Sunday 17 November 2019

MATA BERKELIP TERBARING DI KATIL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan rahmat dan inayah-Nya dapat lagi kita menghembuskan nafas dan meneruskan kehidupan...

Dua hari lepas pokcik menerima panggilan dari Perlis dan Pelabuhan Klang perihal seorang saudara pokcik di Langkawi...

Menurut kedua-dua pemanggil iaitu ibu saudara pokcik, salah seorang saudara di Langkawi sedang sakit.. Menurut mereka, sudah hampir dua minggu dia terlantar di katil.

Apa yang menjadi persoalan ialah matanya tidak berkelip dan hanya memandang ke atas sahaja. Macam mana agaknya mata tidak berkelip. Allahu akbar....

Setelah menerima nasihat daripada ibu saudara pokcik di Perlis maka saudara pokcik di Pelabuhan Klang menghubungi pokcik. Suaranya sebak seperti baru lepas menangis...

Oleh sebab jauh, maka pokcik tak bolehlah nak ke Langkawi. Dia meminta pokcik tengokkan si kakaknya itu dari jauh. 

Tengok je laa kan. Takkan nak kata tak boleh nak usahakan sebabnya ibu saudara pokcik di Perlis pun pokcik usahakan juga...

Apabila dihantar gambar, pokcik menelefonnya semula. Pokcik dapat rasakan getaran yang kuat dan lebih terarah kepada amalan dirinya... Mungkin ada amalan yang dipelajari dan dilakukan pada waktu mudanya dan kini memakan diri... Wallahuaklam..

Pokcik meminta saudara pokcik  menelefon ke Langkawi dan meminta persetujuan untuk memisahkan amalan itu daripadanya sekiranya diizinkan oleh Allah... Dia mengangguk lemah apabila si anak meminta persetujuannya tanpa bercakap sepatah pun...

Setelah itu barulah pokcik bersedia untuk usahakannya. Kebetulan pula pokcik baru sahaja selesai solat Maghrib. Setelah itu barulah  memohon doa kepada Allah agar memusnahkan segala gangguan padanya.. Agaknya lebih kurang pukul 8 malam selesailah usaha pokcik...

Pokcik meminta orang rumah menelefon ke Langkawi untuk tahu perkembangannya. Alhamdulillah, anaknya memberitahu dia sudah boleh bangun duduk dengan dibantu oleh anaknya. Dia juga boleh melihat dan mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

Oleh sebab pokcik usahakan dari jauh maka pokcik lanjutkan lagi usaha sebelum pokcik tidur.. Semalam anaknya memberitahu emaknya agak gelisah ketika hendak tidur. Kemungkinan besar dia berasa panas ketika pokcik sedang usahakan itu.

Harini pokcik dapatkan maklumat lagi dari Langkawi. Alhamdulillah dia sudah mula makan. Namun badannya amat lemah dan dalam keletihan yang amat sangat.. Biasalah tu.. Alhamdulillah dia dah mula makan setelah sekian lama hanya bergantung kepada air yang diberikan oleh anaknya..

Kini, setelah tiada gangguan lagi, in shaa Allah, maka pokcik mencadangkan agar dibawa ke hospital untuk dimasukkan air bagi menambah tenaga...

Segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan. Moga dengan ujian dan peringatan daripada Allah, kita semua makin dekat kepadaNya dan ingatlah Allah sebaik-baik penolong dan kepadaNya kita memohon segala niat, keinginan, kemahuan dan  hasrat dengan memanjatkan doa. Wallahuaklam..

Salam hormat...

Wallahuaklam..
-POKCIK SEMAN



NENEK DI ATAS POKOK

Assalamualaikum..

Kali ini pokcik nak kongsikan kisah menerima SAKA dengan rela. Kisah ini diceritakan oleh sahabat pokcik perihal keluarganya..

Apabila datuknya nak meninggal dunia dia nak mewariskan SAKAnya kepada salah seorang anaknya. Jadinya salah seorang bapa saudara hamba Allah yang bercerita ini sanggup menerimanya.

Datuknya beritahu, kalau nak terima pergi ambil kapak dan lembing (kalau tak salah) di belakang pintu.

