Tuesday, 21 August 2018

PERUBATAN ISLAM YANG SEBENAR

15.8.3018
Assalamualaikum

Nak cerita bab hukum dan Islamik jom kita cerita betul-betul bab dinamakan PERUBATAN ISLAM YANG SEBENARNYA.

Baca elok-elok no kalau nak buka pusat perubatan atau nak ambil upah atas bacaan ruqyah walaupun atas nama ruqyah syar'iyyah...

Sheikh Shalih Al fauzan pernah ditanya, "Apa pendapat  Syaikh tentang  orang yang membuka pusat  perubatan dengan bacaan ruqyah?."

Beliau  menjawab, "Ini tidak boleh dilakukan kerana ia membuka pintu  fitnah, membuka  pintu usaha bagi yang berusaha melakukan tipu muslihat. Ini  bukanlah perbuatan  As-Salafush Shalih bahawa mereka membuka rumah atau membuka tempat-tempat untuk  tempat perubatan.

Melebarkan sayap dalam hal ini akan  menimbulkan kejahatan,  kerosakan masuk di dalamnya dan ikut serta di dalamnya  orang yang tidak baik.  Kerana manusia berlari di belakang sifat tamak, ingin  menarik hati manusia  kepada mereka, kendatipun dengan melakukan hal yang  diharamkan. Dan tidak boleh  dikatakan,"Ini adalah orang shalih." Kerana manusia  mendapat fitnah, semoga  Allah memberi perlindungan. Walaupun dia orang shalih maka membuka pintu ini  tetap tidak boleh." 

Banyak manusia  berkeyakinan tentang kekhususan  tertentu yang dimiliki oleh orang yang telah melakukan ruqyah (raaqi), sehingga  mereka mempunyai anggapan (bersikap ghuluw/berlebihan) terhadap raaqi tentang  apa-apa yang dibaca ketika sedang meruqyah. Aslinya dalam syariat Islam adalah  saddu dzari`ah (mencegah bahaya) kerana pekerjaan ruqyah ini kadang-kadang  membuka pintu kejahatan dan kesesatan bagi ahli Islam.

Cara-cara seperti ini  (mengambil ruqyah sebagai mata pencarian ) tidak pernah ada (dasarnya) dari Nabi saw.  dan tidak pula dikerjakan oleh satupun dari sahabatnya, serta tidak pernah  dikerjakan salah seorang dari ahli ilmu dan ahli kemuliaan, walaupun mereka ada  keperluan. Pada dasarnya kita harus mengikuti dan mencontoh mereka (Nabi, para  sahabatnya, ahli ilmu, dan ahli kemuliaan).

Pada dasarnya bila  seseorang menjadikan ruqyah sebagai pekerjaan, ia akan disibukkan oleh urusan ini  dan meninggalkan urusan-urusannya yang lain. Terkecuali bila seseorang tadi  mempunyai pekerjaan dan tidak  menjadikan ruqyah sebagai profesinya serta tidak  membuka pusat perubatan , maka hal itu dibolehkan. Dan dia hanya melayani  masyarakat yang memerlukan bantuannya untuk diruqyah kerana diganggu setan. Dia  niatkan ruqyahnya untuk tolong menolong dalam kebaikan, amar ma`ruf nahi munkar,  memerangi setan dan jin yang mengganggu manusia dan mengharapkan redha Allah  semata.

Dia tidak mengharapkan upah dari manusia dan tidak menetapkan tarif  besar kecilnya dari manusia. Bila di tengah-tengah ia meruqyah ada yang ikut  (maksudnya adalah diberi upah), maka bila ia memerlukan boleh diambil. Dan bila  ia tidak memerlukannya kerana sudah merasa cukup, maka boleh tidak diambil  sebagai sikap zuhud pada apa yang ada di tangan manusia. Kerana pada dasarnya ia  hanya mengharapkan redha Allah dan wajah-Nya serta menolong manusia yang  memerlukan  bantuannya. Melakukan ruqyah dengan niat seperti ini adalah  dibolehkan dan disyariatkan .

Adapun bila ia melakukan ruqyah hanya dipakai  sebagai pekerjaan saja, membuka pusat perubatan  dan memasang tarif yang tinggi serta  tidak ada unsur untuk membantu masyarakat yang memerlukan pertolongannya. Maka  meruqyah dengan niat seperti ini, jelas bertentangan dengan syariat. Wallahu  A`lam Bish Shawab.


HUKUM MENGAMBIL UPAH RUQYAH

Seharusnya Seorang raaqi/ yang meruqyah (berniat) berbuat baik dengan  ruqyahnya untuk manfaat kaum muslimin dan mengharapkan pahala dari Allah  dalam  mengubati umat islam yang sakit, menghilangkan bahaya dari mereka, dan tidak  mengharapkan upah atas ruqyahnya. Tetapi ia menyerahkan perkaranya pada pesakit. Jika mereka memberikan kepadanya melebihi jerih payahnya, ia mesti bersikap zuhud  dan mengembalikannya. Jika upahnya kurang dari haknya, ia mesti membiarkan  kekurangannya.

Syekh Abdullah Al Jibrin berkata, " Tidak ada halangan  mengambil upah atas ruqyah syar`iyyah DENGAN SYARAT kesembuhan dari sakit."

