Saturday 24 March 2018

MENGAKU DIRI HAIWAN











Kali ini pokcik nak kongsikan perihal kes empat hari lepas. Ketika itu pokcik sedang minum dan berbual santai dengan pemilik kedai makan itu. Sedang bersembang tiba-tiba salah seorang pekerja barunya pengsan. Pekerja barunya itu dahulunya bekerja di Johor dan tinggal dengan kakak dan abang angkatnya.

Salah satu kepelikan abang angkatnya ialah boleh berkomunikasi dengan binatang. Yang tu ok lagi.  Sebabnya pokcik pun boleh panggil ayam datang. Kruuu kkruu sambil tabur beras. Soheh ayam datang. Hihihihi... Yang tak boleh diterima akal ialah abang angkatnya itu mengaku dia binatang dan ingin menjadi manusia. Hahaha.. Macam-macam.

Berbalik kepada kisah ini. Apabila dia pengsan maka pokcik, tuan kedai dan salah seorang pekerjanya terus mengangkatnya masuk ke dalam bilik.  Takkan nak biarkan dia terbaring atas lantai macam tu saja. Muda pulak tu dan agak cantik. Umur baru 25. Kiranya pangkat cucu laa dengan pokcik. Hihihihi...

Kami letakkan dia di atas tilam. Bibirnya kelihatan pucat. Kini tinggal kami berempat di dalam bilik iaitu pokcik, tuan kedai dan isterinya serta pekerjanya yang pengsan itu. Darah rendah ni, kata tuan kedai. Dia bercadang membawa pekerjanya itu ke klinik. Namun pokcik dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada diri hamba Allah itu..

Tak lama kemudian dia pun sedar dan nak bangun untuk bekerja semula. Tuan kedai memintanya berehat dulu. Apa yang pokcik rasakan itu pokcik nyatakan kepada tuan kedai. Tuan kedai terus bertanya kepada hamba Allah itu adakah dia selalu pengsan ketika bekerja di Johor. Ya, kata hamba Allah itu. Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak tengok apa yang ada pada awak. Adehhh sejak bila pokcik jadi ustaz tak tahu laa. Hahahaahahha.

Dia membenarkan. Pokcik dapat mengesan kehadiran saka. Adusss jadi kerja pulak kali ini. Dia akhirnya mengaku. Ayahnya telah meletakkan sesuatu di belakangnya dengan menggunakan minyak wangi.. Katanya dia akan menjadi kebal dan tidak terkesan walaupun dipukul. Tudiaaa.. Hahahahahhaha. Katanya dia juga ada kebolehan untuk merasa batu cincin yang berkhadam atau pun tidak.

Kemudian isteri tuan kedai bersuara. Pak Ustaz nak buang jin jahat pada awak. Jin baik pak ustaz akan biarkan. Huhuhuhu. Pokcik pun tak faham pemikiran depa. Ada jin baik jin jahat pulak dok berdamping dengan manusia. Kali ini cepat-cepat pokcik potong cakapnya. Jin yang berdamping dengan manusia tak ada jin baik. Mana ada, pokcik akan rembat semua kalau Allah izin. Dia setuju. Tambahan pula jin tu dah mula hisap darahnya. Habis lebam badannya.

Badan kebal dengan serangan fizikal tetapi ada upahnya. Setelah mengheningkan diri sebentar pokcik terus ikhtiar pagarkannya. Dia mula memejamkan mata. Matanya tertutup rapat seperti sedang tidur. Setelah membacakan beberapa potong ayat, dia mula dapat rasakan badannya terangkat dan terapung di udara. Makin lama makin jauh dia rasa dirinya dibawa. Suara pokcik semakin lama semakin jauh dia dengari. Mungkin apa yang dia rasai itu sebenarnya apa yang dialami oleh saka itu..

