Monday 26 November 2018

SAKA BAIK SAKA JAHAT



Kali ini kita buka satu topik suam-suam kuku. Tajuknya SAKA BAIK SAKA JAHAT.

Saka ialah puSAKA. Pusaka kepunyaan keturunan terdahulu. Bukan semestinya peninggalan orang terdahulu, kita juga boleh meninggalkan puSAKA buat anak cucu kita..

Tiada puSAKA kalau tidak ditinggalkan. Maksudnya bukan orang terdahulu saja yang meninggalkan puSAKA tetapi kita juga tidak mustahil kalau tidak berwaspada..

SAKA yang ditinggalkan kini ialah saka ilmu. Pulak dah pokcik ni.. Hahhahahha.. Betul laa pokcik cakap tu. Datang dari mana saka itu kalau bukan dari ilmu yang dituntut. Ada yang mempelajari ilmu bidan, ilmu perdukunan, ilmu menyeru harimau di alam jin, ilmu menyeru hantu raya dan sebagainya...

Pokcik, tok nenek datang dalam mimpi bagi ilmu... Ada jenis cakap lagu tu. Depa mengaku tok nenek depa jin. Hahhahahha. Berat sangat dah tu.. Orang dahulu menyeru hantu raya untuk dijadikan khadam. Tujuannya untuk mengerjakan sawah, melakukan kerja berat, menjaga rumah dan sebagainya. Baik tak hantu raya dia? Baiklah.. Hahhahahha.. Memang laa baik sampaikan dia kerjakan sekali orang rumah tuannya. Hihihihihi. Niat depa baik tetapi matlamat tidak menghalalkan cara..

Depa seru pulak pelesit berdasarkan ilmu yang dipelajari. Baik tak tujuannya? Baiklah.. Siapa kata jahat.. Baik sebab menjaga rumah, mengekalkan keremajaan tuannya dan hanya merasuk sesiapa yang bermasalah dengan tuannya. Bela untuk tujuan yang baik tetapi sekali lagi pokcik cakap, matlamat tidak menghalalkan cara...

Begitu juga ilmu perdukunan. Mereka belajar mantera untuk memanggil khadam. Khadam inilah yang sentiasa mendampingi mereka ketika melakukan rawatan.. Tujuannya baik. Tujuannya untuk membantu orang sakit yang memerlukan. Hangpa tak sempat duduk dia dah tahu. Hang ni Limah, Mak Nab depan rumah tu letakkan sesuatu kat bawah tangga rumah. Sebab itulah laki hang dok tergilakan Mak Nab janda tu.. Hihihihihi.. Baik kan tujuannya? Baik sekalipun sekali lagi pokcik cakap, matlamat tidak menghalalkan cara..

Pendamping yang ada dengan depa tu akan diperturunkan pula kepada anak cucu berdasarkan perjanjian yang dibuat. Baik tak depa? Depa bukan buat khianat. Depa sayang anak cucu. Sebab itulah depa suruh pendamping depa piii jaga pulak anak cucunya.. Baik tak depa? Baiklah.. Bukan depa suruh jin tu buat jahat. Depa suruh jin tu jaga anak cucu yang disayangi.. Hahhahahha... Boleh ke? Buat sekian kalinya pokcik bagitahu. Matlamat tidak menghalalkan cara...

Setelah tuan asal tiada. Kini pendamping tadi mula mencari keturunan tuannya itu. Dia kebiasaannya mencari calon yang sesuai. Orang yang lurus, orang yang pendiam, orang yang paling malas, orang yang paling rajin mahupun orang yang belajar sesuatu keilmuan dan dia rasakan sesuai dengan depa.

Masa ini masuklah depa dalam mimpi. Ni tok hang, tok nak bagi ilmu kat hang ni. Nanti hang akan jadi bomoh. Kalau hang tak terima hang akan sakit. Kalau terima, hang akan jadi bomoh besar. Gitu pulak. Kalau tok nenek tak meyakinkan, depa akan maiii dalam rupa yang berseri-seri. Rupa orang alim. Kali ini depa jadi wali, padahal inilah saka ilmu perdukunan yang diperturunkan dari generasi sebelumnya.

Orang kita bangga kononnya tok nenek yang jaga. Depa mengaku tok nenek depa jin gamaknya.. Bagi membenarkan perbuatan seperti yang pokcik kongsikan atas tu, timbullah pula pendampingnya jin Islam. Nak juga.. Hahhahahha.. Sekali lagi pokcik nak ingatkan, pernah pokcik post satu video dahulu, Nabi Muhammad s.a.w sekalipun tidak dapat membezakan sama ada jin itu Islam atau sebaliknya..Baginda hanya mengetahui perkara ghoib yang diperturunkan melalui wahyu kepada baginda.. Kita? Tak tahu laa pokcik nak cakap apa... Hihihihihi. Nak membenarkan perbuatan, maka pelbagai cara digunakan..

