Monday 31 December 2018

KENANGAN DI PUSAT PERUBATAN BAYU ANNUR

Assalamualaikum..

Kali ini pokcik muatkan satu video bersama tn Langit Ketujuh dan Wak ketika kunjungan pokcik ke Pusat Perubatan Bayu Annur di Bandar Baru Bangi.

Video ini dirakam oleh tn Aminuddin Muhammad.

Jika diperhatikan betul-betul, kelihatan asap keluar dari kepala pesakit selepas pokcik doa agar dibakarkan jin tersebut.

Pokcik yang mana satu?
Nampak tangan berserta dengan sebentuk cincin sahaja. Ada sahabat kata, kenapa bagi nampak tangan je. Hahahahahaha. Jadilah. Nanti muntah pulak tengok muka orang tua ni. kan..

Lepas keluar tangan itu nampaklah asap itu jika diperhatikan betul-betul.

Nampak ke?

Ada sahabat pokcik Miu Miu bertanya bagaimana contoh rawatan tanpa sentuhan. Jadinya pokcik memuat naik video ini sebagai tatapan. Salam hormat..

*** Video ini pokcik terpaksa gunakan FilmoraGo sebabnya video yang diambil senget ke kanan dan bukannya menegak. Pening nak tengok nanti..


Sunday 30 December 2018

SEHARI DALAM SEBULAN ALATNYA BERFUNGSI EPISOD 3


Tiba-tiba dia bersuara lagi. Boleh tak pokcik usahakan anak saya? pintanya perlahan. Kelihatan dia tertunduk mengharapkan pokcik usahakan anaknya itu. Kenapa pula dengan anaknya? Sebenarnya anak saya ada penyakit sawan, katanya perlahan. Perawat-perawat sebelum ini beritahu dia kena di tepi sungai tempat dia memancing, tambahnya lagi. Setelah itu pokcik diberitahu kebiasaanya dia kena pada waktu subuh.

Ketika adik-beradik berkumpul untuk makan beramai-ramai dia akan makan secara berasingan. Pernah suatu ketika dia terjatuh tersembam ketika sedang makan dan tidak sedarkan diri. Mereka tidak berbuat apa-apa dan hanya memerhatikan dia menggeletik di lantai tidak sedarkan diri dan menunggu sehingga dia pulih sendiri.. Sejak itulah dia jadi rendah diri dan tidak makan bersama dengan ahli keluarga yang lain..

Dia juga pernah hampir lemas kerana terjatuh di dalam kolah mandi di rumahnya. Sejak itulah ayahnya mengetuk dan memecahkan kolah mandi di rumahnya itu. Apabila pokcik mendengar kisah tersebut lembut hati pokcik untuk usahakan anaknya itu. Isteri sahabat pokcik diminta untuk pergi ke rumahnya dan memanggil si sakit datang. Tak lama kemudian isteri sahabat pokcik datang bersama si sakit. Umurnya dalam lingkungan 20-an.

Sebaik sahaja dia duduk, pokcik persilakan dia datang berhampiran pokcik. Setelah bersalaman, pokcik memulakan bicara. Lama mana dah sakit? soal pokcik. Lebih kurang tujuh atau lapan tahun lepas, katanya mesra. Sekarang ini rasanya macam mana, tanya pokcik. Biasa saja, katanya.. Setelah berbual sebenar sambil pokcik minum air teh yang dihidangkan pokcik meminta izin untuk melihat keadaannya..

Dia membenarkan pokcik untuk melihat sepintas lalu keadaan dirinya. Ye laa, kan. Tengok mohong-mohong saja. Bukannya pokcik tukang tilik yang boleh ceritakan itu ini perihal si sakit biarpun selepas itu keadaan si sakit tak ada perubahan pun seizinNya. Lagi satu, pokcik bukannya nak masuk pertandingan bercerita bertajuk DONGENGAN MISTIK PERAWAT MABUK KETUM.

Setelah membaca sepotong ayat, pokcik terus memerhatikan unsur-unsur negatif yang bertapak di tubuhnya. Setelah selesai, pokcik pun berkata, awak ada masalah tangan dan kaki kanan ke terutama bahagian kedua-dua lutut? Tak ada, katanya. Sekarang ini rasa macam mana, tanya pokcik. Biasa je, katanya.. Adoiiiiiiiiiiiii... Takkan salah kot apa yang dapat pokcik kesan tu.. Sahabat pokcik dan ayah si sakit memandang ke bawah. Nak menahan gelak agaknya.. Hahhahahhahha.. Parai kitai....

Si sakit tenang sahaja. Pokcik terus ikhtiar pagar dirinya. Ketika ini barulah dia bersuara. Saya berdebar-debar, katanya. Haih, tadi kata ok takdak apa dan kini baru nak memunculkan diri. Dah terlambat. Pokcik memintanya bertenang sebabnya bukan dia yang takut tetapi gangguan yang ada padanya. Dia mula gelisah. Lutut kanannya mula menggeletar dengan kuat. Tak lama kemudian bahagian kaki kirinya juga mengikut.

Tak lama kemudian tangan kanan dan kirinya mula mengeras. Tangan kanan dan kiri sudah tidak boleh dibengkokkan. Dia semakin menggeletar. Kelihatan dia sudah tidak mampu duduk. Pokcik memberi isyarat kepada ayahnya untuk menyediakan bantal bagi membaringkan dia.. Ayahnya ikut sahaja apa yang diminta oleh pokcik. 
Setelah dibaringkan pokcik teruskan usaha untuk mengeluarkan gangguan yang ada padanya  Ternyata kepalanya amat panas. Kelihatan peluh sudah membasahi dahinya dengan banyak. Setelah itu dia mula tenang. Kakinya sudah mula bergetar dengan perlahan. Sekali lagi pokcik bangunkan dia setelah melihat keadaan agak stabil.

Setelah duduk dia berkata, tangan dan lutut saya sakit. Hihihi pokcik hanya gelakkan sahaja. Haaa tadi kata tangan  lutut dan kaki semua OK. Si sakit, ayahnya dan sahabat pokcik hanya mendiamkan diri. Tak apa, in shaa Allah sekejap lagi saya akan usahakan mengeluarkan semuanya satu persatu kalau Allah izinkan. Setelah itu pokcik terus pergi ke tangan kanananya yang lurus dan mengeras itu dan menarik keluar sisa-sisa gangguan  Setelah itu barulah pokcik alihkan perhatian ke bahagian kiri tangannya  Alhamdulillah dah tak sakit, katanya. Tangan kanan dan kiri dibengkokkan dan digenggam serta dilepaskan. Ayahnya tersenyum melihat keadaan itu.

Setelah itu barulah pokcik beralih ke kaki kirinya yang mengeras. Dengan permulaan lafaz basmallah alhamdulillah kaki kirinya berjaya dipulihkan seizinNya. Akhirnya sekali barulah kaki dan lutut kanannya yang amat kuat bergetar tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan. Kini dia sudah tidak bergetar  berdebar, sakit dan sebagainya seizinNya.

Tadi terasa ada sesuatu keluar dari kaki dan tangan. Lepas tu bergerak laju keluar dan hilang, terangnya. Pokcik hanya menganggukkan kepala mengiyakan apa yang diceritakan olehnya. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan pokcik dan pesakit. Baru pokcik tahu, orang sawan akan terasa berat di kepala, tangan dan kaki tidak boleh dibengkokkan kerana kekejangan dan akhirnya mereka tidak akan sedarkan diri. Apa pun sekali lagi pokcik mengucapkan syukur atas rahmat dan ehsan serta perkenankan usahakan pokcik pada kali ini..

Alhamdulillah dia pun memberitahu ayahnya dia sudah tidak berasa berat seperti sebelum ini. Badannya juga ringan. Alhamdulillah ketika pokcik menulis posting ini dia tidak lagi sawan dan keadaan ayahnya juga sudah seperti orang normal yang lain. In shaa Allah  Sekian sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.. 

Tamat... 




SEHARI DALAM SEBULAN ALATNYA BERFUNGSI EPISOD 2


Dia pun memberitahu, sebenarnya ayah saya bomoh. Dia berubat menggunakan kain hitam. Dia mengibas-ngibas pesakit semasa melakukan rawatan. Mungkin dia dah tiada pilih an lain sebab tu SAKA tu datang kepada saya, terangnya lagi.. Pokcik diam sejenak. Dalam hati pokcik berkata, mungkin dia anak lelaki tunggal. Jadinya SAKA itu terus datang kepadanya .

