KESINAMBUNGAN DARIPADA BLOGKU YANG TERDAHULU YANG BERKISAR TENTANG KUCING KESAYANGAN POKCIK. NAMUN BERMULA PADA TAHUN 2017 PULA BERKISAR TENTANG DUNIA MISTIK DENGAN MENGGUNAKAN GELARAN ' POKCIK '. SEMUA CATATAN DAN PERKONGSIAN KEBANYAKANNYA PENGALAMAN SENDIRI SERTA TIADA TOKOK TAMBAH. KESEMUA KISAH ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA. SALAM HORMAT PARA SAHABAT DAN PENGUNJUNG BLOG INI.
Sunday, 29 October 2017
BAI'AH DI MEKAH
Santai pagi. Beberapa bulan lepas kalau tak salah pokcik berbual dengan abang si sakit yang dikatakan gila itu.. Berbicara tentang amalan dan ilmu yang dia ingin amalkan. Katanya sekiranya ketika berzikir datang cahaya putih, itu jin baik dan sekiranya datang cahaya biru itu jin kafir.. Pokcik diam sahaja...
Petang semalam pokcik berjumpa lagi dengannya. Dia datang untuk berjumpa pokcik lagi sekali.. Kali ini dia menceritakan perihal adiknya, pensyarah yang sakit itu. Katanya dia dah bawa berjumpa dengan seorang perawat. Menurut perawat itu tiada apa jin yang ada padanya. Dia akan mendapat ilmu katanya. Macam tu pulak perawat pun.. Hahahhahaha.
Si abang tadi meminta pokcik check adiknya itu. Katanya kalau jin baik, biarkanlah. Kalau jin kafir musnahkan lah.. Hahahhahaha. Kali ini baru pokcik berbicara kerana sudah ada kena mengena dengan pokcik. Pokcik bagitahunya, tiada istilah jin jahat dan jin baik. Jin Islam yang mengganggu urusan manusia itu bukan jin yang taat pada perintah Allah. Jin itu sudah fasik. Wallahua'lam..
Patutlah dia beritahu perihal jin baik ini beberapa bulan yang lepas. Itu pegangannya. Apabila pokcik tengok mohong-mohong, adiknya mengalami tekanan dan pendapat pokcik ada jin yang mengambil kesempatan. Nampak seperti matanya merah dan berwarna hitam. Wallahua'lam.. Pokcik meminta dia membawa adiknya berjumpa pokcik malam tadi.
Seperti dipersetujui, dia datang malam tadi bersama seorang lagi adiknya. Haih, si sakit tidak kelihatan. Kami hanya berbual. Kata abangnya, adiknya mendapat ilmu pada suatu malam. Haih sebelum tu pokcik dah tanya, dia kata tak belajar apa-apa yang pelik. Hahahhahaha... Katanya ilmu yang dipelajari di Sabah dibuangnya sebelum kembali ke Semenanjung. Dah jadi macam ni barulah satu-satu dibukakan sendiri..
Katanya suatu malam ketika sedang berzikir datang satu cahaya putih. Cahaya itu akhirnya berubah menjadi manusia. Itu permulaannya. Setelah itu beberapa hari kemudiannya dia dibawa ke Mekah untuk dibai'ah. Tudia, pergi dalam mimpi ke dalam khayalan ke pokcik tak mau komen.. Kita sendiri nilaikannya yaa..
Sejak itu dia mula bercakap sendiri. Duduk bersendirian dan macam-macam lagi perlakuan pelik. Mereka terpaksa membawanya balik ke kampung untuk berubat. Perawat yang berjumpa dengan mereka beritahu apa yang pokcik dah catatkan di atas tadi. Perawat itu seolah-olah memberi galakan pula.. Hahahhahaha..
Malam tadi dia tak nak datang ke rumah sahabat pokcik. Pokcik nak usahakan di rumah sahabat.. Kebiasaannya kalau sebut nama sahabat pokcik, laju sahaja dia mengikut. Hihihihi.. Katanya dia tak mahu pergi.. Dia kata pokcik sudah tahu..Tahu apa entahlah. Saja laa jin tu nak perbodohkan orang kot noo. Dia terlepas cakap. Katanya jinnya sudah beritahu. Kirim salam sahaja pada pokcik katanya.
Hahahhahaha. Boleh jugak gitu. Kata jin baik.. Cahaya putih. Nape pulak tak nak datang bersua kenal. Beramah mesra. Hahahhahaha.. Macam-macam no. Matanya kini dah semakin merah kata abangnya yang seorang lagi yang datang pada malam tadi. Dah macam mata jin yang pokcik ternampak tu dah gayanya.. Hihihihi.. Tak berlaku apa-apa, cahaya putih itu jin baik. Dah jadi macam ni hilanglah lelaki berjubah berseri wajah. Nilaikan sendiri. Wallahua'lam. Salam hormat..
PENYAKIT KULIT
Pokcik kat kampung ni.. Alhamdulillah adik beransur baik cuma sendinya masih lemah akibat kencing tikus..