Dalilnya adalah hadits riwayat Abu Sa`id , bahawasanya teman mereka meruqyah  pemimpin suku tersebut setelah ada kesepakatan antara mereka atas upah sekelompok kambing, lalu mereka pun menepatinya.

BAB PERUQYAH SENTUH PESAKIT

Banyak pula di antara peruqyah yang berhadapan langsung dengan pesakit  wanitanya dalam jarak yang sangat dekat. Sehingga mereka meruqyah sekaligus meru`yah (melihat) wanita yang bukan mahramnya dengan puas dan tanpa malu-malu . Padahal Allah SWT berfirman: “Katakanlah kepada kaum mukminin: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada kaum mukminat: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya’.”(An-Nur: 30-31).

Banyak peruqyah memegang bahagian tubuh wanita yang diruqyah, walaupun dengan memakai sarung tangan tetapi sentuhannya tetap saja dirasa oleh kedua belah pihak. Dengan bebas, sang peruqyah memegang dan melihat wanita yang sedang menjadi pesakitnya. Bukankah ini pelanggaran yang nyata terhadap syariat ? Apakah mereka tidak takut kepada Allah swt ketika melakukan perlanggaran itu? Jika mereka beralasan bahawa ini dilakukan dalam proses rawatan, maka yang demikian tidaklah tepat kerana ruqyah boleh dilakukan tanpa harus melanggar ketentuan syariat Islam.

Ruqyah bukanlah hujjah untuk menghalalkan segala cara. Ruqyah adalah amalan yang disyariatkan, maka semestinya dipraktikkan tanpa melanggar ketentuan-ketentuan syariat lainnya.

RUJUKAN

(Lembaga Mudzakarah Al Irsyad Al Islamiyyah).

SUMBER  BACAAN LAINNYA:

1. Zadul Ma`ad, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah.

2. Fathul  Majid Syarah Kitab Tauhid Syekh Muhammad bin Abdul Wahab.

3. Al Qaul Mufid  Fi Kitabut Tauhid, Syekh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin

4. Syarah Kitab  Aqidah At Thawiyyah, Imam Abil Izz

5. Fatwa-fatwa terkini, Imam Baladul  Haram.

6. Aqidah Mukmin, Syaikh Abu Bakar Al Jazaairi.

7. Minhaj Al-Syar`i Fi `Ilaaji Al Massi Wa Al Shura`i.

8. Fataawa Lajnah Daaimah.

9. Alam Jin dan Manusia, Ustadz Abu Umar Abdillah.

10. Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar.

11. Shahih Muslim Syarah Imam Nawawi.

12. Idhaahu Ad Dalaalah Fii `Umuumi Al risalah.


POKCIK BERASA SERAM

12.8.2018

Assalamualaikum

Tajuk : Pokcik Berasa Seram 

Lebih kurang pukul lima lebih tadi ada satu panggilan telefon daripada sahabat orang rumah pokcik. Katanya emaknya nak datang ke rumah pokcik. OK laa tak dak masalah.. Lepas mendobi dan cari sedikit makanan, kami pun pulang ke rumah..

Lebih kurang pukul enam petang sebuah kereta berhenti di hadapan rumah.. Keluarlah satu keluarga yang terdiri daripada lima orang. Kesemuanya perempuan.. Si nenek, emak dan tiga orang anaknya..

Apabila berbual seketika pokcik pun bertanya, siapa yang sakit. Maklumlah ramai yang datang. Si ibu berkata, semua tu sakit. Alamak.. Hahahhahahhahaha. Ramai pulak.. Tak kisah laa tu, kan.. Pokcik mula dengan anak perempuan sulungnya.. Dia memberitahu bahawa dia pernah bermimpi terdengar suara budak menangis. Kemudian dia terjaga dan bangun dari tempat tidur. Dia masih terdengar suara bayi menangis itu.. Dia bangun dan mencari dalam rumahnya tetapi tiada.. Setelah dia amati rupa-rupanya suara itu datangnya dari luar rumah..

Selain itu jari kakinya sering disentap ketika tidur. Ada juga jenis hantu macam tu noo. Dok kacau orang tidur. Hahahhahhahaha.. Sebenarnya pokcik beranggapan dia hanya mengalami gangguan biasa, bukannya saka atau sebagainya.. Maklumlah ketika nak pergi kerja dia menempuhi kawasan hutan dan rumah kosong..

Nak Dipendekkan cerita, pokcik scan lebih-lebih kurang. Dapatlah pokcik mengesan di mana tempat gangguan itu berada.. Gangguan hanya berkisar pada bahagian atas badan sahaja... Alhamdulillah Allah permudahkan. Kini habis panas bahagian belakang badannya. Biasalah tu kan. Dia tanya kenapa jadi begitu. Pokcik katakan bahawa pokcik doakan agar dibakar semua gangguan itu.. Alhamdulillah ringan katanya...

Setelah itu pokcik memanggil adiknya pula.. Adiknya sakit kepala dan sakit belakang. Alhamdulillah katanya. Semasa dalam perjalanan tadi bukan main sakit. Apabila nak melangkah masuk ke dalam rumah. Sakit kepalanya hilang seizinNya. Sakit belakang pun rasa sikit-sikit sahaja lagi. Pokcik pun terus proses bahagian belakangnya. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar seizinNya..

