Friday 22 February 2019

DITINDIH 6 ORANG


Kisah malam tadi...

Dalam pukul 7.40 malam, selepas solat Maghrib pokcik bersiap-siap nak keluar makan. Tiba-tiba orang rumah pokcik berkata beliau nak masak mi goreng.. OK je laa.. Janji kenyang.. Kan...

Rupa-rupanya semuanya ada hikmahNya. Tidak lama kemudian sebuah motosikal berhenti di hadapan rumah pokcik. Seorang perempuan dan adiknya berhenti dan memberitahu bahawa dia sudah telefon pokcik beberapa kali tetapi tidak berjawab.. Memang betul, pokcik tengok ada 6 miss call.. Hihihihihi...

Dia tanya, pokcik nak keluar ke? Maklumlah pokcik dah berpakaian lengkap... Baju CROMOX seluar tiga suku.. Hahahahahahha.. Yang ni pokcik tambah.. Ingatkan nak keluar makan, tapi orang rumah nak masak pulak. Makan di rumah saja, kata pokcik.. Ingatkan nak panggil datang ke rumah. Ayah tiba-tiba sakit. Selimut tiga lapis, orang tindih 6 orang pun masih sejuk, katanya. Bawa ke hospital pun tak jadi apa juga, katanya. Tak apalah. Sekejap lagi selepas makan saya pergi, kata pokcik. Mereka diam dan terus berlaku pergi....

Lama betul ayahnya tak sakit. Alhamdulillah. Ingat tak kisah jembalang hutan dahulu? Ayahnya laa yang kena sampai kurus kering tinggal tulang.. Maklumlah kerja dalam hutan.. Lama tak dengar ceritanya. Biasalah kalau tak sakit, depa tak tanya kot khabar pokcik tua ni.. Hihihihihi.. Sibuk bekerja agaknya. Kena bersangka baik. Selepas mereka balik pokcik terus masuk ke dalam rumah..

Siapa datang? Soal orang rumah pokcik. Nu haa, ******** sakit. Sejuk katanya. Habis anak cucu tindih tapi mengerekot juga sejuk, kata pokcik. Orang rumah pokcik diam dan terus berlalu menyiapkan makan malam. Setelah siap, pokcik pun makan seperti biasa. Setelah itu barulah pokcik bergegas ke rumah hamba Allah itu. Jarak rumah hamba Allah itu dengan rumah pokcik tak jauh.. Jadinya sekejap sahaja pokcik sampai..

Setelah memberi salam, pintu rumah dibuka. Kelihatan anak cucu ramai berkumpul. Lebih 15 orang gamaknya duduk berhimpun.. Pokcik bersila di tepi hamba Allah itu. Anaknya berada berhampiran pokcik. Lama mana dah sakit, tanya pokcik. Tiga hari dah. Tapi malam ni yang teruk, kata anaknya. Pokcik tengok tiga lapis selimut dah berbalut tetapi setitik peluh pun tidak ada.. Pokcik terus menjamah kepala, badan dan kakinya. Allahu Akbar.. Macam menjamah tepi dapur lepas memasak. Memang terlalu panas tubuhnya dan kepalanya. Namun, bahagian kaki pula amat sejuk.. Lain macam pulak ni... Bibirnya kelihatan pucat seperti sudah lama menanggung sakit..

Melihat keadaannya itu, pokcik pun tak banyak bicara. Pokcik terus mendoakannya dan memohon agar Allah mengeluarkan haba panas dari tubuhnya itu. Alhamdulillah lama-kelamaan badannya mula beransur-ansur sejuk seizinNya. Setelah itu dia meminta air daripada anaknya. Air diberikan ketika pokcik sedang usahakannya itu. Setelah selesai, dia yang terbaring tadi meminta duduk dan akhirnya meminta anaknya memapahnya ke bilik air untuk kencing. Alhamdulillah... Dia dibawa oleh beberapa orang anaknya ke bilik air..

