Friday, 4 November 2022

MIMPI BIDAN

Asalamualaikum...

Alhamdulillah pokcik masih diberikan kesempatan untuk menitipkan satu lagi kisah. Kisah kali ini merupakan rentetan daripada mimpi seorang bidan kampung.

Pengalaman pokcik kali ini berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang. Biasanya sesuatu kes yang pokcik usahakan sudah tentu melalui janji temu dan masa yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak...

Dipendekkan cerita, pada hari Isnin baru-baru ini pokcik telah mengikuti satu taklimat. Oleh sebab taklimat kali ini berakhir agak awal, tergerak hati pokcik untuk menziarahi sahabat yang baru sahaja menerima cahaya mata...

Tanpa memberitahu sahabat itu, pokcik terus menghala ke rumah mereka. Sesampainya di rumah beliau, pokcik disambut oleh suami dan bapa saudaranya. Kami berbual seperti biasa.. Tak lama kemudian ibu dan bapa saudaranya meminta diri untuk beredar...

Kali ini perbualan menjadi lebih serius.

Azmi: Berat baru ini si Anis. Tapinya malaslah nak berubat takut mengganggu kandungannya.

Pokcik: Berat macam mana tu?

Azmi: Badannya lemah. Lepas tu kami panggillah bidan untuk mengurut.

Pokcik: Oklah tu...

Azmi: Bidan yang mengurut kata ada sesuatu pada si Anis. Bidan tu datang mengurut tiga hari. Ketiga-tiga malam dia bermimpi rumah kami dikelilingi oleh sami India.

Pokcik: Pelik juga tu...

Azmi: Saya kebetulan sakit tengkuk. Saya minta dia urut tengkuk saya juga...

Pokcik: Amboi... Hahahahaha

Azmi: Sikit je... (Sambil ketawa). Tapinya malam tu dia bermimpi juga. Katanya ramai orang India dalam rumah saya sampaikan susah nak berjalan. Ruang jadi sempit untuk bergerak.

Pokcik: Pelik juga berkait dengan si Anis tadi.

Azmi: Anak saya di sekolah tahfiz pun sakit. Dia dah hafal sampai juz 16.

Pokcik: Alhamdulillah. Sakit macam mana tu?

Azmi: Katanya dia sering kena tindih. Dia akan demam dan sakit ketika nak menghafaz. Kawan-kawannya mula pandang serong.

Pokcik: Boleh tengok gambar dia? Nak kenal juga orangnya...

Azmi: Kejap saya cari dalam handphone ni. Haa ni gambarnya... Ingatkan masa dia bercuti nanti nak bawa dia jumpa pokcik.

Pokcik: Ooo ini orangnya. Aah. Sefaham pokcik dia sakit pada bahagian kanan. Bahagian kiri tubuhnya ok...

Azmi: Lagi satu. Dia tak boleh tengok cermin. Dia akan sakit dan hampir merasuk. ( Dalam fikiran pokcik, ramai juga pokcik pernah jumpa kes seumpama ini. Saka? Wallahua'lam )

Pokcik: In shaa Allah. 

Tak lama pokcik balik, katanya di anak menelefon Azmi mengatakan bahu sebelah kanannya sudah ok. Dia dah boleh memusingkan kepalanya. Kepalanya pun sudah ringan. Kebetulan sahaja tu. Takkan pokcik tengok sahaja gambarnya jin dah lari. Kan....

Setelah agak lama berada di situ, pokcik menyatakan hasrat untuk pulang. Azmi dan Anis menghantar ke muka pintu. Ketika duduk untuk memakai kasut, pokcik terlihat wajah Anis. Kelihatan Anis terlalu tua berbanding usianya. Oleh sebab hubungan pokcik dan suami isteri itu sangat rapat, pokcik meminta Anis duduk di sebelah pokcik.

Pokcik: Anis, cuba duduk sebelah sekejap. Bukannya nak berubat. Nak check sekejap je. 

Anis: Boleh.

Pokcik meminta izin daripada suami Anis untuk meletakkan hujung satu jari sahaja di belakang Anis. Azmi mengizinkan. Sebaik sahaja pokcik meletakkan hujung jari di atas belakangnya sambil membaca beberapa potong ayat, si Anis terus mendengus dan pengsan di pangkuan pokcik. Jadi kerja pula kali ini. Maklumlah kejadian berlaku di luar rumahnya.

Oleh sebab hanya kami bertiga yang ada ketika itu, pokcik dan Azmi sama-sama mengangkat Anis masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, pokcik terus berdoa mengusir jin dan berdoa untuk menghapuskan gangguan tersebut seizin Allah. 

Selang beberapa minit Anis pun tersedar. Kepalanya sakit dan dia sendawa tanpa berhenti-henti. Pokcik terus berdoa dan usaha menarik gangguan dan angin. Alhamdulillah Anis berhenti sendawa. Pokcik terus meminta Anis membuat air limau nipis dan dicampurkan sedikit gula.

Alhamdulillah beliau kembali seperti biasa. Akhirnya niat pokcik untuk menziarahi mereka terus bertukar menjadi suatu kejadian yang tidak disangka-sangka. Bab mimpi bidan itu, pendapat pokcik, ia lebih terarah kepada sihir yang dikenakan dan diletakkan di kawasan rumahnya. Wallahua'lam. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Apa pun sebagai umat Islam, jauhilah perbuatan sihir dan khianat serta mensyirikkan Allah. Moga kita semua dilindungi oleh Allah daripada khianat dan bisikan jin dan manusia. Wallahu'alam. Salam hormat.



Saturday, 23 July 2022

Wajah Berubah Menjadi Lelaki


Assalamualaikum..


Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia oleh Allah. Sudah lama pokcik tidak menulis atas kekangan masa dan sebagainya. Kali ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah dan semoga kita mendapat manfaat daripada kisah ini.

Kali ini pokcik telah pergi ke Melaka dan menginap di Ibis Hotel selama tiga hari bagi mengikuti mesyuarat pengurusan. Pokcik menaiki kereta sendiri dan ada sebahagian daripada sahabat pokcik menaiki bas yang telah disediakan.

Setibanya di hotel, tiada apa-apa perkara yang menarik berlaku. Pada malam itu kami telah dibawa ke sebuah kedai untuk merasai masakan asam pedas Melaka. Alhamdulillah. Keesokan harinya iaitu pada sebelah pagi bermulalah mesyuarat pengurusan. 

Pada petang harinya pokcik dan sahabat yang lain dibawa ke Bandar Hilir untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba salah seorang sahabat pokcik iaitu Ina (bukan nama sebenar) telah meminta pokcik usahakan salah seorang peserta mesyuarat itu. Katanya sahabatnya iaitu Siti (bukan nama sebenar) sudah lama menderita sakit misteri.