Macam ini. Kalau saya ikhtiar pisahkan SAKA tu boleh tak? tanya pokcik dengan lembut. Kalau kita ikhtiarkan sihir dan tumpukan pada sihir macam mana? Dia tanya pokcik pula. Alamak. Nampak gaya dia macam sayang pula pada SAKA tu. Pening dah pokcik. Pokcik pun mula bercakap dengan berhemah. Sebenarnya kebanyakan SAKA dah tua.. Sebab itulah encik kena juga sihir. Pokcik tak nampak apa faedahnya menyimpan SAKA. Nak kata dia lindungi tuannya, encik terkena juga sihir, pokcik menambah..

Dia diam. Silap-silap SAKA tu bergabung pula dengan jin sihir yang datang kerana nak melawan jin sihir, SAKA tu dah tak berdaya. Lagi satu, sebagai orang Islam kita tidak boleh mengharapkan pertolongan jin. Kita serahkan semua urusan dan memohon pertolongan kepada Allah. Sepertimana usaha pokcik pada hari ini, pokcik hanya mengharapkan ehsan Allah dan tidak menjanjikan kesembuhan. Itu semua terserah kepada Allah, sambung pokcik lagi. Dia seperti boleh menerima apa yang diperkatakan oleh pokcik.

Setelah itu barulah pokcik persilakan dia duduk di hadapan pokcik. Namun, oleh sebab masalahnya berkaitan dengan bahagian sulitnya dan gangguan sudah meresap ke dalam tubuhnya maka pokcik meminta dia baring. Untuk pengetahuan semua, pokcik usahakan hamba Allah ini di rumah sahabat group kita juga kerana dia yang meminta pokcik usahakan hamba Allah ini..

Dia baring di hadapan pokcik. Pokcik hanya meminta dia bertenang dan ingat akan Allah.Setelah itu barulah pokcik teruskan usaha merawat ya. Makin lama dia makin hanyut. Matanya Sekejap terpejam Sekejap tertutup seolah-olah sudah berada di alam lain. Dia terasa badannya kini sudah tidak mencecah lantai.

Dia terapung dan berada di udara. Inilah perasaannya yang diberitahu kepada pokcik selepas sahaja pokcik usahakannya. Tumpukan kali ini lebih kepada bahagian perut ke bawah. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Dia mengakui badannya sudah ringan seizinNya tidak seperti keadaannya sebelum ini. Pokcik nak suruh dia balik 'TRY' terus orang rumahnya ke KL pulak. Hahahhahahhahhaa..

Dia kelihatan amat gembira dan berpuas hati. Tiba-tiba dia bersuara lagi. Boleh tak pokcik usahakan anak saya? pintanya perlahan. Kelihatan dia tertunduk mengharapkan pokcik usahakan anaknya itu. Kenapa pula dengan anaknya?

Bersambung.........

SEHARI DALAM SEBULAN ALATNYA BERFUNGSI EPISOD 1

29.12.2108
(18sx) 
Bawah umur jangan baca..
Assalamualaikum.

Ingat lagi gambar di bawah?

Hari ini pokcik sempat berjumpa dengan hamba Allah yang mendakwa dia di sihir itu. Sebenarnya dia merupakan seorang duda yang kematian isteri. Nak dijadikan cerita dia berjodoh dengan isteri barunya sekarang. Sejak itu kejadian misteri mula berlaku satu demi satu.

Pada hari pernikahannya, sudah tentu kebiasaanya ada Salam kokot atau Salam kaut. Apabila dibuka salah satu sampul surat, ada tepung di dalamnya. Dia mula tidak sedap hati. Namun dia tak mahu berfikir bukan-bukan.

Akhirnya selesailah majlis. Hati berdebar-debar seperti malam pertama yang pertama kali. Hahahahahhaha. Entahlah berdebar apa agaknya. Mohd Sanusi tahulah agaknya berdebar sebab apa. Hihihi.. Senjata dipersiapkan untuk berperang. Dengan Tiba-tiba senjata tidak dapat berfungsi. Haih.. Sebelum ini OK je. Tajam diasah. Tiba-tiba tumpul, sumbing dan seperti sayur yang telah layu kerana kepanasan. Adooiiii rosak program..

Si isteri mula masam Manis masam Manis muka. Tiba-tiba si isteri bersuara. Sebelum ini memang awak macam ni ke, si isteri bersuara dalam nada tidak berpuas hati. Taklah, kata si suami. Malam itu suasana menjadi agak tegang kerana ada sesuatu yang tidak tegang. Huhuhuhuhu.. Macam inilah. Cuba fikir. Kalau saya dalam keadaan macam ni, agak-agak awak saya nak berkahwin ke? Kalau awak rasa tak puas hati kita ke pejabat kadi. Kalau awak sanggup tunggu, cubalah bertahan, tambah si suami..

Terkedu pokcik mendengar kisahnya. Kali terakhir ialah dia berjumpa patung yang pokcik tunjukkan di bawah. Patung yang berikat tersebut juga ada tepung di dalamnya tetapi sudah berbiji kerana tertimpa air hujan yang turun sebelum dia terjumpa patung itu. Dia dah hampir putus asa namun sampai bila agaknya rumahtangga mereka akan bertahan.

Perawat-perawat yang dijumpai berkata dia terkena sihir. Tak kisahlah apa pun yang diperkatakan, pokcik hanya nak usahakannya. Pokcik kata semuanya hak Allah dan pokcik tak nak janji kan apa-apa. Niat dan iktikad kena betul. Niat kalau sihat nanti senang beribadah kepada Allah bukannya niat yang lain. Rasanya sahabat faham maksud lain tu. Kan... Kalau niat nak sihat sebab nak bersama ( make love ) dengan isteri memang tak jadi apa laa. Dalam apa niat atau perbuatan, Allah mesti jadi keutamaan...

Tiba-tiba dia bersuara, sebenarnya dia ( ahli sihir ) buka sihir sebulan sekali sahaja. Huhuhuhu. Maksudnya hanya sekali sebulan dia dapat bersama dengan isterinya. Masa bersama pun macam letakkan dalam lada. Panas dan perit katanya.. Tudia aih. Cuba calit lada tengok macam mana rasa.. Hahahahahhaha..

Jadinya dua-dua pihak jadi lemah semangat untuk mengadakan hubungan kelamin. Si isteri berasa tidak puas hati kerana nafsu suami hanya terbuka sebulan sekali manakala si suami pula takut untuk bersama kerana terasa seperti dicelup ke dalam lada. Itulah perasaan mereka. Pokcik dimaklumkan tadi si isteri pun ada juga ikhtiar di Bukit Iboi kalau tak salah tetapi keadaan mereka masih tidak berubah. Tempat lain pokcik tak tanya laa pulak. Itu pun orang lain yang cerita. Dia tiada tadi.. Mungkin laa si suami kata kepada isteri manakala si isteri pula menyalahkan suami. Jangan tengahnya, dua-dua pihak pergi berubat..

Seperti biasa, selepas tazqirah sedikit, pokcik pun memulakan proses rawatan. Dia kelihatan tenang. Maklumlah otai.. Selepas pokcik ikhtiarkan pagar sekali lagi pokcik tanya perasaannya. Tak ada rasa apa-apa pun,katanya. Amboiiiiiiiiiiiiiii.. Biasanya kalau keadaan itu berlaku, maksudnya gangguan itu tidak berada di permukaan luar tubuh. Itu kebiasaanya bukan semestinya. Ini berdasarkan pengalaman pokcik sendiri..

Pokcik terangkan kepadanya tentang kedudukan jin yang mengganggunya. Dia diam. Entah Setuju entah tidak pokcik tak tahu. Entah-entah dalam kepala otak dia, dia kata nak tipu aku laa tu,kan. Hahahahahahahaha. Gurau-gurau saja. Jangan ambil serius. Lepas pagar tadi pokcik scan dia mohong-mohong. Alamak... SAKA. Apa pula kaitan dengan barang-barang sihir yang dijumpai.. Entah macam mana pula pokcik nak terangkan kepadanya. Nanti dia kata pokcik mohong lagi.. Pening pokcik nak susun ayat...

Dengan suara yang lembut pokcik mula berbicara. Macam ni, saya kena cakap yang betul. Boleh terima ke? tanya pokcik lembut. Ya, katanya tegas. Pokcik teruskan bicara. Ada tak ahli keluarga encik yang jadi bomoh? Atok, nenek dan sebagainya.. Dia pun memberitahu, sebenarnya ayah saya bomoh. Dia berubat menggunakan kain hitam. Dia mengibas-ngibas pesakit semasa melakukan rawatan. Mungkin dia dah tiada pilih an lain sebab tu SAKA tu datang kepada saya, terangnya lagi.. Pokcik diam sejenak. Dalam hati pokcik berkata, mungkin dia anak lelaki tunggal. Jadinya SAKA itu terus datang kepadanya .


Bersambung .. 