Setelah keluar, dia baring semula. Alhamdulillah kali ini dia tak mahu berselimut lagi.. Dia baring dengan hanya memakai tuala mandinya. Dia menekan perutnya. Sakit, katanya.. Pokcik ikhtiar pula bahagian perutnya itu.. Kurang dah, katanya selepas itu.. Pokcik jentik perutnya.. Mmmmmmm kembung. Pokcik meminta orang rumahnya menyapu minyak angin.. Alhamdulillah sendawa dia... Melihat keadaannya yang sudah stabil pokcik pun bersalaman dan balik... Baru sahaja pokcik call orang rumahnya... Alhamdulillah dah pergi kerja, katanya... Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pokcik dan hamba Allah itu. Sekian buat kali ini.. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam.. Salam hormat..

Tuesday 19 February 2019

BENGKAK KAKI PERUT MENGERAS




Kisah ini berlaku semalam dan hari ini. Semalam, ketika di tempat kerja seorang sahabat pokcik menceritakan perihal abang iparnya di Kelantan. Katanya kaki kirinya bengkak besar manakala kaki kanannya sakit. Seperti biasa soalan pokcik, dia tak pernah ikhtiar ke? Jawab sahabat pokcik, jenuh dah ikhtiar tapi macam tu juga... Bukannya apa, pokcik tak suka juga orang ambil kesempatan dan mencari jalan mudah tanpa pergi ikhtiar terlebih dahulu di mana-mana...

Katanya abang iparnya hanya duduk tak boleh melakukan apa-apa kerja disebabkan kakinya itu. Nak berjalan sekejap-sekejap bolehlah agaknya. Agaknya laa. Kan... Perutnya juga semakin keras. Entah apa agaknya, katanya lagi.. Pokcik minta untuk melihat gambar abang iparnya. Mmmmmmm mm, lebih kepada SAKA, kata pokcik.. 
Wallahuaklam. Dah tu nak buat macam mana, tanya sahabat pokcik pula. Macam ni. Pokcik nak ikhtiar sepenuhnya tak boleh sebab kekangan masa. Lagi pun di tempat kerja. Pokcik ikhtiar kakinya dahulu, kata pokcik..

Dia bersetuju.. Bukan apa, kalau kakinya boleh bergerak seizinNya bolehlah dia bekerja seperti biasa. Setidak-tidaknya boleh menampung perbelanjaan keluarga. Bebanan keluarga mungkin akan berkurangan. Itu sahaja niat pokcik.. Jadinya seperti yang dipersetujui, pokcik terus masuk ke bilik. Pinjam bilik bos Sekejap, pokcik kuli je mana ada bilik. Pokcik hanya meminta dia duduk sekejap sahaja tanpa bergerak ke mana-mana..

Setelah mengunci pintu bilik, barulah pokcik usahakan. Orang kata hantam pii laa mohong-mohong puas dok saja... Hahahhahahhahhaa.. Alhamdulillah dia dah mula boleh berjalan seizinNya. Surut bengkak seizin Allah. Dalam 40 minit tadi pokcik berjumpa sahabat pokcik. Pokcik minta dia hubungi abang iparnya kerana pokcik nak usahakan sepenuhnya. Maklumlah semalam pokcik hanya ikhtiar kakinya sahaja...

Abe **** dale pejalane nok gi baya bil TNB, kata isterinya. Pahtu sapo bawok keto, tanya sahabat pokcik. Dio laa bawok. Buleh doh bawok keto. Satni dio ajok buat roti canai. Nok gi beli bare nok buat warung, tambah isterinya lagi.. Doh tu nok what guano ni? Pokcik nok ikhtiar habih kalau Allah izin, kata sahabat pokcik... Kejap deh, Abe nok baya bil dulu. Depe nu ado bangsa. Buleh duduk situ smeta, kata isterinya lagi....

Setelah mereka membayar bil, mereka terus berjalan ke bangsal berdekatan.. Pokcik berpesan kepada sahabat pokcik supaya memberitahu abang iparnya agar duduk di situ tanpa bercakap. Nak berfikir dialau-alukan.. Nak baca ayat-ayat suci lagi elok. Kalau pokcik guna jin atau hantu, biaq mampoih jin pokcik. Kakakakkakaka kakakakkakaka.. Dia setuju. Entah ada orang lalu lalang di situ pun pokcik tak tahu.. Biarkan. Janji pokcik boleh usahakannya.

