Thursday 10 January 2019

DOA SENJATA ORANG MUKMIN


Sesekali best jugakan karate jin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pesakit. Elok si sakit bagitau siang tu depa sakit, diam-diam kita proses malam tu.. Hahahahahhaha.

Agak-agak menggelabah tak jin tu.. Hihihihihi. EH APAHAL TETIBA BADAN BERASAP JE NI, KATA JIN. ALAMAK KEPALA AKU KE YANG BERGOLEK TU, TAMBAH JIN. Agaknya itu yang berlaku. Wallahuaklam..

Malam ni baru sahaja pokcik lakukan.. Apabila pokcik call, katanya dia rasa kosong. Dadanya pun terasa lapang.. Padahal malam tadi katanya bermimpi syaitan...

Sesekali memang kena macam tu.. In shaa Allah, doa kita tambah-tambah tidak diketahui oleh orang berkenaan mudah Allah makbulkan. Kalau niat kita baik dan disertai dengan keikhlasan dan hanya mengharapkan redha Allah, in shaa Allah para malaikat pun turut mendoakan dan mengaminkan doa.. In shaa Allah..

Sesuailah dengan Allah menukilkan pula doa Nabi Nuh yang bermaksud : “Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan, dan janganlah Engkau tambahkan lagi bagi orang-orang yang zalim itu selain dari kebinasaan.” (Nuh : 28).

Ayat yang dinyatakan di atas adalah contoh perbuatan mulia mendoakan kesejahteraan serta keampunan orang mukmin yang lain secara tidak berdepan dengan mereka, dalam keadaan orang yang didoakan itu tidak mengetahui doa itu dipanjatkan oleh orang lain untuknya.

Manakala petikan daripada hadith pula, daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Wallahuaklam....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.