Monday 26 November 2018

PENDAMPING BOMOH



Petang ni pokcik didatangi oleh sepasang suami isteri.

Entah dapat tahu dari mana tak tahu laa.. Puas pokcik tanya sampai ke sudah dia berteka-teki..

Pandai depa, sesampai di pagar dia tanya perihal memancing dahulu. Lama pokcik tak pergi memancing katanya. Pandai ambik angin pokcik...

Ok laa bab tu...

Kemudian si suami meminta pokcik agar usahakan isterinya. Selama ni dia tak tahu pun. Katanya laa. Kan...

Pokcik diamkan sahaja. Tak nak komen lebih-lebih. Setelah itu pokcik mempersilakan mereka untuk masuk ke dalam rumah.

Sebaik dia masuk, dia cerita dah 20 tahun berubat. Hari-hari pi berubat dan balik pukul 2 atau 3 pagi...

Dia tanya pokcik apa masalahnya. Menurutnya ada orang letak atau tanam sesuatu di rumahnya sebab nak suruh dia berpindah... Erkkkkkkk....

Pokcik tengok lain pulak puncanya.. Saka... Hihihihi..

Dia kata dia tak ada saka. Keluarganya tak ada saka.. Mmmmmmmm...

Tak kisahlah dia nak mengaku atau tak.. Janji dia nak buang apa yang ada padanya. Kan..

Badannya panas dan lehernya rasa tercekik. Begitu juga mukanya rasa tegang.. Sebab itu dia kata sihir. Gaya macam sihir.. Ye dop..

Alhamdulillah berangin dah badannya, dan semua bahagian tadi... Dia ucap alhamdulillah..

Tapinya nak balik dia cerita lagi bab disihir dan dia tiada saka. Ok laa tu.

Tiba-tiba, lepas dia balik orang rumah pokcik ceritakan kepada pokcik. Rupa-rupanya si suaminya tu pernah beritahu bahawa orang rumahnya pandai berubat...

Haih.. Lain macam pulak.. Kata suaminya lagi, si isterinya dapat daripada datuknya... Dia menyimpan janggut toknya kalau tak salah..

Pulak....

Berubat guna khadam jin rupanya.. Jin makan tuan agaknya.. Wallahuaklam...

Masa muda, nampak laa kononnya kehebatan jin.. Semuanya beres. Lama-lama makin nampak laa permainan mereka.

Itulah orang kita, apabila dah berubat berpuluh tahun, sepatutnya cuba lihat sendiri apa yang tak kena. Selalunya kita dok cari punca jauh sangat sehingga lupa ia datang dari diri sendiri sahaja..

Istilah apa yang selalu digunakan?

Jin baik..
Buang jin jahat tinggalkan jin baik. Jangan apa-apakan jin baik..

Hihihihihi..
Melayu Mudah Lupa...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.