Setelah itu pokcik panggil pula si nenek. Kata si nenek, dia sakit bontot. Tulang bontot berasa sakit katanya.. Pokcik tanya laa, dah buat MRI ke? Dia kata dah buat dua kali. Keputusan yang ditunjukkan, dia tiada masalah. Nak tak nak pokcik kena proses juga laa. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan. Akhirnya dia hanyut dan seperti orang kebingungan.

Yang terakhir ini membuatkan pokcik seram. Anak dara tetapi anak syurga. Faham laa kan. Ada penyakit down syndrome. Dari awal sampai sudah, dia dok perhatikan pokcik sahaja. Matanya tak kelip-kelip. Pokcik bimbang dia terkam dan peluk pokcik sahaja.  Apabila emaknya suruh dia turun dari kerusi, dia terus terpa nak duduk sebelah pokcik. Jenuh pokcik mengesot. Dia ikut. Macam nak duduk atas riba. Adehhhhh..

Pokcik pernah usahakan dahulu seorang anak syurga ni. Perempuan juga. Waktu nak mula dia terus kentut. Adooiiiiii tak sempat baca basmallah dia buat pokcik gelak kuat. Sekali ngan dia dan emaknya gelak. Pastu dia cakap, cheq entut... Adehhhh... Bayangkan anak dara. Tapi anak syurga. Biasanya golongan lurus sebegini ramai golongan jin nak berkawan. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhati tingkah laku mereka.

Memang dia duduk tak senyap. Sekejap merenung pokcik, sekejap gelak  sekejap seperti mengilai dan sekejap menjauhkan diri dari pokcik. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dia melihat ke atas dan bercakap dalam bahasa yang pokcik tidak fahami. Begitu juga ibunya. Dia pun tak faham. Wajah yang tadi cerita, gelak, menganjing dan sebagainya Kini dah tiada.

Matanya merah seperti nak menangis dan berpisah dengan seseorang. Sebelum balik pokcik doakan air yang dibawa oleh mereka. Pokcik meminta mereka balik awal kerana pokcik tak mahu ketika waktu maghrib pun mereka masih dalam perjalanan. Haaa speed betul cerita malam ni. Maklumlah esok kerja. Hahahahhahhaha..


  .

Santaiiiiiiiiiiiii

PAKISTAN

18.8.2018

Assalamualaikum...



Harini ada dua orang nak ikhtiar.. Satu tu nak ikhtiar si suami. Haritu pokcik ikhtiarkan si isteri... Ingat lagi kisah si aloung dalam tajuk Bidan Berpakaian Hitam? Haaa ni suaminya pulak si along minta ikhtiarkan.. Tak tahu laa kes apa pulak... Tapinya pokcik kata  harini pokcik cuti sebab tak berapa sihat... Memang tak larat sangat pun...

Pokcik dan orang rumah terus panggil grab. Malas pulak pokcik nak memandu ke bandar. Orang rumah ajak tengok wayang pulak dah. Tak paa laa.. Layan... Cerita Hantu Kak Limah dia teringin nak tengok. Nak tak nak piii jugaklah sebab dia dah call grab.. Pokcik mana nak tahu grab apa bagai maklumlah orang tua.

Dalam perjalanan pergi tiba-tiba masuk pulak call.. Call kali ini daripada sahabat pokcik.. Angkat jugalah takkan tak angkat.. Tiba-tiba dia kata serba salah sebabnya dia tahu pokcik sedang tak sihat. Haih lain macam pulak noo.. Soheh nak mintak ikhtiarkan sesiapa.. Kan...

Betullah jangkaan pokcik. Dia beritahu adik iparnya membawa sepasang suami isteri dari KL. Dia beritahu pokcik tak sihat tetapi dia nak datang juga... Depa sampai pukul 3 pagi tadi dari KL. Katanya kalau boleh nak balik ke KL malam ni.. Adoiiiii pokcik serba salah pulak. Nak tak nak pokcik kata, pokcik akan call dia sebaik sahaja balik dari menonton..

Tengah layan Hantu Kak Limah, dia call lagi.. Call mula-mula pokcik tak angkat. Call kali kedua nak tak nak angkat laa jugak.. Pokcik cakap sekali lagi.. Balik nanti pokcik akan call semula. Pukul enam lebih juga pokcik sampai ke rumah.. Selesai sahaja solat Asar pokcik keluar semula.. Sesampai di sana, pokcik meminta izin untuk solat Maghrib dahulu.. Setelah selesai semuanya barulah pokcik bertanya apa masalahmya sampaikan sanggup turun dari KL.. Kalau biasa-biasa sahaja, dah tentu diorang tak sanggup nak pergi balik hari. Kan...

Suami isteri tu orang Pakistan.. Si suami tak pandai sangat bahasa Melayu. Si isteri bolehlah sikit-sikit.. Nak tak nak pokcik cakap Pakistan laa. Apa laa sangat. Kakakakakakka.. Gurau-gurau. Mereka datang berempat. Adik sahabat,  suami isteri Pakistan tu dan mungkin adik salah seorang daripada mereka... Pokcik tanya adik sahabat pokcik, apa masalahnya. Dia kata kawannya itu ada tiga buah kedai telefon. Boleh kata orang senang jugaklah kan...

Dia rasa pelik. Kalau hubungannya dengan orang rumahnya OK, perniagaannya merosot. Kalau hubungannya dengan orang rumahnya tegang dan bergaduh, perniagaannya OK. Haih macam mana pulak tu.. Kan... Suaminya jadi seorang yang panas baran. Hal kecil diperbesar. Jangan kata orang rumahnya, dengan pekerjanya pun sama. Salah sikit walaupun hal remeh-temeh pun dia akan maki. Baran tahap gaban kan.. Hihihihi..