Wednesday 26 December 2018

PERASAAN AKAN MENEMUI AJAL EPISOD 3


Walaupun sudah berjanji pada pukul 8.30 malam namun bayang dia dan keluarganya langsung tidak muncul-muncul. Akhirnya dia tiba di rumah pokcik pada pukul 9.45 malam. Dia dikejarkan ke klinik kerana darahnya rendah, sakit kepala yang teramat kuat, mukanya pucat, kebingungan dan yang paling parah lagi dia ketakutan tinggal seorang kerana perasaan itu datang kembali. Dia meminta maaf kepada pokcik dan isteri kerana tiba lewat. Kelihatan dia masih kebingungan. Pokcik ingat ia merupakan kesan ubat jadi pokcik abaikan....


Lebih kurang pukul 11 malam sahabat pokcik dan si sakit sekeluarga pulang. Namun begitu pokcik lihat mukanya masih pucat. Disebabkan dia tidak membuka mulut maka pokcik pun tidaklah mahu bertanya dengan lebih lanjut. Malam tadi barulah dia berjumpa dengan pokcik dan menceritakan segala yang telah pokcik kongsikan ini. Barulah pokcik tahu duduk perkara. Disebabkan dia ingin keluar mencari telekung hantaran yang dikirim oleh sahabatnya selepas itu maka pokcik berjanji akan ikhtiarkannya sejurus selesai solat Maghrib..


Untuk pengetahuan semua sahabat, kawan si sakit memintanya membeli telekung bagi hantaran kahwin sebanyak tiga pasang. Menurutnya telekung di Indonesia lebih murah berbanding di Malaysia. Si sakit telah membeli telekung yang dikirim oleh sahabatnya namun tertinggal di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kerana keadaanya yang kebingungan ketika itu. Kesemua barangnya tertinggal di lapangan terbang. Jadinya dia terpaksa menggunakan duitnya sendiri untuk menggantikan barangan berkenaan walaupun harganya lebih mahal berbanding telekung yang telah dibeli olehnya di Indonesia.


Setelah bersedia untuk ikhtiarkannya, pokcik sudah mula terasa ada getaran yang amat kuat seolah-olah ketika itu kami sedang diperhatikan. Pokcik abaikan apa yang pokcik rasakan. Setelah memagarnya pokcik terus memohon kepada Allah agar dihapuskan gangguan berkenaan. Terasa amat kuat getaran pada bahagian belikat kanannya. Tangan pokcik sendiri kelihatan timbul urat kebiruan dan pokcik terasa kebas pada salah satu jari kanan pokcik. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...


Pada asalnya pokcik nak sediakan air untuk dimandi olehnya. Namun begitu, oleh sebab kekangan masa maka pokcik terus ikhtiar dengan menggabungkan bacaan tersebut dalam satu jenis ikhtiar sahaja. Alhamdulillah dia mula pulih seizinNya. Setelah itu dia mengajak orang rumah pokcik ke bandar untuk mencari telekung yang dikehendaki. Mula-mula orang rumah pokcik yang memandu keretanya kerana bimbang sekiranya keadaanya  masih pening dan kebingungan namun apabila ditanya keadaanya, alhamdulillah dia stabil dan boleh memandu. Maklumlah kereta si sakit. Orang rumah pokcik bukannya biasa memandu kereta orang lain...


Alhamdulillah sehingga balik dari bandar, keadaannya sudah baik seizin Allah. Pokcik asalnya risau juga sekiranya dia yang memandu. Kan. Namun setelah orang rumah pokcik menceritakan keadaanya barulah lega hati pokcik. Pagi ini dia, suami, dan anak-anaknya sudah bertolak balik ke Kelantan. Alhamdulillah tiada lagi perasaan pelik yang mengganggu. Moga mereka sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat...

Tamat....

PERASAAN AKAN MENEMUI AJAL EPISOD 2


Ketika itu dia melihat dirinya sendiri mundar-mandir di hadapannya.. Akhirnya dia melihat dirinya itu duduk di sebelah kerusinya sambil merenung dia.. Dah matikah aku, bisik dia sendirian...

Ketika sedang termanggu dia melihat sepupunya mundar-mandir tidak jauh darinya. Dia hanya memerhatikan sahaja. Tiba-tiba seorang lelaki tua menepuk bahunya. Kenapa padang Pak cik macam tu? Soal Pak cik itu. Dia seperti tersedar daripada lamunan. Tak lama kemudian sepupunya nampak dia di situ. Sepupunya itu terus menghampirinya. Ketika sepupunya sampai, dia terus menyerahkan sejumlah wang yang berada dalam dompetnya. Katanya, gunakanlah untuk perbelanjaan mengurus jenazahnya nanti. Setelah itu dia memberikan kad bank. Kad bank ini aku dah tak ingat nombor pin dah. Minta nombor pin pada M** , katanya lagi. Keluarkan duit untuk urusan tersebut.

Sepupunya cuba menenangkannya. Penerbangannya tertunda lagi. Ketika menunggu, ada sebuah pesawat yang sampai. Nak dijadikan cerita, ada satu jenazah yang diturunkan. Dia makin berdebar. Degup jantungnya semakin kencang. Dia tertanya-tanya keadaannya sekiranya dia meninggal dunia di dalam kapal terbang. Akhirnya kapal terbang yang ditunggu sudah tiba. Dia menaiki pesawat bersama dengan sepupunya itu. Sepanjang perjalanan dia beristighfar dan berzikir. Akhirnya dia redha sekiranya Allah mengutuskan malaikat untuk mengambil nyawanya. Dia memujuk hati, semua orang akan mati. Kini giliran aku.

Dia tidak sabar untuk tiba di Kota Bahru. Perasaan rindu pada keluarga membuak-buak. Katanya kalau boleh dia ingin terbang ke sana pada waktu itu. Alhamdulillah sungguh pun keadaannya masih seperti terpinga-pinga dia sampai juga dan menemui keluarganya di Kelantan. Sesampainya dia di sana, anak sulung lelakinya terus memeluknya. Rindunya kat mama, kata anaknya. Anaknya meluahkan bahawa  rasakan seolah-olah dia dan ibunya sudah lama berjauhan. Dia menceritakan apa yang dirasai kepada suaminya.

Mereka akhirnya tiba di rumah. Dia berpesan kepada suaminya agar berada berdekatan dengannya. Dia menjadi takut apabila tinggal keseorangan. Si suami menurut. Oleh sebab si suami berasa tidak sedap hati, maka suaminya itu menelefon sahabatnya Ustaz Ahmad Dasuki. Kebetulan ustaz balik ke Kelantan. Apabila diceritakan perihal isterinya, Ustaz Ahmad Dasuki terus meminta mereka datang untuk menemui beliau.

Mereka terus pergi menemui  Ustaz Ahmad Dasuki. Sesampainya di sana, si sakit menceritakan segala apa yang dirasai olehnya. Menurut  Ustaz Ahmad Dasuki si sakit terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gila. Alhamdulillah si sakit kuat semangat dan ada pegangan agama yang menjadi benteng baginya menepis sedikit sebanyak sihir yang dikenakan ke atasnya. Setelah itu beliau membacakan beberapa potong ayat-ayat suci AlQuran pada segelas air. Setelah itu si sakit meminum air yang telah diruqyah oleh beliau. Si sakit juga dibekalkan dengan beberapa biji limau. Mungkin untuk mandi dan memulihkan semangatnya...

Alhamdulillah setelah meminum air dan limau itu digunakan oleh si sakit untuk mencuci mukanya bukannya mandi, perasaan itu hilang perlahan demi perlahan. Setelah dia agak tenang suaminya mengajak dia sekeluarga berjalan ke Kuantan untuk bercuti di samping menemui adiknya iaitu sahabat pokcik.. Dua hari lepas pokcik ada mengajak dia datang ke rumah. 

Kebetulan sahabat kita Miu Miu juga baru tiba dari Terengganu dan ingin ke Pameran Artifak Rasulullah dan para sahabat. Jadinya pokcik terus mengambil Miu Miu di hotel dan membawanya ke Dewan MPK Kuantan dan pokcik terus balik ke rumah kerana sudah berjanji dengan hamba Allah ini pada pukul 8.30 malam.Walaupun sudah berjanji pada pukul 8.30 malam namun bayang dia dan keluarganya langsung tidak muncul-muncul. 

Bersambung...

PERASAAN AKAN MENEMUI AJAL EPISOD 1


25.12.2018
Assalamualaikum..

Kali ini pokcik nak kongsikan satu lagi kisah.. Kisah ini baru sahaja dikongsikan kepada pokcik sebenar tadi oleh hamba Allah yang mengalaminya..
Katanya dia baru sahaja melancong ke Indonesia selama lima hari.. Ketika di sana dia melawat tapak perkuburan suku kaum Pua.. Ketika di dalam tempat awet mayat, dia hanya ditemani oleh pemandu pelancong. Dia melihat satu keranda yang cantik. Dia menyentuh keranda itu sambil bertanya keranda itu kepunyaan siapa..