Hamba Allah yang ceritakan kisah ini kepada pokcik yang telah mengambil kapak dan lembing itu. Dia dan salah seorang lagi bermain lawan-lawan dengan menggunakan senjata itu. Setelah itu dia mengambil gambar dengan memegang kapak itu. Ternyata kapak itu tiada dalam gambar yang diambil..

Entah macam mana kapak itu dibawa balik ke rumahnya terlebih dahulu. Ketika ayahnya memandu kereta, tiba-tiba radio yang tertutup dan tidak terpasang berbunyi muzik makyong. Dia ada ketika kejadian itu..

Kini, bapa saudaranya yang mewarisi dan juga merupakan seorang tentera amat bangga dengan kapaknya itu. Apabila dia berasa terancam maka dia akan menyeru kapak itu. Automatically kapak itu akan terus tersisip di pinggangnya.

Hutan habis ditebasnya dan laluannya menjadi mudah.. Entah dia tebas atau laluan jadi sendiri ditebas makhluk itu, wallahuaklam..

Itulah serba sedikit perihal SAKA yang menjadikan orang kita taksub akan kehebatannya. Kalau ada SAKA dan sakit memang orang akan berusaha untuk buang. Kalau ada SAKA dan jadi hebat? Inilah sebenarnya ujian keimanan. Moga kita semua terselamat daripada tipu daya syaitan..  Salam hormat

Wallahuaklam..
-POKCIK SEMAN



MENERIMA SAKA DENGAN RELA

Assalamualaikum..

Kali ini pokcik nak kongsikan kisah menerima SAKA dengan rela. Kisah ini diceritakan oleh sahabat pokcik perihal keluarganya..

Apabila datuknya nak meninggal dunia dia nak mewariskan SAKAnya kepada salah seorang anaknya. Jadinya salah seorang bapa saudara hamba Allah yang bercerita ini sanggup menerimanya.

Datuknya beritahu, kalau nak terima pergi ambil kapak dan lembing (kalau tak salah) di belakang pintu.

Hamba Allah yang ceritakan kisah ini kepada pokcik yang telah mengambil kapak dan lembing itu. Dia dan salah seorang lagi bermain lawan-lawan dengan menggunakan senjata itu. Setelah itu dia mengambil gambar dengan memegang kapak itu. Ternyata kapak itu tiada dalam gambar yang diambil..

Entah macam mana kapak itu dibawa balik ke rumahnya terlebih dahulu. Ketika ayahnya memandu kereta, tiba-tiba radio yang tertutup dan tidak terpasang berbunyi muzik makyong. Dia ada ketika kejadian itu..

Kini, bapa saudaranya yang mewarisi dan juga merupakan seorang tentera amat bangga dengan kapaknya itu. Apabila dia berasa terancam maka dia akan menyeru kapak itu. Automatically kapak itu akan terus tersisip di pinggangnya.

Hutan habis ditebasnya dan laluannya menjadi mudah.. Entah dia tebas atau laluan jadi sendiri ditebas makhluk itu, wallahuaklam..

Itulah serba sedikit perihal SAKA yang menjadikan orang kita taksub akan kehebatannya. Kalau ada SAKA dan sakit memang orang akan berusaha untuk buang. Kalau ada SAKA dan jadi hebat? Inilah sebenarnya ujian keimanan. Moga kita semua terselamat daripada tipu daya syaitan.. Wallahuaklam. Salam hormat

Wallahuaklam..
-POKCIK SEMAN



Thursday 7 November 2019

KETUM KE?

Assalamualaikum.


Kali ini pokcik ingin kongsikan pengalaman terbaru. Pada hari Khamis minggu lepas, lebih kurang pukul 9.30 pagi, pokcik dikunjungi oleh seorang hamba Allah. Melihat raut wajahnya pokcik sudah agak dia mempunyai masalah.

Lelaki :  Assalamualaikum
Pokcik : Waalaikumussalam

Lelaki : Sebenarnya saya ada hajat berjumpa dengan pokcik. Serba salah juga saya tetapi tak ada arahlah. Saya nak minta tolong juga kalau boleh.
Pokcik : Masalah apa tu?