Tidak lama kemudian barulah dia membuka matanya. Pokcik meminta dia duduk membelakangi pokcik. Kali ini pokcik ingin usahakan membuang sisa amalan yang disapu dengan minyak wangi oleh ayahnya itu. Kali ini pokcik makrifatkan membuka pakaian dirinya itu, membakar dan mencabutnya seizin Allah. Percubaan kali pertama naik sampai ke belakang tengkuk sahaja. Tak lepas kata  si sakit. Naik sekerat dan lekat di belakang tengkuk, tambahnya lagi...

Percubaan kali kedua juga gagal. Melekat seketul di dalam kepalanya. Dia memegang kepalanya yang mula sakit. Alhamdulillah tak merasuk. Hihihi.. Kali ketiga pokcik iktiarkan. Alhamdulillah, ketulan itu naik dan berjaya dicabut keluar seizin Allah. Alhamdulillah. Ringan katanya. Sehingga posting ini ditulis alhamdulillah dia tidak lagi pengsan. Tiada lagi darahnya dihisap. Kemahirannya merasa keberadaan khadam dalam batu cincin juga turut hilang.

Sekian perkongsian pada kali ini. Moga beroleh manfaat. Nak pendinding agar anak jaga diri, berikan pengetahuan agama yang secukupnya dan bukannya letakkan jin untuk menjaga anak. Sesungguhnya kepada Allah sajalah kita memohon perlindungan dan pertolongan. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wallahuaklam..

Tamat....

Friday 23 March 2018

DIPANCUNG BANGUN KEMBALI




Dua hari pokcik sengaja pokcik  diam untuk bagi peluang peluang ahli group untuk buat posting. Lepas ni mungkin lagi lama kot pokcik mendiamkan diri.

Dua hari lepas ada juga pokcik usahakan tiga kes. Satu dari jarak dekat dan dua dari jarak jauh. Kalau ada masa,  mungkin pokcik kongsikan. Itupun kita tengok dulu minat ahli kita. Hi hi hi..

Pokcik nak kongsikan kisah petang ini. Kali ini pokcik usahakan berdepan. Seorang lelaki menelefon pokcik. Katanya dapat nombor daripada anak kepada jiran emak mertua pokcik. Dia tinggal di Gambang katanya. Kerja sekali dengan anak jiran kepada emak mertua pokcik.

Menurutnya boleh kata si isterinya selalu kerasukan. Hampir setiap hari katanya sampaikan dia dah tahu apabila si isteri nak kerasukan. Nampak nak kerasukan, si suami akan memakai kupiah. Jadi Tok Gomol katanya. Hahaha. Cerita bab Tok Gomol, dia pernah berubat di Indera Mahkota katanya. Pelik sangat permintaan si Bomoh. Nak dua bungkus rokok Dunhill, duit dan kuih kapit kalau tak salah pokcik.

Dah tu, habis dia pegang merata isterinya. Mentang-mentang muda, suka hati saja dia pegang merata. Tok Gomol sungguh kalau macam tu. Hahaha.. Macam-macam perangai yang dia jumpa ketika membawa isterinya berubat sama ada perawat persendirian atau Pusat Perubatan Islam di Kuantan. Jadinya nak dipendekkan cerita, pokcik nak berjumpanya di rumah emak sahabatnya itu.. Dia setuju.

Sesampainya di sana, dia dan isterinya solat terlebih dahulu di masjid. Setelah itu barulah kami menuju ke rumah itu. Setelah dia menceritakan serba sedikit pengalamannya berubat barulah pokcik mulakan usaha. Pokcik dapat mengesan unsur saka. Selepas mohon dengan Allah untuk pagarkan saka itu, terus pokcik membaca ayat-ayat suci AlQuran. Dia pada mulanya tenang. Lama-kelamaan dia mula gelisah. Jarinya mula menguis lantai. Matanya mula menjeling pokcik seperti sedang marah. Dia akhirnya ketawa dan apabila ketawa berhenti, dia mula bercakap siam...

