Thursday 31 January 2019

EMOSI DIPENGARUHI SYAITAN



Ingat tak lagi tiga hari lepas pokcik kongsikan perihal seorang perempuan yang terajang suaminya? Kalau ingat, alhamdulillah...

Tadi pokcik berkesempatan untuk berjumpa dan bersemuka dengannya. Ayahnya yang memberitahu bahawa dia nak berjumpa dengan pokcik.. Sejak dia period ayahnya nampak seperti ada kepelikan pada dirinya...

Apabila pokcik sampai ke rumah mereka, ayahnya sudah bersedia menerima kehadiran pokcik dan isteri. Pokcik dipelawa masuk ke rumah.. Kelihatan si isterinya dan anaknya iaitu si sakit... Dia kelihatan tenang tetapi nampak gayanya emosinya terganggu.

Pokcik tak dapat rasa sebarang kehadiran entiti.. Berbeza dengan keadaannya sebelum itu.. Sahabat pokcik nampak lembaga berbulu berhampirannya. Kemungkinan besar hantu raya.. Janganlah ikut aku balik, katanya seorang diri ketika itu.. Wallahuaklam.. Patutlah malam selepas bapa, ibu, suami dan adiknya beradiknya yang lain berjumpa pokcik mereka panas dan ingin bertumbuk.. Perihal hantu raya itu pun pokcik dengar dari mulut seorang sahabat pokcik yang pokcik kunjungi malam tadi... Patutlah kebas juga jari pokcik petang itu walaupun usahakannya dari jarak jauh...

Berbalik kepada cerita ini.. Pokcik bertanya khabarnya. Baik, katanya. Pokcik bertanya serba sedikit perihal dirinya sehingga jadi begitu.. Katanya sebelum ini dia mudah marah. Hal yang remeh temeh pun boleh membuatkannya naik angin.. Selain itu katanya ibu bapanya terlalu mengongkongnya. Apa yang nak dibuat semua tak boleh dan dia terpaksa menurut sahaja kemahuan mereka...

Sebelum macam-macam lagi keluar cerita pokcik terus memintas.. Boleh pokcik tengokkan awak? Tanya pokcik lembut. Dia anggukkan kepala.. Pokcik meminta dia bersandar pada dinding.. Dia menurut sahaja.. Pokcik nak cuba ikhtiar. Pokcik takkan pegang awak, kata pokcik. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.. Setelah ikhtiar pagarkan si sakit, barulah pokcik cuba mengesan sebarang kehadiran entiti..

Tiada yang terlalu kuat tenaga atau getaran yang pokcik rasakan. Namun apabila pokcik mengesan pada bahagian dada, ternyata terasa ada tenaga di situ.. Ternyata ada juga gangguan luar yang cuba mengambil kesempatan kerana gangguan emosi si sakit dan dia dalam keadaan period. Hihihihihi.. Senanglah sikit tugas pokcik seizinNya. Tak adalah sakit kaki, pokcik picit kepalanya, kan....

Pokcik membacakan beberapa potong ayat suci Alquran.. Pada mulanya dia tenang sahaja.. Masuk lima minit, dia mula gelisah.. Matanya tajam merenung pokcik. Tak sampai tiga saat agaknya, dia tundukkan kepalanya.. Tangannya mula mengibas-ngibas muka. Panas agaknya.. Lagi satu, gamaknya dia nak tunggu pokcik berkomunikasi atau bertanya kepadanya.. Harapannya tinggal harapan sebab memang pokcik tak minat bersoal jawab..

Lama-kelamaan dia kembali tenang.. Letih agaknya. Alhamdulillah selesai satu bab seizinNya. Pokcik tanya, rasa macam mana sekarang.. OK. Tenang, katanya ringkas.. Alhamdulillah.. Pokcik tanya nampak apa tadi semasa pokcik ikhtiar... Ye laa kan, bukan main berkibas tangan.. Hihihihihi... Kepulauan asap, katanya... Asap memenuhi rumah itu.. Lama kelamaan menipis dan terus hilang... Ooooo patutlah, kan...

Alhamdulillah sebelum pokcik balik dia memberikan syampu dan beberapa barangan lagi.. Maklumlah, orang buka kedai butik dan and aman, kan.. Tapi semasa dalam kereta pokcik tanya juga isteri pokcik. Kenapa ambil? Dia yang beri walaupun dah menolak. Tak apalah.. Kalau duit boleh juga dimanfaatkan atau pokcik sedekahkan ke masjid atau surau.. Syampu sabun, gunakan sahajalah... Mungkin dah niat mereka....

Sebelum balik pokcik berpesan kepada ayahnya di luar rumah... Kalau boleh biarlah bertolak ansur dan jangan terlalu memaksa anak agar mengikut acuan kita. Tambah-tambah lagi si anak sudah bersuami... Lagi satu, pokcik minta ayahnya bercakap dengan santai atau gelak ketawa sahaja apabila ingin menyampaikan sesuatu pesanan.. Kasihan juga sebab anaknya agak stress... Sekarang ini peranan ibu bapanya sahaja untuk mengembalikan kegembiraannya.. Pokcik bimbang, kalau emosinya terganggu, akan ada BISIKAN SYAITAN secara halus yang mendorongnya melakukan sesuatu yang tidak baik..

Sekian buat kali ini... Moga berjumpa lagi. Salam hormat.. Wallahuaklam..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.