Siti yang kebetulan berada di dalam bas yang sama dan duduk bersebelahan dengan Ina terus mengiyakan apa yang diberitahu oleh sahabatnya itu. Menurut Siti, suaminya menegur wajahnya sering bertukar menjadi hitam. Pelik juga, sebabnya Siti berkulit putih. 

Lama-kelamaan Siti pun sedar akan perubahan yang sering berlaku kepada wajahnya itu apabila dia sendiri melihatnya di cermin. Sejak itu, dia mula ikhtiar dari satu tempat ke tempat yang lain. Rupanya kita sudah mula berubah daripada wajahnya yang asal.

Apabila pokcik mendengar sendiri kisah Siti daripada dia sendiri, pokcik bersetuju untuk ikhtiar dirinya itu. Namun begitu, timbul pula masalah kerana Siti berada di tingkat dua manakala pokcik berada di tingkat empat. Pokcik bimbang sekiranya Siti merasuk, pokcik tidak boleh turun ke tingkatnya kerana kad itu khas untuk tingkat empat.

Pokcik memberitahu Ina agar terus menelefon pokcik dan tunggu di tingkat bawah sekiranya Siti merasuk dan tidak terkawal. Kecoh pula nanti seisi hotel sekiranya berlaku kes kerasukan. Pokcik berjanji akan pergi ke bilik mereka bersama salah seorang sahabat lelaki sekiranya perkara itu berlaku. Pokcik juga berpesan agar Siti dan Ina mengajak dua orang lagi sahabat untuk menemani mereka pada malam itu.

Akhirnya masa yang dijanjikan telah tiba. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Ina dan Siti ditemani oleh dua orang sahabat mereka yang lain. Alhamdulillah. Kurang-kurang, sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, Ina atau pun sahabat mereka yang lain bolehlah bertindak tanpa meninggalkan Siti keseorangan.

Sebelum bermula, Ina dan mesej pokcik memberitahu keadaannya dan sahabat yang lain. Mereka ketakutan katanya. Pokcik meminta mereka duduk berdekatan dan pokcik ikhtiar pagar diri mereka dari jauh. Alhamdulillah selesai satu perkara. Mereka kini lebih berkeyakinan.

Kini tibalah masanya untuk ikhtiar Siti. Pokcik mula berzikir dan menenangkan diri. Setelah berdoa sebentar, pokcik mula membacakan beberapa potong ayat suci Al-Quran. Suasana malam dan pendingin hawa membuatkan keSERAMan lebih terasa. Hihihi... Sedang kusyuk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, tiba-tiba kelihatan dari ekor mata pokcik, lembaga hitam melintas dan lalu di belakang dengan cepat sekali. Pokcik abaikan. Ada kemungkinan,jin di dalam bilik pokcik kepanasan. Maklumlah, mungkin juga bilik pokcik itu sudah lama tiada tetamu... Wallahua'lam.

Semakin pokcik memberi tumpuan dan mengharapkan pertolongan Allah, semakin terasa kerdil dan hina diri ini. Maklumlah, sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan kesalahan namun tetap mengharapkan ehsan kepada Allah. Pokcik meneruskan lagi membacakan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa. 

Ketika itu, keadaan di bilik Siti mula berlaku ketegangan. Salah seorang sahabat Ina mula menggigil ketakutan apabila lampu di bilik itu mula bergerak serta berpusing. Lampu bilik mula padam dan tertutup tanpa berhenti-henti. Mereka melihat kepada Siti yang masih duduk berlunjur di situ. Alangkah terkejutnya mereka apabila dilihat wajah Siti sudah berubah menjadi wajah seorang lelaki.

Tiba-tiba, suiz lampu bilik itu ditutup oleh sesuatu. Bilik itu menjadi gelap-gelita. Salah seorang daripada mereka terus mencapai selimut lalu lari keluar dari bilik itu diikuti oleh Ina dan seorang kawannya yang lain. Tinggallah Siti keseorangan di dalam bilik itu. 

Akhirnya barulah pokcik mesej kepada Ina. Barulah lega hati mereka kerana pokcik mengatakan bahawa ikhtiar yang dijalankan baru sahaja selesai. Kini barulah mereka bertiga berani untuk masuk semula ke bilik itu. Mereka terus menekan suiz lampu lalu menghidupkannya. Lampu bilik juga sudah tidak bergerak lagi. Suasana menjadi tenang semula.

Alhamdulillah muka Siti juga sudah berubah seperti sedia kala. Keesokan harinya Siti menemui pokcik lalu mengucapkan terima kasih. Katanya mukanya kembali seperti dahulu dan tidak lagi hitam ketika melihat di cermin. Seperti biasa, pokcik ditanya punca kejadian yang berlaku ke atas dirinya... Seperti biasa juga, pokcik menasihati agar tidak terlalu memikirkan punca kejadian sama ada sihir, saka atau sebagainya tetapi lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kita haruslah sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku...

"Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)


Salam hormat...


Friday, 6 May 2022

MENJEMPUT PENDAMPING

 Assalamualaikum

Apa khabar semua? Masih di kampung agaknya. Beraya di mana agaknya. Tahun ini pokcik beraya di Johor. Agak lama juga pokcik tidak menulis. Maklumlah faktor usia. Mata pun dah kelabu.


Kisah ini berlaku tiga hari lepas. Pokcik sampai di Pekan (rumah ibu saudara) lebih kurang pukul 9.30 malam. Usai solat Isya', orang rumah pokcik meminta pokcik ke rumah bapa saudaranya yang terletak berhampiran dengan rumah ibu saudara pokcik. Pokcik sudah tahu apa yang dimaksudkan kerana lebih kurang sebulan lalu pokcik dihubungi oleh bapa saudara isteri pokcik itu...


Tanpa berlengah lagi pokcik terus ke rumahnya. Kelihatan ahli keluarga sedang berkumpul di luar rumahnya sedang berbual. Pokcik bersalaman dengan bapa saudara orang rumah pokcik lalu bertanya keadaan orang rumahnya. Tanpa melengahkan masa pokcik terus dibawa ke biliknya. Kelihatan si isteri sedang terbaring lesu. Badannya yang dahulu gempal kini hanya dibaluti kulit yang nipis dan kekurangan isi.


Pokcik sempat berbual seketika dengannya untuk bertanya keadaannya. 


Pokcik: Macam mana keadaan?

Mak Teh: Macam inilah. Lama dah tak boleh jalan. Terbaring sahaja. Malam tak boleh nak tidur. Badan terasa sejuk. Runsing.