Terkejut juga pokcik. Bukan terkejut sebab dia merasuk tetapi sebab dia mula bercakap siam dan seperti sembah. Tambahan si perempuan ni berniqob. Takkan sihir pulak? Pokcik terus bacakan dan dia makin agresif. Jelingan dia menjadi-jadi. Kononnya kuat laa tu. Tengah dia dok bercakap siam dengan lancar kononnya power tu terus pokcik doakan kat Allah dan terus pancung. Kelepap dia jatuh dan pengsan. Tuan rumah  mengambil bantal untuk alas dia tidur. Alhamdulillah. Dia mula sedar seminit dua kemudian.

Ketika dia pengsan tu sempat pokcik berbual dengan suaminya. Katanya si isterinya tu memang orang Siam. Patutlah. Ingatkan tok sami siam mana pulak. Rupa-rupanya dia dah tahu isterinya ada saka. Tapinya pergi ke pusat perubatan Islam dan tok bomoh,  diorang minta semua adik-beradik berkumpul dahulu. Sebab itulah,  dia usahakan sihir dahulu. Pokcik diam saja. Setelah bangun, si isteri duduk. Dia kelihatan tenang. Keadaanya  sekejap sahaja sihat,  berselang dua tiga minit dia mula sakit di beberapa bahagian. Belakang, kepala, hampir dengan bontot, belakang bahu tiba-tiba rasa seperti dicucuk dengan jarum.

Keadaannya lain pula kali ini. Tidak seperti seperti tadi, kali ini dia mengadu sakit. Pokcik cuba ikhtiarkan buang bisa seperti dicucuk dengan jarum di seluruh badannya itu. Sekali lagi dia mula merasuk. Kali ini dia mula menunjukkam keadaan seperti seseorang yang sedang memuja anak patung dan mencucuk di beberapa bahagian anak patung itu. Kali ini pokcik berdepan dengan sihir pula. Tengok dia mula cucukkan jari ke lengan dan sebagainya pokcik terus niat dan pancung. Sekali dia dia jatuh dan pengsan..

Alhamdulillah. Ketika dia pengsan itu pokcik sempat berbual dengan suaminya. Katanya dah banyak kali dia dia berubat. Puas dah katanya. Tok Bomoh bagitau, ini perbuatan kakak si isterinya sendiri.  Pokcik diam sebab tak mahu timbulkan fitnah. Disebabkan dah banyak kali berubat dan si pelaku masih tidak insaf, pokcik meminta kebenaran untuk doakan dan pulangkan sihir kepada si pelaku. Si suami mengizinkan dan katanya kalau boleh pulangkan sahaja tanpa mencederakannya. Pokcik tak dapat bagi jaminan sebab itu haq Allah. Kali ini pokcik doakan dikembalikan saki-baki sihir pada si pelaku.

Serentak dengan itu,  si isteri bangun dan duduk. Kakinya digedikkan seperti menyerupai orang yang dikenali oleh mereka. Kakaknya kata si suami. Dia mula ketawa, mengilai, menjerit dan menangis. Matanya ditujukan pada pokcik. Hahaha. Dia cuba bangun tetapi kakinya kakinya terpaku. Dia mula bersilat. Cantik juga bunga silatnya. Sekali lagi dia nak tunjukkan kekuatannya. Kononnya dia kuat laa tu. Pokcik terus cakap,  aku nak tengok,  Tuhan yang  kau sembah atau Allah yang yang berkuasa. Tengah dia susun bunga dan macam nak tumbuk pokcik, terus pokcik pancung. Kelepap jatuh. Pengsan lagi..

Berselang tiga minit lebih kurang, dihantar lagi. Kali ini digunakan cara godaan pula. Si suami yang berada di sebelahnya digodanya. Gamaknya dia nak goda pokcik sebab macam-macam cara  kasar dia hantar untuk menyerang tetapi tak berkesan. Habis si suami diraba olehnya. Hahhaha. Suaminya menepis dengan tangan. Gamaknya perbuatan itu menimbulkan kemarahan si penyihir. Kali ini tapak tangannya mula dikembangkan. Dia mencakar lantai sambil mukanya bergerak ke kiri kanan seperti harimau. Malas pokik nak layan. Dalam hati pokcik cakap lebih kurang,  tak ada kehebatan jin dan syaitan. Yang hebat hanya Allah. Serentak dengan itu pokcik makrifatkan butakan matanya. Sekali lagi dia pengsan.

Berselang tiga empat minit, dia mula sedar. Kasihan juga pokcik tengok sebab seperti mana diberitahu oleh si suami, memang si penyihir akan terus top up sihirnya apabila mana-mana jin yang dihantar olehnya dihapuskan atau dihalau oleh mana-mana perawat. Sebab itulah boleh kata si isterinya kerasukan hampir tiap-tiap hari. Cuma sebelum ini si saka tidak pernah bercakap dan memunculkan diri. Serangan kali ini lebih ganas gamaknya kerana tiada lagi campur tangan saka. Wallahuaklam.

Gamaknya tiap-tiap kali dihantar maka seizin Allah serangan dipatahkan maka akhir sekali si bomoh menunjukkan diri. Berselang tiga minit si sakit kemudiannya bangun bersila. Kali ini pokcik seolah-olah berhadapan terus dengan si bomoh. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera. Tangan kanannya seolah-olah sedang memegang satu mangkuk. Dia memasukkan sesuatu seperti patung ke dalam mangkuk  itu. Patung itu kemudiannya diikat dan dicucuk dengan jarum. Masing-masing yang berada di situ seolah-olah terpaku kali ini kerana kini pokcik berhadapan sendiri dengan bomoh itu..

Lega hati pokcik, akhirnya si bomoh munculkan diri. Kini dia memasukkan berbagai benda ke ke dalam mangkuk itu. Entah apa yang dimasukkan pokcik tak tahu. Mulutnya kumat kamit membaca mantera. Pokcik sengaja melihat dahulu perlakuannya. Semua memerhatikan pokcik sebab pokcik tidak berbuat apa-apa. Biarkan, pokcik kata pada semua yang melihat pokcik. Semua kembali memandang si sakit. Tangannya tak berhenti-henti mengambil sesuatu di lantai seolah-olah ingin dijadikan ramuan dan dicampurkan ke dalam mangkuk itu.Dia akhirnya ketawa sambil menjeling pokcik. Aku tak takut dengan kau, kata pokcik. Suaminya tutut menyampuk. Tak ada siapa takut dengan kaum..

Si bomoh menjadi marah. Dia menepuk-nempuk dadanya dengan kuat. Aku gagah . Gamaknya itulah yang ingin disampaikan. Cepat-cepat si suami memegang tangan isterinya yang menumbuk-numbuk dadanya. Pokcik mula bersuara. Entah nak apa dengan budak ni? Dia berhentikan tepukan ke dada. Matanya bulat memandang pokcik. Dia menggengam tangan dan menaikkan ibu jari tangannya. Dia kemudian membawa jarinya itu ke tengkuk perempuan itu seolah-olah ingin memberitahu, aku ingin membunuhnya. Dua kali dia buat isyarat begitu. Dalam hati pokcik berbicara, nak nyawanya pergi minta dengan Allah..

Melihat angkuhnya ahli sihir itu, pokcik terus memohon dengan Allah. Kali ini serangan terus pokcik niatkan pada ahli sihir itu. Dia terus tumbang seizin Allah. Kali ini pokcik pergi ke kepala perempuan itu yang masih terbaring dan niatkan untuk menutup semua ruang ghoib dan laluan di tubuhnya. Setelah itu pokcik niatkan untuk memagarnya. Alhamdulillah, apabila dia sedar, tiada lagi serangan yang dihantar kembali oleh ahli sihir itu. Si sakit kembali sedar dan kepalanya disandarkan kepada sang suami sebaik sahaja dia bangun duduk. Kelihatan keletihan yang amat sangat. Tambahan pula, si sakit sedang berpuasa.

