Monday, 4 December 2017

SAKA MENJELING TAJAM



Semalam hari lahir orang rumah pokcik. Jadinya pokcik ke Tanah Putih Baru sebab diadakan sedikit majlis makan-makan. Kebetulan pula diadakan sekali majlis marhaban dan berzanji sempena sambutan Maulidur Rasul.

Majlis pada tengah hari itu iaitu selepas zohor pokcik tidak turut serta sebabnya semua ahlinya ialah perempuan. Jadinya selepas solat Asar pokcik bergerak ke sana. Sesampai pokcik sudah ramai sahabat yang datang. Pokcik pun masuk ke dalam rumah.. Tanpa menunggu lama, pokcik terus mengambil makanan yang terhidang..

Tiba-tiba, mak mertua pokcik datang berbisik. Katanya ada orang Kelantan ingin berjumpa.. Aduhhh, baru je nak suapkan makanan. Terbantut pulak nak makan. Sebenarnya hamba Allah ini tinggal di Kelantan. Emaknya tinggal di Kuantan. Lebih kurang 8 bulan yang lalu emaknya pernah meminta pokcik usahakan anaknya itu. Akan tetapi disebabkan kekangan masa maka kisah dia pokcik lupakan hinggalah pada hari ini.

Kebetulan malam itu emaknya datang ke rumah. Emaknya mula bercerita perihal anaknya itu. Menurutnya anaknya itu sudah lama sakit sejak tinggal di Selangor lagi. Dia mempunyai masalah ketika period. Menurut emaknya, periodnya akan berulang semula walaupun baru lepas period. Maksudnya periodnya bersambung-sambung.

Masalahnya berlarutan walaupun telah pergi ke hospital. Katanya, anaknya selalu bermimpi budak kecil dan dia sering memegang budak kecil tetapi tiga hari lepas katanya dia sudah mula bermimpi menyusukan bayi. Pokcik kata, dia dah terima seadanya laa tu.. Hihihihi. Sebelum bermimpi menyusukan bayi tu dia mimpi dililit oleh seekor ular sawa yang besar. Katanya ular sawa itu berwarna hijau dan coklat.

Setelah melepaskan diri dari belitan ular sawa itu, dia melihat dari jauh dua orang budak mengiringi ular sawa itu. Anaknya ingin ikut mereka tetapi dia menegahnya. Macam real pulak ye mimpinya. Sekuat-kuat dia kerana orangnya jenis orang yang rajin beribadah, namun dia terkena juga. Tangannya bengkak dan tidak boleh digenggam sebaik sahaja dia bangun dari tidur. Menurut emaknya lagi, bengkak pada tangannya itu mula surut dengan sendirinya dan dia boleh menggenggam tangan semula menjelang waktu tengah hari.

Emaknya menyambung cerita lagi. Katanya dia memberitahu anaknya itu dia nak pokcik usahakannya pada hari ini. Emaknya meminta dia melihat kereta pokcik namun tiada katanya. Ketika dia sedang memicit kepala ayahnya pokcik pun tiba. Terus emaknya menunjukkan kereta pokcik. Tiba-tiba perwatakannya berubah. Dia terus mendiamkan diri. Emaknya perasan akan perubahan yang berlaku kepada anaknya itu.

Berbalik kepada cerita pada petang tadi. Setelah makan, pokcik terus ke rumahnya. Kelihatan hampir semua anak menantu mak cik tadi berada di rumah. Suasana sangat bising. Hamba Allah yang sakit ini kelihatan diam dan tidak bercakap. Bagi menenangkan suasana pokcik memulakan bicara. Pokcik bertanya apa yang dia rasa sekarang. Katanya tiba-tiba dia berasa berdebar. Hatinya menjadi sayu dan sedih. Pokcik bergurau, nak kena karate laa tu. Hihihi. Semua gelak termasuk adik-beradiknya yang berada di situ..

Pokcik biarkan dia tenang dulu. Pokcik pergi ke ruang rehat rumahnya ditemani oleh ayahnya. Bukan apa, baru lepas makan kenalah sebatang dua dulu kot noo.. Hihihi. Sambil berborak santai dengan ayahnya pokcik memberitahu ayahnya bahawa pokcik ingin pagarkan anaknya itu tanpa diketahui olehnya. Ayahnya mengiyakan sahaja. Ikutlah, katanya. Buatlah macam mana pun, sambung ayah hamba Allah itu...