Jadinya, datang mana pula istilah saka jahat saka baik? Memang saka akan jadi jahat kalau kita tak terima. Saka akan jadi baik kalau kita jaganya dan terimanya. Main paksa-paksa terima, baik celah mana.. Hahhahahha.. Kalau gitu mudah laa noo nak kat anak orang, Ngaku kita baik pastu suruh orang terima pinangan kita.. Tak terima hang siap.. kakakkakkakkakkaa. Baik oooo kita.. Adoiiiiiiiiiiiiiiii....

Ada juga amalan orang dahulu yang baik dan tidak meninggalkan saka. Inilah sebenar-benar ilmu haq. Pernah tak kita dengar lagu iman tak dapat diwarisi? Begitu juga ilmu. Ilmu perlu dituntut. Ia tak akan datang sendiri kecuali para wali yang ada anugerah ilmu ladunni. Ilmu ladunni ini merupakan ilham yang datang direct dari Allah buat para wali yang terpilih.. Kita, insan yang banyak bergelumang dengan dosa ini, boleh kata MUSTAHIL kerana Allah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya.. Jangan kata TIDAK MUSTAHIL jika seizin Allah sebab sekali lagi pokcik nak tekankan, Allah tidak zalim dan Maha Bijaksana. Allah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya....

Ilmu salah yang diamalkan oleh orang terdahulu ada juga yang tidak mengundang saka. Ini bergantung kepada perjanjian semasa mereka mengambil atau melakukan amalan itu. Sungguhpun begitu, tidak mustahil khadam yang berdamping dan tidak disedarinya mencari alasan untuk mendampingi anak cucunya kerana sudah selesa berada dalam naungan manusia.. Tidak mustahil tetapi ia jarang berlaku...

Saka yang mendampingi anak cucu yang menjadi pewaris akan berdamping dengan mereka. Kini kita tidak gelarkan ia saka tetapi dampingan.. Dampingan akan sentiasa mengekori pewarisnya dan akan menolong mereka melakukan sesuatu sesuai mengikut ilmu yang dituntut oleh tuan asalnya. Sebab itulah dikatakan saka memilih tuan, bukannya pewaris yang memilih saka. Kalau tuan asalnya seorang bomoh maka saka tentulah akan memilih pewaris yang terlibat dalam bidang ini sekalipun dia digelar ustaz. Jadinya tidak mustahil perawat yang bergelar ustaz juga didampingi oleh saka..

Teringat pula pokcik dengan seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya ustaz. Suatu hari dia pm pokcik, katanya dia nak pokcik cover. Bab tu ok lagi laa. Pokcik pun tak nak kongsikan kalau bab tu. Yang pokcik nak kongsikan ialah ayat yang digunakan.. Rembat jin atau saka pesakit, khadam dia jangan usik. Hahahhahhahahha.. Macam-macam orang yang menggelarkan diri mereka ustaz pokcik jumpa. Sebab itulah pokcik selalu menggunakan istilah ustaz jadian... Penampilan mereka dan gaya bercakap hampir sama dengan ustaz sebenar. Namun, apabila kita dekati mereka barulah keluar doktrim kayangan...

Saka binatang yang mendampingi kita gelar AKUAN. Yang terkenal ialah harimau. Selain itu, akuan yang biasa diambil ialah kerbau balau. Bapa saudara pokcik sendiri pernah ada akuan kerbau balau ini. Biasanya digunakan untuk kekebalan kulit dan kekuatan yang luar biasa. Tidak hairanlah dahulu dia bekerja sebagai bounser.. Kerbau balau ini pernah dipanggil dan dilihat oleh anak buahnya. Ia juga makan bertih seperti harimau akuan. Harimau betul makan daging. Kerbau makan rumput.. Hihihihihi. Alhamdulillah dia dah buang amalan itu...

Panjang lagi kalau kira pokcik nak tulis ini. Nanti hangpa tak larat nak baca. Hahhahahha.. Jangan pula nanti kita dok salahkan orang terdahulu yang meninggalkan saka tetapi kita juga memulakan warisan kepada anak cucu yang ditinggalkan. Hihihihihi... Moga jumpa lagi noo. In shaa Allah... Moga memperoleh keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah.. Salam hormat...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.