Kemuncaknya, dia melihat seekor kucing hitam yang sangat besar masuk ke rumahnya. Apabila dia lihat semula, kucing itu dah hilang. Dia juga sering berdiri bulu roma, tak kiralah di rumah atau di kedainya.. Dia tanya pokcik, kenapa jadi begitu. Jawapan pokcik mudah je. Kalau ada gangguan pada dirinya, dia akan melihat dari sudut mata jin. Tak kiralah ke mana dia pergi pasti gangguan itu akan ikut. Wallahuaklam..

Nampaknya nak jadi kebetulan atau tidak. Wallahuaklam.. Sebaik sahaja sahabat pokcik cakap, boleh dah berubat tu... Terus berlaku black out. Dua tiga kali jugaklah berlaku black out tu. Haih selalu tak pernah pulak berlalu, kan. Kebetulan. Hihihihihi.. Kemudian sahabat pokcik menutup suiz bilik airnya. Barulah alhamdulillah. Haih buat sungguh no.. Hahahhahhahha...

Dipendekkan cerita setelah berbual sebentar, pokcik terus usahakan si suaminya.. Pokcik suruh dia berlunjur.. Tengah ikhtiarkan,  dia mengangkat lututnya.. Mukanya berkerut sakit. Dia memberitahu seperti ada sesuatu mencengkam dengan kuat. Macam kejang otot laa kan.. Pokcik menolak lututnya secara perlahan-lahan.. Dia turunkan dengan perlahan-lahan juga sambil menahan kesakitan.. Melihat dia dalam keadaan begitu pokcik ikhtiar keluarkan terus. Alhamdulillah seizinNya. Dia kini boleh bercakap, dah tak sakit. Cuma lenguh sikit di bawah paha. Terus pokcik ikhtiar situ pula. Alhamdulillah selesai seizinNya. Panas habis belakang saya, katanya. In shaa Allah pokcik kata. Pokcik doakan agar dibakar hangus semua gangguan padanya. Alhamdulillah Allah permudahkan...

Setelah itu pokcik usahakan orang rumahnya pulak. Nampaknya ada juga gangguan. Kalau si suami, hanya pada bahagian paha kanan sehingga ke jari kaki, si isteri pula hanya bertumpu di bahagian kepala. Alhamdulillah Allah permudahkan. Dia mengaku memang dia selalu berjumpa doktor kerana sakit kepalanya tu. Setelah selesai semuanya dia bertanya pokcik, adakah dia tidak akan sakit kepala lagi selepas ini. Adoiiiii soalan mencabar. In shaa Allah pokcik kata. Apa pun semuanya atas Allah. Kalau lepas OK pun masih jauh dengan Allah dan tak bersyukur, alamatlah. Hihihihihi. Silap-silap lebih pada tu lagi Allah akan timpakan teguran agar kita kembali ingat padaNya. Kan....

Apa pun  alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seizinNya. Sebagai orang Islam kita kena ingat dan percaya. Allah berikan ujian buat orang yang bertaqwa dan sentiasa mengingatiNya dan Allah berikan teguran buat hambaNya agar lebih mendekatkan diri padaNya. Alhamdulillah selesai bahagian pokcik. Kini atas dia laa pulak kan. Moga apa yang berlaku makin menyemarakkan rasa cinta padaNya dan setiap yang terjadi beserta dengan hikmahNya. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat...





Santaiiiiiiiiii...

Tuesday, 14 August 2018

BIDAN BERPAKAIAN HITAM

11.8.2018

Assalamualaikum...

Tajuk : Bidan Berpakaian Hitam

Pokcik nak ceritakan perihal kisah malam tadi.  Lebih kurang pukul 9.00 malam pokcik keluar pergi mengeteh. Tiba-tiba pokcik menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki. Lelaki ini pernah pokcik usahakan dahulu. Kalau tak salah pokcik kes jembalang hutan sehingga kurus kering badannya. Alhamdulillah sekarang ini badannya sudah berisi semula...

Dia memberitahu bahawa anak perempuan sulungnya tiba-tiba sakit. Badannya menggeletar dan lembik. Pokcik tanya dah berapa hari keadaan itu berlaku. Katanya sudah dua tiga hari. Dia juga memberitahu bahawa dia telah membawa anaknya ke rumah pokcik tanpa menelefon terlebih dahulu tetapi pokcik tiada di rumah. Sebab itulah dia tahu pokcik berada di luar. Pokcik memberitahunya bahawa  pokcik akan menelefonnya semula sekiranya balik awal..

Setelah itu pokcik teruskan minum.. Dekat dengan pukul 10.30 gamaknya pokcik berasa tak sedap hati pulak. Maklumlah orang berharap. Kita pulak dok mengeteh macam tak ada apa-apa yang berlaku. Pokcik menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa pokcik dalam perjalanan ke rumahnya. Kali ini orang rumahnya yang menjawab panggilan telefon pokcik.  Sebaik sahaja sampai, lampu rumahnya terpasang terang-benderang. Kelihatan dari luar rumah anak cucunya sedang berkumpul. Pokcik disambut oleh menantu lelakinya yang tengah. . Setelah pekena sebatang, pokcik dan Angah (menantu tengah) melangkah masuk ke dalam rumah..

