KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Friday, 15 December 2017
DARI MANA DATANGNYA TULANG IKAN ITU
Pokcik di Semambu Kuantan ni. Kereta kancil pokcik dah macam kereta lumba. Tekan minyak sikit bunyi bukan main lagi. Kalah bunyi kapal terbang gamaknya.. Sementara menunggu kereta pokcik siap, sempatlah pokcik taip perlahan-lahan kisah yang berlaku pada hari ini.
Sebenarnya pokcik dah janji dengan ayahnya lebih kurang dua minggu yang lepas. Pokcik kata kalau pokcik free baru pokcik bagitahu. Nak dijadikan cerita, selesai sahaja solat Jumaat seorang lelaki menghulurkan salam. Alamak, ayah si sakit yang pokcik janjikan itu rupa-rupanya. Nak ke tak nak ke, pokcik membalas salamnya.. Pokcik kata pokcik nak pergi makan dahulu.. Dia setuju.. Katanya dia akan mengambil anaknya di Indera Mahkota 2.
Selesai makan sahaja pokcik terus ke rumah sahabat pokcik. Kelihatan sahabat pokcik, orang rumahnya, ayah si sakit, seorang perempuan muda dan seorang lelaki muda sudah sedia menunggu.. Pokcik berehat dan bersembang sebentar.. Tiba-tiba anak perempuannya bersuara, berdebar katanya.. Bukan dia berdebar sebab pokcik tua ni kacak, berdebar sebab nak berubat gamaknya.. Agaknya laa kan...
Ayahnya membuka cerita, pernah dia berubatkan anaknya itu dengan seorang imam di Bahau.. Menurutnya ketika itu perut anaknya membusung dan rasa seperti angin.. Imam tersebut toreh perut anaknya itu.. Keluarlah nanah yang teramat busuk. Setelah itu perut anaknya semakin menyurut. Alhamdulillah. Tidak habis di situ, tiba-tiba ada seorang hamba Allah menelefon anaknya itu.. Dia bertanya dan hairan kerana katanya kedai butik si sakit ditutup.. Padahal selalunya si sakit ini buka pada hari itu.. Si sakit kehairanan kerana dia membuka kedainya ketika itu...
Tidak habis di situ, pada suatu hari dia datang untuk membuka butiknya. Butiknya terletak di tingkat atas bangunan kedai. Sesampainya di butiknya itu, dia lihat air banyak bertakung. Seperti nak pelihara ikan puyu dalam kedai pulak. Dua tiga tempat kelihatan air bertakung dengan banyak dan selayaknya dia membela ikan.. Hihihi. Macam mana pokcik tahu agaknya.. Sebenarnya dia menunjukkan video keadaan butiknya itu ketika kejadian kepada pokcik..
Ayahnya mencium air itu untuk memastikan air biasa atau air longkang ternyata ia air biasa. Yang menjadi hairan katanya, sekejap sahaja air itu meresap hilang entah kemana.. Karpetnya tidak basah dan boleh dia duduk seketika kemudian.. Kemana hilangnya air yang banyak itu secara misteri? Dia memanggil plumber untuk memeriksa keadaan paip di butiknya tetapi langsung tiada tanda-tanda bocor.. Mereka hairan sampailah ke hari ini. Entah dari mana datangnya dan perginya air itu mereka tidak ketahui...
Tidak lama kemudian dia berasa sakit pula pada bahagian perutnya. Dia kemudiannya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Akhirnya pihak hospital membuat MRI dan didapati ada ketumbuhan dalam perutnya. Dia akhirnya bersetuju untuk dibedah. Doktor telah menebuk tiga lubang pada bahagian perutnya. Setelah ditebuk tiba-tiba ketumbuhan dalam perutnya hilang dan hanya meninggalkan kantung air.. Doktor menjadi hairan dengan keadaan itu..
Setelah itu dia mengalami mimpi pelik dan ngeri. Mimpi bayi sudah tidak terbilang. Paling ngeri dia bermimpi menyembelih kepala bayi dan kepalanya diletakkan ke dalam kain serta dibungkus. Antara mimpi yang agak menggelikannya ialah bilangan cicak yang banyak di hadapannya dan dia tidak dapat pergi ke mana-mana. Pokcik masih mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh si sakit. Akhirnya pokcik bersuara juga, ada saka ingin mendekat dan dia sendiri disihir..
Dia bersuara kembali.. Katanya ada seorang hamba Allah beritahu seperti pokcik. Ada saka ingin mendekat. Mungkin dia boleh agak daripada tanda-tanda yang ada pada dirinya dan mimpi yang dia alami. Tangan kanannya kini tidak boleh digenggam kerana sakit. Begitu juga tangan kanannya dikatakan berdenyut. Bahunya terasa berat, belakang kirinya terasa dicucuk dengan jarum dan sangat sakit. Adik dan ayahnya pernah mengurut tangannya itu namun sakitnya tidak berkurang dan adiknya juga sakit setelah mengurut tangannya itu.
Habis bab dia bercerita.. Kini giliran pokcik pula. Pokcik tanya dia sambil berseloroh, nak ke saka ni? Manalah tahu minat nak bela.. Semua yang berada di situ gelak.. Hihihihi.. Tak mahu, katanya tegas.. Pokcik berpuas hati dan memohon kepada Allah agar memudahkan segala urusan. Suasana menjadi agak tegang. Semua diam apabila pokcik membetulkan duduk. Dengan lafaz basmallah maka pokcik terus pagarkan si sakit.. Setelah itu macam biasalah.. Pokcik tanya kepadanya apa yang dia rasakan sekarang.. Dia diam seketika. Dia menenangkan diri dan merasa.. Tak ada rasa apa pun, katanya... Alamak... Tak ada rasa pulak... Hahahahahahahhahhaa...