Pokcik berpesan agar dia menghubugi pokcik lagi malam tadi sekiranya masih ada lagi gangguan.Alhamdulillah tiada apa-apa lagi yang berlaku sehinggalah ke hari ini. Mudah-mudahan ahli sihir itu kembali insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Sekian secebis pengalaman pada petang semalam. Semoga memperoleh manfaat daripada perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Kuat. Tiada daya upaya dan kudrat makhluk tanpa seizin Allah. Moga berjumpa lagi. Wallahuaklam. Salam hormat..

Tamat.....

Saturday 17 March 2018

URAT MELETUP










Kisah malam tadi.

Semalam kebetulan saudara dari Johor datang ke Kuantan. Jadinya pokcik ke Tanah Putih Baru untuk meraikan mereka. Nak dijadikan cerita, anak kepada salah seorang jiran di situ dah lama mesej orang rumah pokcik untuk ikhtibar kakinya yang sakit.

Banyak sakit seperti masalah fizikal sekarang ini. Jadinya, alang-alang pokcik nak ke sana, maka orang rumah pokcik memberitahu hamba Allah itu agar datang ke rumah emaknya itu. Sesampainya pokcik di sana, orang rumah pokcik masuk ke rumah ibunya manakala pokcik terus ke rumah ibu kepada si sakit itu. Kebetulan pula, kami sampai serentak....

Pokcik berehat sebentar di luar rumah ibunya itu sambil berbual dengan suami si sakit. Kami pekena rokok dulu sementara nak masuk ke rumah. Katanya selain daripada sakit kaki orang rumahnya, makanan di rumahnya selalu basi. Pagi masak, tengah hari lauk dah basi. Harini, seperiuk sayur dibuang, tambahnya lagi.

Sebagai ikhtiar awal, dia selalu juga bacakan ayat untuk dibuat pagar rumahnya. Ayat-ayat itu diambil dari internet, katanya lagi. Selalunya dia akan ambil ayat- ayat yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan. Pokcik diam sajalah. Tak nak komen apa-apa sebabnya niat pokcik hanya untuk ikhtiarkan orang rumahnya.

Setelah itu kami masuk ke rumah. Orang rumahnya tenang sahaja. Sakit kaki, katanya memulakan bicara. Dia sakit kaki setelah balik dari rumah emaknya pada malam pokcik usahakan emaknya dahulu. Ketika itu emaknya tidak sedarkan diri setelah berasa usus perutnya disentap ketika masuk ke bilik air. Hihihihihi. Pandai jin ni. Dia mengambil kesempatan atas keadaan. Rumahnya memang ada jin sebab dia selalu nampak kelibat di dalam rumahnya. Jadinya jin mengambil kesempatan seolah-olah jin di rumah emaknya yang buat. Jin di rumahnya baik. Hahhahahha. Boleh gitu?

Pokcik pun tak makan lagi ketika sampai ke situ. Jadinya pokcik terus meminta dia datang dan melunjurkan kakinya. Terus pokcik doa pada Allah untuk pagarkarnya. Ketika ini si sakit dah merasa gerakan di bawah kulitnya seperti sesuatu yang gelisah nak berlari tak tentu arah.. Pokcik check dan dapati ada tanda gangguan di dahi dan paha kanannya. Walaupun paha dan lutut kanannya yang sakit namun gerakan itu berada di paha kiri. Melompat ke situ pulak gamaknya..

Pokcik seperti biasa terus berdoa dan melancarkan serangan. Ketika ini ada bisikan di telinga si sakit. Tidur, tidur, katanya. Ini diberitahu oleh si sakit selepas selesai ikhtiar. Lebih kurang 20 minit pokcik berhenti. Berpeluh habis hamba Allah ini. Panas, katanya perlahan. Pokcik diam sahaja sambil tersenyum. Dia menggerakkan kakinya. Alhamdulillah dah boleh lipat dan bersila, katanya.. Tak sakit dah, tambahnya lagi..

