Monday 26 November 2018

SAKA BAIK SAKA JAHAT



Kali ini kita buka satu topik suam-suam kuku. Tajuknya SAKA BAIK SAKA JAHAT.

Saka ialah puSAKA. Pusaka kepunyaan keturunan terdahulu. Bukan semestinya peninggalan orang terdahulu, kita juga boleh meninggalkan puSAKA buat anak cucu kita..

Tiada puSAKA kalau tidak ditinggalkan. Maksudnya bukan orang terdahulu saja yang meninggalkan puSAKA tetapi kita juga tidak mustahil kalau tidak berwaspada..

SAKA yang ditinggalkan kini ialah saka ilmu. Pulak dah pokcik ni.. Hahhahahha.. Betul laa pokcik cakap tu. Datang dari mana saka itu kalau bukan dari ilmu yang dituntut. Ada yang mempelajari ilmu bidan, ilmu perdukunan, ilmu menyeru harimau di alam jin, ilmu menyeru hantu raya dan sebagainya...

Pokcik, tok nenek datang dalam mimpi bagi ilmu... Ada jenis cakap lagu tu. Depa mengaku tok nenek depa jin. Hahhahahha. Berat sangat dah tu.. Orang dahulu menyeru hantu raya untuk dijadikan khadam. Tujuannya untuk mengerjakan sawah, melakukan kerja berat, menjaga rumah dan sebagainya. Baik tak hantu raya dia? Baiklah.. Hahhahahha.. Memang laa baik sampaikan dia kerjakan sekali orang rumah tuannya. Hihihihihi. Niat depa baik tetapi matlamat tidak menghalalkan cara..

Depa seru pulak pelesit berdasarkan ilmu yang dipelajari. Baik tak tujuannya? Baiklah.. Siapa kata jahat.. Baik sebab menjaga rumah, mengekalkan keremajaan tuannya dan hanya merasuk sesiapa yang bermasalah dengan tuannya. Bela untuk tujuan yang baik tetapi sekali lagi pokcik cakap, matlamat tidak menghalalkan cara...

Begitu juga ilmu perdukunan. Mereka belajar mantera untuk memanggil khadam. Khadam inilah yang sentiasa mendampingi mereka ketika melakukan rawatan.. Tujuannya baik. Tujuannya untuk membantu orang sakit yang memerlukan. Hangpa tak sempat duduk dia dah tahu. Hang ni Limah, Mak Nab depan rumah tu letakkan sesuatu kat bawah tangga rumah. Sebab itulah laki hang dok tergilakan Mak Nab janda tu.. Hihihihihi.. Baik kan tujuannya? Baik sekalipun sekali lagi pokcik cakap, matlamat tidak menghalalkan cara..

Pendamping yang ada dengan depa tu akan diperturunkan pula kepada anak cucu berdasarkan perjanjian yang dibuat. Baik tak depa? Depa bukan buat khianat. Depa sayang anak cucu. Sebab itulah depa suruh pendamping depa piii jaga pulak anak cucunya.. Baik tak depa? Baiklah.. Bukan depa suruh jin tu buat jahat. Depa suruh jin tu jaga anak cucu yang disayangi.. Hahhahahha... Boleh ke? Buat sekian kalinya pokcik bagitahu. Matlamat tidak menghalalkan cara...

Setelah tuan asal tiada. Kini pendamping tadi mula mencari keturunan tuannya itu. Dia kebiasaannya mencari calon yang sesuai. Orang yang lurus, orang yang pendiam, orang yang paling malas, orang yang paling rajin mahupun orang yang belajar sesuatu keilmuan dan dia rasakan sesuai dengan depa.

Masa ini masuklah depa dalam mimpi. Ni tok hang, tok nak bagi ilmu kat hang ni. Nanti hang akan jadi bomoh. Kalau hang tak terima hang akan sakit. Kalau terima, hang akan jadi bomoh besar. Gitu pulak. Kalau tok nenek tak meyakinkan, depa akan maiii dalam rupa yang berseri-seri. Rupa orang alim. Kali ini depa jadi wali, padahal inilah saka ilmu perdukunan yang diperturunkan dari generasi sebelumnya.

Orang kita bangga kononnya tok nenek yang jaga. Depa mengaku tok nenek depa jin gamaknya.. Bagi membenarkan perbuatan seperti yang pokcik kongsikan atas tu, timbullah pula pendampingnya jin Islam. Nak juga.. Hahhahahha.. Sekali lagi pokcik nak ingatkan, pernah pokcik post satu video dahulu, Nabi Muhammad s.a.w sekalipun tidak dapat membezakan sama ada jin itu Islam atau sebaliknya..Baginda hanya mengetahui perkara ghoib yang diperturunkan melalui wahyu kepada baginda.. Kita? Tak tahu laa pokcik nak cakap apa... Hihihihihi. Nak membenarkan perbuatan, maka pelbagai cara digunakan..

