Monday 14 January 2019

SEPERTI BUNYI POCONG


Malam tadi ada sepasang suami isteri datang ke rumah. Sebelum datang, dia menelefon terlebih dahulu. Kalau dengar daripada suara memang teruk sangat gayanya...

Macam kita jugalah, kalau berjumpa doktor suara mesti nampak kesakitan sangat. Tambah-tambah kalau menelefon bos sebab nak MC, suara mesti meyakinkan. Hahahahahahha. Ada yang gelak-gelak tu mesti biasa buat. Kan...

Sesampainya mereka di rumah, pokcik bersalaman dengan si suami. Bukan main panas lagi tangannya. Betullah tu, bukannya berlakon. Mukanya pucat. Setelah mempersilakan duduk pokcik memulakan bicara dengan bertanya sejak bila dia berkeadaan begitu.. Menurutnya baru dua hari. Nampak gayanya macam sakit dah dua bulan.. Nak datang ke rumah pokcik pun orang rumahnya yang memandu kereta. Tak larat sangat gayanya tu...

Menurutnya tiga hari lepas anaknya balik dari asrama. Suaranya tiada. Demam agaknya. Anaknya bertugas mengejutkan ahli asrama bangun solat subuh. Katanya pukul 4 pagi dia dah bangun. Mungkin dia tak biasa lagi tugas itu, sebab itulah dia demam. Itu sangkaan pokcik.. Namun begitu, apabila dia nak balik ke asrama, tiba-tiba suara ayahnya pula tiada. Haih, bertukar pula.

Oleh sebab dia dah makan ubat bagai namun masih tiada perubahan dan semakin teruk maka dia rasakan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Oleh itu dia menelefon pokcik. Setelah mendengar ceritanya pokcik berpuas hati dan ingin usahakannya. Sebaik sahaja pokcik ikhtiarkan pagarnya, tiba-tiba terbayang pocong.. Adoiiiiii.. Lantaklah apa pun. Pokcik tak kisah sangat apa yang pokcik nampak itu.

Semasa sedang ikhtiar itu, huk huk huk bunyinya. Alamak macam bunyi pocong. Huhuhuhu. Apabila pokcik tanya selepas selesai, dia tak sedar pun dia berbunyi macam itu. Ada dua tiga kali agaknya dia berbunyi berselang dalam beberapa minit. Kemudian diam dan dia mula menggerakkan badan ke kiri dan kanan. Lenguh agaknya. Setelah itu barulah dia berkata bahaya dia teramat lenguh pada bahagian pinggang. Terus pokcik usahakan di situ. Alhamdulillah hilang serta merta seizinNya..

Alhamdulillah Allah permudahkan.. Setelah berbual seketika barulah dia mengadu lapar kepada orang rumahnya. Seharian dia tak makan katanya sebab tiada selera. Tidak lama kemudian dia memohon diri untuk pulang. Lapar agaknya. Alhamdulillah kali ini dia memandu sendiri keretanya. Tadi tak larat sangat, katanya ketika berada di dalam kereta sebelum bertolak. Setelah itu bertolaklah dia ke rumah. Baru sebenar tadi pokcik menghubunginya. Alhamdulillah dia berada di tempat kerja. Ingatkan MC. Hihihihihi..

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi jika diizinkan oleh Allah. Salam hormat.. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.