Thursday 3 January 2019

KENALI PERAWAT




Haritu ada sorang tanya pokcik, macam mana nak kenal perawat yang mengambil kesempatan atas pesakit. Ni pendapat pokcik sahaja sebagai orang tua. 
Antara cirinya:

1. Minta itu ini ketika membuat temu janji sebelum datang. Barangan itu pihak perawat yang akan belikan bagi pihak pesakit. Pesakit tidak boleh beli sendiri. Contohnya minyak zafaron RM700 dan sebagainya..

2. Sekiranya barangan yang dipesan itu pesakit ingin bawa tetapi perawat berkata mereka akan belikan dan terus ingin membuat pengisian sebelum jumpa pesakit. Pengisian apa tak tahu laa. Pengisian sambil main video game gamaknya. Pastu cakap dah ditapakan selama 40 hari di mana-mana.

3. Nak mandikan bunga pesakit sendiri. Kena dua orang saja masa dimandikan tu. Sambil mandi tu tangan perawat kenalah gosok sana sini sebab nak bagi air tu meresap ke tempat yang sepatutnya. Biasanya pesakit muda laa. Kalau nenek, piii mandi sendiri di rumah. Nenek dah ada pengalaman jadinya mandi sendiri di rumah sudahlah..

4. Banyak bercerita daripada merawat. Cerita dah setengah jam tetapi merawatnya tidak. Last sekali suruh beli ubat, buku, minyak dan sebagainya. Air juga diminta pesakit beli. Kalau air yang diruqyah di hadapan pesakit ok juga. Ini air yang tersedia dalam botol. Air yang diruqyah dengan cd yang terpasang. Mudahnya nak jadi perawat.

5. Cara rawatan yang meragukan. Menyebut dan menyeru nama-nama wali, membacakan mantera, menggunakan bahasa yang tidak difahami, menggunakan perantara, menggunakan bahan yang tidak sepatutnya seperti tulang babi, tengkorak, darah anjing dan sebagainya. Nampak lain macam tu pelan-pelan laa turun. Lain kali jangan dan sampai rumah dia, risik dulu dengan orang lain sebelum ke rumahnya.

6. Mahar yang melampau batas. Scan RM200, harga rawatan lain, bahan lain, pendaftaran lain. Sekali datang kalau tak bawak RM 2K silap-silap tak cukup. Hari tu di Melaka sampai terpaksa jual habis barang kemas di badan. Darul apatah.. Sikit-sikit nak nama rezeki darul tu. Rezeki sungguh laaa. Rezeki kat dia. Hihihihihi..

7. Nak buang bala, nak buang saka, kena sembelih kerbau lembu kambing bagi jamu kat jin. Duit kena bagi kat perawat dan perawat uruskan. Satu hal, jamu kat jin. Syirik dah kat situ, hal kedua pulak, ye ke dia beli lembu kerbau yang dijanjikan tu? Sekarang ni nampak lebih cerdik golongan ni. Duit RM 1K dikatakan digunakan untuk bagi anak yatim atau budak tahfiz. Depa baca dua hari tiga malam. Atau nak buat jamuan untuk depa. Haihhh, duit kena bagi perawat. Kita tak boleh buat sendiri. Semua tu perawat yang urus. Boleh gitu?
Banyak lagi kalau pokcik nak tulis. Memang orang tak suka. Sapa yang suka kalau kebenaran diceritakan. Tambahan pula, pokcik ni pemerhati saja, bukan pula perawat dan ada Pusat Perubatan Islam bagai. Hihihihihi.

Jangan marah aaa. Kalau kita jujur tak perlu nak berasa hati. Kalau rasa ada niat nak cari makan dan menipu pesakit, group ni tak sesuai rasanya sebab pokcik lebih suka bercakap benar biarpun ia bukan bicara popular dan memang tidak disenangi. Wassalam



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.