Dia mula menceritakan perihal anak lelakinya. Anaknya itu kalau tak salah pokcik berumur dalam lingkungan akhir 20-an atau awal 30-an. Menurutnya anaknya itu amat panas baran. Sudah 10 tempat dia bekerja dan akhirnya dia berhenti kerana berlaku selisih faham dengan majikannya atau rakan sekerjanya. Kalau satu dua tempat, mungkinlah tidak sesuai atau salah orang lain. Namun kalau dah 10 tempat kerja, kita nilaikan sendirlah.

Menurut ayahnya, panas barannya itu terlampau tinggi sehinggakan ibu dan ayahnya pun dia tinggikan suara. Tak eloklah macam tu. Kalau pokcik tak usahakan, seperti pokcik nak galakkan perbuatan dia pula. Nak usahakan pun, kena tengok juga sama ada kebetulan pokcik ada sedikit kelapangan atau pun tidak.

Lelaki : Dahulu dia ok. Dia tak macam tu.
Pokcik : Haih pelik juga tu. Dia ada berkawan dengan budak-budak tak elok ke?

Lelaki : Tak ada. Balik kerja, dia terus masuk bilik. Tak keluar dah.
Pokcik : Lain macam tu.

Lelaki : Itulah. Dulu dia ramai kawan. Sekarang, kawan datang pun dia suruh balik. Dia mula kena dahulu ketika balik dari Segamat. Pada malam tu dia tiba-tiba berasa panas badan. Dia menjerit memberitahu ada yang mengikut dan dia berasa takut.

Pokcik : Tak berubat ke?
Lelaki : Berubat merata dah. Perawat yang mai rumah pun kena dengan dia. Semua pembohong katanya. Baru-baru ini pun berubat lagi. Tapi faham je la..

Pokcik : Tak apalah. Tak serasi dengan dia lagi tu. Perawat pun ikhtiar minta dengan Allah.
Lelaki : Betullah tu. Ni nak buat macam mana? Nak minta dia mai ka?

Pokcik : Tak perlu. Nanti senang-senang bawa air. Kalau boleh saya nak tengok gambar dia.
Lelaki : Bab air tub oleh. Bab gambar tu susah sikit. Handset saya pun jenis murah.

Pokcik : Cubalah usahakan. Dapatkanlah macam mana pun.
Lelaki : In shaa Allah..

Perbualan kali terhenti di situ. Pada hari Isnin baru ini barulah lelaki itu membawa sebotol besar air masak dan sekeping gambar anaknya itu. Pokcik meminta dia ambil air itu pada pukul 3.00 petang. Maklumlah, pokcik pun bekerja. Kerja kuli ini, tak bolehlah pokcik sesuka hati nak mengular. Lebih kurang pukul 2.00 petang pokcik doakan air itu. Pokcik berdoa dan memohon kepada Allah agar menyembuhkan sakit si anak, menghapuskan gangguan pada dirinya, menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua-dua ibu bapanya dan akhir sekali dia makin mendekatkan diri kepada Allah.

Setelah itu, si lelaki mengambil air tersebut. Pokcik menerangkan kepadanya agar diletakkan di dalam peti ais sebagai air minuman biasa. Seluruh keluarga digalakkan meminum air itu supaya tidak berlaku syak wasangka. Maklumlah, pokcik berpesan agar dia merahsiakannya daripada si anak. Lelaki itu hanya menganggukan kepala tanda faham dan akhirnya bersalaman dengan pokcik.

Seperti biasa adat Melayu, dia akan bertanya perihal bayaran. Pokcik pun seperti biasa menyatakan pendirian pokcik. Sahabat yang sudah lama dengan pokcik sudah maklum dengan pegangan, prinsip dan pendirian pokcik. Moga Allah mengekalkan sifat baik dan menjauhkan niat yang tak elok dalam diri pokcik.

Kini kami hanya menunggu masa dan ketika untuk melihat perubahannya. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Apa pun terserahlah kepada ehsan Allah dan rahmatNya.

Tadi si lelaki datang berjumpa pokcik. Dia kelihatan agak letih kerana baru pulang dari klinik. Darah tinggi katanya.

Lelaki : Assalamualaikum
Pokcik : Waalaikumussalam

Lelaki : Maaf sebab lambat beritahu hal anak. Saya baru balik dari klinik
Pokcik : Tak apa. Macam mana anak? Panas baran lagi?

Lelaki : Alhamdulillah Nampak perubahannya. Taka da dah tinggi suara dengan ibunya. Dia tidur awal
Pokcik : Haih, selalu dia tidur lewat ke?

Lelaki : Ye. Dia tidur sekejap-sekejap. Pukul dua pagi dia bangun buka peti ais. Kemudian dia tidur sekejap dan lepas tu bangun lagi. Semalam langsung tak dengar dia bangun.
Pokcik : Alhamdulillah.

Lelaki : Itu laa. Sebelum ini dia memang panas baran. Abangnya tak sihat kena demam panas. Dia selalu buat abang dia tu. Kesian saya tengok. Tapi ada yang pelik semalam. Semasa dia minum air tu, dia kata air tu pahit. Dia tanya emak dia air apa dalam peti. Selalunya air kosong tak rasa begitu. Emaknya kata air biasa sahaja. Perasaannya sahaja. Selsema agaknya. Dia diam sahaja.
Pokcik : Baguslah kalau dia minum. Dia tahu tak pokcik nak usahakan dia?

Lelaki : Tak tahu. Nak tanya ni. Bolehkah campur dengan air oren? Dia suka minum air oren. Dia juga minta kebenaran daripada ibunya untuk bekerja tetapi ibunya melarang.
Pokcik : Boleh. In shaa Allah. Bab kerja tu biarkan dahulu. Cuba habiskan air itu dahulu.

Dalam bab mencampurkan air oren itu pokcik berasa sudah tentu dia nak elakkan anaknya perasan. Di sini pokcik dapat lihat kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Kalau bab pahit tu, takkanlah ibunya nak letakkan ketum kot. Air pun jernih je,kan.. Hihihihi.. Gurau saja..Sebenarnya pokcik juga tak mahu dia tahu dia sedang diikhtiarkan. Biarlah dia berubah secara semula jadi atas kehendak-Nya. Sebelum lelaki itu beredar dia mahu tahu tentang pemutus ubat. Katanya manalah tahu kena buat pemutus ubat bagai. Pokcik hanya memberitahu bahawa pokcik hanya ikhtiar sahaja. Allah yang menentukan kesembuhannya. Jadinya bersyukurlah kepada Allah dan bukannya membayar satu sen, lima sen bagai. Pokcik tak mahu membahaskan bab perawat yang menggunakan kaedah sebegitu. Semuanya dalam pengetahuan Allah..

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi pada lain masa sekiranya diizinkan oleh-Nya. Maaf andai ada terkasar Bahasa dan sebagainya. Sesungguhnya pokcik hanya insan biasa dan tidak lari dari melakukan salah dan dosa. Moga Allah merahmati kita semua dan sentiasa dalam perlindungan-Nya.. Salam hormat..

-POKCIK SEMAN

Friday 1 November 2019

4X100m PINTU TERBUKA

Assalamualaikum.

Kisah kali ini, sahabat pokcik pokcik sakit tangan. Dia pergi berjumpa dengan seorang lelaki untuk berurut...

Sesampainya di rumah perawat berkenaan dia pun menyatakan hasratnya..

Sahabat: Cuba urut sat. Sakit sungguh tangan saya ni. Nak angkat pun tak boleh..
Perawat: Boleh. Nanti wak tengokkan.

Tanpa melengahkan masa perawat berkenaan mengambil minyak urut lalu menyapu pada bahagian lengan sahabat pokcik..

Sahabat: Aduhh.. Sakit, wak..
Perawat: Tahanlah sikit..

Lama juga diurut namun tangan sahabat pokcik masih sakit..

Tiba-tiba perawat bersuara...

Perawat: Aduh. Berat benar ini. Degil betul. Nanti wak kerjain. 

Setelah mengurut sekian lama dia pun berhenti mengurut..

Perawat: Cuba angkat tangan.

Sahabat pokcik mengangkat tangannya perlahan-lahan.

Sahabat: Haa.. Boleh dah angkat sikit, wak..

Perawat: Nampak tadi?
Sahabat: Nampak apa, wak?
Perawat: Dia lari. Udah wak bilang. Wak nampak dia lari  4x100m tadi. Takut dia dengan wak..