Bimbang juga pagar tak jadi seizin Allah. Bukan apa, pokcik tak mahu jin saka dan jin sihir yang ada padanya lari. Namun sebagai orang tua, sungguh pun berkeadaan begitu pokcik tetap tenang.. Chewahhhhh. Kakakkakkakkakakka. Tu saja pokcik tambah.. Hihihi.. Kali ini pokcik imbas mohong-mohong. Haih, berasa kebas juga tangan. Boleh tahan laa kan.. Janji tak lepas lari pokcik dah cukup berpuas hati. Pokcik tanya sekali lagi apa yang dia rasa tetapi jawapannya tetap sama. Berdebar sahaja katanya..
Setelah itu pokcik bacakan laa sikit-sikit ayat mudah. Ayat ringkas-ringkas sahajalah. Nak lebih-lebih macam orang lain pokcik tak tahu sangat. Dia tetap tenang. Lega juga hati pokcik sebab dia tidak agresif. Mungkin juga jin tu kasihankan orang tua. Jin pengasih laa kot noo. Hihihihihi.. Pengasih laa sangat... Ketika itu pokcik lihat seperti ada bahang di atas tangannya yang dibukakan. Keadaan itu seperti bahang panas yang kita lihat pada bahagian atap kereta apabila diletakkan di tempat panas. Apa pulak gamaknya tu?
Pokcik malas nak layan. Hembuslah lebih kurang padanya seperti biasa. Kelihatan dia mengerekotkan badannya tetapi dia tetap tidak kerasukan. Katanya tangannya kini semakin sakit. Begitu juga bahu dan bahagian belakang pada sebelah kiri badannya. Kini bahagian belakang seperti dicucuk dengan banyak jarum. Gamaknya beratus jarum laa yang dia rasakan ketika itu. Kasihan juga apabila melihat keadaannya yang sedang menanggung sakit ketika itu.. Semua mata bertumpu pada si sakit yang sedang menahan kesakitan..
Melihat keadaannya itu pokcik terus mohon pada Allah untuk membakar hangus semua jin pada dirinya itu.. Tak cukup dengan itu pokcik memohon pada Allah untuk memancung kesemua jin itu satu-persatu. Si sakit mula batuk. Pokcik malas sangat nak layan. Terus pokcik ikhtiarkan keluarkan semua gangguan bermula dengan tangan kirinya yang sakit itu. Alhamdulillah tangan dan lengannya kini sudah tiada sakit dan dia sudah boleh mengenggamkan tangannya. Alhamdulillah, tak sakit dah tangan, katanya sambil menggerakkan bahu dan digenggam tangannya itu.
Haih macam magic pulak, kata isteri kepada sahabat pokcik itu. Pokcik diam sahaja. Belakang kiri dah tak sakit, kini dia bergerak ke kanan pula katanya secara tiba-tiba.. Pokcik merapatinya. Batuknya semakin kuat. Pokcik meminta sahabat pokcik mencari plastik sebab bimbang dia akan muntah. Laju sahaja sahabat pokcik bergerak mencari plastik dan diberikan kepada si sakit. Pokcik meminta si sakit memusingkan badan dan belakang ke arah pokcik. Apabila pokcik menghalakan tangan ke arahnya dia terus muntah dengan banyaknya. Dia muntah tidak berhenti-henti..
Pokcik terus usahakan belakangnya yang dicucuk dengan jarum itu. Kali ini bukan setakat ikhtiarkan buang, pokcik memohon kepada Allah untuk memulangkan balik kepada tuannya. Alhamdulillah. Selesai dengan izin Allah. Dia pun sudah berhenti batuk dan muntah. Kelihatan dia sangat letih tetapi disebabkan usianya yang masih muda maka dia masih dapat bertahan. Semua melihat ke arah si sakit dan muntahnya.. Pokcik berehat sebentar. Pokcik meminta sahabat pokcik memberikan air masak kepadanya dan air itu diminum.. Alhamdulillah dia minum dengan selesa biarpun kelihatan dia sangat letih..
Pokcik sangka semuanya berakhir dengan izin Allah... Akan tetapi tiba-tiba si sakit bersuara. Katanya dalam tengkuknya seperti ada tulang ikan yang lekat. Haih mari mana pulang tulang ikan ni. Tiba-tiba je kan. Hahahhahhahhahahhaa. Dia cuba telan air liur untuk memastikan benar-benar ada tulang ikan di situ. Ternyata memang dia sakit dan sukar untuk menelan air liur. Pulak dah.. Hahahhahaha.. Pokcik meminta segelas air pula kali ini.. Bacakanlah mohong-mohong pada air tu bagi masuk sikit air liur dalam tu. Hihi. Setelah itu berdoa agar dilepaskan tulang ikan itu...
Setelah itu barulah pokcik memberikan gelas itu padanya untuk diminum. Alhamdulillah hilang dah katanya setelah minum air itu. Alhamdulillah usaha kali ini Allah permudahkan. Itulah kisahnya bahana saka dan sihir.. Nak lagi ke saka ilmu? Hihihihi.. Yang tahu ada saka dan mahu membuangnya,Alhamdulillah. Yang hanyut, maka bukan setakat dia, keturunannya juga akan menanggung akibatnya. Sihir satu hal lagi. Pelik juga tengok orang kita. Apabila melihat orang berjaya maka timbullah dengki dan perasaan tidak puas hati. Pelik kan? Usahalah untuk berjaya dan naik dengan hasil keringat dan titik peluh kita sendiri. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat..