Friday 22 February 2019

DITINDIH 6 ORANG


Kisah malam tadi...

Dalam pukul 7.40 malam, selepas solat Maghrib pokcik bersiap-siap nak keluar makan. Tiba-tiba orang rumah pokcik berkata beliau nak masak mi goreng.. OK je laa.. Janji kenyang.. Kan...

Rupa-rupanya semuanya ada hikmahNya. Tidak lama kemudian sebuah motosikal berhenti di hadapan rumah pokcik. Seorang perempuan dan adiknya berhenti dan memberitahu bahawa dia sudah telefon pokcik beberapa kali tetapi tidak berjawab.. Memang betul, pokcik tengok ada 6 miss call.. Hihihihihi...

Dia tanya, pokcik nak keluar ke? Maklumlah pokcik dah berpakaian lengkap... Baju CROMOX seluar tiga suku.. Hahahahahahha.. Yang ni pokcik tambah.. Ingatkan nak keluar makan, tapi orang rumah nak masak pulak. Makan di rumah saja, kata pokcik.. Ingatkan nak panggil datang ke rumah. Ayah tiba-tiba sakit. Selimut tiga lapis, orang tindih 6 orang pun masih sejuk, katanya. Bawa ke hospital pun tak jadi apa juga, katanya. Tak apalah. Sekejap lagi selepas makan saya pergi, kata pokcik. Mereka diam dan terus berlaku pergi....

Lama betul ayahnya tak sakit. Alhamdulillah. Ingat tak kisah jembalang hutan dahulu? Ayahnya laa yang kena sampai kurus kering tinggal tulang.. Maklumlah kerja dalam hutan.. Lama tak dengar ceritanya. Biasalah kalau tak sakit, depa tak tanya kot khabar pokcik tua ni.. Hihihihihi.. Sibuk bekerja agaknya. Kena bersangka baik. Selepas mereka balik pokcik terus masuk ke dalam rumah..

Siapa datang? Soal orang rumah pokcik. Nu haa, ******** sakit. Sejuk katanya. Habis anak cucu tindih tapi mengerekot juga sejuk, kata pokcik. Orang rumah pokcik diam dan terus berlalu menyiapkan makan malam. Setelah siap, pokcik pun makan seperti biasa. Setelah itu barulah pokcik bergegas ke rumah hamba Allah itu. Jarak rumah hamba Allah itu dengan rumah pokcik tak jauh.. Jadinya sekejap sahaja pokcik sampai..

Setelah memberi salam, pintu rumah dibuka. Kelihatan anak cucu ramai berkumpul. Lebih 15 orang gamaknya duduk berhimpun.. Pokcik bersila di tepi hamba Allah itu. Anaknya berada berhampiran pokcik. Lama mana dah sakit, tanya pokcik. Tiga hari dah. Tapi malam ni yang teruk, kata anaknya. Pokcik tengok tiga lapis selimut dah berbalut tetapi setitik peluh pun tidak ada.. Pokcik terus menjamah kepala, badan dan kakinya. Allahu Akbar.. Macam menjamah tepi dapur lepas memasak. Memang terlalu panas tubuhnya dan kepalanya. Namun, bahagian kaki pula amat sejuk.. Lain macam pulak ni... Bibirnya kelihatan pucat seperti sudah lama menanggung sakit..

Melihat keadaannya itu, pokcik pun tak banyak bicara. Pokcik terus mendoakannya dan memohon agar Allah mengeluarkan haba panas dari tubuhnya itu. Alhamdulillah lama-kelamaan badannya mula beransur-ansur sejuk seizinNya. Setelah itu dia meminta air daripada anaknya. Air diberikan ketika pokcik sedang usahakannya itu. Setelah selesai, dia yang terbaring tadi meminta duduk dan akhirnya meminta anaknya memapahnya ke bilik air untuk kencing. Alhamdulillah... Dia dibawa oleh beberapa orang anaknya ke bilik air..

Setelah keluar, dia baring semula. Alhamdulillah kali ini dia tak mahu berselimut lagi.. Dia baring dengan hanya memakai tuala mandinya. Dia menekan perutnya. Sakit, katanya.. Pokcik ikhtiar pula bahagian perutnya itu.. Kurang dah, katanya selepas itu.. Pokcik jentik perutnya.. Mmmmmmm kembung. Pokcik meminta orang rumahnya menyapu minyak angin.. Alhamdulillah sendawa dia... Melihat keadaannya yang sudah stabil pokcik pun bersalaman dan balik... Baru sahaja pokcik call orang rumahnya... Alhamdulillah dah pergi kerja, katanya... Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan hamba Allah itu. Sekian buat kali ini.. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam.. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.