Jadinya, datang mana pula istilah saka jahat saka baik? Memang saka akan jadi jahat kalau kita tak terima. Saka akan jadi baik kalau kita jaganya dan terimanya. Main paksa-paksa terima, baik celah mana.. Hahhahahha.. Kalau gitu mudah laa noo nak kat anak orang, Ngaku kita baik pastu suruh orang terima pinangan kita.. Tak terima hang siap.. kakakkakkakkakkaa. Baik oooo kita.. Adoiiiiiiiiiiiiiiii....

Ada juga amalan orang dahulu yang baik dan tidak meninggalkan saka. Inilah sebenar-benar ilmu haq. Pernah tak kita dengar lagu iman tak dapat diwarisi? Begitu juga ilmu. Ilmu perlu dituntut. Ia tak akan datang sendiri kecuali para wali yang ada anugerah ilmu ladunni. Ilmu ladunni ini merupakan ilham yang datang direct dari Allah buat para wali yang terpilih.. Kita, insan yang banyak bergelumang dengan dosa ini, boleh kata MUSTAHIL kerana Allah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya.. Jangan kata TIDAK MUSTAHIL jika seizin Allah sebab sekali lagi pokcik nak tekankan, Allah tidak zalim dan Maha Bijaksana. Allah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya....

Ilmu salah yang diamalkan oleh orang terdahulu ada juga yang tidak mengundang saka. Ini bergantung kepada perjanjian semasa mereka mengambil atau melakukan amalan itu. Sungguhpun begitu, tidak mustahil khadam yang berdamping dan tidak disedarinya mencari alasan untuk mendampingi anak cucunya kerana sudah selesa berada dalam naungan manusia.. Tidak mustahil tetapi ia jarang berlaku...

Saka yang mendampingi anak cucu yang menjadi pewaris akan berdamping dengan mereka. Kini kita tidak gelarkan ia saka tetapi dampingan.. Dampingan akan sentiasa mengekori pewarisnya dan akan menolong mereka melakukan sesuatu sesuai mengikut ilmu yang dituntut oleh tuan asalnya. Sebab itulah dikatakan saka memilih tuan, bukannya pewaris yang memilih saka. Kalau tuan asalnya seorang bomoh maka saka tentulah akan memilih pewaris yang terlibat dalam bidang ini sekalipun dia digelar ustaz. Jadinya tidak mustahil perawat yang bergelar ustaz juga didampingi oleh saka..

Teringat pula pokcik dengan seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya ustaz. Suatu hari dia pm pokcik, katanya dia nak pokcik cover. Bab tu ok lagi laa. Pokcik pun tak nak kongsikan kalau bab tu. Yang pokcik nak kongsikan ialah ayat yang digunakan.. Rembat jin atau saka pesakit, khadam dia jangan usik. Hahahhahhahahha.. Macam-macam orang yang menggelarkan diri mereka ustaz pokcik jumpa. Sebab itulah pokcik selalu menggunakan istilah ustaz jadian... Penampilan mereka dan gaya bercakap hampir sama dengan ustaz sebenar. Namun, apabila kita dekati mereka barulah keluar doktrim kayangan...

Saka binatang yang mendampingi kita gelar AKUAN. Yang terkenal ialah harimau. Selain itu, akuan yang biasa diambil ialah kerbau balau. Bapa saudara pokcik sendiri pernah ada akuan kerbau balau ini. Biasanya digunakan untuk kekebalan kulit dan kekuatan yang luar biasa. Tidak hairanlah dahulu dia bekerja sebagai bounser.. Kerbau balau ini pernah dipanggil dan dilihat oleh anak buahnya. Ia juga makan bertih seperti harimau akuan. Harimau betul makan daging. Kerbau makan rumput.. Hihihihihi. Alhamdulillah dia dah buang amalan itu...

Panjang lagi kalau kira pokcik nak tulis ini. Nanti hangpa tak larat nak baca. Hahhahahha.. Jangan pula nanti kita dok salahkan orang terdahulu yang meninggalkan saka tetapi kita juga memulakan warisan kepada anak cucu yang ditinggalkan. Hihihihihi... Moga jumpa lagi noo. In shaa Allah... Moga memperoleh keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah.. Salam hormat...

PENDAMPING BOMOH



Petang ni pokcik didatangi oleh sepasang suami isteri.

Entah dapat tahu dari mana tak tahu laa.. Puas pokcik tanya sampai ke sudah dia berteka-teki..

Pandai depa, sesampai di pagar dia tanya perihal memancing dahulu. Lama pokcik tak pergi memancing katanya. Pandai ambik angin pokcik...

Ok laa bab tu...

Kemudian si suami meminta pokcik agar usahakan isterinya. Selama ni dia tak tahu pun. Katanya laa. Kan...

Pokcik diamkan sahaja. Tak nak komen lebih-lebih. Setelah itu pokcik mempersilakan mereka untuk masuk ke dalam rumah.

Sebaik dia masuk, dia cerita dah 20 tahun berubat. Hari-hari pi berubat dan balik pukul 2 atau 3 pagi...

Dia tanya pokcik apa masalahnya. Menurutnya ada orang letak atau tanam sesuatu di rumahnya sebab nak suruh dia berpindah... Erkkkkkkk....

Pokcik tengok lain pulak puncanya.. Saka... Hihihihi..

Dia kata dia tak ada saka. Keluarganya tak ada saka.. Mmmmmmmm...

Tak kisahlah dia nak mengaku atau tak.. Janji dia nak buang apa yang ada padanya. Kan..

Badannya panas dan lehernya rasa tercekik. Begitu juga mukanya rasa tegang.. Sebab itu dia kata sihir. Gaya macam sihir.. Ye dop..

Alhamdulillah berangin dah badannya, dan semua bahagian tadi... Dia ucap alhamdulillah..

Tapinya nak balik dia cerita lagi bab disihir dan dia tiada saka. Ok laa tu.

Tiba-tiba, lepas dia balik orang rumah pokcik ceritakan kepada pokcik. Rupa-rupanya si suaminya tu pernah beritahu bahawa orang rumahnya pandai berubat...

Haih.. Lain macam pulak.. Kata suaminya lagi, si isterinya dapat daripada datuknya... Dia menyimpan janggut toknya kalau tak salah..

Pulak....

Berubat guna khadam jin rupanya.. Jin makan tuan agaknya.. Wallahuaklam...

Masa muda, nampak laa kononnya kehebatan jin.. Semuanya beres. Lama-lama makin nampak laa permainan mereka.

Itulah orang kita, apabila dah berubat berpuluh tahun, sepatutnya cuba lihat sendiri apa yang tak kena. Selalunya kita dok cari punca jauh sangat sehingga lupa ia datang dari diri sendiri sahaja..

Istilah apa yang selalu digunakan?

Jin baik..
Buang jin jahat tinggalkan jin baik. Jangan apa-apakan jin baik..

Hihihihihi..
Melayu Mudah Lupa...

Sunday 4 November 2018

BELAAN MENCARI WARIS



Ni kes di Kuantan sahaja. Sahabat pokcik menghubungi pokcik perihal anak saudaranya.

Mula-mula ingatkan kes biasa sahaja. Rupa-rupanya saka. Saka itu sudah pun menunjukkan rupa berupa orang tua bongkok.. Di bawah tu ada dua perbualan.. Perbualan pertama, pokcik dan sahabat pokcik yang minta ikhtiarkan anak saudaranya tu. Perbualan terakhir tu perbualan pokcik dan suami si sakit...

Menurutnya memang dia tahu ibu mertuanya MEMBELA. Si ibu nak menyerahkan belaannya kepada anak perempuannya tu tetapi si anak menolak....

Mulalah BELAAN tu mengganggu si anak. Kalau terima baru tak mengganggu gamaknya. Dasar syaitan... Mmmmm....

Si suaminya tu meminta pokcik ke rumahnya maklumlah dia pun was-was sebab pokcik kata nak usahakan dari jauh je sebabnya pokcik sibuk....

Namun begitu pokcik bagi jaminan, kalau tak BERKESAN SEIZINNYA barulah pokcik akan usahakan secara  BERDEPAN..

Itupun kalau jenis jin yang tak reti bahasa laa kan. Jenis tak reti kita cakap elok. Puokkk kayu 2 4 atas belakang baru faham agaknya. Hahhahahha...

Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan.. Pokcik pun sibuk sikit. Nak ke sana sini walaupun dalam daerah rasanya buat masa ni, tak agaknya KECUALILAH TERPAKSA. Jenis ketegaq nak mampoihhh orang kata... Hahhahahhahha

Hihihihihi..
Jom solat maghrib..

Salam hormat...
Santaiiii....



KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DISANTAU


1996

Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.

Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”

5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97

1997

Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?

Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.

1998

Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya “nape?”

Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”

Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”

Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”

Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”

Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”

“Enam org?” saya terkejut..

Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.

2001

Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya.

Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu.. saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”

Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.

Sumber: Mynewshub via myinfoharian.com

MENEGUR HANTU



Ni kes emergency yang pokcik bagitahu semalam..

Lebih kurang pukul 10 malam lebih, ada salah seorang kenalan pokcik di Terengganu menghubungi pokcik perihal ayahnya...

Perbualan pokcik dengannya di Telegram tak boleh nak snap shot mungkin dia protect agaknya... Jadi guna cara manual je laa.. Snap gambar daripada handset lain....

Ayahnya asyik menegur hantu je... Si isteri sampai tak boleh nak berenggang...

Jadinya malam tadi juga pokcik ikhtiarkan... Kebetulan masa pokcik ikhtiarkan tu dia dah pun tidur...

Kes ni pokcik usahakan dari jarak jauh.....

Mungkin tak serasi dengan pak ustaz. Diorang dah usahakan tapi tak berjodoh jadi pokcik laa usahakan pulak...

Alhamdulillah Allah permudahkan lagi sekali urusan pokcik..

Ikhtiar jarak dekat atau jauh, Allah Yang Menyembuhkan bukannya pokcik bukannya ustaz dan sebagainya.

Doa diangkat tak kira di mana sahaja kita berada dan di situlah kita patut memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah dengan rahmat dan rahmanNya...

Salam hormat...