Thursday 26 October 2017

SAKIT GEGENDANG TELINGA

Image result for assalamualaikum image

Boring ni taip piii laa kot no mohong-mohong. Tadi ada pulak orang mintak pokcik jadi juri masakan. Selain pemandu forklift professional, pokcik ni kira macam chef jugak laa bahagian rasa bukan bahagian masak.. Hahahhahaha..

Dok perhatikan laa juadah. Dah siap bagi markah semua pokcik pun duduk laa nak tunggu keputusan diumumkan.. Tiba-tiba telefon berbunyi.. Tak sempat habis dengar keputusan diumumkan ada seorang hamba Allah mintak pokcik tengokkan dia..

Haih ada majlis kot.. Pokcik minta izin untuk beredar.. Sesampainya di situ, pokcik tanya apa masalahnya. Katanya dia selalu juga keluar malam untuk mengikuti mesyuarat direct selling.. Mungkin ada benda ikut katanya.. Dia pula selalu melihat kelibat.. Kelibat apa pokcik tak tanya pulak.. Dah jadi macam temu ramah pulak bukannya nak usahakan dia.. Hihihihi..

Katanya bahunya terasa amat berat.. Dah berurut namun masih sakit.. Tak paa laa pokcik kata, kita karate tengok apa ada kalau Allah izin. Pokcik terus pagar dia.. Eh Eh  eh katanya. Jin tu bergerak laa tu.. Nak piii mana agaknya tu. Hahahhahaha... Dari bahu dia bergerak ke leher... Dari leher pokcik doakan agar Allah bakar jin tu.. Ehh eehh ehhh kata hamba Allah tu..


Bergerak pulak masuk ke dalam telinga.. Hahahhahaha.. Lama dah dok geram tak sembelih jin buat salai.. Pokcik sembelih leher hamba Allah tu mohong-mohong.. Pastu pokcik usahakan tarik benda tu keluar dari lubang telinganya.. Masa ni pokcik ingat dia nak kerasukan dah.. Yaa laa bunyi mengaduh dan suara macam anak kucing sakit saja..

Alhamdulillah laa dia tak kerasukan.. Selesai dengan izin Allah.. Pokcik tanya laa lepas tu kenapa dia bunyi pelik sangat macam nak menjerit kerasukan. Dia kata, rasa seperti pokcik menarik gegendang telinganya keluar.. Patut pun dia pegang telinganya.. Mungkin dia ingat gegendang telinganya dah terkeluar.. Hahahhahaha macam-macam..

Tapi, itulah hakikatnya kejadian tengah hari tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah kali ni singkat sahajalah pokcik usahakan dia dalam lima hingga 10 minit kot.. Selesai itu dia menggerakkan kepala dan bahu.. Katanya seperti baru bebas daripada memikul beban yang berat.. Wallahua'lam... Itu saja noo untuk malam ni. Santaiiii.. Salam hormat..