri terkejut dengan apa yang dia taip dalam group tu. Dia berjanji akan piii berubat. Alhamdulillah kurang-kurang usaha kami yang pertama dah berjaya. Setelah berubat dia katakan dia dah bersih sepenuhnya. Bagoihhh laa. Pokcik pun suka kalau semuanya dah selesai. Bukannya pokcik dok terkejar-kejar orang suruh maiii berubat dengan pokcik. Pokcik lebih suka orang lain yang ikhtiarkan.

Suatu hari, pokcik menyatakan hasrat nak ke KL. Piii sana pun nak berjumpa laa dengan ahli group yang lain. Santai-santai katanya. Hihihi. Pada hari yang ditetapkan pokcik pun bertolak ke KL bersama seorang sahabat yang juga seorang ustaz. Santailah kami dok borak sakan dengan tn langit ketujuh. Dalam pukul 10 lebih kot hamba Allah ni bagitau dia pun sampai. Dia datang bersama anaknya yang masih kecil.

Tn langit ketujuh turunlah membuka pintu. Depa naik ke tingkat atas bersama-sama. Sesampainya di muka pintu dia ternampak pokcik. Sungguhpun dia tak kenal pokcik tetapi jarinya terus menunjukkan ke arah pokcik sambil mengilai. Hilaian pontianak yang sangat menakutkan. Hihihi. Haritu kata dah ok. Awat pulak dia mengilai sebaik sahaja nampak pokcik. Kenaiii pun tak. Kakakkakakkaka.

Dia terus mengilai. Hilaian pontianak ni sangat merdu tapi menakutkan. Dia suruh pokcik balik kerana tak suka tengok muka pokcik. Macam tu pun ada. Dia kata pokcik ke situ untuk memisahkan dia dengan hamba Allah ni. Aih takdak niat pun. Dia maiii pun bukan nak berubat tapi nak bersembang dan kenaiii dengan pokcik. Hihihihi. Macam-macam jin ni.

Disebabkan bising, tn langit ketujuh pun karate dia. Terus senyap. Senyap laa buat sementara waktu. Tak lama kemudian sahabat yang lain pun tiba. Makin meriah laa suasana. Kami pun berpakat nak karate jin yang ada pada sahabat tadi. Elok saja dia duduk, dia mengilai pulak dah. Macam tau-tau saja. Hihihi. Tadi dia senyap sebab kena karate ngan tn langit ketujuh. Macam budak takut kena raging laa. Dok senyap tapi bukannya lari.

Kami pun proses ramai-ramai. Dia pun mula lemah. Dan akhirnya mula nak bercerita. Katanya dia kepunyaan jiran laa. Dia maiii daripada pak sedara laa, mak sedara laa, tok laa. Semua keluar. Semua yang keluar dari mulut tu semuanya bohong. Dia juga mengaku nak peluk Islam dan bertaubat. Siap mengucap bagai. Hihihi pastu dia kata, bagoihh no dia dah Islam. Dia nak piii dah katanya. Alhamdulillah. Sukalah kami sebab dia kata sukarela nak keluar.


Nak begitu, kami saja laa nak tengok dia. Sambil tu sempat laa kami minum-minum dulu. Penat dok bersembang ngan pembohong besar ni. Selesai pekena rokok daun dan minum sikit kami panggil pulak dia. Dia turutkan saja. Kali ni lapisan demi lapisan sahabat buka. Kalau tak salah, sampai lapisan kelima dia mengilai. Hahahahaha semua kena bodoh dengan aku katanya. Hihihi dia tak tahu bahawa kami nak minum dulu baru nak layan balik. Adoiii.


Kali ni saya minta izin kepada tn langit ketujuh untuk membakar makhluk tu dengan izin Allah. Alhamdulillah maka dalam video yang kawan saya ambik nampak jelas asap keluar dari kepalanya. Alhamdulillah selesai. Semua pun check lagi untuk memastikan semuanya dah clear. Alhamdulillah tiada kesannya lagi. Selesai laa ikhtiar yang dilakukan oleh pokcik, tn langit ketujuh dan dua orang sahabat yang lain. Alhamdulillah hamba Allah ni tidak bukan-bukan lagi. Dia tidak lagi bermimpi bukan-bukan dan tidak juga memuji kehebatan jin. Alhamdulillah...

KUNCI NAFSU

Assalamualaikum.

Alkisah, suatu hari pokcik ditemui oleh seorang lelaki. Lelaki ni pokcik kenal sebab orang rumahnya kawan tempat kerja pokcik dahulu. Biasalah naik pangkat maka pokcik bertukar ke tempat lain.

Dulu angkat simen, laa ni bawak forklift pulak.. Dia datang bersalaman dengan pokcik. Katanya dia benar-benar nak jumpa sebab ada hal mustahak katanya. Lain kali laa pokcik cakap sebab kebetulan tadi pokcik kalut. Menurut sumber yang pokcik dengar, hamba Allah ni terkena selepas kemalangan. Dia boleh nampak entiti yang datang. Menurut ceritanya, dia akan kebal apabila benda tu datang dan dia akan terawangan pergi ke tempat lain. Sebab itulah, dia kini tidak lagi berani memandu kereta kerana tidak tahu bila benda tu akan datang.

Jadi cerita tu pokcik akan kongsi apabila berjumpa dengannya kelak. In shaa Allah. Tadi mukadimah saja. Kakakakakakkaka. Apa yang pokcik nak kongsi malam ni adalah tentang kunci nafsu. Kisah petang ini juga. Kisah tentang seorang janda muda yang dikunci nafsu oleh seorang lelaki. Asal ceritanya lelaki itu nak jadikan dia emak angkat. Berangkat-angkat pulak.. Hihihihi..

Pokcik tanya, umur dia berapa.. Dia kata 31. Budak tu berapa umurnya pulak. Lapan tahun boleh laa nak buat anak angkat.. Katanya 26 tahun.. Haih mak angkat lagu mana tu. Dengar katanya habis dia ni bagi duit, belikan pakaian, dan sebagainya. Lama-kelamaan dia jadi sayang pulak. Tambahan pula lelaki tu nak balik ke Indonesia bulan 5 ini. Dia jadi sedih. Khabarnya juga, ayah si lelaki ini dikatakan bomoh besar di sana. Wallahua'lam. Berpakat dengan anak tu agak mustahil. Tetapi kalau diberikan barang seperti minyak pengasih dan sebagainya tu masuk akal juga.

Dipendekkan cerita pokcik tengok dia mohong-mohong. Adoiiii seperti dia diikat nafsunya kerana simptom masalah di bahagian kepala, dada dan ehem ehemnya.. Adoiiiii.. Parah ni pokcik cakap kat dia. Pokcik bagitau kemungkinan besar dia telah diikat nafsunya. Dia mengaku. Katanya dia tiada nafsu pada orang lain. Datanglah sesiapa pun, dia langsung tak terasa apa-apa.. Dia nak budak lelaki tu sahaja.

Dia mengadu pulak perihal sakit kepalanya tadi. Dia tak boleh lupakan budak tu. Kalau dia lupakan walaupun sekejap, dia akan sakit kepala. Macam nak pecah kepala katanya. Apabila dia teringat maka dia akan ok. Dia akan nampak seolah-olah budak lelaki tu bermain dan ada di depan matanya. Memang real katanya. Tadi dia berjumpa dengan pokcik atas nasihat beberapa orang rakannya. Dia cuba melupakan budak lelaki tu tetapi sakit kepalanya terus datang menyerang.


Dipendekkan cerita, pokcik menghampiri dia. Baru nak mula, dia dah menangis. Adoiiii. Dia tak boleh lupakan budak tu katanya. Pokcik buat tak layan dan menyuruh kawannya memujuk dia. Sasaran pokcik tujukan untuk membuka ikatan pada bahagian lututnya yang pokcik terlepas pandang, perutnya, bahagian sulitnya, kepalanya dan dadanya. Habis satu lapis, pokcik periksa lagi.
Rupanya ada lapisan kedua. Mungkin dia terkena calit minyak dan diberi minuman.

Pokcik tanya pulak kat dia sebelum sesi kedua. Katanya memang lelaki tu selalu buat air pada dia. Rajin pulak yaa.. Dia pulak terus minum tanpa syak apa-apa. Alhamdulillah ketika bercerita itu dia sudah berhenti menangis. Takpa pokcik kata, kita usahakan buang yang dalam pulak kalau Allah perkenankan doa.

Lepas rehat sebentar, pokcik sambung sesi kedua. Kali ini masuk lebih dalam lagi untuk mengeluarkan dengan izin Allah sisa kotor di dalam badannya pulak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dia mula menjarakkan diri dengan pokcik. Tadi dekat juga laa, mungkin dia tak ada apa-apa perasaan pada orang lain selain budak lelaki tu. Ada perasaan malu tu kira alhamdulillah laa. Sakit kepalanya kini hilang bersama gangguan tadi. Alhamdulillah.


Selesai sahaja semua tu pokcik rehat sekejap. Majikannya meminta pokcik tengokkan perkembangannya dan kalau boleh selang tiga empat hari lagi dia mintak pokcik usahakan sehingga hilang dan tiada perasaan langsung pada lelaki tu. Pokcik tak janji laa nak usahakan bila-bila, cuma pokcik anggukkan kepala saja. Bahaya kalau terkena. Dah kawin esok pun dia akan jadi kayu. Suami pasti tak tahan dengan perangainya. Apa pun alhamdulillah buat masa ini. Moga dia lebih berhati-hati pada lain kali. Sekian sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam dan salam hormat semua.

Tuesday, 13 June 2017

PELANGI BERKEPALA KERBAU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi buat sekian kalinya. Dua hari lepas, orang rumah pokcik dapat panggilan dari Johor. Rupanya mak saudaranya yang berikan nombor orang rumah pokcik kepadanya. Katanya dia ingin meminta pokcik berikhtiarkan emaknya. Dia memberitahu telah membawa emaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan tetapi doktor tidak dapat mengesan punca masalah. Dah tentu ada masalah. Kalau masalah fizikal tiada sudah tentu ia berkaitan dengan mistik..

Menurutnya, emaknya menggigil tiga atau empat jam sekali. Simptom itu sama dengan yang dialami oleh arwah neneknya dahulu. Neneknya dahulu penuh dengan misteri juga. Dia dikatakan melihat pelangi minum air ketika sedang membasuh kain di sungai. Selalunya kita hanya melihat pelangi di awan dan tidak nampak kepala dan ekornya...

Neneknya melihat kepala pelangi itu sedang menghirup air. Kepalanya seperti seekor kerbau dan bertanduk. Ini yang diceritakan dan kesohehan cerita itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Setelah berjumpa dengan kepala pelangi banyak lagi kepelikan yang berlaku. Kata satu sumber, pada akhir hayatnya dia nak mengerjakan solat pun susah. Sebab musababnya hanya Allah yang tahu.. Katanya nak angkat tangan untuk takbir pun susah. Wallahua'lam.

Baiklah, pokcik kembali kepada tajuk. Setelah dia menelefon dan bercakap sendiri dengan pokcik maka pokcik bersetuju untuk ikhtiarkan emaknya sekiranya masalah itu tidak selesai pada keesokan harinya. Dia pun setuju dengan syarat pokcik.. Pada pagi semalam sekali lagi dia mesej. Orang rumah pokcik memberitahu bahawa keadaan emaknya masih belum berubah. Disebabkan sudah berjanji, pokcik minta dia hantarkan gambar emaknya itu.

Apabila pokcik tengok ternyata ia masalah saka. Serba salah juga nak beritahunya emaknya mempunyai saka. Oleh itu, pokcik meminta mak mertua pokcik yang merupakan anak saudara si sakit agar memberitahu perihal itu. Setelah diberitahu, dia menerima hakikat. Katanya neneknya dahulu pun sama keadaannya.. Dia minta pokcik ikhtiarkan.

Pokcik meminta orang rumah pokcik meminta gambar dan nama si sakit. Dia pun menghantarnya. Pada malam itu sekali lagi pokcik meminta orang rumah pokcik menghubunginya. Dia bercakap sendiri dengan pokcik pada malam itu. Katanya dia agak sedih kerana emaknya orang yang menjaga solat. Pokcik memintanya bersabar. Pokcik juga menerangkan ibunya bukanlah membela hantu. Jadi dia tak perlu malu..

Ketika ini dia mula menangis. Pokcik menenangkannya dan memberitahu pokcik akan berikhtiar. Selebihnya kita serahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Dia juga bertanya adakah saka itu akan pergi kepada warisnya yang lain. In shaa Allah tidak kata pokcik. Ketika itu dia mengucapkan terima kasih kepada pokcik yang tidak terhingga.. Huhuhu. Usaha pun belum. Besar betul harapannya.

Setelah itu pokcik meminta si sakit bersedia. Seperti biasa, pokcik meminta dia istighfar sebanyak-banyaknya di dalam hati. Begitu juga pokcik memintanya agar berselawat sebanyak-banyaknya. Setelah itu barulah pokcik usahakannya. Pokcik pagar dia dari jauh agar saka itu tidak dapat lari. Setelah itu pokcik usaha untuk memutuskan hubungan mereka. Akhir sekali, pokcik ikhtiarkan menghapuskan segala jin yang mengganggunya. Alhamdulillah selesai segala urusan.

Setelah selesai, pokcik meminta orang rumah menelefon sekali lagi. Kali ini pokcik bercakap sendiri dengan si sakit. Alhamdulillah dah lega katanya. Badannya juga dah ringan. Alhamdulillah. Pokcik sekali lagi memujuknya. Katanya apa dosanya sehingga saka itu datang kepadanya. Pokcik memberitahu bahawa ada saka bukan sama dengan membela hantu. Bukan kehendak kita apabila saka datang bertandang. Apa yang kita perlu lakukan ialah ikhtiar buang dan putuskan segala hubungan agar saka ini tidak lagi pergi kepada pewaris yang lain apabila ketiadaannya kelak. Dia mula tenang dan mengucapkan terima kasih dengan suara yang agak lemah. Alhamdulillah selesai urusan pada malam itu.

Hari ini pokcik telah ke Tanah Putih Baru untuk bersolat Jumaat. Kebetulan rumah mak mertua pokcik di sana. Menurut emak mertua pokcik dia dihubungi oleh anak si sakit pagi tadi. Katanya emaknya sudah mula bangun sebelum subuh tanpa perlu digerakkan yang mana kelaziman bagi orang yang sakit. Dia juga telah mengutip kain baju yang kotor serta membasuhnya. Setelah itu diidaikan pula walaupun dah ditegah oleh anaknya. Dah sihat katanya. Alhamdulillah...

Pengajaran daripada kisah ni ialah kisah ini ialah kita tak perlu malu sekiranya kita mempunyai saka. Bukannya kita membela hantu. Kalau memelihara hantu dah tentu memang kita yang bersalah kerana meminta pertolongan selain Allah. Kita juga janganlah menyalahkan keturunan terdahulu. Mungkin pada masa itu mereka memerlukan pendamping seumpama itu bagi melindungi keluarga. Memang perbuatan itu salah dan kita sebagai pewaris haruslah mendoakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Sebagai pewaris tanpa rela, kita hanya perlu usaha menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya ujian ini makin mendekatkan diri kepada Allah. In shaa Allah..

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga kita terpelihara daripada segala musibah. Sesungguhnya setiap ujian yang datang terkandung hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan memberikan ujian yang mampu dipikul oleh hambanya. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi sekiranya dipanjangkan usia olehNya. Aamiin. Wallahua"lam. Salam hormat.

Monday, 12 June 2017

DEMAM HANTU

Assalamualaikum.

Lama tak buat cerita jadi kebetulan ada free sikit ni pokcik taip laa mohong-mohong. Ingat tak kisah seorang budak demam haritu? Nak dijadikan cerita demamnya kebah dengan izin Allah keesokan harinya. Malam tu jugak pokcik ikhtiarkan pagar rumahnya.

Alhamdulillah juga tak ada lagi kedengaran bunyi di atas atap dan sebagainya. Bilik anaknya juga tidak lagi ditakuti oleh anak-anak hamba Allah ni. Depa dah berani tidur di bilik itu. Depa dua beradik juga dah boleh tidur dengan lena. Akan tetapi kedamaian dan ketenteraman depa tak lama. Berselang seminggu lebih kurang, pokcik dihubungi lagi.

Haih apa pulak tak kena. Adakah pagar bocor? Nak kata pagar bocor pun dah tak dak kedengaran bunyi pelik-pelik di luar rumah. Nak kata ada gangguan yang tak habis dalam rumah tu, pokcik dah check beberapa kali. Tak tahu laa kalau ada terlepas pandang. Kita kan manusia biasa sahaja.

Kata hamba Allah tu anaknya seorang tidak dapat tidur malam. Diganggu dan seakan-akan nampak penampakan dalam biliknya. Haih maii mana pulak kali ni. Suka-suka saja masuk. Bocor kaa pagar baru--baru ni? Akan tetapi hairan juga sebabnya anak perempuannya dulu juga pokcik ikhtiarkan. Depa tidur sebilik tapi tak dak pulak nampak apa-apa.

Pasaiii apa sorang saja dok nampak? Maiii dalam fikiran pokcik bahawa gangguan yang anak hamba Allah ni nampak sebabnya ada jin dalam badannya. Apabila pokcik check, jin ni duduk pada matanya. Wallahua'lam. Haih patut pun nampak bukan-bukan. Ada dalam diri budak tu rupa-rupanya. Dia dapat benda tu dari sekolahnya. Tak tahulah, sekolah banyak jadi tempat penternakan hantu pulak laa ni. Patut pun banyak kejadian histeria.

Dah ikhtiarkan buat kali kedua budak ni maka pokcik pun muhasabah diri. Melihat kembali dan merenung kembali apa yang tak kena. Yaa laa alhamdulillah budak tu selepas ikhtiarkan dia sehingga ke hari ini. Namun, kejadian ni setidak-tidaknya mengajar pokcik untuk menilai kembali apa yang tak kena. Setelah berpusing-pusing kepala otak, maka pokcik rasa pokcik dan jumpa jawapannya.

Rupa-rupanya pokcik terlepas pandang untuk ikhtiar tutup balik laluan yang pokcik buka semasa ikhtiarkan budak tu. Katanya laluan ghoib tu akan tertutup kembali selepas 40 hari rawatan atau tarikh dibuka ketika rawatan. Wallahua'lam. Apa pun, pada kali ni pokcik ikhtiarkan tutup kembali rongga ghoibnya yang terbuka. Selain itu, pokcik juga ikhtiarkan untuk pulih semula semangatnya. Sebabnya budak lemah semangat mudah didekati makhluk ghoib ni.

Pokcik juga dapat satu lagi pengajaran, seandainya makhluk tu berada dalam tubuh badan, depa boleh masuk juga ke rumah sekalipun kita dah ikhtiarkan pagar rumah tersebut. Wallahua'lam. Sehingga kini selepas ikhtiar kali terakhir haritu, rumah tersebut masih aman dan tiada lagi gangguan. Mudah-mudahan keadaan ini berkekalan. Bukan apa, haritu pun pokcik ikhtiarkan satu keluarga. Penat juga badan tua pokcik ni. In shaa Allah.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada tersalah kata dan sebagainya kerana pokcik bukanlah seorang yang petah dan bijaksana dalam berkata-kata. Pokcik juga bukanlah yang terbaik kerana masih terlalu kerdil dan hanya mengharapkan ehsan Allah semata-mata. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Moga kita semua dalam lindunganNya. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

Saturday, 10 June 2017

KURUNG HANTU DALAM BOTOL

Assalamualaikum.

Alhamdulillah baru juga sampai di rumah. Petang ni ada dua kes saka. Banyak betul kes saka kebelakangan ni. Tapi kali ni istimewa sikit sebab melibatkan saka keturunan raja. Khabarnya dah tiga hari nenek dan anaknya tu berubat di Batu 11 Kuantan tapi menurutnya makin sakit.

Berbomo apa sakit tak hilang-hilang kata cucunya. Pokcik diam je laa sebabnya semua atas kehendak Allah. Berbotol-botol dah masukkan hantu dalam botol katanya. Adesss bab ni pun pokcik diam je laa. Cara masing-masing tak mahu laa pokcik pertikai.

Masuk dalam bilik pulak kali ni pokcik. Tiga orang sudah sedia menunggu. Yang sakitnya hanya dua orang. Scan lebih kurang pokcik tanya nak lagi ke saka ni? Hihihi tok se doh katanya. Nok wat gapo. Kakakakakkaka. Gitulah lebih kurang sebab dua orang hamba Allah ni datangnya dari Kelantan. Datang ke Pahang untuk ikhtiarkan sakanya.

Sebab itu katanya dia berubat di Batu 11 tu. Ramai orang kata cucunya kat situ. Biasalah ramai orang sakit misteri sekarang ni. Selesai sahaja dia pokcik pun scan lebih kurang anaknya pulak. Nampaklah di beberapa tempat duduknya. Di belakang bahu, kepala dan paha kanan. Banyak sangat rupanya. Terfikir jugaklah pokcik, berubat dah tiga hari katanya. Berbotol dah masuk dalam botol. Mmmmm.. Ternyata dia kata memang tengah sakit kat bahagian yang pokcik cakap tu.

Sakit laa kot sebabnya pokcik kurung awal-awal. Alhamdulillah kalau Allah tak bagi benda tu lari. Selesailah semua. Alhamdulillah hilanglah katanya sakit-sakit kat tempat tu. Selesai sahaja pokcik keluar bilik dia pun ikut. Haih agak dah.. Tengok kat tangannya segempal duit. Kaya gamaknya. Hihihi. Alhamdulillah laa pokcik tolak elok-elok. Kalau nak bagi jugak biarlah boleh buat bayar muka BMW kakakakkakakkaka.

