Wednesday 6 February 2019

LELAKI BOTAK HITAM RAMBUT MENGGERBANG




Ketika pokcik menulis kisah ini pokcik masih di rumah emak pokcik di kampung. Ketika pokcik sampai, kelihatan emak pokcik berjalan terencut-encut. Dalam fikiran pokcik, biasalah orang tua. Tentulah sakit di sana sini.. Kebetulan pula ada kenduri pertunangan jiran berhampiran. Selalunya emak pokcik antara orang yang akan dipanggil untuk memasak makanan. Oleh sebab beliau sakit, dia teragak-agak untuk pergi. Sebelum itu, di rumah jirannya yang lain pun, tidak dipenuhi undangan.
Pokcik faham sangat keadaan itu sebab emak pokcik bukannya begitu. Namun, dalam keadaan sakit itu pun sahabatnya datang menjemput ke rumah. Terpaksalah emak pokcik pergi juga. Pokcik dengar emak pokcik memasak juga walaupun sakit. Orang lain sudah balik ke rumah namun beliau masih juga di situ. Itulah tabiat dan kebiasaan emak.

Pada sebelah malamnya dia me ngadu sakit kaki. Pokcik menghampirinya lalu bertanya. Dah berapa lama emak sakit? soal pokcik. Dua minggu dah, katanya ringkas. Selalunya lepas makan ubat, alhamdulillah. Tambahnya lagi. Pokcik mula terfikir. Orang lain sakit kepala pun pm pokcik. Emak pokcik menderita sakit dua minggu sehingga pokcik balik menziarahinya pun, dia tidak minta pokcik ikhtiarkan. Itulah bezanya

Kali ini pokcik pula menawarkan diri. Mari saya tengok, pinta pokcik tanpa diminta oleh emak. Manalah tahu ada dok bergayut, tambah pokcik lagi. Emak pokcik diam. Kemudian dia menghulurkan kakinya. Kakinya itu pokcik alas dengan sebiji bantal. Sakit kat bawah lutut, katanya perlahan. Maksudnya di bahagian pelipat kaki. Pokcik minta emak pokcik bertenang. Setelah berdoa pagarkan bahagian tersebut, pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci Alquran. Dia mengalihkan kaki sedikit. Sakit katanya...

Takkan baca pun sakit kalau tak ada bukan-bukan di situ. Kakinya mula berdenyut kuat. Sesekali kakinya digerakkan. Tak lama kemudian barulah emak pokcik kelihatan tenang. Selepas itu pokcik ikhtiar menarik keluar entiti tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna seizinNya. Alhamdulillah hilang dah sakit kaki, kata emak pokcik. Entah apa yang bergayut tak tahu laa. Pelik juga sebab sakit dah dua minggu. Selalunya lepas makan ubat, alhamdulillah, sambungnya. Pokcik diam sahaja mendengar beliau membebel seorang diri..
Beliau kemudiannya bangun dan berjalan. Tak berat dah. Ringan je rasa, tambahnya. Pokcik bertanya, sebelum ini ada mimpi apa ke? Ada, katanya. Sehari sebelum sakit emak bermimpi didatangi oleh dua orang lelaki. Seorang tu bercakap seorang lagi diam sahaja. Lelaki yang diam itu berkepala BOTAK dan hitam. Rambutnya panjang dan kelihatan mengerikan. Siapa lelaki BOTAK itu agaknya. Wallahuaklam, hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Bangun pagi ini kelihatan emak pokcik sudah mengemop lantai. Alhamdulillah, beliau sudah kembali seperti biasa. Pokcik duduk di beranda. Kedengaran emak pokcik berbual dengan isteri pokcik. Kalau Allah nak izinkan senang je, katanya.. Pokcik senyum sendiri. Selain bersyukur kepada Allah kerana dapat berkhidmat dengan ibu pokcik, pokcik juga bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan kepada emak pokcik. Tiada daya upaya manusia. Semuanya milikNya yang kekal dan abadi..
Salam hormat....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.