Menurut pemandu pelancong, di dalam keranda itu ada mayat keturunan bangsawan Pua yang sudah berusia 40 tahun.. Seterusnya dia melihat banyak mayat yang digulung dengan tikar mengkuang. Dia bertanya lagi, mayat siapa tu.. Menurut pemandu pelancong semua mayat itu berusia 3 hari dan sedang disiapkan untuk diawet.. Berderau darahnya dan dia terus keluar dari tempat itu.... Tiada apa keanehan yang berlaku....

Dia akhirnya sampai di Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi kerana penerbangan tertangguh 2 jam ketika dia nak balik ke Malaysia. Adiknya mengambil dia di lapangan terbang.. Sesampai di rumah adiknya dia dijamu makan. Ketika makan dia menceritakan apa yang dia alami di tapak perkuburan kaum Pua. Tiba-tiba adiknya mendengus seraya memandang tajam kepadanya namun selepas itu tiada apa yang berlaku....

Oleh sebab sudah pagi dia tidak mahu menukar pakaiannya. Tambahan pula dia sangat letih.. Adiknya bising dan suruh mandi tetapi dia tidak mahu.. Bagilah kain batik, katanya.. Adiknya memberikan kain batik lepas. Kain batik berjahit tak ada ke? Ini untuk orang mati, katanya lagi. Namun dia pakai juga...

Dia dikejutkan oleh adiknya pagi waktu Subuh. Bangun. Kata flight nak balik Kelantan pukul 3. Nak simpan barang-barang lagi, tambah adiknya.. Disebabkan keletihan dia meminta adiknya menyimpan barangnya dan diletakkan ke dalam beg. Tak lama kemudian dia pun bangun. Dia ke bilik mandi untuk mencuci muka..

Ketika melihat cermin dia terkejut. Mata hitamnya lebih besar daripada mata putihnya.. Besarnya itu hampir menutup terus mata putih.. Dia kemudiannya memegang hidungnya Hidungnya sudah senget.Dia membetul-betulkan hidungnya. Dia meraba-raba mukanya lagi.. Keningnya mula jatuh. Ketika itu dia yang belajar serba sedikit tentang kematian mula merasa di atas dahinya. Terasa ada nadi berdenyut di situ.. Tangannya dipicit. Kulit tangannya juga tenggelam seperti tanda orang yang akan mati. Dia dapat rasakan ada seseorang di sebelahnya. Aku nak mati dah, katanya di dalam hati...

Setelah itu dia mencuci diri kerana bersedia menanti maut. Setelah keluar bilik air dia pergi ke bilik kalau tak salah pokcik. Ketika ini dia sudah merasa sejuk bermula dari kaki. Aura sejuk terus bergerak dari kaki hingga ke pusat. Setelah itu kakinya jatuh ke bawah seperti jenazah. Bahagian bawah sudah sejuk. Tak lama kemudian terasa sejuk naik hingga ke ulu hati. Tak lama sampailah ke bahagian halkum. Dia sudah mula merasakan dirinya akan mati.. Saya hanya menunggu malaikat maut datang menjemput, katanya kepada pokcik...
Dia kemudiannya keluar dan dilihat oleh adiknya. Kenapa mu, ni? Tanya adiknya. Aku dah dapat rasa, aku nak mati, katanya. Adiknya memarahinya kerana dikatakan dia merepek. Setelah itu dia menelefon ustazahnya. Mungkin ustazah ni gurunya. Dia menceritakan perihal dirinya sekarang. Ustazahnya mula bertanya tentang wasiatnya. Dia bertanya di mana hendak dikebumikan dan sebagainya...

Setelah itu adiknya cuba memujuknya. Pakailah pakaian berwarna kuning, kita kan keturunan raja. Dia tak mahu. Aku lebih rela pakai pakaian warna putih. Senang korang nak urusankan aku. Aku pun sudah cuci telinga, hidung dan sebagainya. Aku dah bersih jadi senanglah nanti, tambahnya lagi.. Setelah itu adiknya memujuk untuk menjamah sedikit makanan tetapi dia tetap menolak. Katanya nanti susah kalau ada najis dan terpaksa dicuci..

Melihat keadaanya yang seperti sudah tidak tahu apa-apa, adiknya menelefon sepupunya. Dia risau membiarkan kakaknya naik kapal terbang seorang diri. Apa yang dia mohon kepada Allah, kalau boleh dia nak mati di rumahnya sendiri.. Perasaan berdebar dan jantungnya seperti nak gugur menunggu mati.. Dia tetap teruskan untuk menaiki kapal terbang untuk balik ke Kelantan. Dia duduk di kerusi sambil menunggu. Ketika itu dia melihat dirinya sendiri mundar-mandir di hadapannya.. Akhirnya dia melihat dirinya itu duduk di sebelah kerusinya sambil merenung dia.. Dah matikah aku, bisik dia sendirian...

Bersambung.... 

Sunday 23 December 2018

ILMU ALLAH

Assalamualaikum..

Baiklah kisah kali ini....
Semalam pokcik berbual dengan seorang sahabat pokcik. Kali ini topiknya perubatan jarak jauh.

Pokcik kata, ramai beranggapan bahawa rawatan jarak jauh menggunakan jin. Dia senyum sahaja. Tak semua, katanya.. Dia mula bercerita perihal ayahnya.. Ayah sahabat pokcik ni memang pokcik tahu teramat alim. Entah berapa kali entah dia mengerjakan haji.. Kesemua anaknya, dia sponsor ke Mekah. Setiap tahun seorang anaknya akan dia hantar untuk mengerjakan haji/umrah setahu pokcik.. Ini termasuklah sahabat pokcik semalam. Kalau tak salah pokcik, dua tahun lepas gilirannya ke sana.

Pernah dia nak belajar daripada ayahnya tetapi ayahnya tidak mahu menurunkan ilmu. Hang tu hisap rokok, payah nak hadam ilmu, kata ayahnya.. Tapi disebabkan hang suka bermain ular, ayah nak bagi hang ilmu menjinak ular tetapi hang  kena patuk dengan ular dulu, katanya lagi.. Hahahhahahhahhaa, sahabat pokcik gelak. Tak mau ehhh, katanya kepada pokcik.

Dia mula menceritakan pengalaman bersama ayahnya...

Kisah 1
Ada seekor lembu yang sangat garang tercedera. Semua takut nak mendekat dan merawat lembu tersebut. Seingat pokcik, kaki lembu tu tercedera atau patah. Dia pun melihat lembu itu dari jauh. Dia kemudian membuat isyarat seperti mengurut lembu tu. Mbohhhh Mbohhhh, meraung lembu tu sakit seperti diurut...

Kisah 2
Seorang guru silat kerasukan. Menurut sahabat pokcik, guru silat ni kalau kerasukan, dia akan lompat atau terbang ke alang rumah dan sebagainya. Ayah sahabat pokcik pernah menasihatinya untuk meninggalkan amalan tu tetapi dia masih tak mahu. Kita ni dah tua. Tinggalkanlah amalan syirik dan yang tidak mematuhi syariah, kata ayahnya kepada guru silat itu pada suatu hari.. Namun dia masih berdegil.

Suatu hari dia menerima panggilan telefon daripada isteri guru silat. Pak Lang, Pak Lang mai umah sat. Pak ***** merasuk ni. Ketika itu ayahnya sakit kepala. Selalunya ayahnya pergi dan terus penampar guru silat itu. Alhamdulillah sedar, kata sahabat pokcik. Kebetulan sahabat pokcik balik ke kampung. Angah, hang pi sat ke rumah Pak *****. Laa, cheq nak buat gena. Mana cheq pandai, kata sahabat pokcik. Tambahan pula masa itu rambut sahabat pokcik memang panjang. Mat Rock katanya. Hahhahhahaha. Satgi, orang kampung soheh tengok dia atas bawah...

Tak pa, ayah tolong hang. Buka tangan,kata ayahnya lagi. Setelah dibuka tangan, ayahnya mula membacakan beberapa potong ayat-ayat suci Alquran. Setelah itu dia tiupkan di tangan sahabat pokcik itu. Baiklah, laa ni hang pii rumah dia. Sesampainya sahabat pokcik ke rumah guru silat tu dia melihat orang kampung sudah memenuhi ruang tamu dan luar rumahnya. Sahabat pokcik dengan berlagaknya terus naik ke rumah dan pergi berdepan dengan guru silat yang sedang bersilat sambil terbang ke sana sini... Dia pun mengikut apa yang disuruh oleh ayahnya.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menunjukkan tapak tangan ke arah guru silat tu seraya melaungkan kalimah Allahu Akbar. Menurut ayahnya, kalau dia menyahut, dia akan rebah selepas laungan Allahu Akbar sebanyak tiga kali. Laungan pertama, terus dielak dan ditepis oleh guru silat itu. Rambutnya yang panjang terus ditarik. Hahahhahahhahhaa. Kelam kabut sahabat pokcik. Dia terus berlari keluar rumah sambil menelefon ayahnya. Tak jadi, ayah. Kata sahabat pokcik. Tak pa, ayah tolong. Hang buat lagu tadi. Dari luar rumah, sahabat pokcik halakan tapak tangan ke rumah itu. Laungan Allahu Akbar pertama, disahut oleh guru silat. Cukup laungan ketiga, dia pun rebah tidak sedarkan diri seizin Allah...

Ayahnya meminta si isteri mencari kemenyan di dalam rumah tu dan perasapkan. Mungkin jin guru silat tu lapar agaknya. Tak dak kemenyan, Pak Lang. Kata isteri guru silat. Ada, hang cari elok-elok. Kata ayah sahabat pokcik. Tak lama kemudian, alhamdulillah kemenyan guru silat itu dijumpai. Setelah diperasapkan, barulah dia sedar sepenuhnya. Gamaknya ayah sahabat pokcik tu masih menghormati sahabatnya. Kalau tak, habis jin guru silat tu kena silambam dengannya. Mungkin dia masih cuba menasihatinya agar meninggalkan amalan itu secara rela..

Kisah 3
Suatu hari ada seorang mamat patah kaki kerana jatuh motosikal. Datang ke rumah nak berurut katanya. Ayah sahabat pokcik di dalam rumah. Kebetulan sahabat pokcik balik ke kampung. Angah, hang ambil tali. Pi ukur panjang kaki budak tu. Katanya lagi. Sahabat pokcik mengambil tali dan mengukur panjang kaki lelaki itu. Setelah itu dia membawa tali itu kepada ayahnya. Lelaki itu masih di beranda rumahnya. Tiba-tiba, lelaki itu meraung sakit dan akhirnya alhamdulillah. Rupa-rupanya ayah sahabat pokcik telah mengurut tali tu..

Setelah itu dia keluar... Pak Lang kesian kat hang kalau urut kaki hang berdepan. Pak Lang tak sanggup tengok hang dok mengaduh, sebab tu Pak Lang urut dari atas rumah saja. Katanya lagi...

Itulah serba sikit kisah sahabat pokcik dan ayahnya seorang alim dan juga bilal masjid kalau tak salah pokcik. Kegarangan ayahnya mendidik dengan ilmu agama menyebabkan anak-anak begitu menghormatinya. Tak hairanlah isteri sahabat pokcik yang tidak bertudung sebelum sahabat pokcik ke Mekah, memakai niqab, nampak dua biji mata sahaja kalau balik ke kampung. Hahahhahahhahhaa..

Baiklah, sampai di sini sahaja kisah kali ini. Jadinya, nasihat pokcik, kalau kita tak tahu cara perubatan seseorang dan tidak arif tentangnya janganlah kita menjatuhkan hukum syirik, menggunakan jin dan sebagainya, bimbang merangkak kita di padang mahsyar untuk memohon ampun kepadanya kerana kita menabur fitnah.. Wallahuaklam.. Salam hormat...

Thursday 20 December 2018

PAKEJ JIN

20.12.2108
Assalamualaikum...

Kali ini pokcik kongsikan kisah petang tadi. Petang tadi ada satu keluarga dari Terengganu datang ke rumah pokcik.. Katanya sambil bawa anak bercuti, diorang datang ke rumah pokcik berjalan..

Orang tua-tua kata sambil menyelam sambil minum air. Alang-alang datang dia kata nak minta pokcik ikhtiarkan mereka. OK laa juga. Takkan datang dari jauh pokcik nak hampakan harapan depa. Setakat hemboiihh mohong-mohong apa salahnya..

Kebetulan dua minggu lepas depa ada berjumpa dengan Professor M dari tarekat N namun masih tak berjodoh. Biasalah semua perawat sekadar ikhtiar sahaja. Bukannya depa janjikan kesembuhan...

Mula-mula pokcik usahakan anak sulungnya. Kes SAKA. Haih si ayah tak kena SAKA terus ke anak. Serasi agaknya.. Dia pun tak pelik apabila pokcik kata SAKA sebabnya Proffesor M yang merawatnya dua minggu lepas pun cakap SAKA juga. Setelah meminta izin, pokcik terus pagarkannya. Mulalah si SAKA menunjukkan rupa.

Katanya SAKA mula bergerak di kaki kanannya ulang alik.. Nak ke mana kan.. Alhamdulillah ulang alik di situ sahajalah. Nak lari gamaknya.. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan. Pokcik karate je mohong-mohong. Katanya dah hilang segala pergerakan seizinNya. Sekejap je lepas itu dia terus tidur. Letih agaknya membawa SAKA ke sana sini....

Selepas itu pokcik usahakan ayahnya. Adehhh bukan kes SAKA tetapi lebih kepada gangguan dan sihir. Wallahuaklam. Sebaik sahaja pokcik pagarkannya terus dia rasa berat pada bahagian kaki dan belakang.. Kali ini pokcik silambam sahaja. Bergerak sesuatu di kepala ya sebenar.. Apa pun Alhamdulillah Allah permudahkan. Selepas selepas dia memberitahu panas tapak tangan pokcik  sambil memegang belakangnya. Orang rumahnya pun turut pegang belakang belikatnya. Aahh panas sangat katanya. Biasalah tangan bekas pekerja kilang aluminium memang laa panas. Biasa main tepi api dan asid.. Hahhahahha.. Gurau2...

Selepas itu pokcik usahakan si angah, anaknya. Sebelum pokcik usahakan dia dah gelisah. Entah berapa kali dia mundar mandir dan masuk ke tandas.. Kali ini lebih kepada jin yang nak berkawan dengannya. Kalau si ayah pokcik rasakan panas di bahagian belakang, si angah pokcik rasakan panas membahang di bahagian kepala. Terasa berbahang juga tapak tangan pokcik. Apa pun sekali lagi Allah permudahkan. Hilang dah debar, sakit perut dan sebagainya. Dia mula tenang... Segala puji bagi Allah..

Setelah itu pokcik usahakan si isteri pula. Pokcik check dulu sebab itu permintaannya. Kali ini pokcik dapat mengesan unsur tidak sihat pada bahagian kepala, mata, perut dan tuttttttt... Alamak nak cakap macam mana sebab anaknya berada di situ. Nak tak nak pokcik cakap jugalah.. Anak dia buat-buat tak dengar. Memang jin suka sangat duduk di tempat sensitif. Lepas usahakannya alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Akhir sekali dia mengaku lenguh di bahagian belakangnya. Setelah pokcik kutip, alhamdulillah hilang serta merta kesakitannya seizinNya.

Setelah berbual sebenar, mereka memohon untuk undur diri. Kata mereka malam ni mereka akan menginap di Shahzan Inn. OK laa tu.. Boleh berehat seketika sebelum bertolak balik ke Terengganu..

Entah apa projek mereka malam ni. Kalau ada kesempatan, pokcik akan pergi berjumpa mereka juga malam ni. Tumpang air-conditioning hotel. Hahahhaha gurau2.. Baiklah.. Moga berjumpa lagi pada lain kali in shaa Allah. Salam hormat semua..

Santaiiiiiii........

Wednesday 19 December 2018

SATU KELUARGA DEMAM

13.6.2018
Assalamualaikum..
Selamat pagi.. Mata pun tak mengantuk lagi maka pokcik taiplah mohong-mohong. Tengok group sunyi macam malam kat Gurun Sahara, pokcik kongsikan kisah malam tadi..

Dalam pukul 10.20 gamaknya pokcik ke rumah sahabat pokcik. Dengar katanya dah lama demam dari hari Jumaat tempoh hari. Maksudnya, masuk hari ini dah lima hari.. Anaknya lelakinya demam dan batuk, si ibu demam dan tak boleh bangun manakala si anak perempuan demam dan naik bintik-bintik merah seperti demam campak. Serentak pulak tu kan...

Dia call orang rumah pokcik dari hari Jumaat lagi. Pokcik tak pergi ke rumahnya kerana pokcik beranggapan mereka demam biasa sahaja. Kalau demam biasa, kebiasaanya dalam dua tiga hari selepas makan ubat, in shaa Allah sembuh seizin Allah. Dah tengok lama sangat mereka sekeluarga demam maka malam ini pokcik pun pergi ke rumah mereka.

Sesampainya di rumah mereka, si suami menyambut kami. Suaranya serak kerana baru lepas kebah demam juga. Dalam beberapa minit, dia pun memanggil orang rumahnya yang terbaring di dalam bilik. Kelihatan mukanya agak cengkung dan pucat. Biasalah keadaan orang sakit. Takkan merah menyala pulak mukanya. Kan....

Menurutnya dia asyik tidur sahaja sepanjang beberapa hari ini. Nak kata demam kuat, tidak juga, tambahnya lagi. Pokcik hanya mendengar sahaja tanpa menyampuk. Sesekali pokcik dengar batuk dari dalam bilik. Anak lelakinya laa tu, kan... Menurutnya lagi, dia hanya bangun untuk solat dan tidur kembali. Dia hanya bangun untuk berbuka puasa.. Itupun, mereka berbuka dengan makanan yang dibeli oleh suaminya...

Tengok keadaannya yang lemah, pokcik tak ingin berbual panjang. Si suami meminta pokcik melihat keadaan isterinya. Katanya, kalau tak ada apa-apa, besok pagi dia akan ke hospital. Tanpa melengahkan masa, pokcik terus scan dia mohong-mohong.. Nampaknya ada gangguan pada bahagian kepala, dada kanannya dan bahagian paha. Alhamdulillah, si suami mengiakan apa yang pokcik tengokkan tu. Memang si isteri mengadu kepadanya sakit di ketiga-tiga tempat itu...

Akhirnya pokcik pun terus ikhtiarkan dan berdoa kepada Allah agar memudahkan segala urusan. Setelah ikhtiar ambil di ketiga-tiga tempat itu, dia terus hanyut. Kali ini dia berasa kepalanya berpusing-pusing. Pandangannya mula berpinar dan dia mungkin berasa terawang-awangan.. Bagi menyelesaikan masalah itu, pokcik terus tumpukan pada bahagian kepalanya pula. Dengan izin Allah, alhamdulillah hilanglah sakit kepala dan peningnya. Dia mula berpijak di bumi nyata..

Setelah itu, pokcik keluar sekejap. Biasalah. Mata pun mengantuk, pekenalah sebatang. Hahahhahhaha. Si isteri terus bangun dan membuat kopi. Adehhhh.. Rasa bersalah pun ada. Tapinya rasa bersyukur pun ada sebab dia sudah tidak lemah dan berat badan seperti tadi. Setelah masuk ke dalam, pokcik diminta oleh si suami melihat keadaan anak lelakinya. Nampaknya tiada gangguan, in shaa Allah. Namun pokcik cuba hemboihh mohong-mohong pada bahagian dadanya dan berdoa agar si anak, sejuk kembali badannya. Setelah itu dia pulak masuk kembali ke bilik untuk sambung tidur..

Sebelum pokcik balik, si suami meminta air tawar untuk anak perempuannya. Buat jugaklah mohong-mohong sambil memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakit si anak perempuan.. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Sebelum balik ke rumah, sempat lagi pokcik singgah di kedai makan sahabat pokcik. Bukan apa, esok dia dah mula menutup perniagaannya kerana ingin menyambut Eidul Fitri. Dia nak balik kampung katanya keesokan pagi.. Moga dia selamat pergi dan kembali. Jauh juga pekerjanya nak balik ke Thailand. Kata isterinya pekerja Tahiland diberi 10 hari cuti kalau tak silap pokcik.

Haih, dah taip ni baru rasa nak berehat. Hihi. Moga berjumpa lagi semua. Salam hormat. Wallahuaklam..

Tuesday 18 December 2018

UJIAN DAN TEGURAN DARIPADA ALLAH

19.5.2018
Assalamualaikum...

Bulan puasa ni nafsu nak menulis pun kurang. Hahahhahhahha.. Nafsu makan tu ada laa noo tapinya alhamdulillah terkawal.. Kalau tak dak nafsu makan, tanda nak piii buat selama-lamanya laa tu gamaknya.. Wallahuaklam..

Lama tak menulis ( dua hari... Hihihi ) maka harini nak tulis panjang sikit laa kot no.. Kalau sambil baca tu menguap, tidur dulu nanti bangun tidur sambung baca semula. Hahhahahha... Boleh gitu? Kalau tak sempat habiskan juga, tandanya tak lama laa tu.. Hihihihihi.. Tak lama nak buka dah puasa.. Bukannya tak lama apa... Jangan salah faham..

Pesakit sekarang ni makin lama makin bijak. Terutama pesakit yang dah lama berubat dan pergi berikhtiar di sana sini dalam mencari penyelesaian bagi masalah mereka.. Apabila dah banyak tempat mereka pergi maka depa dapat membezakan kesan setiap rawatan.. Apa yang mereka rasa sama ada berlaku perubahan ataupun sebaliknya... Bab ini, hanya mereka yang merasainya dan perawat tak boleh menidakkan apa yang mereka rasa...

Kena pulak si sakit dah berubat di empat puluh tempat.. Takkan mereka tak dapat rasakan perbezaan bagi setiap rawatan yang diambil. Kalau rasa ok, mereka akan kata ok. Kalau tak ok, mereka akan kata tak ok.. Kalau makin teruk, mereka juga akan beritahu keadaan mereka makin teruk.. Kalau sebelum rawatan dan selepas rawatan keadaan mereka sama, maka mereka juga akan memberitahu bahawa tiada apa-apa perubahan yang berlaku...

Perawat yang jujur, akan bertindak balas secara jujur atas keadaan pesakit.. Kalau dah lima enam kali pesakit berulang-alik berjumpa dengan mereka tetapi masih tiada perubahan, sepatutnya mereka meminta pesakit berjumpa dengan perawat lain.. Bukannya kalau pesakit makin teruk, kita kata jin itu makin parah. Kalau jin parah, sepatutnya pesakit makin ok sebabnya dia dah mula hilang cengkaman ke atas pesakit.. Betul kan?

Pokcik sebenarnya tak suka pesakit yang menceritakan itu ini perihal perawat yang pernah mereka pergi.. Apa pun nak ke tak nak, sesetengah pesakit begitu exited untuk bercerita terutamanya perawat yang bagi mereka lain daripada yang lain.. Maksudnya terlalu pelik perangai atau kaedahnya berbanding perawat yang pernah mereka pergi. Kebiasaannya mereka akan bercerita perihal perawat yang kayangan, kaedahnya pelik, meminta amalkan bukan-bukan, menjanjikan kesembuhan dengan meminta pesakit datang berjumpanya berulang kali dan sebagainya...

Perkara yang sering menjadi rungutan dan isu pokok yang sering diperkatakan oleh pesakit ialah :
1. Harga terlalu mahal...
2. Pesakit dijanjikan kesembuhan setiap kali mereka pergi berjumpa..
3. Kaedah meragukan.
4. Pesakit diminta melakukan ritual di rumah.
5. Perawat banyak bercerita daripada merawat
6. Masa menunggu terlalu lama. Masa merawat dua tiga minit...
7. Langsung tidak dirawat. Diberikan air ruqyah dan diminta pesakit buat amalan di rumah..
8. Indah khabar dari rupa..

Itu antara rungutan mereka. Maksudnya, pesakit menjadi penilai juga atas apa yang kita buat.. Setiap apa yang perawat itu lakukan, ia akan menjadi buah mulut dan akan tersebar ke sana sini.. Kalau fitnah, memang laa tak wajar.. Tapinya kalau kebenaran yang tersebar bagi menyelamatkan orang lain yang ingin berubat dengan kita, dah tentu ia merupakan salah satu usaha untuk menyelamatkan orang lain daripada menjadi mangsa perbuatan atau penipuan kita....

Namun.....

Biasanya, kita hanya pandai menilai orang lain. Kita memang bijak menjadi hakim tak bertauliah. Kita lupa untuk menilai diri sendiri kadang kalanya.. Kalau tiada cermin diri, kita hanya akan nampak apa yang terhidang di hadapan kita.. Maksudnya kita hanya memandang kepada orang lain atau melihat kesalahan orang lain.. Kita juga sering menyalahkan orang lain sekiranya Allah masih belum mengurniakan kesembuhan kepada diri kita...

Apabila tak sembuh, selalunya pemikiran yang timbul dalam diri pesakit :
1. Perawat tak power
2. Ilmu penyihir tinggi
3. Sihir berulang
4. Kaedah perawat tak kena dgn sakit kita
6. Ilmu penyihir tinggi drp ilmu perawat
7. Perawat cari makan
8. Jin pesakit power drp jin perawat
9. Perawat guna jin

Jadinya
Kot mana pun, kita tetap akan menyalahkan orang lain... Kita tak pernah menyemak dan memuhasabah diri..

Alhamdulillah sekiranya Allah dah beri jalan keluar dari masalah kita.. Kalau masih tak insaf lagi tak tahu nak kata apa lagi dah...

Alangkah aman dan harmoni sekiranya tiada perawat yang menipu.. Pesakit pula, redha dan mula menilai diri sekiranya dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penawar bagi kesembuhan diri dengan mendapat keredhaan Allah...

Apabila pokcik fikir kembali, apa nak hairan..

Sebab itu Allah dah sediakan SYURGA dan NERAKA buat mereka yang berfikir...

Santaiiiii...
Selamat menjalani ibadah puasa.. Moga kita tidak hanya mendapat lapar dan dahaga.. In shaa Allah...

Salam hormat semua....





SAKA DAN SIHIR TIADA KESUDAHAN

Assalamualaikum....
Malam ni sempat usahakan satu kes secara jarak jauh.. Asyik terjaga pukul 2 pagi dan sakit. Siang OK katanya.. Ada jadual pulak ye. Hahahahhaha macam2.. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan urusan...

Tu kes yang baru pokcik usahakan tadi...

Gambar di bawah ni lain pulak ceritanya..
Kata hamba Allah yang hantar ni, orang tu jumpa dalam pasu bunga di rumahnya. Asyik jumpa je. Sebelum ni banyak dah jumpa. Dia juga sakit katanya. Entah sakit apa tak pula diberitahu kepada pokcik...

Pokcik minta dibakar je benda tu tapi asapnya kalau boleh jangan dihidu bimbang juga kan. Lainlah kalau dah ditawarkan seizin Allah...

Inilah kehidupan kita zaman sekarang... Lepas satu kes, ada lagi kes lain. Tu tak termasuk kes yang minta pokcik usahakan. Lama dahulu pokcik nak usahakan dia kes saka kalau tak salah... Elok pokcik nak usahakan dia kata suami suruh check je. Pokcik kata kalau setakat nak scan bagai tak payah laa.. Pokcik pun bukannya free selalu...

Ni dia pm pulak. Katanya suaminya dah beri kebenaran. Dia dah tak tahan diganggu.. Masalahnya pokcik ni bukannya selalu free. Pokcik tak boleh ikut masa depa. Lainlah pokcik ni bisnes berubat orang. Depa kenalah ikut pokcik. Kan. Takkan pokcik pulak nak ikut masa depa.. Lagi satu, sebelum pm ke apa ke, perempuan yang dah bersuami eloklah minta izin suami dulu.. Ni masa pokcik kata ready nak ikhtiar depa, baru masa tu kata nak kena tanya suami dulu...

Apa pun, moga kita semua dalam lindungan Allah... Kalau kita dekat denganNya in shaa Allah, jangan kata depa nak mendekat. Dengar tapak kaki kita lalu pun depa menyimpang jauh dah... Kalau depa dekat juga, jangan lupa bahawa semuanya seizin Allah juga...

Jangan marah no...
Kita sembang hangatkan suasana malam...


SEMBANG KOSONG

27.4.2018
Assalamualaikum..
Santai petang...

Suatu hari pokcik borak santai di rumah sahabat pokcik. Pokcik tak ingat sama ada menunggu si sakit datang atau sebagainya sebabnya banyak juga kes yang pokcik usahakan di rumahnya... Tambahan pula rumahnya hanya bersebelahan rumah mak mertua pokcik...

Pokcik : Haih rileks nampak.. Mcm naga..
Kawan.: Biasalah org pencen..

Pokcik : Patutlah asap nampak sampai ke luar
Kawan : Hahhahahhha... Apa khabar weh?

Pokcik : Alhamdulillah sihat..
Kawan : Kwn suka btl kalau awok mari... Ada laa cerita mistik.. Hahhahahha ( sambil gelak)

Pokcik : Ada.. Biasalah tu. Ramai org sakit pelik  sekarang ni..
Kawan : Tu laa.. Makin moden makin makin jadi mcm zaman jahilliah. Kes apa terbaru..

Pokcik : Kes berat.. Hantu kucing mengganas. Kejar pastu dia bertukar jadi angsa.. Pokcik tangkap nak sembelih dia bertukar jadi perempuan tua.. Pokcik tepuk tanah dia bertukar jadi asap. Hilang je asap, tiba-tiba ada batu lesung.. Terus pokcik bawak balik. Kebetulan nak buat sambal belacan.. ( Haaa.. Nampak tak.. Nampak tak kayangan.. Tapi inilah yang orang suka.. Hihihi)

Hahahha.. Cerita tu pokcik saja buat... Sebenarnya kisah benar yang lain laa.. Hihihi.. Baiklah... Pokcik sambung..

Kawan : Awok patut ubah penampilan.. Kalau buat jauh tak pe laa sebab org tak kenal.. Kalau org tiba-tiba nak jumpa awok mcm mana. Dressing mcm ni, playboy boleh laa.. Kenalah nampak warak sikit.. Pakai kupiah.. Pastu kalau org datang, pegang tasbih.. Cari tasbih mcm tok sami tu. Cari yg besar.. Mulut buat-buat kumat kamit.. Cari jambang palsu.. Lagi satu, jubah kena pakai tiap-tiap kali orang nak datang jumpa.. Hahhahahha ( Dia gelak  )

Pokcik : Hahahha... Biar lantak laa.. Pokcik bukan cari makan.. Org nak ikhtiar tak kira kita macam mana.. Tak nak kita ikhtiar lagi bagus. Badan pun tak penat... Hahhahahhha...

Atas tu perbualan btl.. Cuma bab gangguan tu pokcik reka.. Hihihihihi...

Terbaru.....

Ahmad : Rileks juga lepak sini ye
Pokcik : Yaa.. Santai je.. Nak makan apa pun ada

Ahmad : Maaflah pasal kakak saya.. Banyak kali dah nak ikhtiar dgn pokcik tapi tak jadi..
Pokcik  : Tak de masalah. Pokcik bukan cari makan. Sekadar nak membantu sahaja. Tak janjikan apa-apa bulan bintang..

Ahmad : Rasa bersalah pulak saya
Pokcik : Takde masalah sahabat.. ( Memang pokcik tak berasa hati pun  )

Ahmad : Sebenarnya masa sahabat datang malam tu nak melawat, dia tanya saya.. Kenapa kawan awak pakai macam tu? Saya cakap dengan dia. Perawat kena pakai macam mana. Kena berjubah, cakap anta ana anta ente ke?
Pokcik : Hahhahahhahha. Takde masalah sahabat. Lagi satu, saya bukannya nak paw duit dia. Kalau nak paw duit dia lain pulak caranya. Saya pakai laa jubah, kupiah bagai.. Boleh menyamar.. Hahhahahhahha...

Ahmad : Betul laa tu..
Pokcik : Tak ada masalah.. Jom minum..

Itu kebenaran... Kakak sahabat pokcik dah banyak kena tipu dengan penampilan. Sakit makin parah hingga dikejarkan ke hospital.. Begitu juga suaminya.. Kedua-duanya sakit..

Suaminya tidak boleh tidur malam dan sakit.. Pukul 1 pagi pasti dia akan bangun kerana sakit.. Pada malam kunjungan pokcik berjumpa mereka pada malam itu..

Si suami : Kawan ni sakit tapi org nampak mcm sihat..
Pokcik : Sakit apa tu..

Si suami : Tak tau nak cerita. Sakit seluruh badan. Pkl 1 ke atas akan bangun dan terjaga kerana sakit...
Pokcik : In shaa Allah. Malam ni akan tidur awal.. Percayalah...

Si suami : Tak tahulah.. Merata berubat. Sampai ke Siam di sekolah pondok dan sebagainya..
Pokcik : In shaa Allah...

Si isteri memerhati sahaja pokcik. Atas bawah atas bawah sebab pokcik hanya pakai tshirt dan berseluar jeans.. Hihihihihi...

Apa pun alhamdulillah malam itu si suami tidur nyenyak dan awal.. Padahal malam sebelum itu dia bangun juga walaupun berada di hospital.. Malam-malam sebelum itu pun sama.. Si isteri pun doktor terkejut sebab alhamdulillah seizin Allah dan doktor membenarkan keluar padahal malam itu  tekanan darahnya tiba-tiba naik semasa pokcik berada di situ. Atas 153 bawah  93... Apa nak hairan... Semuanya kerja Allah. Kebetulan sahaja pokcik pulak berada di situ..

Tapinya.....

Apa yang pokcik nak sampaikan, orang kita masih tertipu dengan TOPENGAN PERAWAT dan rela habis beribu hingga berbelas ribu sekiranya perawat itu nampak warak biarpun masalah makin teruk..

Betullah kata mereka...

Manusia ikhtiar Allah Menyembuhkan..

Santai petang..


#SekadarRenungan

Monday 17 December 2018

TAPAK APA PULAK TU?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Ini gambar yang dihantar oleh kawan orang rumah pokcik...

Katanya tengah bawak kereta tiba-tiba keretanya terasa dihenyak dari belakang...

Dengan tidak semena-mena kereta menjadi berat.. Apabila dia berhenti di RnR, dia lihat ada tapak tangan dan kaki....