Setelah itu pokcik minum air teh o yang disediakan. Kelihatan si sakit menggerak-gerakkan kakinya dengan selesa. Ketika dia mengangkatkan lututnya, dia rasakan sakit di bawah pelipat lututnya. Pokcik kata biarkan sekejap. Pokcik nak habiskan air teh o itu. Selang tiga minit pokcik meminta dia datang dan melunjurkan kakinya sambil mendirikan lutut sedikit. Tanpa melengahkan masa, pokcik terus berdoa dan tarik jin yang bersembunyi di situ seizin Allah..

Keletup urat meletup. Padahal pokcik langsung tidak menyentuhnya. Serentak dengan itu dia menjatuhkan lututnya sambil menangis. Sakit, katanya. Pokcik meminta dia menggerakkan kakinya dan merasa di bawah pelipatnya. Alhamdulillah dah tak ada. Tak sakit dah, katanya lagi. Alhamdulillah. Setelah itu dia terus bercerita kepada ibunya apa yang dia rasakan sepanjang sesi rawatan berlaku.

Setelah itu si suami mengambil air kosong di dalam  keretanya. Katanya,I alang-alang pokcik datang, dia nak minta pokcik doakan air itu untuk dia spray di rumahnya. Tanpa berlengah lagi, pokcik doakan juga bagi memenuhi hajatnya itu. Selesai sahaja, pokcik meminta diri untuk pulang. Maklumlah nak layan saudara dari Johor pula. Setelah bersembang sebentar dengan suaminya di luar rumah, pokcik terus balik. Sekian.. Wallahuaklam...


Monday 5 March 2018

ANGIN









Salam sejahtera..
Suatu malam, pokcik keluar makan  Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, sempat lagi pokcik menulis..

Nak dijadikan cerita, pokcik keluar agak lewat untuk solat Jumaat  sebabnya pokcik hantar orang rumah pokcik ke kedai dobi dulu. Sesampainya di masjid, khutbah sedang berkumandang.

Baru nak masuk ke dalam masjid, pokcik tengok sahabat pokcik duduk di atas sebuah motosikal di situ.. Pokcik bersalaman dengannya..

Pokcik tengok dia sedang menundukkan kepalanya sambil memegang perut. Sakit katanya.. Takkan sahabat pokcik tu buat-buat cerita kot.. Sahabat pokcik yang pokcik panggil Angah, merupakan antara imam dan bilal di surau tempat pokcik tinggal.. Hihi..

Khutbah sedang dibacakan, sahabat pokcik pulak sakit.. Huhuhuhu. Nak bercakap, hilang pulak pahala mendengar khutbah, nak dibiarkan kasihan pula. Takkan nak biarkan dia solat Jumaat sambil pegang perut dan kepalanya menunduk je kot.. Pokcik mengambil keputusan untuk ikhtiarkannya..

Pokcik : Angin kot
Angah : Agaknya. Dari pagi tak makan..

Pokcik : Nak aku ikhtiarkan buang tak?
Angah : Boleh juga. Sakit ni.( Sambil pegang perut )

Pokcik : Macam ni, kalau nak aku usahakan, mahal laa sikit sebab kawan-kawan. Kalau bukan kawan free saja..
Angah : Hahhahahha. Aku bawak rm5 nak sedekah ke masjid..( Sambil tunjukkan poket baju melayunya)..

Pokcik : Hihihihihi. Tak apa laa aku cuba usahakan noo..

Angah diam. Pokcik duduk di atas motosikal berdepan dengannya. Kami mengadap. Pokcik pening juga nak buat macam mana. Nak doa untuk pagarkan diri pokcik, nanti orang yang lalu lalang di situ pelik pulak. Nanti depa ingat pokcik dok amal ajaran sesat. Orang berdoa dalam masjid, pokcik doa atas motosikal di luar masjid. Pelik tu...