Alhamdulillah lebih kurang 25 minit selesailah urusan pokcik seizinNya. Pokcik suruh sahabat pokcik tanya, macam mana keadaannya.. Panas sangat perut. Isterinya yang sendawa tak henti-henti. Dia sampai basuh muka sebab loya. Kemungkinan dia juga muntah. Wallahuaklam... Disebab agak kalut dengan urusan kerja maka pokcik tak sempat bertanya lebih lanjut.. Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pokcik dan hamba Allah itu.. In shaa Allah, dia akan pulih sepenuhnya seizinNya. Moga berjumpa lagi.. Salam hormat. Wallahuaklam

Tuesday 12 February 2019

LEMBING



Dalam tiga empat hari lepas orang rumah pokcik dihubungi oleh sepupunya.. Katanya dia demam dan gatal-gatal. Apabila sudah pergi ke hospital tetapi pihak sekolah masih tak dapat mengesan punca masalah maka mula fikirannya ke arah mistik...

Menurut ya dalam tiga empat minggu lepas dia mengalami mimpi yang amat pelik. Katanya dalam mimpi itu, dia dan adiknya berada di rumahnya di kampung. Untuk pengetahuan semua, sepupu orang rumah pokcik ini bertugas di Kuala Lumpur. Dalam mimpi itu, ketika sedang berbual tiba-tiba kelihatan sebatang lembing yang muncul dari langit meluru tepat ke arah rumahnya... Dengan kata lain menuju ke biliknya.

Lembing itu tercacak sebelum sampai ke biliknya kerana ada sedikit halangan menuju ke bilik itu. Dia tersedar dari mimpi dalam pukul 3.30 pagi lebih kurang. Mulanya dia tak mahu berfikir ke arah mistik dan hanya menganggapnya sebagai mainan tidur. Selepas berdoa dan membacakan ayatul Kursi dia terus tidur... Dia berpegang teguh, tidak ada sesuatu pun boleh memudaratkannya tanpa seizin Allah..

Sejak dari mimpi itu dia mula berasa tidak sihat. Boleh kata dia demam dengan kerapu. Berselang sehari agaknya dia demam. Namun, dia hanya demam pada waktu malam. Pelik juga, katanya. Dia kemudiannya balik ke kampung untuk berjumpa ibunya. Ibunya membawanya berjumpa dengan perawat di sana... Tak ada apa ni. Demam campak je, kata perawat berkenaan... Namun keadaannya masih berterusan.. Sihat pada siang hari dan malamnya demam....

Ibunya meminta dia menghubungi pokcik. Entah-entah ada orang tuju awak, kata emaknya. Cuba hubungi abg long (pokcik), kata ibunya lagi. Lebih kurang tiga empat hari lepas, setelah berminggu-minggu demam barulah dia menghubungi orang rumah pokcik. Tak sihat katanya.. Oleh sebab kekangan masa pokcik hanya boleh ikhtiarkannya malam tadi... Selepas solat Maghrib barulah pokcik menghubunginya..

Free ke sekarang?  Abg long nak usahakan, tanya isteri pokcik kepadanya. Aah, free. Memang di rumah, katanya ringkas. Oleh sebab pokcik usahakan dari jarak jauh, seeloknya usaha pokcik dalam pengetahuannya. Pokcik tengok lebih kurang. Nampaknya lebih kepada sihir, wallahuaklam. Pokcik mula terbayang sesuatu makhluk di sebelah ya. Abaikan apa yang pokcik nampak sebab ada juga mainan syaitan. Yang penting, ushakannya sahaja...

Selepas niat pagarkannya terus pokcik usaha untuk menghapuskan gangguan yang ada pada dirinya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Selepas pokcik usahakannya terus pokcik memberitahunya bahawa pokcik sudah selesai. Kalau tak beritahu tak pasal-pasal dia duduk di situ tak berganjak... Sekejap sahaja dia reply, alhamdulillah OK katanya. Alhamdulillah, lepas itu pokcik bertanya lagi tetapi dia tak menjawab...

Pokcik call dia tak angkat. Risau juga, ingatkan dia pengsan. Tak lama kemudian dia call. Alhamdulillah katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini... Apa pun berkaitan gangguan dan sebagainya, seeloknya kita ikhtiarkan sahaja dan melihat keberkesananannya. Tak perlulah kita bercerita itu ini, bimbang terjadinya fitnah dan orang yang tak bersalah menjadi mangsanya. Baiklah sampai di sini sahaja buat kali ini. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..

