Tuesday 12 February 2019

LEMBING



Dalam tiga empat hari lepas orang rumah pokcik dihubungi oleh sepupunya.. Katanya dia demam dan gatal-gatal. Apabila sudah pergi ke hospital tetapi pihak sekolah masih tak dapat mengesan punca masalah maka mula fikirannya ke arah mistik...

Menurut ya dalam tiga empat minggu lepas dia mengalami mimpi yang amat pelik. Katanya dalam mimpi itu, dia dan adiknya berada di rumahnya di kampung. Untuk pengetahuan semua, sepupu orang rumah pokcik ini bertugas di Kuala Lumpur. Dalam mimpi itu, ketika sedang berbual tiba-tiba kelihatan sebatang lembing yang muncul dari langit meluru tepat ke arah rumahnya... Dengan kata lain menuju ke biliknya.

Lembing itu tercacak sebelum sampai ke biliknya kerana ada sedikit halangan menuju ke bilik itu. Dia tersedar dari mimpi dalam pukul 3.30 pagi lebih kurang. Mulanya dia tak mahu berfikir ke arah mistik dan hanya menganggapnya sebagai mainan tidur. Selepas berdoa dan membacakan ayatul Kursi dia terus tidur... Dia berpegang teguh, tidak ada sesuatu pun boleh memudaratkannya tanpa seizin Allah..

Sejak dari mimpi itu dia mula berasa tidak sihat. Boleh kata dia demam dengan kerapu. Berselang sehari agaknya dia demam. Namun, dia hanya demam pada waktu malam. Pelik juga, katanya. Dia kemudiannya balik ke kampung untuk berjumpa ibunya. Ibunya membawanya berjumpa dengan perawat di sana... Tak ada apa ni. Demam campak je, kata perawat berkenaan... Namun keadaannya masih berterusan.. Sihat pada siang hari dan malamnya demam....

Ibunya meminta dia menghubungi pokcik. Entah-entah ada orang tuju awak, kata emaknya. Cuba hubungi abg long (pokcik), kata ibunya lagi. Lebih kurang tiga empat hari lepas, setelah berminggu-minggu demam barulah dia menghubungi orang rumah pokcik. Tak sihat katanya.. Oleh sebab kekangan masa pokcik hanya boleh ikhtiarkannya malam tadi... Selepas solat Maghrib barulah pokcik menghubunginya..

Free ke sekarang?  Abg long nak usahakan, tanya isteri pokcik kepadanya. Aah, free. Memang di rumah, katanya ringkas. Oleh sebab pokcik usahakan dari jarak jauh, seeloknya usaha pokcik dalam pengetahuannya. Pokcik tengok lebih kurang. Nampaknya lebih kepada sihir, wallahuaklam. Pokcik mula terbayang sesuatu makhluk di sebelah ya. Abaikan apa yang pokcik nampak sebab ada juga mainan syaitan. Yang penting, ushakannya sahaja...

Selepas niat pagarkannya terus pokcik usaha untuk menghapuskan gangguan yang ada pada dirinya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Selepas pokcik usahakannya terus pokcik memberitahunya bahawa pokcik sudah selesai. Kalau tak beritahu tak pasal-pasal dia duduk di situ tak berganjak... Sekejap sahaja dia reply, alhamdulillah OK katanya. Alhamdulillah, lepas itu pokcik bertanya lagi tetapi dia tak menjawab...

Pokcik call dia tak angkat. Risau juga, ingatkan dia pengsan. Tak lama kemudian dia call. Alhamdulillah katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini... Apa pun berkaitan gangguan dan sebagainya, seeloknya kita ikhtiarkan sahaja dan melihat keberkesananannya. Tak perlulah kita bercerita itu ini, bimbang terjadinya fitnah dan orang yang tak bersalah menjadi mangsanya. Baiklah sampai di sini sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.