Sebaik sahaja masuk, pokcik tengok anak sulungnya duduk di lantai. Adik-beradiknya yang lain berada berhampiran dengannya. Pokcik tengok mukanya seperti orang yang sedang keliru. Pokcik tanya, apa yang dia rasakan sekarang ini. Dia memberitahu bahawa dia berasa hanyut seperti tidak tahu apa-apa. Kebiasaannya orang yang berkeadaan sebegitu kerana gangguan sudah keluar atau baru sahaja sedar daripada kerasukan...

Pokcik bersuara. Pokcik tanya, dah berapa hari jadi macam tu. Dia memberitahu bahawa sudah tiga hari. Hari ini paling teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital. Asal ceritanya, lebih kurang pukul 2 petang, dia menyidai baju di rumahnya. Tiba-tiba, dia terasa seperti kakinya dibentes. Dia terjatuh. Pelik jugalah kan. Lainlah kalau sedang berjalan. Barulah kita boleh kata dia tidak senonoh. Kejadian berlaku ketika dia sedang menyidai pakaian. Tak logik pula kalau tiba-tiba terjatuh dan terus lembik. Setelah terjatuh, dia sempat mengagahkan diri untuk masuk ke dalam rumahnya dan menelefon ibunya memberitahu keadaannya itu.

Setelah ibunya sampai, mereka berusaha untuk mengangkatnya untuk dibawa ke hospital. Ketika ini dia berasa seperti tidak mempunyai tulang.. Badannya menjadi lembik dan keadaannya seperti kain buruk. Dia tak boleh berdiri ataupun duduk.. Puas jugalah si emak dan adiknya mengangkat dia untuk dibawa ke hospital. Sesampainya di hospital keadaannya tidak berubah.. Doktor hanya memberitahu mereka bahawa dia ada masalah angin dan gastrik. Pelik jugalah sebabnya dia memang tidak pernah ada masalah gastrik. Doktor agak-agak je kot.. Boleh gitu? Hahahhahhahhaha...

Dia akhirnya dibawa pulang dan terus ke rumah ibunya. Oleh sebab keadaannya tidak berubah sehinggakan tidak boleh duduk maka si ayahnya telah menghubungi pokcik.. Pokcik tidak menjawab panggilan jadi mereka membuat keputusan untuk terus pergi ke rumah pokcik. Hihihihi... Tak lama kemudian barulah pokcik menelefonnya semula.. Sebaik sahaja pokcik menelefonnya terus dia boleh bangun duduk. Alhamdulillah dia sudah pulih. Terkejut ahli keluarga yang berada di situ. Ketika dia bangun duduk itu dia dan ibunya melihat sepasang mata merah merenung mereka dengan tajam seperti sedang marah.

Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar di luar rumahnya. Lembaga hitam itu berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar rumahnya dan terus berlalu dari situ. Tak lama kemudian pokcik pun sampai. Patutlah sebaik sahaja pokcik sampai, si ibu bertanya kepada pokcik. Hantu apa berbadan besar dan hitam. Pokcik katakan, kemungkinan besar hantu raya.  Baiklah, berbalik kepada keadaan pesakit. Dia masih bingung. Nak kata sakit kepala, bukan. Nak kata pening, bukan. Hanyut je kepala, katanya lagi.... Pokcik hanya mendengar sahaja ceritanya..

Oleh sebab dah lewat, pokcik terus beritahunya bahawa sudah tiada gangguan padanya. Lembaga itu sudah lari sebaik sahaja pokcik menghubungi ayahnya itu. Namun begitu, pokcik akan cuba melihat juga kesan peninggalan lembaga itu. Tanpa membuang masa pokcik terus ikhtiar keluarkan saki baki atau kesan peninggalan lembaga itu. Alhamdulillah tiada apa yang ketara kecualilah pada beberapa anggota tubuhnya seperti pada bahagian belakang, dadanya, kepalanya dan mukanya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seizinNya...

Setelah itu si ibu menghantar air kopi  tongkat Ali gamaknya kepada pokcik. Nak berbual lagi laa tu.. Kan.. Dia juga membawa satu jag air kosong. Haih ada hajat gayanya. Hihihihihi..  Dia pun bercerita tentang anaknya si angah. Katanya alhamdulillah masa berlaku tadi si angah tiada di rumah kerana mengikut bapa mertuanya urut di Neram. Pokcik tanya pulak padanya kenapa pula si ibu berkata begitu. Katanya si angah dapat melihat makhluk ghoib. Waaaa menarik ni.. Hihihihihi.. Katanya si angah dapat menyerap rasa sakit orang yang berada berhampiran dengannya.. Maksudnya kalau orang tu sakit kepala, dia turut rasakan sakit kepala yang dialami oleh si sakit.. Begitulah kalau sakit lain pun...

Masalahnya kalau orang merasuk dia pun sama naik dengan orang yang dirasuk. Terang si ibu kepada pokcik. Dia juga tidak berani untuk berbasikal di kawasan tepi hutan di tepi perumahan itu pada waktu hampir senja.. Pernah dia terserempak dengan  sekumpulan orang yang sedang bercucuk tanam. Pelik jugalah. Nak tanam apanya waktu hampir maghrib. Pernah juga seorang pemuda sedang lepak berhampiran kawasan itu sambil bermain guitar. Gamaknya lebih kurang pukul satu pagi. Tiba-tiba keluar dua orang budak dari arah hutan itu sambil bermain basikal. Mula-mula dia tak perasan dan anggap Ia perkara biasa. Namun apabila melihat jam sudah pukul satu pagi maka tiba-tiba dia terfikir. Barulah pemuda itu lari masuk ke rumah. Entah berapa hari dia demam..

