Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi oleh Allah di ruangan ini. Kekangan masa menyebabkan pokcik tak sempat untuk menulis. Jadinya kebetulan ada sedikit ruang ini pokcik akan menulis pengalaman malam tadi. Lebih kurang pukul empat petang, ada seorang hamba Allah menulis mesej kepada pokcik. Pokcik namakannya sebagai Anis (bukan nama sebenar)
Anis : Assalamualaikum pokcik
Pokcik : Waalaikumussalam
Anis: Anis ni. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Pokcik : Apahal pulak tu?
Anis : Pokcik, nak minta tolong ni. Entah apa yang
mengikut suami. Anis dengan anak sakit.
Anis tengok dalam cermin, muka Anis nampak
buruk sangat. Anis dan anak dah tiga hari sakit.
Pokcik : Kalau macam tu datanglah ke rumah pokcik.
Anis : Baiklah. Anis tunggu anak dara balik. Lepas
Asar kami sampai. Bagi location rumah pokcik.
Pokcik : Baiklah.
Lama juga pokcik menunggu dan akhirnya pokcik terima mesej mengatakan bahawa dia akan datang selepas Maghrib kerana suaminya baru sahaja sampai ke rumah.
Lebih kurang pukul 8.20 malam mereka pun sampai. Pokcik menyambut mereka sekeluarga. Si suami, isteri dan dua orang anak mereka terpancul di depan pintu pagar rumah pokcik.. Anak daranya masam sahaja seperti nak telan pokcik. Si isteri kelihatan lemah dan menanggung sakit yang amat berat. Lembik lutut saya nak melangkah masuk ke dalam rumah pokcik ni. Ketar dah saya ni, kata si isteri. Pokcik diamkan sahaja dan menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
Sesampai di dalam rumah, anak daranya yang dalam lingkungan 20 tahun masih mendiamkan diri. Mukanya kelihatan bengis seperti nak merasuk. Pokcik masih tenang.
Anis : Macam tu laa dia tiga empat hari ni. Selalunya
dia laa yang banyak mulut.
Pokcik : Tak apa laa. Bukan kehendak dia. Macam
mana boleh jadi sampai macam tu.
Anis : Sebenarnya, bermula dari suami saya. Lepas
balik dari Bukit Pelindung dia tak mandi. Saya
tengok rupa bukan macam dia dah. Entah apa
yang ikut tak tahulah saya.
Pokcik : Lepas suami balik terus jadi macam tu ke?
Anis : Tak. Lepas tu dia pergi berjumpa dengan
kawannya. Katanya accident dan berada di
KMC.
Pokcik : Haih, takkan melawat kawan kemalangan
sampai jadi macam tu. Pelik tu.
Anis : Bukan pokcik. Rupa-rupanya kawan kerja dia
bukannya kemalangan. Kawannya seperti
merasuk. Kata anak, bukan rupa kawannya dah
masa sakit tu. Dia di rumah bukannya KMC.
Pokcik : Oooooo.. Tak apa laa.. Biar pokcik tengokkan
Dia.
Pokcik terus meminta si anak duduk membelakangi
Pokcik. Dia menurut sahaja walaupun mukanya masam sahaja dan seperti nak makan pokcik. Tiba-tiba Anis mencelah, rasa macam nak cepuk je. Macam itulah masa di rumah. Duduk dalam bilik. Habis adiknya ditengking.
Pokcik menenangkan Anis dan menerangkan bahawa itu bukannya sifat sebenar anaknya itu.
Pokcik terus pagarkannya. Rasa macam mana, tanya pokcik.
Berdebar dan takut, kata si anak.
Tanpa melengahkan masa, pokcik terus doakannya. Dia seperti nak kerasukan. Apabila jadi macam itu, pokcik merapatkan diri. Sambil tu pokcik bersedia juga. Manalah tahu tiba-tiba sikunya naik ke muka. Tujuan pokcik rapat bukannya nak ambil kesempatan tetapi pokcik nak beritahu kepada jin itu bahawa pokcik tidak takut akannya.
Terus tak jadi nak merasuk. Dia mula menangis. Rasa sedih agaknya. Mungkin juga jin itu nak ajak pokcik berkomunikasi. Mungkin dia nak pokcik tanya perihalnya, kenapa dia mengganggu, dari mana asalnya, siapa yang menghantar, dan sebagainya. Entahlah... Pokcik memang tak berminat untuk berbual. Tanya banyak-banyak macam pokcik nak masuk meminang pulak. Hahahhahahhahhaa..