Pokcik: Sabarlah. Berubat orang cakap macam mana?

Mak Teh: Kena santau angin. Nak makan pun tak boleh. Muntah. Nak balik ke rumah di Kuantan lagi tak boleh. 


Pokcik: Tak apalah. Ini semua ujian. Sabarlah. Bertenang dan zikirlah di dalam hati. Saya akan cuba usahakan.


Sebenarnya, pokcik sudah merasakan ada sesuatu di dalam bilik itu semenjak pokcik sampai lagi. Namun pokcik abaikan sahaja. Maklumlah, nak bercerita tentang jin itu hanya menambah besar kepala mereka. Pokcik terus bersedia memulakan langkah pertama.


Pokcik terus ikhtiar mengunci dan memagar Mak Teh (bukan nama sebenar). Dia kelihatan tenang. Lebih kurang lima minit ruqyah, kedengaran ada seseorang sedang muntah di luar rumahnya. Ternyata anak saudaranya yang bertandang ke rumahnya sedang muntah teruk di luar rumah. Bapa saudara yang turut berada di dalam bilik bersama pokcik terus meluru ke luar bilik untuk melihat keadaan anak saudaranya itu. Tinggallah pokcik bersama dengan ibu saudara di dalam bilik buat seketika.


Mak Teh kelihatan gelisah dan mula sendawa angin. Kakinya mula bergerak ke kiri dan ke kanan. Tak lama kemudian masuklah anak saudaranya itu ke dalam bilik. Dia duduk seketika lalu keluar semula kerana tidak tahan melihat muka ibu saudaranya yang berubah menjadi seorang perempuan tua. 


Lebih kurang dua puluh lima minit, semuanya kembali tenang. Bapa saudara pokcik masuk semula ke dalam bilik. Alhamdulillah selesai segala urusan seizin-Nya. Bapa saudara pokcik memberitahu bahawa si Anis muntah dan berat di bahagian bahunya. Anis yang tadi keluar dari bilik dipanggil semula masuk ke situ.


Anis: Berat bahu saya ni.

Pokcik: Nak saya usahakan bagi ringan?


Anis: Nak.

Pokcik: Baiklah.


Pokcik terus bangun dan sengaja letakkan sedikit hujung jari di belakang bahunya seketika.Adoiiiii sakitlah, jerit Anis dengan kuat sekali.


Pokcik senyum lalu terus mengalihkan jari. Pokcik terus menarik jin yang bertenggek di bahunya.


Pokcik: Macam mana?

Anis: Ringan dah. 


Pokcik: Kenapa keluar dari bilik tadi. ( Pokcik sengaja mencungkil rahsia)

Anis: Saya tengok rupa Mak Teh berubah. Buruk sangat. Saya tak tahan.


Pokcik: Kebiasaannya hanya jin melihat jin.

Anis: Maksudnya?


Pokcik: Ada jin berdamping dengan Anis. Anis melihat dari sudut pandangannya. Maksudnya ada dua ekor jin. Pada Mak Teh dan pada Anis.

Anis: Oohhh. Lama dah saya tengok jin. Saya dulu memang sakit. Pak Abu dan Pak Njang pernah merawat saya.


Pokcik: Nak saya tutupkan pandangan dan ikhtiar buang pendamping yang ada pada Anis?

Anis: Tak mahulah. Lama dah dia bersama dengan saya. Nanti tak nampaklah jin. Sekarang ini saya selalu nampak. Tapinya tak mengganggu hidup saya. Pernah juga pendamping ini datang berjumpa dengan saya. Dia datang bersama dengan angin yang kuat. Saya bukalah pintu mengalu-alukan kedatangan dia. Hihi...


Pokcik: Kalau dah macam tu tak boleh nak kata apalah. Terpulanglah.


Pokcik kemudiannya memanggil pendampingnya itu untuk kepastian. Sebaik sahaja pokcik mengangkat tangan ke atas, Anis mula sendawa kembali. Nak muntah katanya. Pokcik terus memberhentikan tindakan pokcik itu. Ternyata memang pendampingnya datang kembali mengadap pokcik.


Anis: Haaa tenang dah. Dia dah tak ada. Malam ini pasti dia akan datang menegur Anis. Pokcik bunuh dia ke tadi? Sakit betul Anis masa jari pokcik diletakkan di bahu Anis. Rasa macam kena tikam.

Pokcik: Taklah. Tapi elok juga dia lari cepat. Hihi.


Akhirnya pokcik, bapa saudara dan Anis keluar bilik. Kami berbual seketika. 


Pokcik: Cuba Anis pergi tengok Mak Teh. Dah tidur agaknya.

Anis: Baiklah...


Tak lama kemudian Anis pun keluar. 


Anis: Mak Teh dah tidur nyenyak.

Pokcik: Alhamdulillah. In shaa Allah.


Setelah itu pokcik terus balik ke rumah ibu saudara pokcik. Keesokan harinya pokcik terus ke rumah bapa saudara untuk melihat keadaan Mak Teh. Kelihatan ramai orang bertandang dan sedang berbual. Salah seorangnya ialah Mak Teh yang sedang berbual ruang. Alhamdulillah Mak Teh sudah boleh berjalan. Dia juga sudah boleh makan

seperti sedia kala. Pokcik berbual seketika lalu meminta diri kerana ingin meneruskan perjalanan.


Sekian kisah pada kali ini. Kesimpulannya jauhi perbuatan syirik dan salah satunya SIHIR. Selain itu, tiada guna berdamping dengan jin. Sebaik-baik penolong hanya Allah. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.

Wednesday, 1 September 2021

PUTERI CEMPAKA SARI

 

Assalamualaikum.

 

11 Aug 2021, 19:50

JIN: assalamualaikum pokcik pokcik boleh tolong ila tak. dia ada terlanggar ular. ular tu jelmaa jin. ila pula hamil 8 bulam. sekarang ni ular tu nk menuntut bela atas ila sebb langgar dia pda mlm tu. kesian kat ila pokcik. bantu lah dia. dia jd gemuruh. nk pengsang

POKCIK : waalaikumussalam ila mana pulak

 

JIN : Ratna, bantu dia pokcik

POKCIK : Ni siapa. Solat dah ke

 

JIN: aku putri cempaka sari. tu poto ila. dia ada terlanggar ular. bantu lah pocik. ular tu marah. sbb ila langgar dia. tolong lah wahai hamba allah yg beriman. kalau pokcik x bantu dia xde sapa dh dapt tolong ila. kesian lah pada ank dlm kandungn dia dia hamil 8bulan dia tdk sengaja melanggar ular jelmaan tu. aku tdk thu nk meminta bantuan dari siapa aku hanya ingt pada mu saja bantu lah wahai hamba allah yg beriman. ila dh lembek dh pokcik dia jd gemuruh takut x boleh nk bercakap gementar takut

POKCIK : sekejap... Kau tengok apa jadi kpd ular tu

 

JIN: tolong lah hamba allah yg beriman

POKCIK : Mcm mana ular tu

 

JIN: kesian lah ila kalau tdk di buang ular itu ila x akn boleh berank ank dlm kandungn dia hari2 kene gangguan dri ular itu ila sendiri pn smlm mipi dia dh jd mcn ular dn bnyk ular dngn nya ank dlm kandungn dia hari2 tampa henti menendang ila x boleh tido x pernah tido melainkn dia akn bermimpi. masih ada lagi pokcik

POKCIK : sekarang ni

 

JIN: sekarang dia dh ok sikit tp masih ada lagi pokcik. ular tu dlm badan ila

POKCIK : OK, pokcik belah Perut dia ye... Kejap

 

JIN: ular jelmaan tu panas pokcik nk belah perut dia

POKCIK: Haaa mcm mana

 

JIN: kalau boleh pokcik buatkn dia air penawar bg semangt dia pulih kembali sbb semangt dia dh betul2 lemah sbb ular jelmaan yg ila langgar pd mlm itu... tolong ye pokcik pulihkkn kembali semangt nya.. gemuruh dia masih ada lagi masih x tenang lagi ni pokcik

POKCIK: Ular tu ada lagi ke.. Dah keluarkan

 

JIN: tinggal sisa je pokcik. ular dh xde. tp dia tinggal kn sisa dia

POKCIK: Pokcik tiup kat dada dia ye utk pulih kan semangat. pokcik buang sisa tu dulu

 

JIN: baik lah pokcik buang dulu sisa yg ada dngn ila. jd balik ni pokcik. ila dh rasa lain dh ni. pokcikk tolong

POKCIK: kejap pokcik tiup dada dia dulu

 

JIN: ular tu datang balik. ila dh jd lain dh ni. ya allah datang balik ni.

POKCIK: Kejap... Ular tu lilit kat mana

 

JIN: ada lagi ni dlm badan dia. kat tangn kiri kanan kat perut ila pn ada

POKCIK: Baringkan ila....

 

JIN: dia marah sbb ila langgr dia sampai sakit. lembek dh ila ni. dah baring. tngn ila kiri kanan panas. dada dia sekali pokcik. ular ni dendam. x keruan dh ila. ya allah semoga kau permudahkn segala urusan pokcik dlm membantu ila. la illa ha illa anta subahanaka inni kuntum minal zolimin. ular tu masih xnk lepaskn. ya allah.ya rahmat.ya rahim bantu lah hamba mu ni. bantu lah ya allah permudahkn lah urusan pokcik sesungguh aku hanya jin yg hina tdk dpt aku membantu nya melain dngn kum fa ya kum bantu lh hamba allah ini bantu lh pokcik. masih ada lagi pokcik lagi kuat ni. yg ni paling kuat.

tolong pokcik. ya allah kuat nya jelmaan ini ampun lah segala dosa ila wahai makluk jin yg baik maaf kan dia atas segala nya dia x sengaja melanggar mu pda mlm itu. panas membahas pokcik ya allah kuat nya sy sendiri tewas

POKCIK : OK dah... Semua. Perut, tgn dada

 

JIN: tngn dia dh ok dada masih membahas pns.

POKCIK: Ambil air masak segelas. Panas sebab pokcik ikhtiar bakar semua

 

JIN: jap pokcik nk ambk air

POKCIK: OK... Letakkan garam sikit buat syarat. Ular tu, in shaa Allah habis semua terbakar

 

JIN: perut dia pn panas lagi perut kuat terasa bahan bakar

POKCIK: Ya pokcik bakar. Ambik air masak. sekejap nak doa

 

JIN: baik lah pokcik aku pn turut mendoakn dia dn bayi dlm kandungn dia

POKCIK: OK minum air.. Selawat dulu. Dah minum? Mcm mana rasa Ila

 

JIN: dia baru habis minum pokcik lega sikit tu cuma dlm badan membahan sbb pokcik bakar jin2 tu insyallah semua akn pulih cuma semangt dia lemah sbb hamil. bahagian perut kuat rasa bahan bakar

POKCIK: Dia OK dah tu... Pergilah walau siapa pun kamu

 

JIN: t.kasih pokcik aku pergi dulu maafkn aku krn aku masuk dlm badan dia aku hnya nk menolong walaupn aku bukan hamba allah yg taat pada perintah nya tapi aku cuba baiki diri ku ila pn sekarng mendekatkn dirinya pada allah mendoakn aku mendoakn diri nya dn masih dlm mengajar al quran masa ila tngh belajr aku masuk dlm bdan nya krn aku jua ingin belajr mengaji

POKCIK: Pergilah belajar mengaji dan dekat kan diri kpd Allah...

 

JIN: ye pokcik tiap kali dia akn mengaji aku masuk dlm badan nya

POKCIK: Jangan masuk lagi dah dalam badan dia... Pergilah dengan aman kerana jin tidak boleh mencampuri urusan manusia. Haritu dah ucapkan syahadah, kan?

 

JIN: ye pokcik aku tahu aku munafik aku cuba nk jd jin yg beriman kini aku sedar segala dosa dn salah ku sbb itu aku terpaksa masuk balik ingin minta bantuan mu dn aku masuk jika ila sedang mengaji. sbb aku ingin belajar mengaji

POKCIK: Jangan masuk lagi... Belajarlah di mana-mana sahaja... Nak pergi ke mana, jin sekelip mata pun sampai

 

JIN: ye pokcik baik lah aku turuti kata3 mu tp jika ila dlm gangguan ila aku akn membantu nya krn allah. aku jua buat dia dpt scan gangguan orng lain aku membantu dia

POKCIK: Biarlah, Ila sendiri yg mesej pokcik selepas ini ye... Pergilah

 

JIN: krn aku jua ingin berbakti dn menolong orng lain

POKCIK: Boleh tapi jangan sesekali masuk ke dalam badan manusia. Kamu dah melanggar larangan Tuhan. Manusia dgn alam manusia. Jin dengan jin... Boleh nak dengar org mengaji tapi jangan masuk ke badan manusia

 

JIN: baik lah pokcik t.kasih krn mengajarkn segalanya hingga aku tewas dn ingin kembali ke jalan allah teruskn lh membantu orng lain yg memerlukn bantuan dri mu. ye pokcik aku memang akui munafik masih campur urusan manusia tp aku hanya ingin berbuat kebaikan

POKCIK: Keluarlah sekarang. Jangan mengundang kemurkaan Allah. Nak pokcik bukakan jalan?

 

JIN: waaalaikumussalam baik lah terima kasih atas segalanya aku undur dulu assalamulaikum jua ku tuju kn pada mu hamba allah yg taat pada perintah tuhannya.

pokcik boleh kah kau membantu ku. aku ingin mengaji. krn jika aku x pandai al quran aku pn turut terasa bahan bakar dri mu

POKCIK: Waalaikumussalam. Pergilah ke mana-mana sahaja nanti pokcik hadiahkan bacaan al-Mulk yg akan pokcik bacakan untukmu

 

JIN: baik lah aku ingin ke mekah doakn aku pndai mengaji aku pn turut terasa bahan bakar dri ayat2 yg kau baca aku jua kesakitan tp aku menahan nya. ye pokcik aku nmpak cahaya putih terang. doakn aku sedekah kn pada ku al fatihah surah2 lazim al quran agar aku tdk terasa bahan bakar bila aku membaca dn belajar agama

POKCIK: Jadi hamba Allah yg beriman. Barulah tidak terasa bahangnya

 

JIN: kini aku akui aku jua turut terbakar walaupn aku sakit aku terpaksa tahan demi kau selmatkn ila dri gangguan nya akhirnya krna aku munafik aku jua terasa panas dngn ayat2 allah berdosanya aku pda allah dn manusia

POKCIK: Alhamdulillah kamu dah faham

 

JIN: pokcik sebelum aku pergi aku ingin katakn sesuatu lps ku katakn ini aku akn pergi

POKCIK: Baiklah

 

JIN: pokcik dngr lah kata2 ku ini aku tahu kau x akn percaya aku ingin dedahkn soal virus kovid. izikn aku bicara soal kovid

POKCIK: silakan

 

JIN: pokcik sebenarnya virus kovid ini hanyalah ciptaan dri orng kafir aku bersumpah aku berkata benar jika aku berdusta mati lah aku dlm kehinaan

POKCIK: Baiklah..... Semuanya dalam pengetahuan Allah

 

JIN: virus ini ada lah agenda untuk menjahanan manusia virus ini hanya sebuah ciptaan semua jin2 kafir tahu akn hal ini sbb itu virus ini tdk dapt di hapuskn dngn vaksin dn vaksin itu sendiri adalah sebuah ciptaan yg ingin memusnahkn manusia. percayalah aku berkata benar aku berdoa semoga suatu masa nanti semunya akn terbongkar jua

 

POKCIK: Allah Maha Mengetahui... Sekarang keluarlah ikut kepala Ila... Pokcik akan bukakan jalan.... Pokcik akan buka sekarang

JIN: baik lah pokcik aku pergi dulu sudah lepas bahagian ku memberithu mu tentang kovid. baik lah silakn pokcik

 

POKCIK: Nampak dah jalan?

JIN: nmpak cahaya putih di hadapan ku

 

POKCIK: Silakan... Assalamualaikum

JIN: waalaikumussalam.

 

ILA: ok pokcik ni sy

POKCIK: Alhamdulillah...

 

ILA: t.kasih pokcik sbb tolong sy

POKCIK: Sama2

 

ILA: kalau tak nk pengsan dh sy tdi rasa takut berdebar. sy rasa mcn nk mati.

sy x thu pula ular yg sy langgar tu jelmaan jin patut lah lepas sy langgar semua bulu roma 1badan berdiri tegas sy memang mengigil takut

POKCIK: Biarlah.... Allah Maha Pengasih. Berehatlah.Assalamualaikum

 

ILA: waalaikumussalam. pokcik perut sy smpai sekarang rasa pnas

POKCIK: Ya btl... Pokcik ikhtiar bakar semua...

 

 

ILA: kalau nk suruh pokcik buat air tawar lagi boleh ke pokcik. sy nk pulihkn semangt sy. rasa lembek jer. sy langgar ular tu 4minggu lepas rasanya. tdi sy jd takut balik sampai rasa rasa semua jd panas takut jantong ank sy kuat dok berdengut kuat rasa jantong dia turut sama rasa kuat bunyi dup dup ni ok sikit.. tp masih rasa bahan panas x thu knpa sy jd takut

POKCIK: Baik.

 

ILA: lega sikit rasa lps sapu2 air kalau tak rasa mcn nk x boleh nk buat apa nk cakap x boleh nk baring x boleh jd gelisah takut rasa lemah semangt takut mcn troma ni ok sikit

POKCIK: In shaa Allah.... Sapu lebih di dada Sambil selawat

 

ILA: kalau sy thu akn jd mcn ni masa hari sy langgar tu sy dh bagithu pokcik mungkin x terlambt jika cakp awal2 ni dh 4minggu patut sy kerap mimpi ular jer

POKCIK: Panas lagi?

 

ILA: perut dh sapu lega sikit x panas dh

POKCIK: Alhamdulillah dah tu... Ada lagi ke air

 

ILA: ada lagi air sy nk buat minm hari3 doakn sy pokcik moga sy mudah beranak sy sampai fikir bukan2 takut jd susah nk berank sbb sy ada cakp kat meneja kat tempat sy kerja dia tanya mak nya pasal sy langgar ular mak dia cakap selalu nya kalau langgar ular hitam dia nk nyawa di balas nyawa. tu sy jd takut

POKCIK: sekarang ni pergi mandi bilas je.... Pastu campur air sikit... Dah lepas mandi buat syarat tu bilas dgn air tadi...

 

ILA: sy betul2 x sengaja ular hitam tu tiba2 je muncul depan sy masa tu sy nk balik mlm gelap pulak tu tiba2 ular tu dh ada depan mata sy x sempat brek motor

POKCIK: Pokcik dah doakan sikit air tu utk bilas mandi. Pergi sekarang utk pokcik doa bab badi ular tu

 

ILA: baik lah pokcik sy nk buat dulu memang jd pengajaran buat sy mengndung kn x boleh sebarangn langgar

POKCIK: Pergi bawa bekas tu tambah air sikit... Kejap pokcik doakan dulu. Nanti bilas air doa tu jgn lap ye

 

ILA: baik lh

POKCIK: OK dah. bawak pergi mandi

 

SETELAH MANDI

 

ILA: alhamdulillah lega sikit pokcik segar badan kalau tadi rasa mcn orng nk mati sy takut dok mikir nak mati dh aku rasa trauma tiba2 mengigil takut mati..