Sahabat: Ish noo wak.. Mujoq pintu tu bukak. Kalau tak pecah pintu dia belah lari 100 meter tadi..

Perawat: Itulah. Takut betul dia dengan wak...

Akhirnya mereka bersalaman. Sahabat pokcik memberikan RM20 kepadanya..

Sesampainya di rumah, tangan sahabat pokcik semakin sakit sehingga langsung tidak boleh mengangkat tangan dengan tinggi... Dia kemudian menelefon kakaknya menceritakan halnya...

Sahabat: Hello kak. Sakit sungguh tangan saya ni.. Tadi pi berurut tapi tak jadi apa...
Kakak: Gout kot. Cuba ingat hang makan apa..

Sahabat pokcik teringat dia makan sayur tauge.. Terus dia meminta saudaranya membelikan ubat gout..

Alhamdulillah lima minit kemudian dia sudah boleh mengangkat tangannya dengan bebas...

Sahabat: Mmmmm. Pi duit saya RM20. Hantu lari nyaris nak blah pintu ooo..

Pokcik hanya ketawa apabila dia menceritakan kisah itu.. 100 meter ye.. Hihihi..

Habis kisah itu.. Pokcik nak sambung kisah seterusnya kerana ada sedikit penambahan yang pokcik tak kongsikan sebelum ini..

KISAH 2
PECAH TELUR TANGAN MELAMBAI

Kali ini sahabat pokcik kehilangan duit sebanyak RM70. Usaha mencari duit dilakukan tetapi masih tidak berjumpa. Sahabat pokcik ini macam pokcik juga bukanlah orang kaya. Jadinya RM70 pun dianggap sebagai jumlah yang besar. Emak sahabat pokcik mengajaknya pergi berjumpa dengan perawat Dan ikhtiar untuk mendapatkan wang yang hilang atau Sekurang-kurangnya ingin mengetahui sama ada ia angkara mistik seperti toyol atau sebagainya...

Kali ini sahabat pokcik pergi bersama dengan emaknya. Mereka diminta untuk membawa telur pula pada kali ini..

Sahabat: Kacau sungguh aih duit hilang.
Bomoh: Tak pa. Nanti kita tengok no... Bawak teloq tak?

Lain macam soalan tok bomo pun. Takkan nak tinggal telur di rumah.. Huhuhu...

Sahabat: Bawaklah.
Bomoh: Bak mai sini...

Sahabat pokcik pun menyerahkan telur yang dibawa kepada bomoh berkenaan. Bomoh berkenaan terus memecahkan telur yang dibawa oleh sahabat pokcik setelah dia membacakan sesuatu...

Bomoh: Haaaaa nampak dah.. Nampak tak tu?

Katanya seraya menunjukkan kesan hitam yang terdapat dalam telur berkenaan...

Sahabat: Nampak apa? Tak nampak apa pun.
Bomoh: Yang hitam tu laa... Tu nampak tak tangan dia dok lambai-lambai

Duit apa yang dok lambai-lambai pulak dah... Dia laa tu tengah dok mengagau duit atas almari..  Hahahaha

Sahabat: Tak apalah... Dok di mana duit tu.
Bomoh: Ishhh bukan hilang di mana pun. Ada tu. Dia tak dan bawak pi mana. Dia camakkan di celah-celah pokcik teh depan rumah hang.

Sahabat: Ooooo. Tak apalah no.. Mak jom kita balik.

Setelah bersalaman dan menghulurkan RM10 kepada bomoh berkenaan sahabat pokcik dan emaknya pulang...

Keesokannya dia tebas habis pokok teh di depan rumah.. Cerah. Habis pokok dicantas tetapi duit tidak dijumpai juga..

Kisah ini diceritakan kembali kepada pokcik.

Sahabat: Issshhh dia mohong sungguh
Pokcik: Kenapa pulak?

Sahabat: Duit tu hilang dari dalam poker seluar. Tak
ada kena mengena dengan almari. Pokcik
tengok tak cerita Do Re Mi. Macam tu laa dia buat (sambil mengajuk dialog Re Dan bomoh)

Pokcik hanya ketawa mendengarkan... Macam-macam no..

Salam hormat..

-POKCIK SEMAN