Tengok dia menangis, pokcik terus sembelih. Alhamdulillah terus senyap. Dia mula sendawa. Banyak kali juga dia sendawa. Anak dara kalau sendawa memang hodohlah. Mengalahkan mak janda agaknya. Haih, macam pokcik tahu pulak no. Ada pengalaman agaknya. Hahahhahha.. Dak aih, pokcik agak saja. Jangan dok serkap jarang pulak. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan. Dia mula senyum.. Manis rupanya tuan punya diri... Macam mana sekarang, ada rasa berdebar dan takut lagi, tanya pokcik. Alhamdulillah lega. Tak ada dah sakit, berdebar dan sebagainya, katanya.
Pokcik meminta dia bertenang sebentar. Rileks dulu, cuba rasa di mana ada rasa sakit. Pokcik akan ikhtiarkan buang saki baki ya, kata pokcik. Setelah diam sebentar dia memberitahu bahawa bahagian belakang berhampiran pinggangnya sakit. Pokcik memintanya tunjuk bahagian itu. Dia melakukannya tanpa membantah. Terus pokcik doakan dan menarik keluar saki baki masalahnya. Alhamdulillah hilang sakitnya serta merta seizinNya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah..... Selesai satu bab..
Ketika pokcik sedang ikhtiar si anak, Anis sendawa tidak berhenti-henti. Apa pula kali ini....
Pokcik meminta Anis duduk membelakangi pokcik. Dia akur. Setelah memagarnya automatik hilang sendawanya itu. Tadi nak keluar sangat, ke mana pula agaknya jin itu kan. Menyorok agaknya. Biarlah nak menyorok di mana pun. Pokcik tak kesah sangat. Kalau orang, sanggupkah menyorok dalam oven? Hihihihihi kurang cerdik namanya tu. Akhir sekali sudah pasti akan memunculkan diri juga. Takkan nak hangus dalam oven. Tak tahulah kalau jenis memang nak bunuh diri. Ada juga agaknya. Manalah tahu, kan.
Pokcik pun terus doakan dia. Bacalah mana-mana yang tahu sahaja. Bukannya tahu sangat pun. Lebih kurang tiga minit dia pun sendawa. Kali ini pokcik nak rasa bentuk jin itu pula. Tak ada kerja sangat laa katakan. Hihihihihi.. Pokcik pun meninggikan badan sedikit. Meninggikan badan bukannya meninggikan diri. Dua maksud yang berbeza sangat tu. Dari belakang leher membawa ke atas pokcik rasakan bentuk makhluk itu.. Haih panjang bulat macam tiang pulak.. Jin apa agaknya bentuk macam tu. Mmmm..
Pokcik dapat rasakan bahawa ia bukannya jin tetapi diri si sakit telah dipasak secara ghoib. Wallahuaklam.. Dengan keadaan sebegitu si sakit akan sukar berjalan, badan terasa berat dan menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini si sakit akan berasa sakit dan mudah letih. Permainan ini seperti permainan sihir. Apa pun pokcik layankan sahaja.
Setelah beberapa minit kemudian si sakit pun muntah. Si suami menadah muntah tersebut dengan plastik. Sambil muntah dia sendawa berulang-ulang kali. Apabila pokcik nampak dia agak sukar untuk muntah selepas itu biarpun asyik sendawa maka pokcik fokuskan pada bahagian perut dan tarik ke atas. Alhamdulillah muntahnya semakin banyak keluar... Letihnya, kata si sakit. Pokcik sangat faham keadaan itu.
Setelah itu pokcik scan lagi. Kali ini dia seperti memakai topeng orang tua. Tuanya, kata pokcik di dalam hati. Kelihatan urat pada dagunya, dahi dan pipinya itu. Patutlah dia seperti orang tua. Matanya yang terang tiba-tiba menjadi rabun. Memang cara ini kebiasaanya dilakukan untuk menghilangkan mood si suami. Rasanya faham kot maksud pokcik. Orang tua be ratus tahun, di samping rabun, nafsu, tenaga dan sebagainya telah kurang. Sudah tentu tanggungjawab sebagai isteri tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dia pun dah tak ada nafsu, si suami lagi laa. Kan..
Kali ini pokcik cuba keluarkan lapisan topeng pada mukanya. Setelah beberapa kali, barulah pokcik dapat lihat wajahnya mula berubah seperti asal. Pusing badan, kata pokcik. Haaa baru nampak tulisan tv. Tadi tak nampak. Rabun, katanya tiba-tiba. Alhamdulillah Allah permudahkan. Namun masalah itu tidak selesai lagi sepenuhnya. Pokcik meminta dia berehat sebentar. Dia dah hampir tak boleh nak duduk. Kelihatan dia teramat letih. Pokcik kasihan juga kepadanya tetapi urusan perlu diteruskan. Pokcik tak mahu buat kerja dua tiga kali sebolehnya.
Belum sempat dia nak berehat, tiba-tiba belakangnya terasa teramat sakit... Aduhhhhhhhhhhhhh sakitnya, katanya seperti hendak menangis. Setelah itu dia diam. Sakit datang sesekali gamaknya. Pokcik minta dia membelakangi pokcik sekali lagi. Kali ini pokcik letakkan sebiji limau di atas belakangnya itu.. Sakitttttttttttttttttttttttttttttttt, dia hampir menangis dan mengerang kesakitan. Menurutnya selepas itu, dia dapat rasakan seperti pisau menusuk di belakangnya. Nak korek keluar, bukannya mudah. Orang tak nampak lubang di belakangnya seperti satu terowong dibuat, namun yang merasainya sahaja yang dapat rasakan dan menceritakan semula apa yang dirasai oleh mereka ketika itu..
Dua tiga kali juga dia mengerang sakit. Akhirnya dia diam. Pokcik tanya, sakit lagi? Tak ada dah,katanya ringkas. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik. Jenis sihir pasak ni puas jugalah nak keluarkan. Kesannya secara fizikal dirasai oleh si sakit. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang mensyirikkanNya. Setelah semuanya selesai kami pun minum. Ketika ini pokcik mula bertanya tentang sahabat anaknya yang sakit itu.. Kisah baru pula bermula. Anak si Anis pokcik gelarkan dirinya sebagai kakak sahaja..
Pokcik : Apa ceritanya sampai jadi macam ni?
Kakak : Sebenarnya saya melawat kawan. Dia satu
tempat kerja dengan saya. Saya tak tahu dia
sakit pelik. Balik dari situ yang saya kena.
Anis : Memang pun. Lepas ni dah tau jangan pergi ke
tempat bukan-bukan. Saya cuba mandikan ais
kepada kakak, habis dengan saya kena. Lebam
betis saya kena kerkah.
Pokcik : Kebetulan sahaja tu. Anis pun ada masalah
yang lain dan kebetulan kakak pun kena. Jadi
eloklah berlaku dua pertembungan. Habis tu
macam mana dengan kawan kakak. Dah
berubat ke?
Kakak : Dia sedang berubat. Dah tiga hari. Kata
perawat tu kawan saya kena sihir. Dia
disihirkan oleh lelaki yang minat kepada dia.
Pokcik : Gitu pulak
Kakak : Kata perawat, ada lelaki yang suka akan dia.
Tapi dia bertunang dengan orang lain.
Pokcik : Macam mana dia merawat. Perawat tu
tinggal di mana?
Kakak : Kawan saya berubat di Seri Melati. Katanya
perawat tu gunakan kacang hijau untuk
rawatannya. Boleh ke?
Pokcik : Biarlah. Itu kan cara dia. Macam mana dia
buat. Macam nak bagi toyol main pulak guna
kacang hijau ye.. Hihihihihi.
Kakak : Dia minta kawan saya goreng di rumah
kacang hijau tu. Selain tu dia goreng juga
lada hitam. Barang tu kemudiannya dibawa
ke rumah perawat..
Pokcik : Macam-macam cara ye. Tak kisahlah. Lepas
tu dia buat macam mana lagi?
Kakak : Dia letakkan kacang hijau tu di atas tapak
tangan dan lepas tu dijentik. Selebihnya
kacang hijau dan lada hitam tu dibawa
pulang.
Pokcik : Kenapa dibawa balik?
Kakak : Dia kena taburkan kacang hijau dan lada
hitam tu di sekeliling rumah dia selama tiga
malam tepat pukul 12 malam. Perawat tu
pesan kalau ada suara yang memanggil
jangan menyahut. Buat tak tahu saja.
Anis : Hiiiiii kalau saya tak sangguplah. Takuttuttttt.
Kakak : Dia juga dibekalkan dengan limau nipis.
Limau tu mesti dibawa ke mana-mana.
Macam, untuk lindung dia. Kalau limau tu dah kuning, dia akan tukarkan dengan
limau baru
Pokcik : Astaghfirullah haladzim. Dah macam
tangkap pulak. Sebenarnya boleh
membawa kepada syirik.
Begitulah lebih kurang kisah yang berlaku pada malam tadi. Moga kita dapat mengambil ikhtibar daripada kisah ini. Dalam mencari penyelesaian masalah, kita seharusnya berfikir terlebih dahulu dan elakkan daripada perkara-perkara yang menyalahi syariat dan boleh mengundang kepada bersyirik dengan Allah. Sihir merupakan perbuatan syirik yang nyata, namun perbuatan kita ketika merawat juga boleh mengundang kepada syirik sama ada kita sedar mahupun tidak. Moga kita semua dilindungi oleh Allah. Aamiin.. Salam hormat...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.