Nak ke tak nak ke, pokcik doa dalam curi-curi menadah tangan. Tak nak bagi orang lalu lalang perasan sangat.. Hihihihihi..

Pokcik terus ikhtiarkan, mohon pada Allah untuk mengeluarkan angin sahabat pokcik tu. Alhamdulillah, selang tiga minit selesai dengan izin Allah..

Pokcik : Cuba angan muka. Tarik nafas. Ada lagi tak?
Angah : Alhamdulillah tak dak dah. Boleh dah tegakkan kepala..

Pokcik : Alhamdulillah..
Angah : Sat. Macam lari ke tepi perut.. Eh, tak dak dah.. Alhamdulillah... Boleh noo tarik bawak keluar macam tu..

Pokcik : Bukan aku yang bagi lega. Allah bagi lega..
Angah : Alhamdulillah...

Balik pada tu, pokcik pulak yang angin. Asyik sendawa dan kentut. Maklumlah tak ikhtiar pagar diri sebelum usahakan sahabat pokcik tu. Huhuhuhu..

Siapa tukang urut, kalau urut pesakit yang alami masalah angin mesti biasa kena macam tu..
Betul ke? Hihihihihi..

Wassalam

TANGISAN BUDAK



Alhamdulillah bertemu lagi buat sekian kalinya. Banyak kisah yang pokcik tak sempat posting sebab terlalu sibuk. Kisah tersebut in shaa Allah akan pokcik kongsikan apabila ada kelapangan nanti. Kali ini pokcik dihubungi oleh mak saudara orang rumah pokcik di Johor. Kebiasaannya mereka akan usahakan berhadapan dahulu. Mungkin sebab dah terdesak maka dia pun menghubungi pokcik..

Menurut mak Lin, dia mengasuh beberapa orang budak. Budak-budak yang diasuhnya tiada masalah sebelum ini. Tiba-tiba, ada seorang budak yang tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Kejadian itu berlarutan selama lebih kurang seminggu. Pelik juga kan. Nak kata bergaduh dengan rakan-rakan tak ada pula. Nak kata takut dengan pengasuh pun, dia tak ada masalah dengan pengasuh...

Mak Lin memberitahu pokcik, ibu bapa budak ini terpaksa bercuti untuk menjaga anak mereka itu. Kasihan pula pokcik mendengarkannya. Menurut Mak Lin, mata budak itu akan melilau melihat syiling rumahnya terutama di penjuru rumah itu. Kebiasaannya, memang ada gangguan sekiranya si anak kecil melihat dan menangis seumpama itu...

Bagaimana dia boleh nampak? Kenapa kanak-kanak lain tidak dapat melihat apa yang dia nampak? Sudah semestinya dia melihat dari sudut pandang mata jin yang ada dalam dirinya... Maksudnya dalam rumah itu ada gangguan dan  dalam diri budak itu pun ada juga gangguan. Mula- mula sekali pokcik usahakan budak itu. Alhamdulillah dia sudah berhenti menangis. Akan tetapi dia berasa fobia untuk masuk ke dalam rumah. Jadinya pokcik usahakan juga membuang gangguan dalam rumah Mak LIn..

Tak cukup dengan itu, si bapa kepada anak kecil itu juga meminta pokcik usahakan rumahnya pula. Hahahahahahhaha. Melarat dah gayanya. Tapinya pokcik usahakan juga kerana ehsan sesama manusia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah. Anak itu kini selesa dan boleh menyertai anak-anak lain bermain dan tinggal di situ. Biasalah budak-budak. Mereka lebih mudah melihat makhluk ini. Kita sebagtai ibu bapa, sekiranya nampak kelainan pada si anak kecil maka usahalah untuk mencari jalan penyelesaian. Sekian kisah pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua...