Tuesday 16 October 2018

MUNTAH DAN LEBAM



Pening pokcik sebab tadi langsung tak boleh nak masuk dalam group.  Saka sekat gamaknya. Hahahhaha...

Hari ini kebetulan pokcik sibuk sangat. Dah laa sibuk, sesekali nak masuk group untuk baca perkongsian sahabat tak boleh pulak. Lagi pokcik tension.. Kan...

Malam tadi pokcik menerima panggilan daripada seorang sahabat. Sahabat ahli group ini juga. Katanya ada hamba Allah yang sakit. Dengar kata malam tadi muntah darah dan lebam pada bahagian kakinya...

Jadinya kami berjanji untuk berjumpa petang tadi. Kami berempat bercadang nak berjumpa di sebuah kedai makan. Maklumlah dah petang. Perut pun lapar.

Jadinya kami berjumpa di Kedai Makan Nasi Kukus Mama. Hamba Allah yang menghubungi pokcik ini meminta pokcik tengokkan dahulu.

Tapi perangai pokcik pelik sikit. Tengok si sakit tu menunduk sahaja dan nampak lain macam, pokcik tak sampai hati.

Tambahan pula dia dah berjalan terbongkok-bongkok membawa bebanan di belakang. Dalam kesibukan orang lalu lalang di dalam kedai itu, pokcik terus karate dalam diam..

Alhamdulillah belakangnya. Tetapi timbul pula di dadanya. Amboiiii tempat parking pun baik je. Terus pokcik berdoa dan pelangkung kayu 2 4 di situ. Alhamdulillah Allah permudahkan...

Si ustaz yang berada di hadapannya sendawa. Dia tanya pokcik, gangguan tu takkan lekat kat dia pulak ke sebabnya dia terasa angin yang keluar dari tubuh si sakit itu.. In shaa Allah tak ada masalah. Istilah pokcik mudah je, kalau ada, JANGAN SIMPAN. JANGAN BELAS. Risau juga dia. Maklumlah baru pertama kali berjumpa pokcik. Ikhtiar sambil minum dan makan pulak. Kan. Risau merasuk je. Hahahahaha..

Selepas selesai pokcik pun terus mengambil orang rumah pokcik. Ingatkan nak singgah minum sekejap, tetapi tuan kedai meminta pokcik usahakan kedai dan dirinya sekali.

Katanya dia kini sering marah. Apabila nak marah, dia akan gigit jarinya bagi menahan marah. Katanya lagi, sudah sebulan dia berasa begitu. Suaminya keluar dengan lelaki pun dia marah, keluar dengan orang rapat dengannya pun dia marah..

Haih. Kalau gitu memang dah lain mcm. Pokcik cuba scan mohong-mohong. Bergetar ibu jari tangan pokcik. Kuat sangat getarannya..

Terus pokcik ajak dia ikhtiar di kedainya itu. Pokcik masuk ke biliknya ditemani dua orang anaknya.

Sebaik sahaja pokcik pagar, terus dia terasa angin keluar dari kaki kanannya. Keluar tapi tak ke mana juga  agaknya. Wallahuaklam..

Pokcik terus baca apa yang tahu. Terasa tenaga yang sangat kuat pada bahagian perut dan dadanya. Pokcik tumpukan perhatian lebih pada bahagian perut.

Setelah ikhtiar keluarkan dari situ, pokcik beralih ke bahagian dadanya. Ketika ini si sakit mula terasa angin keluar dan masuk di bahagian belakang kepalanya.

Sekejap dia masuk sekejap ia lari. Entah berapa kali gamaknya dia cuba melarikan diri. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Dadanya mula kosong. Kepalanya mula ringan. Sebenarnya dalam keadaan kita serabut pun, jin akan mengambil kesempatan tanpa kita sedar. Oleh sebab sudah lewat dan pokcik pun letih, pokcik tak sempat untuk melihat keadaan kedainya..

In shaa Allah lain kali agaknya. Maklumlah, buat masa ini pokcik agak sibuk. Moga ada ruang dan peluang. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi. Salam maghrib...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.