Pokcik ikhtiar pagar tanpa dia ketahui. Setelah itu pokcik memanggilnya datang mengadap. Seluruh keluarganya berkumpul. Mereka ingin mengikuti apakah kesudahan pada hamba Allah ini. Dia datang lalu duduk di sebelah pokcik. Pokcik memintanya duduk jauh sedikit. Pokcik kemudiannya meminta dia bersandar pada kerusi kayu yang ada di situ. Dia mengikut tanpa sebarang bantahan. Ahli keluarganya yang lain melihat dengan penuh minat..

Setelah dia selesa menyandar di situ, pokcik bertanya kepadanya adakah dia tak ingin saka yang mendampinginya. Dia mengangguk lemah dan memberitahu pokcik bahawa dia tak mahu saka itu. Pokcik memohon dan berdoa kepada Allah agar memudahkan segala urusan. Buat kali kedua pokcik pagarkan dia. Bukan apa, nampak lain macam dah hamba Allah ni sejak awal. Mukanya yang masih muda pun kelihatan kusam seperti orang tua.. Tambahan pula dia sudah berkelakuan aneh sebaik sahaja dia nampak pokcik.

Sebaik sahaja pokcik pagarkannya dia bersuara. Dia ingin mengamuk katanya. Dia berasa sangat marah. Oleh sebab dia masih belum kerasukan, pokcik memintanya agar beristighfar dan ingat akan Allah. Dia hanya mengangguk lemah. Kelihatan mulutnya kumat-kamit. Pokcik sudah boleh menjangka apa yang disebutnya. Dia sedang beristighfar namun kelihatan tangannya mula menggeletar. Makin lama makin kuat dia menggeletar. Dia kini hampir kerasukan...

Pokcik masih tenang. Nampak tenang di luar. Dalam belum tentu. Ye tak? Kakakakkakkakkakakka. Pokcik membetulkan silaan. Bukan apa, manalah tahu tiba-tiba dia melompat atas pokcik. Sempatlah pokcik elak. Hihihi. Bukan elak menjauh tapi mendekat. Kakakkakakkakkakkaka. Tambahan pula dia pakai baju kurung. Risau pulak pokcik. Kena dia buat hal, terangkat kain ke atau pun dia menggelupur terpaksalah pokcik pegang tak mahu bagi dia lari.. Emergency katanya.. Darurat.. Adehhh.. Darurat laa sangat..

Pokcik membacakan beberapa potong ayat-ayat suci AlQuran. Dia makin gelisah. Matanya kini menjeling tajam melihat pokcik. Tudia aih. Main mata pulak dah.. Hahahhahhahha. Dia mula mendengus. Huh huh.. Ehemmmm. Lebih kurang begitulah keadaan dirinya. Tiba-tiba dia bersuara. Suara jantan mana pulak yang keluar dari tekak dia. Garau suaranya. Orang yang lemah lembut dalam keluarganya kini berubah sama sekali tingkah lakunya. Dia melihat pokcik seolah-olah ingin menelan pokcik.

Pokcik memandang dia sambil meneruskan bacaan. Kali ini dengusannya makin kuat. Entah apa yang dia ngomelkan pun pokcik tidak tahu. Memang ada beberapa patah perkataan yang dia katakan dan pokcik langsung tidak endahkan. Pokcik melihat mukanya sudah berubah. Sesekali rupanya kelihatan seperti kucing dan sesekali rupanya begitu mengerikan. Itulah yang pokcik nampak ketika itu. Entah jin apa yang pokcik berhadapan kali ini...

Kali ketiga pokcik melihat rupanya berubah. Kali ini matanya begitu dalam. Rupanya seperti orang yang sangat tua. Namun ketika pokcik membacakan lagi beberapa potong ayat dia seperti langsung tidak terkesan. Renungannya semakin tajam dan dengusannya semakin kuat seperti ingin bangun melawan pokcik. Dia seperti ingin mencabar dan seolah-olah berkata, aku ingin lihat sejauh mana kemampuanmu. Aku tidak hairan walau apapun yang kau baca.

Benarlah. Sesungguhnya tiada daya upaya manusia. Ayat tiada kuasa. Semuanya hanya asbab sahaja dan semuanya berlaku dengan seizin Allah. Kini pokcik memeluk tubuh. Kedua-dua tangan pokcik rapatkan ke badan. Pokcik perkukuhkan niat dan pengharapan. Jin ini tidak boleh dibiarkan. Benarlah. Sesungguhnya jin akan semakin sombong dan angkuh sekiranya dia dapat mendampingi manusia dan manusia itu mengharapkan perlindungan daripada mereka. Sungguhpun begitu, pokcik tidak menyalahkan orang terdahulu tetapi kini usaha untuk menghapuskan saka ini dengan mengharapkan ehsan Allah..

Kali ini pokcik meminta ehsan Allah untuk membutakan mata jin itu. Kurang ajar tu jeling orang tua. Hahahahahhahhaha. Alhamdulillah kini dia mula tundukkan kepalanya. Haaa, ini pengajaran buatnya. Sesungguhnya makhluk tiada upaya. Tiada kudrat apa pun. Bergerak sesuatu jisim semuanya dengan kehendakNya. Pokcik mula bangun menghampirinya. Tangan pokcik sudah berada tinggi dari paras kepala pokcik. Kali ini memang niat pokcik ingin membunuh jin itu dengan mengharapkan pertolongan Allah. Pokcik terus bangun dan perlahan-lahan menghampirinya.

Apabila pokcik bangun menghampirinya dia mula batuk. Tangisan dia yang bermula dari awal tadi diselang-selikan dengan dengusan kini tidak kedengaran lagi. Kini dia terus batuk tanpa henti. Pokcik mula mengasah tangan seperti mengasah pedang supaya tajam. Saja je laa kan bagi nampak real sikit padahal mohong-mohong je. Kakakkakkakkakakka. Adiknya sudah mengambil plastik kerana bimbang dia akan muntah. Selepas mengasah tangan sebentar, terus tangan pokcik menghayun ke arahnya itu. Lagaknya seperti menghayun pedang. Kalau hayun pedang takkan laa pulak tangan pokcik mengenai dia kan... Hihihi..

Serentak dengan itu dia muntah. Keluarlah kekotoran yang berwarna hitam pekat dan sedikit sahaja berwarna kekuningan. Dia mula sedar dan batuk-batuk kecik. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada hari itu. Kini dia amat lemah. Nak bangun pun terpaksa dipapah. Alhamdulillah juga dia menyandar pada kerusi kayu. Bimbang juga dia terjatuh dan kepalanya menghempap lantai. Adiknya yang lain mengambil air masak segelas. Sebelum minum, pokcik memintanya membacakan surah AlFatihah terlebih dahulu.

Setelah dia tenang baru dia mula bercerita. Katanya dia mudah baran. Pernah dia marah dan seperti naik syeikh terhadap anaknya. Ketika itu dia dengar sendiri suaranya sudah berubah menjadi suara orang lelaki yang pernah dia bermimpi sebelum itu. Lagaknya ketika marah adalah seperti seorang pendekar. Dia menjadi bengis. Ketika pokcik membacakan beberapa potong agar suci AlQuran ada bisikan dalam dirinya. Bisikan itu berkata, aku boleh ikut kesemua bacaannya. Dia tahu apa yang dibacakan oleh pokcik. Jadi sefaham pokcik, jin itu jin Islam. Tambahan pula hamba Allah ini seorang yang amat baik dan mentaati perintah Allah.

Katanya lagi, apabila pokcik meneruskan bacaan, dia sudah tidak boleh mengawal diri. Dia ingin bangun dan menumbuk pokcik. Dia begitu geram pada pokcik. Geram gitu tak apa laaa jangan geram sebab syok pulak. Hahahhahaha. Setiap kali dia nak angkat tangannya, tangannya itu berasa amat berat. Dia tidak mampu untuk bangun seperti seluruh badannya terpasak pada lantai. Entahlah terkunci dengan izin Allah laa tu. Pokcik tak buat apa pun. Teringat pula pada kes di Johor haritu. Ketika hamba Allah itu sampai suami isteri, katanya dia melambung beberapa orang perawat yang memegangnya. Begitu juga dengan kerusi meja di pusat perubatan itu. Habis dilemparnya. Alhamdulillah dengan pokcik dia tidak bangun seizin Allah. Kalau tidak, dia lambung pokcik ke atas atap gamaknya.. Hihihi...

Apa pun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seizin Allah. Dia menjadi amat lemah dan pokcik meminta adik-beradiknya yang lain untuk memapahnya pergi mandi. Itulah kisahnya. Tak kira jin kafir tak kira jin Islam semuanya tidak boleh dijadikan kawan. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka dan kita dengan kehidupan kita. Bukankah telah diutuskan Rasul daripada golongan kamu untuk menyeru ke jalan Tuhanmu? Tak kira jin apa pun, sekiranya engkar dengan suruhan Allah dengan mengganggu urusan manusia maka kepada Allah kita mohon pertolongan untuk menghadapi mereka dan sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. Moga peroleh pengajaran daripada kisah ini. Sesungguhnya kepada Allah kita memohon pertolongan dan kepada Allah kita memohon perlindungan. Wallahua'lam. Salam hormat.