Petang tadi pokcik ke rumah sahabat sebentar. Ingatkan saja nak sembang santai sekejap. Sesampainya orang rumahnya mengadu gatal habis seluruh badan pulak..
Tak ada tempat elok katanya habis celah belah ke celah timah ke gatal.. Kasihan juga kan? Pokcik usahakan juga tapi kali ini dengan menggunakan tanah.. Alhamdulillah katanya selepas mandi dah tak gatal. Alhamdulillah bukan pokcik yang sembuhkan pun..
Pokcik cuma suruh dia berpantang juga makan hingga kesemua gatalnya dah kering.. Malam ini pokcik nak kongsikan juga petua kalau gatal-gatal badan.. Kurap ke, kudis ke, kena ulat bulu ke dan berkaitan dengan penyakit kulit.
Nak amalkan, silakan.. Entah dari mana pokcik dapat ilmu ni tapi pokcik panjangkan moga sama-sama peroleh manfaat dan ganjaran pahala oleh Nya.. In shaa Allah...
Caranya :
1. Selawat tujuh kali
2. Ayatul kursi sekali
3. Tiga Qul tiga Kali
4. Fatihah sekali
5. Berdoa agar Allah menyembuhkan gatal itu.
Bacakan pada segenggam tanah atau lebih. Campuran dalam air di dalam baldi.. Mandi air tanah itu dan gosokkan pada bahagian gatal.. Setelah itu bilaskan dengan air biasa dan mandi seperti biasa.. Yakin, in shaa Allah... Moga bermanfaat...
Thursday, 26 October 2017
SAKIT GEGENDANG TELINGA
Boring ni taip piii laa kot no mohong-mohong. Tadi ada pulak orang mintak pokcik jadi juri masakan. Selain pemandu forklift professional, pokcik ni kira macam chef jugak laa bahagian rasa bukan bahagian masak.. Hahahhahaha..
Dok perhatikan laa juadah. Dah siap bagi markah semua pokcik pun duduk laa nak tunggu keputusan diumumkan.. Tiba-tiba telefon berbunyi.. Tak sempat habis dengar keputusan diumumkan ada seorang hamba Allah mintak pokcik tengokkan dia..
Haih ada majlis kot.. Pokcik minta izin untuk beredar.. Sesampainya di situ, pokcik tanya apa masalahnya. Katanya dia selalu juga keluar malam untuk mengikuti mesyuarat direct selling.. Mungkin ada benda ikut katanya.. Dia pula selalu melihat kelibat.. Kelibat apa pokcik tak tanya pulak.. Dah jadi macam temu ramah pulak bukannya nak usahakan dia.. Hihihihi..
Katanya bahunya terasa amat berat.. Dah berurut namun masih sakit.. Tak paa laa pokcik kata, kita karate tengok apa ada kalau Allah izin. Pokcik terus pagar dia.. Eh Eh eh katanya. Jin tu bergerak laa tu.. Nak piii mana agaknya tu. Hahahhahaha... Dari bahu dia bergerak ke leher... Dari leher pokcik doakan agar Allah bakar jin tu.. Ehh eehh ehhh kata hamba Allah tu..
Bergerak pulak masuk ke dalam telinga.. Hahahhahaha.. Lama dah dok geram tak sembelih jin buat salai.. Pokcik sembelih leher hamba Allah tu mohong-mohong.. Pastu pokcik usahakan tarik benda tu keluar dari lubang telinganya.. Masa ni pokcik ingat dia nak kerasukan dah.. Yaa laa bunyi mengaduh dan suara macam anak kucing sakit saja..
Alhamdulillah laa dia tak kerasukan.. Selesai dengan izin Allah.. Pokcik tanya laa lepas tu kenapa dia bunyi pelik sangat macam nak menjerit kerasukan. Dia kata, rasa seperti pokcik menarik gegendang telinganya keluar.. Patut pun dia pegang telinganya.. Mungkin dia ingat gegendang telinganya dah terkeluar.. Hahahhahaha macam-macam..
Tapi, itulah hakikatnya kejadian tengah hari tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah kali ni singkat sahajalah pokcik usahakan dia dalam lima hingga 10 minit kot.. Selesai itu dia menggerakkan kepala dan bahu.. Katanya seperti baru bebas daripada memikul beban yang berat.. Wallahua'lam... Itu saja noo untuk malam ni. Santaiiii.. Salam hormat..
Tuesday, 10 October 2017
BERBAU NANAH
Tengah hari tadi pokcik piii ambik orang rumah pokcik. Kawannya pulak nak tumpang. Ok laa tak dak masalah laa kan.
Dah ambik tu kawannya masuk. Pokcik dah terbau sesuatu yang busuk. Bau dah macam nanah bercampur dengan darah. Tak kisah laa kan takkan kita nak tanya pulak, kaki bernanah kaa atau kentut bau darah kaa. Takkan nak tanya, tahan nafas saja laa..
Sesekali pokcik buat-buat sedut pun penyegar udara atau dengan kata lain, pewangi dalam kereta. Dia rileks saja dok sembang dengan orang rumah pokcik. Pokcik tahan saja nafas. Kiranya senaman nafas laa.. Kakkakakkakkaa.
Nak bukak tingkap dan tutupmata pendingin hawa nampak macam tak sopan.. Amboih baru sekai tumpang, sampai kena tutup ekon. Gamaknya dia cakap lagu tu kalau pokcik buka tingkap kereta. Menurut orang rumah pokcik, dia ni lama dah sakit dan berubat..
Dia selalu tidak sedarkan diri, sawan dan takut untuk tinggal seorang diri. Orang rumah pokcik kebetulan satu tempat kerja dengannya. Pergi tandas pun dia nak ikut. Sampai tahap macam tu. Berat tu.. Hahhahahha Hahhahahha
Dipendekkan cerita, pokcik menghantarnya sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia turun pokcik tanya pada orang rumah.. Tak bau busuk ke tadi? Katanya tak ada bau apa pun. Ok saja katanya. Haih, pokcik biru muka menahan nafas, dia kata tak ada bau apa-apa.
Soalannya, apa agaknya yang berdamping dengannya dan berbau nanah? Wallahuaklam
Sunday, 8 October 2017
SILUMAN MONYET
Pokcik masih sibuk.. Semalam pun pergi jugalah ke rumah sahabat. Bukan apa, segan jugalah sebab dah telefon banyak kali. Katanya isterinya sakit setelah berkhemah di Sungai Lembing..
Ada jin mengikut gamaknya. Balik ke rumah dengan anaknya sekali demam. Yang peliknya badan anaknya sejuk dah setelah ambil ubat di klinik. Dengar kata pokcik nak pergi tiba-tiba badannya panas kembali..
Tapinya bukan itu yang pokcik nak kongsikan. Banyak sangat yang pm pokcik tapi terus terang pokcik bagitau pokcik memang terlalu sibuk dengan kerja kebelakangan ni. Makan pun di meja sambil buat kerja. Hahhahhaha biasalah kuli ni memang kena kerja. Bos ok laa duduk saja dan arahkan..
Alkisah pada hari Jumaat baru ni pokcik ke Tanah Putih untuk solat Jumaat.. Apabila nak balik, pokcik ditahan. Rupa-rupanya hamba Allah ini ingin ceritakan sesuatu.. Katanya ada kera besar yang sering bermain di hadapan rumahnya. Ramai orang yang melihat kera itu. Dia berasa tidak selesa..
Katanya mungkin hantu raya. Disebabkan sibuk pokcik cuba jadikan tapak tangan sebagai cermin. Pokcik suruh dia tengok. Katanya dia nampak hitam dan berbulu.. Rupa benda tu dia tak nampak. Hanya nampak seperti bahagian badan saja gamaknya.. Wallahuaklam..
Dia kemudiannya melanjutkan cerita. Mungkin itu monyetnya dulu. Katanya dahulu ada seorang pemandu lori. Pemandu itu berjumpa dengan seekor monyet. Dia bawa monyet itu balik. Monyet itu manja dan selalu dibawa bersamanya di dalam lori. Mereka sangat rapat.
Nak dijadikan cerita, ketika di rumah monyet itu diikat pada satu batang kayu. Berpanas dan berhujan monyet tu. Dia berasa kasihan dan minta membela monyet itu. Tinggallah monyet itu bersamanya di dalam rumah. Mereka menjadi rapat seolah-olah monyet itu sebahagian daripada keluarga.
Lama-kelamaan timbul pula masalah. Monyet itu seolah-olah binatang peliharaan sesuatu. Dia terpaksa membuka sedikit sliding door agar monyet itu dapat bermain dengan sesuatu yang berada di luar rumah. Kalau dia menutup rapat sliding door, monyetnya akan mengamuk.
Hinggalah pada suatu hari dia nampak kelibat seekor monyet yang besar sedang duduk menyandar di sofanya. Dia memanggil bomoh dan bomoh itu bagitahu lebih kurang, monyet itu mainan hanuman. Bomoh itu bersetuju untuk mengambil monyet itu. Katanya apa yang ada pada monyet itu jin baik.
Lantaklah katanya. Dia tak mahu bela. Sayu katanya monyet itu apabila dia kata pergi ikut abah baru. Monyet itu berbunyi dan memandangnya dan rumah itu dengan sayu. Ketika pergi dia memandang ke arahnya hinggalah hilang daripada pandangan.
Lama juga dia mendengar suara monyet itu selepas itu dan lama-lama hilang begitu saja. Kini kedengaran lagi suara dan kelibatnya. Dia minta pokcik usahakan tapi pokcik janji akan ke rumahnya setelah semua kerja selesai dan tidak sibuk lagi. Adakah monyet itu kembali? Wallahuaklam
Subscribe to:
Posts (Atom)