Ye laa kan. Saka raja ni bukannya main-main. Tak mau dia pokcik nak ajak gurau. Main batu seremban ke dulu. Tau-tau dah rasa seperti dia nak menerkam naik atas tengkuk pokcik. Bukan main lagi. Hihihi. Apa pun alhamdulillah laa Allah permudahkan urusan pada petang ni. Tiba-tiba terlintas pulak fikiran jahat pokcik. Apa yang tok bomoh tu bubuh dalam botol tu. Entahlah. Wallahua'lam. Bersangka baik sahajalah. Entah-entah ada 20 ekor saka padanya...

Perkongsian pokcik bukan untuk menidakkan sesiapa. Bukannya mempertikaikan sesiapa tetapi sebagai satu perkongsian pengalaman. Jangan pulak kata pokcik nak memperkecilkan sesiapa. Pokcik pun bukannya reti sangat. Setakat hemboiihh mohong-mohong kucing pokcik pun selalu buat. Kalau kita jujur dan bertanggungjawab kita tak akan terasa sebab kesembuhan milik Allah semata-mata. Maaf andai ada terkasar bahasa. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

TAKSUB

Image result for assalamualaikum image

Kali ni pokcik buka bab TAKSUB. Ini merupakan sinambungan pembuka bicara tajuk sebelum ini tetapi lebih diperincikan. Taksub ni penyakit hati gamaknya.
Taksub kat perawat.
Taksub kat barang mistik.
Taksub kat pesona mistik.

Taksub yang melampau pada seseorang perawat sering mengundang padah. Pokcik buka bab ni apabila mendengar aduan seorang sahabat perihal adik iparnya yang terlalu taksub pada seorang bomoh. Sampaikan barang yang diberikannya pada anak adik iparnya tu dipulangkan kerana dikatakan berhantu.


Kalau kata batu kristal yang dibeli di Jepun dikatakan berhantu tu pokcik boleh terima lagi sungguhpun pokcik tengok kristal dan gelang batu mahal tu kosong je. Pedang mainan ultraman pun dikatakan berhantu. Parah.. Kesemua barangan tu dipulangkan kepada mereka suami isteri kerana terlalu taksub dengan bomoh berkenaan.

Boleh kata anak demam, ayahnya demam pun dihantar kat bomoh tu biarpun penyakit fizikal. Ketaksuban tu pernah ditegur oleh sahabat pokcik ni sehinggalah bermasam muka dengan adik iparnya itu. Nak dijadikan cerita, teguran dia tu membawa kepada penemuan penyakit anak saudaranya itu apabila dibawa anak itu ke hospital.

Kalau ikut kata bomoh tu sebelum tu dikerkah hantu laa, pocong dok kepit ngan kaki laa, toyol dok sondol kepala botaknya laa, jin Ahmad Albab marah sebab tak nak menari dengan anaknya laa dan sebagainya. Contoh tu pokcik mohong je, tapi itulah hakikatnya.

Penggemar barang mistik juga taksub. Memang kita akui batu atau permata ada keindahannya yang tersendiri. Namun ketaksuban penggemar batu permata ni berlaku apabila dimomokkan dengan punca batu tu diperoleh. Tambahan pula apabila dikatakan batu tu diperoleh daripada pemberian alam sebelah. Lagi laa ramai dok tunggu nak beli. Kena pulak diberi nama yang hebat-hebat. Ketar kepala nak beli biarpun batu tu batu sungai je.

Pernah sahabat jumpa seketul batu di tepi pasu rumahnya. Apabila ditunjukkan dan diberikan kepada penjual batu ni maka dia pun berminat nak beli dengan harga puluhan ringgit je. Dah masuk dalam blog jualannya maka terciptalah sebuah cerita yang hebat.

Batu perolehan daripada putera, raja, puteri sekian-sekian. Nama batu tepi pasu dah jadi Geliga Raja Perkasa anak Penguasa itu ini, adinda itu ini dan sebagainya.. Orang yang taksub gerenti beli dan dengan bangga dok cerita perihal geliga dia kononnya.. Kasihan juga.. Nak buat macam mana. Dah TAKSUB..

Orang kita ni suka akan sesuatu yang pelik dan misteri. Kesempatan ni akan diambil oleh orang yang tak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. Bagaimana nak meyakinkan orang? Dari segi penampilan diri yang ditunjukkan. Menyebut nama Allah, in shaa Allah dan sebagainya. Kemurkaan Allah memang tak pernah difikirkan. Janji, wang masyukk, ada pengaruh dan sebagainya.

Ada.sesiapa yang nak kongsikan perihal taksub ni silakan. Manalah tahu ada kawan ke, saudara ke, jiran ke dan sebagainya yang terlalu taksub sehingga kesemua yang berlaku dikatakan berpunca daripada jin. Ketaksuban kepada bomoh hingga bergaduh adik beradik dan sebagainya. Maiii laa kongsikan bersama agar kita dapat sama-sama mengambil ikhtibar dan manfaat daripada kisah yang kita kongsikan bersama. Silakan.. Wallahua'lam. Salam hormat.

JIRAN

Image result for assalamualaikum image

Kali ni perihal jiran. Ingat tak haritu pokcik kongsikan perihal artritis? Haaa kali ni perihal anak dan cucunya pulak. Biasalah, ini hari dia. Hari pokcik tak tahu bila lagi. Apa pun semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik oleh Allah agar senang untuk beribadah dan memberi manfaat kepada orang lain. In shaa Allah. Aamiin.

Habis sahaja hamba Allah tadi dia pun mintak jasa baik pokcik untuk melihat keadaan anaknya pulak. Pokcik pun nak kata apa lagi dah. Jiran katakan. Takkan nak cakap tak boleh. Lagi satu takkan nak cakap buat menantu dulu baru boleh pokcik ikhtiarkan. Satgi dia kata pokcik gataiiii pulak. Mmmmmmm. Tapinya pokcik kata tunggu laa keadaan clear dan tak dak jiran dok depan rumah barulah maiii. Hihi.



Nak dijadikan cerita pada suatu hari cucunya menangis dan dok tunjuk-tunjuk dalam rumah. Adoiiii kiranya hantu raya ni bawak geng laa kot noo. Anak dia kata dok nampak hantu kat kipas berdiri laa, hantu depan bilik laa, budak berlari-lari laa dan macam-macam lagi. Pokcik ingat kes rumahnya mengusik dah settle. Dulu ada sekumpulan perawat maiii umah dia. Pokcik pun tak tanya laa dari mana. Satgi kata dok jaga tepi kain orang pulak. Tu tak paa lagi, kena lagi ganaih kalau depa kata pada dok jaga tepi kain, awat tak masuk dalam kain terus. Makan dalam kalau orang kata lagu tu kot no. Hihihi.

Nak tak nak dia bawak maiii cucunya yang menangis tu. Dia datang bersama tiga orang anaknya dan menantunya ke rumah pokcik. Pokcik pun check kat cucu dia. Haih tak dak pulak hantunya. Awat pulak dok nangis kalau tak dak hantu. Betoiii laa orang  tua-tua kata budak-budak boleh nampak hantu. Hihihi. Berasa muda pulak pokcik. Tu laa si abe ustaz puaka Fisal Fusaru Fisalit punya pasaiii laa ni. Dok kata pokcik muda 25 tahun. Kakakkakaa.

Dah check kat baby tu tak dak apa maka pokcik pun check kat mak su baby tu laa. Hamba Allah ni kata anak dia tu kalau piii sekolah tahfiz selalu kena usik hantu. Jadi pokcik pun check dia. Mmmmm.. Tak dak juga. Heran jugak no hantu tu dok mana. Kali ni check pulak mak baby tu. Tudia aih dok situ rupa-rupanya. Patutlah baby tu tak mau berdukung ngan mak dia.

Pokcik minta adik perempuan tu pegang baby yang menangis tu. Elok saja dia ambik baby, pokcik terus hemboiihh mak baby tu. Tudia. Dia mula ketar. Suara mula menderam dan mendengus. Lama-kelamaan ketarnya makin kuat. Bergegar habis badan. Kepalanya ditundukkan cecah ke lantai. Suara pun berubah. Cakap pun dah tak berbutir. Pokcik malas layan terus karate mohong-mohong.

Adussss dia pengsan pulak. Elok saja landing atas paha pokcik. Pandai pulak dia pilih port nak landing. Hihihi. Suami dia buat-buat tak nampak. Adessss. Pokcik tak usik dia. Pokcik minta suaminya turunkan kepalanya dan letakkan atas bantal yang isteri pokcik ambik setelah dia pengsan tadi. Berselang dua tiga minit dia bangun. Baby dah berhenti menangis.

Namun begitu masalah baru pulak timbul. Macam-macam laaa. Baby tu dah nak berdukung dgn maknya tapi menangis pulak apabila dok dalam rumah. Adoiiii. Jadi pokcik pakat ngan anak dia supaya ajak ayahnya pii mana-mana dulu sementara pokcik pulak pii ke rumah dia utk cuba ikhtiarkan rumahnya pulak. Hihihi ayahnya mengikut saja. Jadi baik pulak lepas hantu raya yang dok damping dia kena kutip. Hihihi.

Setelah depa keluar maka pokcik piii laa pulak kat rumahnya. Baby yang menangis tadi dok tunjuk jarinya kat sebuah almari. Hihi pokcik snap gambar di situ dengan hset. Memang ada muncul di skrin. Tapi sayangnya gambar tu dah hilang selepas pokcik beli hset baru. Selesai saja ikhtiarkan rumahnya baby tu tidur. Alhamdulillah selesai kerja pokcik mohong-mohong.

Alhamdulillah kini depa pun dah aman. Tak dak lagi dok dengar pelik-pelik atas atas. Anak perempuannya pun dah tak diganggu apabila pergi ke sekolah tahfiznya. Suaminya pulak dah tak baran katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan depa.sungguhpun buat semua tu secara rahsia. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf no kalau ada yang berasa hati. Moga berjumpa lagi pada lain kali. In shaa Allah. Wallahua'lam. Salam hormat dan salam sejahtera.

PERAWAT ATAU AHLI GUSTI

Image result for assalamualaikum image
Haih banyak cara sebenarnya yang digunakan oleh perawat. Kena laa cari yang serasi dengan kita. Kalau kita ahli gusti elok laa cari perawat yang guna kayu 2 4 kalau kena rasuk kaa kena sihir kaa. Kalau sikit-sikit tak berasa. Kakakkakkaka. Kalau hangpa juru selam kaa elok laa cari jenis selamkan muka dalam air. Kalau boleh teknik selaman muka tahan nafas 15 minit. Hihihi.

Ada tak sabar pulak dah nak dengar pasaiii selak kain tadi aih. Orang perempuan elok baca sambil tutup jari kat muka. Hihihi. Ni bukan cerita lucah. Kalau kita rasa jijik maka begitulah jijiknya perbuatan perawat tu. Tu setakat selak kain. Ada jugak pesakit yang sangat bodoh pada pandangan pokcik yang sanggup menyerahkan tubuh badan semata-mata nak hilangkan sial badan. Ni pokcik baca pengakuan dalam akhbar.

Bab selak kain tadi kita mulakan. Hihihi. Awat dok ternganga mulut tu. Hahahhaha. Alkisahnya adik ipar pernah mengikut kawannya pii berubat. Dengar kata banyak tempat dah dia piii tapi masih tak de jodoh. Suatu hari dia ajak adik ipar temankan dia. Piii laa adik ipar ni ke sebuah rumah perawat di Kuantan. Sesampainya sana perawat tu pun mulakan langkah. Tak tau laa langkah apa. Langkah sangap kaa langkah apa kaa.

Si hamba Allah ni pakai skirt gamaknya. Dia pun diminta hulurkan kaki. Dok berlunjur laa tu. Ingatkan nak buat apa. Rupanya dia masukkan tangan kat bawah kain. Pegang paha dan confirm katanya. Pegang lain tu no komen laa satgi jadi fitnah pulak. Boleh noo lagi tu. Kawan dia ni biarkan saja. Macam syok saja. Adess.

Kena gayalah perawat dan pesakit tu. Ngam. Ehhh boleh pulak lepas balik tu dia kata perawat ni bagoihhh merawat. Nampak macam serasi. Ada perubahan sikit katanya. Perubahan hormon kaa perubahan apa tak tau laa. Perawat lain tak dak pandai lagu tu katanya lebih kurang. Hahahahaha. Bab tu no komen laa satgi pepandai pulak pokcik buat cerita. Setakat cerita yang betoiii saja. Yang lain pokcik tak mau menambah.

Habis cerita bab selak kain tu. Ni cerita bab yang pernah pokcik cerita haritu. Perihal jin hanuman. Piii laa dia jumpa seorang Ustaz katanya. Yaa laa bimbang jugak gamaknya kalau orang tak mau mengaku dia ustaz satgi guna jin pulak. Mana ada jalan. Kakakkakakakaka. Panaih kaa. Ni cerita betoii bukan rekaan. Kalau nak bukti pokcik boleh bawak sendiri kepada si mangsa.

Sampai di sana perawat yang digelarkan ustaz tu kelubungkan kepalanya dengan kain batik. Tudia misteri bermula. Haih tak dak misteri aih tu cara dia. Jangan dok kata salah pulak. Pokcik tak kata salah noo. Selepas ditutup kepala dia mula meruqyah. Bagoihh laa cara tu. Gunakan ruqyah untuk kesan jin. Makin lama makin kuat laa kot noo bacaan sebabnya pesakit langsung tidak memberikan reaksi.

Haih mana duduk pulak jin kali ni. Dia tak puas hati. Kali ni ubah pulak teknik. Baca sambil picit bahu. Mula-mula pelan saja picitnya. Mmm pesakit buat tak tahu saja. Mana boleh jadi. Makin lama makin kuat. Dia tahan lagi laa. Tengok pesakit menahan suara picitannya main kuat. Macam Big Show ahli gusti tu laa dia buat. Haaaaaa tudia jin dah sakit katanya. Jadi syok pulak dengar orang mengaduh sakit. Picitan dikuatkan lagi sampai merayu pulak pesakit suruh berhenti. Haih jin merayu. Mana boleh berhenti. Makin kuat laa picitannya.

Habislah rawatan. Lepas tu sebab masalah tak selesai juga dia maiii jumpa pokcik pulak. Dia sendiri yang ceritakan pada pokcik. Ni pengakuan pesakit sendiri. Jadi pokcik no komen laa. Nak kata pun tak kena. Ikutlah. Itu cara depa. Siapa pokcik nak kata cara depa salah dan menyakitkan orang. Pesakit duit hilang sakit makin sakit. Haih. Pokcik tak boleh cakap banyak-banyak sebab pokcik ni sentuh pesakit pun tidak. Guna jin kot no. Kakakakka.

Habis cerita bab picit. Cerita pulak bab letakkan serai dan duri landak. Ni biasanya diletakkan di celah jari kaki pesakit pastu dirapatkan. Baru pokcik tahu ada juga gunakan pensel dan kayu. Nak buat lagu mana, tu cara depa. Islamik katanya. Ntahlah. Nak cakap lebih-lebih satgi ramai yang berasa hati sebab gunakan cara tu. Pendapat peribadi pokcik, kalau belajar cara tu, boleh cuba upgrade sikit dan belajar sama cara lain pulak untuk mengesan jin. Naya kat pesakit. Anak bini kita tak mau pulak kita buat lagu tu. Mau tidoq kat luar kot noo. Kakakkakakkaka.

Haaaiiihh  elok laa rasanya pokcik stop di sini. Maaf noo andai ada yang terasa dengan perkongsian pokcik kali ni. Ni pengalaman pesakit yang diceritakan sendiri, pengalaman pokcik melihat sendiri dan pengalaman adik ipar ketika menemani sahabatnya piii berubat. Sekian saja buat kali ni. Salah silap mohon dimaafi. Moga berjumpa lagi pada lain perkongsian. Wallahua'lam. Salam hormat.

BERJUMPA BOMOH ASLI

Image result for assalamualaikum image

Sementara belum maghrib pada suatu hari pokcik sempat laa ikhtiarkan seorang hamba Allah dari Johor. Katanya suaminya kena ilmu pengasih. Pokcik mintaklah gambar dia dan suaminya. Belek-belek tengok kat dia pun ada. Direct pokcik tanya ada amalkan apa-apa yang pelik-pelik. Dia mengaku ada. Tapi dulu laa.. Laa ni tak dak dah.


 Tak kira dulu kaa laa kaa kalau dok amal pelik pelik memang jadi darah daging dan kena buat keluar kalau Allah izin. Kalau Allah tak izin buat lagu mana pun tak jadi apa laa. Tak kira laa dia nak muntah kaa atau keluar ikut belakang tu.  Dah laa ada amalan, piii jumpa pulak bomoh orang asli untuk melembutkan hati suami. Entahlah. Dia kata bomoh orang asli di Mersing nu. Tak paa laa itu ceritanya yang lama.





Tugas pokcik ikhtiarkan saja. Kalau Allah nak bagi sembuh dia Alhamdulillah. Apa pun selesai bab dia ni.. Laa ni nak tunggu masa yang sesuai untuk ikhtiarkan suaminya pulak yang sudah lama tak balik ke rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan dan menjaga masjid yang telah terbina. Wallahua'lam. Salam hormat semua.

KERIS

Image result for assalamualaikum image
 Apa khabar semua?. Baik, kali ni nak ceritakan perihal sihir dan masalah fizikal. Maksudnya ada dua cerita tapi pokcik try mohong-mohong kaedah yang sama. Hihihi. Suatu hari pokcik mendapat panggilan telefon daripada seorang hamba Allah.

Katanya orang rumahnya tiba-tiba tak boleh nak berjalan setelah balik dari tempat kerja. Setahu pokcik tempat kerjanya tu memang keras. Bukan sebab banyak batu bata. Angker laa orang kata. Banyak hantu laa senang cerita. Hihihi. Pokcik piii ke rumahnya. Kali ni pokcik bawak sebilah keris. Tudia satgi kata pokcik main khadam pulak dah. Kakakkakkaka.

Ikut suka laa nak cakap apa pun sebab pokcik tak boleh nak tutup mulut orang. Hihihi. Sesampai di sana orang rumahnya duduk dalam bilik. Pokcik minta suaminya memimpin dia keluar bilik. Dia pun keluar. Bukan sahaja kakinya yang sakit dan bengkak akan tetapi kat kelopak matanya sudah dinaiki seakan-akan puru. Tudia aih.

Pokcik minta dia hukurkan kaki. Tanpa berlengah lagi pokcik hukurkan hujung keris sambil membacakan ruqyah. Tudia dia terus tarik kakinya. Hihihi. Awat pulak. Kebas katanya. Hilang habis kaki sebelah. Lepas kebas terus tak rasa sebelah kakinya. Pokcik simpan keris dan buat seperti biasa. Setelah ruqyah pokcik ambik dan mohon ngan Allah tarik habis gangguan. Setelah selesai pokcik gunakan keris semula.

Alhamdulillah kali ni dia dah tak tarik kakinya. Jadi senanglah pokcik doakan agar segala sakit fizikalnya ditarik ke dalam keris itu. Sebenarnya bukan saja keris boleh nak usahakan buang apa sahaja. Pernah satu hari rakan perawat menelefon pokcik masa pokcik nak keluar makan. Haih nak simpan mana benda tu. Jadi pokcik usahakan dan tarik gangguan tu dan letakkan di bawah selipar. Huhuhu.

Apa pun Alhamdulillah selesai. Tapi pokcik tak dak laa zalim sangat. Tak pernah lagi pokcik letak jin kat bawah selipar jamban. Hina rasanya dan taubat dah dia tak zalimi orang lagi gamaknya. Baik alhamdulillah selesailah kerja malam tu. Esoknya apabila pokcik telefon hamba Allah ni bagitau puru tu dah luruh pagi tu. Alhamdulillah. Masa pokcik call depa tengah shopping di Giant. Bukan main lagi. Huhu.

Sebut bab keris ni teringat pulak sahabat yang datang ke rumah pokcik pada suatu hari. Ada sedikit masalah gangguan tapi selebihnya masalah angin. Hihi. Sahabat dalam group ni laa. Tunggu kalau dia respons nanti. Hihihi.
Nak dijadikan cerita selepas pokcik ruqyah dia pokcik pun cuba gunakan keris untuk ditarik anginnya ke situ.

Hihihi tak lama perutnya mula meragam. Kentut laa tu. Kakakakaakka. Tapi kentut di luar rumah pokcik laa. Sat-sat keluar rumah. Sat pi dapur. Pokcik faham laa. Perempuan takkan nak prooottt selamba je depan pokcik. Kalau wak lie tak tau laa. Kakakkakakkakkaka. Sesekali suka juga tarik penyakit atau gangguan masuk ke keris atau bahan lain.

Tak kira laa botol atau sebagainya. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, jadi jugak. Tapi jadi syok sendiri. Hihihi. Gurau-gurau naa sambil pokcik rehatkan badan. Maaf andai ada tersalah bahasa dan kurang enak tutur kata. Sesungguhnya pokcik hanya insan biasa yang tak lari daripada kesilapan dan kekhilafan. Maaf sekali lagi. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.

Friday, 9 June 2017

TRAUMA

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia. Kali ni kisah trauma pula. Alkisah semalam pokcik ke rumah mak saudara orang rumah di Tmn Datuk Rashid Kuantan. Suaminya kena minor stroke.. Orang rumahnya sempat laa buat pada bahagian muka dan kaki. Alhamdulillah laa mukanya tak herot. Kaki pun agak baik dan tidak lumpuh.. Namun tangan kiri tak sempat diselamatkan...

Alkisah, nak dijadikan asbab, sebelum kejadian tu dia berurut... Hamba Allah ni pengidap kencing manis dan jantung.. Jadinya entah macam mana lepas urut dia dah lain macam. Mungkin salah urut atau terkuat tekan ke tak tahu laa, Wallahua'lam.

Biasalah, apabila dah jadi macam tu macam-macam pulak cerita keluar dari mulut tukang urut yang merupakan adiknya sendiri.. Katanya kat pondok tempat diorang berurut tu berhantu. Dia nampak kelibat abangnya di situ.. Hantu raya laa kot yang dimaksudkan... Mmmm.


Jadinya malam tadi pokcik pergi ke rumahnya. Dia kelihatan gelisah. Panas katanya.. Dia dah bersedia nak ajak anaknya bawa dia pusing-pusing taman. Nak ambil angin katanya sebab panas.. Sebelum tu dia dan anaknya dah pii meronda.. Niii nak piii lagi.. Mmmm.. Namun begitu pokcik sempatlah menahannya..

Dia akur.. Namun dia kelihatan gelisah. Berjalan ke sana sini bertongkat seperti tiada arah tujuan. Duduk salah, bangun pun salah.. Pokcik berjaya menenangkannya. Dia duduk.. Pastu pokcik cuba scan apa yang ada padanya. Rupanya ada gangguan pada bahagian kepala, dada, perut, kaki dan tangan di sebelah kiri badannya...

Dia mintak pokcik buang apa yang ada dalam kepalanya.. Berat kepalanya katanya.. Pokcik kata kita ikhtiar sajalah.. Setelah hampir setengah jam semua urusan selesai.. Alhamdulillah laa kepala dan kakinya mula ringan. Bab tangannya pokcik minta dia pii fisio sebab masih baru... Pembuluh darah tersumbat kebiasaannya...

Pokcik juga berpesan jangan dok keluar masa maghrib dan tengah malam.. Orang rumahnya dah risau sebab dia akan keluar masa maghrib dan tengah malam dan duduk di luar rumahnya. Dah berjaga malam, dah tentu masalah dia tidur pulak laa pada siang hari.. Ditambah pulak dengan gangguan sedia ada kesan terkena santau dulu.. Banyak sangat sangkut paut ni.. Hihihihihi.....

Walaupun alhamdulillah gangguan dan dibersihkan dengan izin Allah kini dia trauma pulak nak tidur.. Yaa laa nak tidur bimbang pulak jadi lagi.. Dia kena stroke tu pun ketika baru bangun daripada tidur.. Nak buat macam mana pulak gamaknya nak hilangkan trauma dia.. Dah laa sebelum ni tak tidur malam sebab selalu keluar time tengah malam, sekarang nii trauma pulak nak tidur.. Mmmmm.. Macam mana agaknya nak atasi masalah trauma ni... Kembali kita kepada Allah.. In shaa Allah..

JIN MENGGANGGU QARIAH MASJID

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipanjangkan umur sehari lagi dan dapatlah pokcik berkongsi satu lagi pengalaman. Kali ini perihal sebuah masjid di Bentong Pahang yang ada masalah gangguan jin. Alkisah, pada suatu hari pokcik dihubungi oleh salah seorang jemaah masjid di sana. Katanya masjid ditempatnya bermasalah kerana jemaah di situ sering diganggu apabila melakukan solat.

Kata hamba Allah ini lagi jin-jin itu akan duduk di tengkuk dan belakang orang yang bersolat sehingga menyukarkan mereka untuk bangun semula. Bagi pokcik ini perbuatan yang melampau kerana masjid merupakan rumah Allah. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan. Kata hamba Allah ini, dia pun sakit terutama pada bahagian tapak kaki. Kakinya akan mula terasa bisa apabila menjelang waktu Asar.

Namun begitu, pokcik memberitahunya pokcik akan usahakan masjid itu terlebih dahulu. Seperti dijanjikan, dia menghantar gambar masjid dan kawasan persekitarannya. Apabila pokcik melihat, memang terasa getaran yang kuat di masjid itu. Kelihatan gambaran pontianak di sebatang pokok di luar masjid tersebut. Perkara itu pokcik nyatakan kepadanya. Ternyata ada orang pernah diganggu oleh pontianak pokok tersebut. Berani betul dia bersarang di situ. Mungkin ketika azan berkumandang dia lari dahulu dan kemudian balik semula ke situ. Wallahua'lam.

Setelah berzikir sekejap pokcik mula menumpukan perhatian di situ. Tanpa melengahkan masa pokcik terus memohon kepada Allah agar memudahkan urusan tersebut. Pokcik ikhtiar mengambil dari jauh pontianak itu. Setelah itu pokcik ikhtiar memagar masjid itu pula. Bukan apa, kali ini pokcik akan ikhtiar untuk mengambil jin-jin yang mengganggu jemaah di situ. Pagar dibina terlebih dahuu agar jin tersebut tidak dapat melepaskan diri. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Pokcik meminta hamba Allah itu menunggu beberapa hari dan melaporkan sekiranya masih berlaku jemaah diganggu ketika solat.

Alhamdulillah, tiada lagi berlaku gangguan selepas itu. Setelah itu barulah pokcik usahakan hamba Allah ini. Ikhtiar pertama berjaya bertahan selama beberapa hari sahaja. Dia beritahu pokcik kakinya kembali sakit beberapa hari kemudian. Pokcik bertanya dengan lebih mendalam kali ini. Dia mula menceritakan tentang masalah dia dan ibunya yang tidak bertegur sapa. Astaghfirullahal adzim.Pokcik memberitahunya pokcik akan usahakan sekiranya dia menjernihkan kembali hubungannya dengan ibunya itu. Dia berjanji.

Apabila dia sudah berjanji maka pokcik usahakan untuk membuang bisa di kakinya itu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Menunjukkan Allah masih sayang kepadanya. Perihal masjid itu sebenarnya ada kisah disebaliknya yang boleh dijadikan ikhtibar. Sebenarnya masjid ialah rumah Allah.. Apabila berlaku perebutan kuasa dan sebagainya di dalamnya maka datanglah teguran dari Allah. Teguran pelbagai bentuk yg Allah nak sampaikan. Antaranya masalah jin-jin yang mengganggu ketenteraman jemaah yg bersolat di situ..


Kita juga boleh ambil ikhtibar, begitu juga dengan rumah kita. Kita yg menghuni di dalamlah yg perlu menjaganya. Solat, menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan sama-sama menjaga kedamaian di dalamnya.. Apa pun dalam kes ni alhamdulillah Allah permudahkan dan berlaku perubahan AJK masjid. Semoga pucuk pimpinan masjid yg baru berjaya mengimarahkan masjid dan sentiasa menjadikan perkarangan masjid seperti di taman-taman syurga.. Ibu juga merupakan orang yang paling kita hormati. Biarpun apa kesalahan mereka, apa perbuatan mereka, biarlah Allah yang mengadilinya. Sebagai anak, kita perlu mendoakan kebaikan buat  mereka. Moga Allah menghapuskan dosa-dosa mereka dan memasukkan mereka ke syurgaNya. Aamiin

JIN TUA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan kembali oleh Allah. Kali ni nak kongsikan pula perihal jin yang suka menumpang kasih.. Ye laa.. Apa tidaknya asyik nak menumpang atas belakang orang saja. Tak larat nak berjalan dah agaknya sebab terlalu tua.

                                                                                                   Alkisah ketika sedang bekerja pada waktu pagi tadi tiba-tiba mesej berbunyi. Menurut hamba Allahitu, dia terasa berat di belakang badannya. Dia mula terasa berat sejak balik dari kampungnya. Entahlah.. Nak ceritakan bahawa kampungnya banyak hantu macam tak logik pulak sebab hantu ni ada di mana-mana. Diorang tunggu masa saja untik ambil kesempatan.
Dah diminta untuk ikhtiarkan maka pokcik pun terus ambil sahaja apa yang ada pada hamba Allah ini. Nak cakap dan sembang panjang pun tak guna. Selepas pokcik meminta hamba Allah ni menghantar gambarnya pokcik terus ikhtiarkan dan bermohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah usaha kali pertama kurang berkesan dan masih ada lagi yang bersisa. Alhamdulillah kali kedua barulah semua gangguan dapat diambil dengan izin Allah...

Kebiasaannya, jin ini tidak dapat terus meresap ke dalam badan hamba Allah ini kerana ada halangan atau pendinding dengan izin Allah. Namun begitu, apabila dibiarkan lama dikhuatiri tembus juga tembok yang telah dibina.. Bagi orang yang tidak pernah kena tumpang oleh benda halus ni diorang akan kata mengarut.... Lebih mengarut sekiranya membuat rawatan secara jarak jauh seperti yang kadang-kadang dilakukan oleh pokcik bagi kes kecemasan... 

Apa pun, moga kita semua terhindar daripada sebarang anasir yang tidak sihat. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar mudah beribadah kepada Allah. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.

PENGALAMAN DI KMC

Image result for assalamualaikum image

Alkisah semalam pokcik menerima mesej daripada mak saudara pokcik. Katanya anak angkatnya dimasukkan ke KMC sebab sesak nafas. Badannya pulak naik ruam apabila menjelang waktu asar hingga tengah malam....

Doktor tidak dapat mengesan punca masalah. Mak saudara pokcik minta pokcik tengok dulu. Setelah tengok gambarnya pokcik dapat mengesan ada unsur sihir.. Pokcik berjanji untuk ikhtiarkan pada hari ini sebabnya KMC tidak jauh dengan rumah pokcik.....



Seperti dijanjikan, petang tadi mak saudara pokcik datang ambil pokcik dan terus kami ke KMC. Ketika sampai keluarganya dari Terengganu ada di sana.. Kami berbual kosong sebentar. Pokcik bertanya lebih kurang tentang penyakitnya.. Pada ketika itu kelihatan nafasnya turun naik dengan cepat...

Pokcik meminta mereka tutup televisyen sekejap dan terus memulakan langkah. Pokcik tengok keseluruhan anggota badannya terjejas. Pokcik bacakan laa apa yang patut.. Kelihatan tangannya bergerak dengan laju.. Pokcik teruskan.. Tanpa pokcik sedari, isterinya dah muntah angin beberapa kali.. Dia pulak nak termuntah sepanjang proses dilakukan terhadap suaminya itu...

Tak lama kemudian, pelahan-lahan kepala si sakit jatuh ke bantal.. Dia pengsan. Pokcik teruskan juga ambik apa sahaja sisa sihir yang ada dalam tubuh badannya.. Alhamdulillah selesai.. Rupanya ketika balik emaknya menceritakan dia ada rakan kongsi dalam perniagaan.. Dia seperti menurut sahaja apa kata partnernya tanpa membantah..

Ayahnya pula bagitau pokcik dia mula nampak perubahan anaknya itu dan ingin membawanya pergi berikhtiar.. Alhamdulillah pokcik datang katanya.. Dia amat berterima kasih.. Si sakit pokcik bagi peluang untuk tidur dan berehat. Kata keluarganya dia dah lama tidak tidur malam dan tidak berehat.. Alhamdulillah semua Allah permudahkan..

Selesai sahaja, emaknya pulak bersuara.. Katanya sepanjang proses tadi mukanya panas. Seperti ada sesuatu dalam telinganya.. Dia juga menggeletar.. Katanya dia tengok pokcik berubat hemboihhh mohong-mohong tu dia berkenan.. Payah dia nak suka perawat. Kalau tak suka dia tak akan minta tolong ikhtiarkan. Entahlah.. Entah-entah dia nak jaga hati pokcik.. Hihihi...

Dia minta pokcik ikhtiarkan.. Dia nak maiii kat pokcik tapi pokcik minta dia duduk saja kat suaminya.... Hihihi.. Mungkin dah biasa berubat kena pegang kot.. Erkkkkkk... Dia tak jadi bangun dan duduk semula ditempatnya.. Pokcik masih lagi berada di tepi katil anaknya selepas ikhtiarkan anaknya...

Dah dia minta ikhtiarkan, pokcik pun tengok laa. Kelihatan kepalanya dan dadanya terkesan dengan gangguan.. Dia tanya saka kaa, pokcik jawab bukan.. Hanya gangguan biasa yang sudah tinggal dan menumpang lama dengannya. Pokcik mengangkat tangan dan berdoa untuk memagarnya.. Payah satgi lari pulak hantu tu noo... Hihihi...

Elok pokcik memagarnya dengan izin Allah dia mula menangis teresak-esak.. Pokcik malas nak layan.. Teruskan karate tanpa belas kasihan.. Hihihi.. Yang tu pokcik mohong.. Pokcik berdoa agar Allah membakar hangus apa yang ada di dalamnya.. Lama kelamaan tangisannya mula reda.. Dia mula beristighfar.. Alhamdulillah semuanya selesai seizin Allah.. Lega katanya. Alhamdulillah..

Mak saudara pokcik mula gelisah.. Dia nak hantar anaknya balik ke sekolah tahfiz sebelum pukul 7. Ketika itu dah pukul enam lebih.. Pokcik faham sangat.. Kini menantunya pula minta pokcik tengokkan dirinya.. Pokcik sekadar tengok sahaja kerana masa tidak mengizinkan.

SAKA. Itulah perkataan yang keluar dari bibir pokcik.. Ternyata depa sekeluarga termasuk nenek si sakit tadi tidak terkejut.. Katanya dia dah usahakan saka dengan perawat sebelum itu.. Katanya dah selesai.. Pokcik kata pokcik tak nak komen pasal perawat atau sebagainya. Tapi saka itu memang tak selesai....

Dia dan neneknya minta pokcik usahakan tetapi masa dah suntuk. Pokcik kata kalau ada masa nanti pokcik akan usahakan.. Keluarga si suami mungkin akan balik ke Terengganu esok tapi menantunya itu dah tentu menunggu suaminya. Kalau suaminya keluar dari wad esok, eloklah kiranya dia usahakan saka itu ditempat lain. Pokcik bukannya berebut pelanggan.. Hihihi..

Sekian sahaja. Moga ada pengajaran yang sahabat-sahabat dapat. Maaf andai terlajak kata dan terlebih bicara.. Hihi lama juga tak menulis penat juga rupanya.. Hahahhahaha. Moga berjumpa lagi.. Semoga semua ahli group sihat sejahtera dan dalam lindunganNya. Aamiin....