Wednesday 6 February 2019

LELAKI BOTAK HITAM RAMBUT MENGGERBANG




Ketika pokcik menulis kisah ini pokcik masih di rumah emak pokcik di kampung. Ketika pokcik sampai, kelihatan emak pokcik berjalan terencut-encut. Dalam fikiran pokcik, biasalah orang tua. Tentulah sakit di sana sini.. Kebetulan pula ada kenduri pertunangan jiran berhampiran. Selalunya emak pokcik antara orang yang akan dipanggil untuk memasak makanan. Oleh sebab beliau sakit, dia teragak-agak untuk pergi. Sebelum itu, di rumah jirannya yang lain pun, tidak dipenuhi undangan.
Pokcik faham sangat keadaan itu sebab emak pokcik bukannya begitu. Namun, dalam keadaan sakit itu pun sahabatnya datang menjemput ke rumah. Terpaksalah emak pokcik pergi juga. Pokcik dengar emak pokcik memasak juga walaupun sakit. Orang lain sudah balik ke rumah namun beliau masih juga di situ. Itulah tabiat dan kebiasaan emak.

Pada sebelah malamnya dia me ngadu sakit kaki. Pokcik menghampirinya lalu bertanya. Dah berapa lama emak sakit? soal pokcik. Dua minggu dah, katanya ringkas. Selalunya lepas makan ubat, alhamdulillah. Tambahnya lagi. Pokcik mula terfikir. Orang lain sakit kepala pun pm pokcik. Emak pokcik menderita sakit dua minggu sehingga pokcik balik menziarahinya pun, dia tidak minta pokcik ikhtiarkan. Itulah bezanya

Kali ini pokcik pula menawarkan diri. Mari saya tengok, pinta pokcik tanpa diminta oleh emak. Manalah tahu ada dok bergayut, tambah pokcik lagi. Emak pokcik diam. Kemudian dia menghulurkan kakinya. Kakinya itu pokcik alas dengan sebiji bantal. Sakit kat bawah lutut, katanya perlahan. Maksudnya di bahagian pelipat kaki. Pokcik minta emak pokcik bertenang. Setelah berdoa pagarkan bahagian tersebut, pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci Alquran. Dia mengalihkan kaki sedikit. Sakit katanya...

Takkan baca pun sakit kalau tak ada bukan-bukan di situ. Kakinya mula berdenyut kuat. Sesekali kakinya digerakkan. Tak lama kemudian barulah emak pokcik kelihatan tenang. Selepas itu pokcik ikhtiar menarik keluar entiti tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna seizinNya. Alhamdulillah hilang dah sakit kaki, kata emak pokcik. Entah apa yang bergayut tak tahu laa. Pelik juga sebab sakit dah dua minggu. Selalunya lepas makan ubat, alhamdulillah, sambungnya. Pokcik diam sahaja mendengar beliau membebel seorang diri..
Beliau kemudiannya bangun dan berjalan. Tak berat dah. Ringan je rasa, tambahnya. Pokcik bertanya, sebelum ini ada mimpi apa ke? Ada, katanya. Sehari sebelum sakit emak bermimpi didatangi oleh dua orang lelaki. Seorang tu bercakap seorang lagi diam sahaja. Lelaki yang diam itu berkepala BOTAK dan hitam. Rambutnya panjang dan kelihatan mengerikan. Siapa lelaki BOTAK itu agaknya. Wallahuaklam, hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Bangun pagi ini kelihatan emak pokcik sudah mengemop lantai. Alhamdulillah, beliau sudah kembali seperti biasa. Pokcik duduk di beranda. Kedengaran emak pokcik berbual dengan isteri pokcik. Kalau Allah nak izinkan senang je, katanya.. Pokcik senyum sendiri. Selain bersyukur kepada Allah kerana dapat berkhidmat dengan ibu pokcik, pokcik juga bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan kepada emak pokcik. Tiada daya upaya manusia. Semuanya milikNya yang kekal dan abadi..
Salam hormat....