Sunday, 17 November 2019

MATA BERKELIP TERBARING DI KATIL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan rahmat dan inayah-Nya dapat lagi kita menghembuskan nafas dan meneruskan kehidupan...

Dua hari lepas pokcik menerima panggilan dari Perlis dan Pelabuhan Klang perihal seorang saudara pokcik di Langkawi...

Menurut kedua-dua pemanggil iaitu ibu saudara pokcik, salah seorang saudara di Langkawi sedang sakit.. Menurut mereka, sudah hampir dua minggu dia terlantar di katil.

Apa yang menjadi persoalan ialah matanya tidak berkelip dan hanya memandang ke atas sahaja. Macam mana agaknya mata tidak berkelip. Allahu akbar....

Setelah menerima nasihat daripada ibu saudara pokcik di Perlis maka saudara pokcik di Pelabuhan Klang menghubungi pokcik. Suaranya sebak seperti baru lepas menangis...

Oleh sebab jauh, maka pokcik tak bolehlah nak ke Langkawi. Dia meminta pokcik tengokkan si kakaknya itu dari jauh. 

Tengok je laa kan. Takkan nak kata tak boleh nak usahakan sebabnya ibu saudara pokcik di Perlis pun pokcik usahakan juga...

Apabila dihantar gambar, pokcik menelefonnya semula. Pokcik dapat rasakan getaran yang kuat dan lebih terarah kepada amalan dirinya... Mungkin ada amalan yang dipelajari dan dilakukan pada waktu mudanya dan kini memakan diri... Wallahuaklam..

Pokcik meminta saudara pokcik  menelefon ke Langkawi dan meminta persetujuan untuk memisahkan amalan itu daripadanya sekiranya diizinkan oleh Allah... Dia mengangguk lemah apabila si anak meminta persetujuannya tanpa bercakap sepatah pun...

Setelah itu barulah pokcik bersedia untuk usahakannya. Kebetulan pula pokcik baru sahaja selesai solat Maghrib. Setelah itu barulah  memohon doa kepada Allah agar memusnahkan segala gangguan padanya.. Agaknya lebih kurang pukul 8 malam selesailah usaha pokcik...

Pokcik meminta orang rumah menelefon ke Langkawi untuk tahu perkembangannya. Alhamdulillah, anaknya memberitahu dia sudah boleh bangun duduk dengan dibantu oleh anaknya. Dia juga boleh melihat dan mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

Oleh sebab pokcik usahakan dari jauh maka pokcik lanjutkan lagi usaha sebelum pokcik tidur.. Semalam anaknya memberitahu emaknya agak gelisah ketika hendak tidur. Kemungkinan besar dia berasa panas ketika pokcik sedang usahakan itu.

Harini pokcik dapatkan maklumat lagi dari Langkawi. Alhamdulillah dia sudah mula makan. Namun badannya amat lemah dan dalam keletihan yang amat sangat.. Biasalah tu.. Alhamdulillah dia dah mula makan setelah sekian lama hanya bergantung kepada air yang diberikan oleh anaknya..

Kini, setelah tiada gangguan lagi, in shaa Allah, maka pokcik mencadangkan agar dibawa ke hospital untuk dimasukkan air bagi menambah tenaga...

Segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan. Moga dengan ujian dan peringatan daripada Allah, kita semua makin dekat kepadaNya dan ingatlah Allah sebaik-baik penolong dan kepadaNya kita memohon segala niat, keinginan, kemahuan dan  hasrat dengan memanjatkan doa. Wallahuaklam..

Salam hormat...

Wallahuaklam..
-POKCIK SEMAN



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.