Berhati-hatilah ketika dalam perjalanan. Seeloknya bacalah doa penggerak dulu atau doa menaiki kenderaan.. Moga kita semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui...



Kejadian di LPT 2.

TREND BARU JIN?

Assalamualaikum.
Santai petang....

Trend baru hantu...
Dulu hantu suka mengacau dalam rumah, mengusik orang di tepi jalan, merasuk dan sebagainya...

Sekarang ni depa makin bijak. Jarang dengar pesakit merasuk dah. Yang banyak merasuk AGAKNYA laa kan, hantu tok bomoh tu sendiri. Sendiri soal sendiri tunggu jawapan sambil pasang video. Kadang kala merasuk sampai sejam dua. Tudia aih. Yang lebihnya cerita daripada pesakit yang dirasuk....

Tiga empat kes kebelakangan ni tak ada trend merasuk.

Kes pertama. Pesakit tak boleh kelip mata. Agaknya seminggu dua juga keadaannya. Kes ni pokcik usahakan dari jarak jauh. Kes di Langkawi.. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dapatlah dia kenal orang sekeliling. Boleh bangun dan makan seizinNya selepas itu. Kalau tak, baring sahaja di tempat tidurnya. Hanya minum sahaja yang disuapkan oleh anaknya tanpa menjamah makanan... Yang ni pokcik nampak lebih kepada pemakaian diri. Haaa masa muda semua orang ikut cakap. Nama pun jin, lama-lama makan tuan. Kan...

Kes seterusnya semasa pokcik balik ke Perlis. Berguling-guling bapa saudara pokcik. Sakit kepala katanya. Tengok dia dok adoiiii sakit, adoiiii sakit, tak sampai hati pulak. Dalam letih pun pokcik hemboihhh juga mohong-mohong setakat tahu. Alhamdulillah hilang sakit kepalanya serta merta seizin Allah. Alhamdulillah. Tak ada merasuk lagi. Asyik melibatkan masalah fizikal sahaja...

Pokcik kemudiannya balik ke Kuantan. Macam biasalah pokcik mengeteh di kedai kawan pokcik. Sedang mengeteh, isteri sahabat pokcik datang ke meja makan pokcik. Katanya dia nak minta pokcik ikhtiarkan tukang masaknya yang demam sudah empat lima hari. Katanya klinik dah pergi tetapi masih begitu keadaannya. Pokcik kata biasalah. Musim demam. Pokcik pun masih demam urat sejak balik dari Perlis. Oleh sebab dia bersungguh-sungguh meminta pokcik usahakan, tak sampai hati pulak. Tambahan pula, kedainya ramai orang dan tukang masak tinggal tokey kedai dan seorang lagi pekerjanya.

Pokcik naik jugalah ke tingkat atas kedainya. Pekerjanya itu terbaring sahaja. Pokcik nyatakan tujuan pokcik. Dahulu pun pokcik pernah usahakannya. Bengkak kaki dan sahabat pokcik membawanya ke rumah pokcik. Bengkak apa kalau tetiba surut dan tertutup lukanya seizinNya selepas diusahakan. Kan. Dipendekkan cerita pokcik letakkan tangan pokcik berhampiran kepalanya. Amboiiiiiii bukan main panas lagi. Berbahang terasa tapak tangan pokcik.. Apa pun alhamdulillah, dia boleh memulakan kerjanya selepas itu seizinNya...

Keesokannya pokcik mendapat panggilan telefon. Katanya nak datang ke rumah pokcik. Menurut pemanggil anak daranya tak mahu bercakap dengan orang. Dia jadi pendiam dan matanya memandang ke atas sahaja. Ada gaya nak merasuk. Tapi bukannya merasuk sebab keadaannya dah tiga empat hari begitu. Apabila depa sampai ke rumah, pokcik persilakan masuk. Pokcik meminta dia duduk di hadapan pokcik. Pokcik tanya kepadanya berapa hari dah sakit. Dia diam. Matanya tak mahu memandang pokcik. Amboiiiiiii cenge ngat aih. Hahahhhahahhaha..

Tanpa melengahkan masa pokcik terus doakan dia. Selepas itu terus pokcik beri dia minum. Dia sendawa tak berhenti-henti. Kakaknya urut di belakang. Dia kemudiannya muntah sedikit di dalam plastik. Tengok banyak sangat sendawa pokcik meminta orang rumah pokcik keluarkan keris... Makkkkkk, rayunya kepada emaknya. Emak ada ni, jangan takut. Kata emaknya. Bukannya pokcik nak potong leher dia. Hahahhhahahhaha. Pokcik hanya nak ikhtiarkan tarik saki baki angin ke dalam keris.

Selepas itu pokcik cuba mencabut keris dari sarungnya. Adoiiiiii ketat pulak dah. Berpeluh pokcik tarik tetapi tak mahu juga. Ketat sebab sejuk agaknya. Pokcik meminta orang rumah pokcik mengambil keris lain. Kali ni alhamdulillah boleh dicabut dari sarungnya. Pokcik ikhtiarkan tarik angin ke keris itu namun tak berjaya. Pokcik masuk ke bilik dan menyimpan keris itu dan berusaha mencabut keris yang terlekat itu. Alhamdulillah boleh ditarik keluar dari sarungnya. Terus pokcik ikhtiarkan tarik angin ke keris itu. Alhamdulillah akhirnya dia diam. Tiada sendawa dan sebagainya.

Emaknya tanya, OK dah kepala. Alhamdulillah katanya, tak sakit lagi dah. Dia sudah mula bersuara. Sebelum balik dia sempat berterima kasih atas usaha pokcik. Akhirnya mereka pun pulang..

Jadinya berdasarkan empat kisah kes baru-baru ini yang pokcik kongsikan ini tiada kes bersilat, merasuk dan sebagainya. Jadinya adakah trend jin terkini hanya mengganggu fizikal dan menumpang makan pada si sakit? Adakah kebanyakan kes merasuk atau sebagainya ada juga berpunca daripada pergolakan emosi dan perasaan si sakit dan cara mereka meluahkan perasaan yang terbuku di hati? Atau. Adakah soal jawab perawat dengan si sakit dengan jin KEBANYAKANNYA jin perawat berkenaan. Wallahuaklam. Kalau kita jujur dan ikhlas kita tidak akan berasa hati dan marah. Salam hormat....

Friday 14 December 2018

GANGGUAN DI RUMAH PENGASUH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi. Kali ini perihal gangguan di rumah pengasuh  Nak dijadikan cerita, pada suatu hari pokcik dihubungi oleh emak saudara orang rumah pokcik di Johor. Katanya ada seorang anak asuhan yang tidak mahu masuk ke dalam rumahnya  Ye laa kan, kalau baru dihantar ke rumahnya boleh jadi masih takut atau sebagainya  Kalau dah lama, tiba-tiba meragam sudah tentu ada yang tak kena 

Kebetulan pula semasa pokcik dihubungi, anak tersebut ada di situ. Pokcik dapat mendengar dia menangis  Emaknya terpaksa memujuk dan meletakkannya di dalam kereta  Kasihan pula. Tambahan pula, pokcik diberitahu emaknya itu terpaksa mengambil cuti kerana si anak tak mahu tinggal di rumah pengasuh. Mungkin dia istimewa agaknya sebabnya anak-anak lain OK sahaja bermain di dalam rumah itu.

Pokcik meminta emak saudara menghantar gambar keadaan rumahnya ketika itu juga. Ternyata ada gangguan di dalam rumahnya  Tidak hairanlah si anak kecil itu sering melihat ke arah siling dan menunjukkan jari ke arah beberapa tempat di ruang tamu dan dapur  Ternyata tidak semua anak kecil dapat melihat kerana anak-anak lain bergembira sahaja. Kan..

Setelah pokcik doakan dan ikhtiar rumah itu, si emak budak itu meminta pokcik usahakan tempat tinggalnya juga  Amboi melarat pulak. Hahahahahhahaha. Pokcik layan jugalah. Katanya rumahnya juga boleh tahan. Ada dengar pelik-pelik agaknya. Bunyi yang biasa ialah bunyi guli. Entahlah apa kaitan bunyi guli dengan gangguan  Pokcik pun tak nak ambil tahu sangat. Sekadar ikhtiar sahaja dan selebihnya berserah kepada Allah. Allah perkenankan doa  alhamdulillah  Kalau Allah tak perkenankan pun, muhasabahlah diri. Mungkin ada sesuatu yang tak kena pada diri pokcik  mungkin juga ada yang tak kena pada diri atau keluarga tersebut dan doa tidak diperkenankan.

Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan keluarga tersebut  Anak tersebut sudah masuk masuk ke dalam rumah pengasuh. Segala puji bagi Allah  Moga Allah sentiasa menjauhkan kita daripada gangguan iblis dan Syaitan.  Moga berjumpa lagi  Salam hormat .