POKCIK: Alhamdulillah segala puji bagi Allah

 

ILA: sy betul2 x sengaja langgar insaf serta merta takut dh rasa nk keluar mlm2. sy kene badi ke pokcik

POKCIK: Kemungkinan besar. Dah tak takut kan. Allah Maha Besar. Jin xboleh buat apa pun

 

ILA: dh ok dah ni sujud syukur sy dh xnk rasa mcn tdi hanya allah je tahu takut tu mcn mana mcn nk mati

POKCIK: Alhamdulillah. Berehatlah. Ingat Allah selalu. Assalamualaikum

 

ILA: t.kasih pokcik kalau pokcik nk cerita kisah sy langgar ular silakn boleh jd pengajaran buat orng lain x boleh langgar sebarangn walaupn sy x sengaja. waaalaikumussalam

 

12 Aug 2021, 20:26

 

KEESOKANNYA POKCIK MEMINTA ILA MANDI LIMAU YANG DIDOAKAN

 

POKCIK: Ila mandi limau dah ke tadi. Mcm mana rasa badan

ILA: dh mandi pokcik rasa lega dada sy yg sengkat jd normal dh xde sengkat3 dada dh.. cuma jd mengantuk jer lah.. mlm ni rasa tido awal sbb jd mengntuk mata. selalu sy susah nk tido. t.kasih kat pokcik sbb bantu kalau tak nk tido pn payah sbb jd sengkat kt dada sukar nk bernafas ni dh ok jd normal balik

 

POKCIK: Alhamdulillah tidurlah

Friday, 12 February 2021

JIN DI DALAM BILIK

 Assalamualaikum 


Alhamdulillah dipertemukan kembali pada hari Jumaat yang penuh dengan barakah ini. Agak lama juga pokcik tak membuat posting kisah mistik. Namun apabila tadi ditanya oleh seorang sahabat, tiba-tiba terbukalah hati pokcik untuk berkongsi pengalaman pokcik dalam beberapa hari ini. Kisah lain mungkin akan pokcik kongsikan sekiranya ada kelapangan. 


Malam tadi pokcik ke rumah sahabat untuk berbual. Tak ada tujuan khusus sebenarnya. Namun, sebelum berangkat pulang pokcik sempat bertanya tentang keanehan yang berlaku di rumahnya itu. Bukan apa, pokcik berasa ada sesuatu yang tak kena di dalam rumahnya itu. Sebaik sahaja pokcik mula berbicara tentang hal tersebut, barulah sahabat pokcik mula bersuara. 


Pokcik: Rasanya ada sesuatu yang tak kena di dalam rumah ini. Ada apa-apa yang pelik berlaku? 

Zamri: Nasi dan makanan di rumah ini cepat basi. Tapinya sekarang ini boleh tahan lagi. Dulu lagi teruk. 


Pokcik: Boleh tak saya cuba scan? 

Zamri: Silakan


Pokcik pun bukannya tahu sangat. Buat-buat macam pandai sahajalah. Sesekali geleng kepala sekali menganggukkan kepala nak bagi nampak lebih real. Hahahahaha... Jangan marah. Gurau sahaja... 


Pokcik dapat rasa kehadiran entiti di dalam bilik tidurnya dan di atas bumbung rumah. 


Pokcik: Tak rasa apa-apa ke semasa berada dalam bilik tidur? 

Zamri: Rasa letih dan malas kalau masuk ke bilik. Kalau keluar dari bilik, ok sahaja. 


Pokcik: Ada sesuatu di dalam bilik itu. Cuba dapatkan sebiji limau. 

Zamri: Baiklah. 


Sahabat pokcik kemudiannya keluar dari rumah lalu tak lama kemudian ada sebiji limau dalam genggamannya. Apabila sudah mendapat limau tersebut pokcik terus berdoa. Alhamdulillah Allah permudahkan. Setelah itu pokcik scan sekali lagi. Rupa-rupanya ada seekor lagi yang bertenggek di belakang tengkuk sahabat pokcik itu. 


Pokcik: Ada apa di belakang leher awak tu? 

Zamri: Entahlah. Saya ingatkan sakit disebabkan darah tinggi. Makan ubat pun sakit tak hilang. 


Pokcik: Mari sini pokcik tengok 

Zamri: Baiklah 


Zamri terus duduk membelakangkan pokcik. Tanpa banyak bicara pokcik terus berdoa dan menarik gangguan itu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Hilang serta-merta sakit di belakang tengkuknya dengan izin Allah. 


Untuk pengetahuan semua, dua tiga hari lepas pokcik ada dihubungi oleh seorang rakan lama. Menurut beliau, adiknya berasa seram apabila berada di rumahnya. Kalau dah seram duduk di rumah sendiri tak munasabah kalau nak tumpang tidur di rumah orang lain. Rumah sendiri ada takkan nak tidur di rumah jiran. 


Posting kali ini pokcik sertakan rumah adiknya itu yang terletak di Shah Alam. Zaman PKP ini mungkin sukar baginya untuk mendapatkan khidmat perawat, jadinya pokcik sebagai PELAWAT  yang dihubungi oleh sahabat lama pokcik itu. 


Apabila melihat gambar itu, pokcik dapat rasakan ada sesuatu di bahagian kiri tembok pintu pagar dan di atas atap porch rumahnya itu. Entah apa makhluk yang ditinggalkan di situ sama ada sihir atau sebagainya, wallahua'lam. Sempatlah pokcik doakan dari jarak jauh pula kali ini. 


Alhamdulillah Allah permudahkan. Pada pukul 11.00 tadi pokcik sempat menghubungi sahabat lama pokcik itu. 


Pokcik: Assalamualaikum 

Mona: Waalaikumussalam 


Pokcik: Haaa apa cerita rumah yang saya usahakan baru ini. 

Mona: Ooooo. Memang pelik rumah tu baru-baru ini. Adik saya takut nak balik. Meremang katanya. 


Pokcik: Pastu 

Mona: Dia bela ikan puyu dua ekor. Semuanya mati. Lepas tu bela empat ekor. Mati juga. Kini bela tiga ekor. Alhamdulillah hidup sampai sekarang. 


Pokcik: Saya dapat kesan sesuatu di sebelah kiri pintu pagar dan atas atap porch. Tak jumpa ke duit syiling dan sebagainya? 

Mona: Dia berbau busuk di kawasan porch. Tahu tahu busuk tu datang dari mana. Jirannya juga memberitahu adik bahawa mereka selalu mendengar orang berlari di atas atap. 


Pokcik: Kucing kot. Hihihi... 

Mona: Dia memang ada bela empat ekor kucing tetapi tak memanjat ke bumbung. Duit syiling dia tak pernah jumpa. 


Pokcik: Kalau tak pernah jumpa tak apalah. Saya bimbang diletakkan syiling dan sebagainya. Berhati-hati sahajalah. Macam mana dia sekarang? 

Mona: Terima kasih atas pesanan. Alhamdulillah dah tak meremang semasa balik ke rumahnya. Bau busuk pun dah hilang. Dia baru sahaja balik ke rumahnya di Shah Alam. Sebelum lupa, nak bagi berapa kepada pokcik ini? 


Pokcik: Tak apalah. Sedekahlah pisang ke masjid atau surau. 

Mona: Terima kasih. Entah macam mana nak balas budi pokcik. 


Pokcik: Biarlah Allah membalasnya. Assalamualaikum 

Mona: Waalaikumussalam 


Begitulah dua kisah yang pokcik kongsikan. Tak kisahlah bab sihir atau sebagainya. Sebagai orang Islam yang beriman, jauhilah perkara syirik, dekatkan diri kepada Allah dan berbuat baiklah sesama makhluk. Mohonlah dan merayulah kepada Allah apabila ditimpa musibah kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Kepada Allah juga kita memohon petunjuk dan pertolongan. Moga berjumpa lagi. Mohon maaf andai ada tersalah bahasa dan kurang adabnya. Sesungguhnya kita hanyalah hamba Allah yang tak lekat dari salah dan silap. Salam hormat.




Thursday, 17 December 2020

TIKAMAN JIN

 Assalamualaikum 

17 DISEMBER 2020


Apa khabar semua? Hari ini perkongsian pokcik santai sahaja. Hari Sabtu malam Ahad baru-baru ini pokcik usahakan pensyarah pokcik  dari jarak jauh. Baguskan pokcik, usia dah dekat 70 pun masih nak belajar... Hihihi... 

Ternyata masalah saka dan sihir. Bab saka apa sihir dari mana biarlah semuanya dalam pengetahuan Allah. Wallahua'lam. 

Pada hari Isnin, pokcik menerima panggilan telefon daripada beliau. Alhamdulillah keadaan beliau semakin baik dan kembali pulih sepenuhnya seizin Allah pada hari berikutnya.  Menurut beliau, tok Imam di situ turut mengalami perkara yang hampir sama. Tok Imam itu kemudiannya pergi mendapatkan rawatan. Tiga orang perawat katanya tak sanggup kerana mereka juga diserang oleh jin berkenaan. Biasalah tu. Itulah risiko menjadi perawat. Pokcik tak apa sebab PELAWAT sahaja bukannya PERAWAT. 


Menurut beliau lagi seorang pensyarah baru dan ditempatkan di jabatan beliau turut diserang sebaik sahaja masuk ke situ. Beliau seolah-olah ditikam. Ustaz yang pokcik kenali terus dipanggil ke situ. Beliau melaungkan azan sebanyak tiga kali. Selesai sahaja azan ke-tiga, terdengarlah ngauman harimau. 

Pokcik juga dimaklumkan ramai pensyarah dan staf di jabatan itu sakit. Menurut pemahaman pokcik, ada sesuatu yang diletakkan di situ dan jin itu bergabung dengan jin yang sedia ada di situ. 

Mengikut kajian yang pokcik jalankan apabila ikhtiar premis atau sesuatu bangunan,  selain daripada faktor sihir, ada juga punca yang lain. Antaranya ialah MAKSIAT di premis berkenaan dan BERLAKU PERPECAHAN dalam kalangan anggota atau warga di tempat berkenaan. Selain itu, tempat berkenaan memang sudah lama didiami oleh mereka dan jin di situ menunggu masa sahaja untuk memunculkan diri. Apa sekalipun sebabnya, kita sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah ini tidak harus membiarkan mereka bermaharajalela sesuka hati. 

Pokcik pun masih sibuk dan mengalami kemalangan baru-baru ini. Kereta pokcik disondol oleh seekor babi dari tepi ketika pokcik sedang memandu untuk pulang dari tempat kerja dalam pukul 6.30 petang lebih kurang. BABI memang tak suka pokcik. Hahahaha. In shaa Allah petang ini pokcik akan ke Kuala Lumpur untuk membeli dan memasang bumper kereta pokcik yang pecah. In shaa Allah selepas semua urusan selesai, pokcik akan membuat perhitungan dengan semua jin yang mengganggu  di jabatan berkenaan pula. Kalau diizinkan Allah, kita ikhtiarkan tapau semua. Doakan semoga usaha yang baik ini diperkenakan oleh Allah... 

Salam hormat

Saturday, 12 December 2020

BAJU DAN SELUAR MELAMBAI-LAMBAI

 Assalamualaikum 


12 Disember 2020


Alhamdulillah dipertemukan kembali buat sekian kalinya. Seperti kebiasannya pokcik akan kongsikan satu lagi kisah berkaitan dengan dunia mistik. Pada pukul 9.19 pagi ini pokcik menerima satu panggilan telefon daripada seorang sahabat. 


Hadi: Assalamualaikum pokcik 

Pokcik: Waalaikumussalam 


Hadi: Ada di mana? Dah sarapan ke belum? 

Pokcik: Alhamdulillah dah siap. 


Hadi: Saya di kedai adik ni. Kalau nak makan apa-apa cakaplah... 

Pokcik: Tak apalah. Saya dah makan. 


Hadi: Baiklah. Lepas makan ni saya nak pergi ke rumah pokcik sekejap. Ada hal. 


Sebenarnya pokcik dah boleh agak. Kalau telefon nak tanya khabar memang agak susah. Biasanya ada maksud yang tersirat. Hihihihi. Biasalah kawan-kawan. 


Lebih kurang pukul 10.30 terdengar suara memberi salam. Selepas menjawab salam pokcik membuka pintu pagar rumah. Kelihatan Hadi tercegat di luar pintu pagar rumah pokcik. 


Dia mula menceritakan masalahnya. Menurutnya dia susah mahu tidur malam. Anaknya sendiri terkejut kerana si ayah tidak tidur walaupun sudah pukul empat pagi. Katanya lagi dia akan ditindih walaupun belum melelapkan mata. Dia juga boleh tahu sekiranya dirinya akan ditindih. 


Sebelum ditindih dia akan melihat kebanyakan barang terutamanya baju dan seluar melambai-lambai kepadanya. Serentak dengan itu kedengaran benda jatuh berkali-kali di dalam bilik. Ketika ini tangannya akan berasa kebas dan terketar-ketar. Sebaik sahaja memejamkan mata, badannya akan kaku dan tidak boleh bergerak seperti ditindih.


Agak lama juga dia mengalami perkara itu sehinggalah dia tidak boleh memegang sesuatu.  Sekiranya memegang telefon, sudah pasti telefon akan terlepas dari tangannya. Dia juga sukar untuk memegang stereng kereta kerana keadaannya itu. 


Mendengar cerita daripadanya, pokcik agak berminat untuk usahakannya. Pokcik tidak mahu usahakannya di rumah pokcik. Jadinya pokcik meminta dia menunggu pokcik di rumahnya. Dia akur. Setelah dia balik ke rumah barulah pokcik ke rumahnya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah pokcik. 


Oleh sebab rumahnya berpagar, pokcik lebih suka usahakannya di luar rumahnya itu. Pokcik hanya meminta dia bertenang dan duduk di atas kerusi membelakangkan pokcik. Sebaik sahaja bermula ikhtiar, dia mula terhuyung-hayang seperti akan tumbang. 


Badannya mula bergerak ke kiri dan kanan. Sesekali dia seperti ingin terlentang ke belakang. Pokcik teruskan lagi. Peluh mula menitik ke lantai. Lantai mula basah dengan titisan peluh yang keluar dari bahagian muka dan kepalanya seperti air paip yang menitis. 


Tangannya yang digenggam dibuka dan ditutup berulang-ulang kali.  Akhirnya dia lembik dan tidak bermaya. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan pokcik. 


Hadi: Panas betul tadi. Tengok lantai tu dah basah. Tengok muka saya. 

Pokcik: Tak apalah tu. Macam mana dengan tangan tu. 


Hadi: Alhamdulillah dah jadi macam biasa. Tak ada dah sengal -sengal. 

Pokcik : Ada rasa takut lagi ke? 


Hadi: Tak ada. Iblis apa yang mengganggu saya. 

Pokcik: Entah. Janji sihat sudah. 


Hadi: Yalah. Terima kasih

Pokcik: Sama-sama. 


Setelah itu pokcik terus pulang ke rumah. Sebenarnya sahabat pokcik ini merupakan salah seorang pendakwah. Dia selalu pergi ke mana-mana untuk  berdakwah. Entah di mana dia dapat jin itu. Tak penting pun sebenarnya. Bukankah iblis dah berjanji akan menyesatkan kita? Moga kita semua terhindar dari pujuk rayu mereka. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. 

Thursday, 10 December 2020

116

 

Assalamualaikum



Moga semua pengunjung blog pokcik ini sihat sejahtera hendaknya. Macam nak tulis surat cinta posting pokcik kali ini. Kali ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah dan semoga menjadi teladan buat kita semua. Ingatlah bahawa dunia hanya suatu tempat persinggahan dan akhirat ialah tempat yang kekal abadi.

Lebih kurang dua minggu lepas pokcik mendapat satu panggilan telefon. Ketika itu pokcik sedang santai berehat maklumlah bekerja pada siang harinya.

Ali: Assalamualaikum
Pokcik: Waalaikumussalam

Ali: Apa khabar? Senyap je.
Pokcik: Alhamdulillah sihat. Biasalah sibuk sikit.

Ali: Sebenarnya saya ada hajat ni.
Pokcik: Hajat apa tu?

Ali: Macam ni. Emak kepada kawan saya ni ada kepelikan.
Pokcik: Pelik macam mana tu?

Ali: Dia dah tua. (Semalam pokcik dapat tahu umurnya lebih kurang 116 tahun). Kerjanya tidur sahaja. Bangun tidur dia akan makan. Lepas tu tidur semula. Dah bertahun-tahun keadaan dia macam tu. Inilah sebab saya telefon kalau-kalau pokcik ada kelapangan.
Pokcik: Anak-anak tak bawa berubat ke?

Ali: Dia dah tak larat. Perawat yang datang ke rumahnya.
Pokcik: Baiklah. Kalau ada kelapangan nanti saya akan usahakan.

Ali: Terima kasih.
Pokcik: Sama-sama.

Lama juga pokcik mendiamkan diri sehinggalah pokcik ada sedikit kelapangan pada dua hari yang lepas. Itu pun selepas Ali menelefon lagi pokcik dan bertanya perihal emak kepada kawannya itu. Pokcik berjanji akan usahakan tetapi pokcik tak mahu pergi ke rumah si sakit. Pokcik juga berpesan kepada Ali agar jangan memberikan nombor telefon pokcik kepada keluarga si sakit.

Jadinya pokcik meminta meminta untuk melihat gambar si sakit. Terkejut pokcik apabila melihat wajahnya yang begitu cengkung seperti tengkorak sahaja. Wajahnya tidak ubah seperti wajah seorang hamba Allah (arwah) yang pokcik usahakan dahulu secara jarak jauh di Terengganu.

Lebih kurang pukul sebelas pagi (di tempat kerja), pokcik usahakan hamba Allah itu. Mengikut pemahaman pokcik, ia berkaitan dengan SAKA. Sesekali gangguan itu berada di kawasan ulu hati dan sesekali di dalam mulutnya. Mungkin gangguan itu bergerak apabila terasa TERANCAM.

Lebih kurang setengah jam selepas itu selesailah ikhtiar serta doa yang pokcik panjatkan kepada Allah. Pokcik berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami dan dihapuskan SAKA yang berada dengan hamba Allah itu. Sebaik sahaja selesai usahakannya, pokcik terus menelefon Ali.

Pokcik: Assalamualaikum
Ali: Waalaikumussalam

Pokcik: Alhamdulillah selesai dah saya usahakan. Memang ada gangguan. Lepas ini kalau Allah izinkan, dia akan bangun dan berpesan dengan anak cucu. Selepas itu kalau dia tidur semula, dengan izin Allah dia akan pergi selama-lamanya.
Ali: Terima kasih banyak. Tunggu je laa ye?

Pokcik: In shaa Allah.
Ali: Terima kasih sekali lagi.

Pada pukul 7.32 pagi ini pokcik menerima panggilan telefon daripada Ali.

Ali: Assalamualaikum
Pokcik: Waalaikumussalam

Ali: Terima kasih. Hamba Allah tu dah tak ada. Semalam dia bangun sekejap. Pagi ini lebih kurang pukul 6.00 pagi dia dah disahkan meninggal dunia.
Pokcik: Alhamdulillah, Allah memudahkan urusannya.

Ali: Terima kasih sekali lagi. Nak kira macam mana ni?
Pokcik: Tak ada apa. Pokcik sedekahkan sahaja.

Ali: Alhamdulillah. Terima kasih
Pokcik: Sama-sama.

Begitulah kisah pada kali ini. Moga kita menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Seandainya SAKA, ia berkaitan dengan perjanjian orang terdahulu. Janganlah kita mengikut jejak mereka. Jadikan kejadian yang berlaku itu sebagai sempadan dan kita haruslah seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada bersahabat dengan SYAITAN. Janganlah seronok dan takjub dengan kelebihan sementara kerana bersahabat dengan mereka... Marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.