Oleh sebab nampak tuan rumah masih tidak mengantuk dan mahu meneruskan cerita, pokcik pun bertanya.  Sejak bila dia mula nampak semua kejadian aneh ini. Menurut ibunya, dia mula melihat alam jin sejak dia mengandung dan ketika itu anak dalam kandungannya berusia tujuh bulan. Percaya tak kalau saya kata dia dah nampak anaknya dari segi rupa dan sebagainya sebelum dia bersalin lagi, tambah si ibu. Pokcik hanya mendengar. Ketika usia anak dalam kandungan 7 bulan telah datang satu rombongan untuk meminta izin bagi mendapatkan anaknya itu. Ketika kejadian itu si ibu dan beberapa orang anaknya ada bersama. Hanya si angah yang nampak rombongan itu.

Si angah tidak mahu memberikan anaknya itu.  Menurut si ibu, bukan main si angah mengangkat sembah memohon agar anaknya tidak diambil. Si angah memanggil seorang perempuan yang hadir itu sebagai bonda dan suaminya ayahanda. Kemungkinan dia datang untuk mengambil anak dalam kandungannya itu bagi pihak anaknya. Turut serta ialah seorang perempuan yang sangat cantik dan berbaju putih. Di sebelahnya ialah perempuan yang sudah berusia dan memakai baju berwarna hitam. Mukanya agak bengis.  Perempuan berbaju hitam itu merupakan bidan.  Tak tahu laa kan bidan kampung atau bidan keluarga mereka.. Akhirnya rombongan mereka balik begitu sahaja kerana keengganan si angah menyerahkan anak dalam kandungannya.

Nak dijadikan cerita ketika dia sedang mandi di bilik air, dia rasakan dia berada di sebuah tempat yang asing baginya. Padahal ketika itu dia sedang berada di dalam bilik air. Dia dapat melihat sebuah kolam yang cantik. Tiba-tiba dia melihat bidan berbaju hitam ada di situ. Entah macam mana tiba-tiba dia berasa ingin bersalin. Bidan itu sudah sedia untuk menyambut anak yang akan dilahirkan itu. Akhirnya dia pun bersalin. Bidan itu yang menjadi bidannya. Dia melihat wajah anaknya. Anaknya itu dipegang oleh bidan itu. Tiba-tiba dia tersedar. Ia seperti berlaku dalam kejadian sebenar. Dia meraba perutnya. Ternyata dia belum lagi bersalin..

Akhirnya tibalah masanya apabila cukup bulan. Si angah melahirkan seorang anak lelaki. Wajah anaknya saling tak tumpah wajah anak yang dia lahirkan dahulu ketika di dalam bilik air. Gamaknya anak itu yang masuk ke bawah meja semasa pokcik ke rumah ayahnya dahulu untuk ikhtiar kes jembalang hutan. Hahahhaha. Apa pun setelah si angah meminta pokcik ikhtiar, dia tidak lagi menyendiri, bermain seorang diri dan melarikan diri apabila ada orang lain selain wajah yang dikenalinya. Ketika si ibu rancak bercerita sempat lagi pokcik mencelah. Itu ke anak si angah yang lari ke bawah meja masa pokcik sampai dulu. Yaa kata si ibu. Alhamdulillah dah lepas pokcik siup-siup dulu (tiup-tiup).

Sejak peristiwa itu si angah dapat melihat alam ghoib dan makhluknya. Dia juga dapat merasai kesakitan orang yang berada berhampirannya. Tiba-tiba pokcik menoleh melihat jag berisi air di atas meja. Pokcik tanya untuk apa. Kata si ibu untuk si along. Kelihatan Along dah terbaring lesu. Letih gamaknya. Maklumlah berkejar ke hospital. Tidak selera makan dah dua tiga hari dan badannya yang lembik seperti tiada tulang. Menurut along, semasa dia sakit orang tak boleh sentuh dia. Dia akan bertambah sakit apabila disentuh. Kemuncaknya ialah dia sesak nafas dan sukar untuk bernafas. Badannya yang lembik dan tidak boleh diangkat walaupun untuk duduk ditambah lagi dengan tidak boleh bernafas menyebabkan ayahnya menelefon pokcik.

Alhamdulillah sebaik sahaja pokcik menghubunginya along pulih seperti sedia kala.  Dada yang dirasakan ada seketul daging yang keras di dalamnya turut hilang seizinNya. Menurut si ibu, along kini takut untuk balik ke rumahnya terutamanya selepas maghrib. Sebaik sahaja selepas Asar, dia akan ke rumah emaknya. Dia takut untuk tinggal seorang terutamanya sekiranya suaminya tiada di rumah. Suaminya kaki pancing. Jadinya kalau pergi memancing alamatnya pagi esok barulah balik ke rumah. Kan..

Masanya pada sebelah malam lebih banyak dihabiskan di rumah emaknya. Dia berasa di perhatikan sekiranya berada berseorangan di rumahnya. Si angah pernah melihat seorang perempuan tua berhampiran langsir di sebuah bilik di rumah along. Jadinya si ibu meminta pokcik ikhtiarkan dan doakan air untuk direnjis di rumah along. Kalau masih berlaku dan along takut untuk balik ke rumahnya lagi selepas itu, nampak gayanya pokcik pula akan pergi sendiri ke rumahnya. Apa pula agaknya yang akan pokcik jumpa sekiranya ke rumahnya? Wallahuaklam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Sekian. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Santaiiiiiiii....

Tamat...

KISAH MIU MIU

13.8.2018
Assalamualaikum..
Atas keizinan sahabat kita Miu Miu, di sebalik gelak ketawanya siapa nak dengar kisahnya?

Tajuk : Kisah Miu Miu

Suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Namanya Miu Miu. Katanya dia terbaca kisah di blog pokcik jadi terus menghubungi pokcik bagi mencari jalan penyelesaian masalahnya itu. Dia bertanya kepada pokcik di mana pokcik tinggal.. Katanya dia nak pergi berjumpa pokcik.. Dalam hati pokcik, bagus budak ni..

Jarang orang cakap nak datang jumpa. Selalunya diorang pm, encik ni perawat ke ataupun encik ni boleh berubat ke, ataupun wahai saudara seagama tolonglah saya.. Kalau pokcik minta ikhtiar berdepan dengan perawat berdekatan, terus diorang tak balas mesej dan ada juga yang block terus pokcik. Boleh gitu? Hihihihi...

Apabila pokcik kata pokcik di Kuantan, dia seperti berasa agak kecewa. Tak paa pokcik kata.. Kita ikhtiar laa tak kira jauh ataupun dekat.. Dia setuju.. Kemudian ditanya pulak tentang bayaran.. Jarang orang baca blog pokcik tanya tentang bayaran. Dia antara seorang dua yang pernah tanya pokcik tentang bayaran ikhtiar..

Pokcik kata tak payah laa bayar. Pokcik kaya dah... Hahahhahhahha yang belakang tu pokcik tambah.. Dia nak bayar juga walaupun sekadar minta ikhtiar scan sahaja. Betul-betul bagus Miu Miu ni, kan.. Anak sapa laa tu.. Kan... Namun macam biasalah, pokcik minta dia sedekahkan sahaja bahagian pokcik itu.. Dia bersetuju..

Dia menghantar gambar pejabat dia dan tunangnya.. Dia minta pokcik tengok kot-kot ada gangguan. Katanya dia berasa ada aura negatif dalam pejabatnya.. Pokcik pun tengok laa kan.. Pejam-pejam mata, mulut buat-buat kumat-kamit, piii bawah pokcik rambutan buat-buat sembang situ nak bagi nampak real. Tu kalau berdepan. Kalau buat lagu tu baru boleh up sikit bayaran.. Kan.. Padahal lakonan semata-mata... Bijak bijak...

Tapi memang pokcik dapat rasakan ada tenaga negatif di pejabatnya.. Biasalah kan.. Mana-mana pejabat pun.. Siang kita kerja, malam depa pulak buat pesta kan... Payah nak jumpa premis kerja yang langsung tiada gangguan.. Cuma bezanya tempat kerja kita tu, gangguannya mengusik atau mengacau tak.. Itu sahaja bezanya...

Pejabat tunangnya (mungkin ex) bermasalah dan pejabatnya juga bermasalah. Akan tetapi, itu bukanlah masalah utama. Hal ini kerana memang kat mana-mana pun sama. Kan. Nak dijadikan cerita, pokcik ternampak sedikit laa wajah. Tak sengaja tertangkap agaknya.. Ternyata itu gambarnya..

Pokcik minta izin untuk scan dia pulak. Hahahhahhahha.. Tengok pejabat nak buat apa. Kan... Alhamdulillah dia izinkan.. Pokcik pun dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena padanya.. Gangguan terlalu kuat terutama pada bahagian kepala dan dahinya.. Hasil scan mohong-mohong tu pokcik bagitahu padanya.. Apa jawapan dia?

Katanya dia selalu sakit kepala. Dahinya tak ada pulak sakit.. Biasalah tu.. Orang sakit ni dia cuma rasa bahagian yang dirasakan sakit, pokcik suka mencari punca masalah dan tempat yang terjejas akibat gangguan itu. Dia pun sedikit terkejut kerana dia seperti tidak sangka ada gangguan pada dirinya. Akhir-akhir ini barulah pokcik tahu dia gunakan minyak Quantum Therapy bagi ketenangan dan sebagainya. Pokcik juga dapat tahu daripadanya bahawa dia juga sering pengsan dan dibawa ke hospital.. Mungkin pihak hospital hanya menjangka di stress akibat bebanan kerja dan sebagainya..

Nampak gayanya kebanyakan minyak indah khabar daripada rupa. Ini survey yang kita dapat daripada ahli group kan.. Jenuh sapu laa kan.. Silap-silap telan minyak sekali dengan botol tak jadi apa.. Haha jangan marah. Kenyataan kebanyakkannya memang macam tu. Asalnya nak ikhtiar tempat kerja kan. Maklumlah si Miu Miu juga memberitahu pokcik bahawa dia rasa ada tak kena dengan tunangnya. Sampaikan satu tahap, dia tercongok di depan, si tunang lalu tapi tak nampak akan dia. Tunangnya juga pernah beritahunya bahawa ada orang yang sakit hati dengannya. Mungkin juga berkaitan dengan saingan sesama rakan sekerja. Wallahuaklam.

Kita kembali kepada kisah Miu Miu. Dah pokcik nampak ada tak kena, dok tercongok situ buat apa kan. Patutnya dah tahu nak kena karate baik lari secara elok. Bak kata Geng Decepticon, kadang kala orang penkut terselamat. Hahahhahhahha.. Pokcik meminta izin untuk mengambil gangguan yang ada pada dirinya.. Elok sahaja pokcik niatkan pagar, terus  bergerak sesuatu di kepalanya. Haaaaa dah terlambat. Peluang untuk lari datang sekali sahaja kan. Alhamdulillah dengan izinNya maka gangguan padanya dapat dikeluarkan. Jangan tanya pulak, macam mana buat keluar  bolehlah dari jauh dan sebagainya.. Hihihihihi. Bab tu nanti pokcik bukak topik noo tuan Langit Ke Tujuh.. Hihihihihi...

Lepas ikhtiar tu pokcik tanya rasa macam mana. Katanya dia tiba-tiba berasa sunyi seperti berada di dunia lain. Masa pokcik ikhtiar tadi katanya ada sesuatu bergerak di dalam kepalanya. Dia bertanya adakah ia berkaitan dengan pelalau iaitu ingin pisahkan dia dengan tunangnya.. Wallahuaklam. Memang pokcik pun rasakan ada kaitan ilmu sihir pemisah berdasarkan tanda-tanda dan keadaannya selepas ikhtiar itu.

Alhamdulillah sampai sekarang dia tidak lagi sakit kepala dan sebagainya seizinNya. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Dia juga semakin tenang selepas itu. Kalau tidak asyik sakit kepala sahaja katanya. Makan ubat pun tak jalan, sapu Quantum Therapy oil pun tak jadi apa katanya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

Selepas itu setahu pokcik, Miu Miu telahpun menyalurkan sumbangan ke Kompleks Dakwah Darul Muntadha atas kerana Allah permudahkan segala urusan. Keesokan harinya dia mesej pokcik lagi untuk masuk ke group. Pokcik add laa kan. Macam biasalah, silent reader kaa, syok sendiri kat posting sendiri sahaja posting-posting orang lain buat-buat tak nampak, memang pokcik keluarkan.

Alhamdulillah setakat ni sahabat-sahabat pun sudah mula mengenali Miu Miu kan. Siap ada pergi mengeteh lagi. Hahhahahhahhaha.. Setelah itu Miu Miu bertanya pulak tentang tunangnya (mungkin ex). Pokcik beritahunya bahawa pokcik tidak akan ikhtiar bagi pihak seseorang kerana pengalaman mengajar pokcik agar lebih berhati-hati...

Ingat tak kisah dulu? Seorang anak hamba Allah nak buat laporan polis kerana dia kata pokcik sihirkan emaknya. Kononnya emaknya dah hampir sepuluh tahun period tak berhenti-henti. Jenuh perawat merata tempat dan bapa mertuanya sendiri usahakan namun tak berjaya. Dengan izinNya, sekali pokcik usahakan berhenti seizinNya. Terus dia kata, pokcik yang sihirkan emaknya jadinya hanya pokcik yang boleh buang.

Depa tak terfikir ke, siapa pun yang buat walaupun si pelaku, bukan mereka yang boleh sembuhkan melainkan Allah. Pegangan letak mana. Letak kat kepala lutut gamaknya akal. Dah tak pasal-pasal pokcik jadi bahan fitnah. Lepas tu, apabila ada masalah lain, pandai pula minta adiknya hubungi pokcik untuk berjumpa dan berikhtiar. Hihihihihi.. Usaha tempat lain laa. Pokcik tak semulia itu...

Apabila pokcik meminta melihat gambar tunangnya tiba-tiba Miu Miu berasa berdebar. Dia mula menjadi takut. Pokcik yakinkan dia. Allah ada. Nak takut buat apa. Depa pun makhluk juga. Akhirnya Miu Miu menghantar gambar tunangnya. Pokcik tengok ada unsur sihir dan saka. Macam pokcik selalu cakap, apa gunanya saka kalau ada sihir datang dia piii lepak bawah pokok. Kan. Apa yang nak dibanggakan sangat. Terkejut Miu Miu apabila pokcik berkata begitu. Katanya patutlah dia call atau mesej pun langsung tidak dibalas. Sedih pulak hatinya ketika itu. Tambahan pula pokcik cakap, pokcik tak akan usahakan seseorang bagi pihak orang lain.

Perut tunangnya kini semakin buncit seperti orang terkena busung. Keadaannya kini sudah tidak terurus. Dia seperti sudah hilang arah. Miu Miu pernah melihat dia di suatu tempat. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rupa tunangnya sudah berubah. Mungkin nampak tua, kusam dan tidak berseri. Patutlah tunang minta putus dua minggu sebelum hari pernikahan, kata Miu Miu.

Namun begitu, Miu Miu sentiasa mengambil berat perihal tunangnya itu. Dia dan ibunya menelefon adik beradik dan keluarga tunangnya untuk pergi berubat. Moga Allah permudahkan segala urusan tunangnya itu. Moga Miu Miu tabah dengan ujian Allah. Sesungguhnya ujian Allah beserta dengan hikmahNya. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua. Inilah kisah Miu Miu.