Tuesday, 16 October 2018

MUNTAH DAN LEBAM



Pening pokcik sebab tadi langsung tak boleh nak masuk dalam group.  Saka sekat gamaknya. Hahahhaha...

Hari ini kebetulan pokcik sibuk sangat. Dah laa sibuk, sesekali nak masuk group untuk baca perkongsian sahabat tak boleh pulak. Lagi pokcik tension.. Kan...

Malam tadi pokcik menerima panggilan daripada seorang sahabat. Sahabat ahli group ini juga. Katanya ada hamba Allah yang sakit. Dengar kata malam tadi muntah darah dan lebam pada bahagian kakinya...

Jadinya kami berjanji untuk berjumpa petang tadi. Kami berempat bercadang nak berjumpa di sebuah kedai makan. Maklumlah dah petang. Perut pun lapar.

Jadinya kami berjumpa di Kedai Makan Nasi Kukus Mama. Hamba Allah yang menghubungi pokcik ini meminta pokcik tengokkan dahulu.

Tapi perangai pokcik pelik sikit. Tengok si sakit tu menunduk sahaja dan nampak lain macam, pokcik tak sampai hati.

Tambahan pula dia dah berjalan terbongkok-bongkok membawa bebanan di belakang. Dalam kesibukan orang lalu lalang di dalam kedai itu, pokcik terus karate dalam diam..

Alhamdulillah belakangnya. Tetapi timbul pula di dadanya. Amboiiii tempat parking pun baik je. Terus pokcik berdoa dan pelangkung kayu 2 4 di situ. Alhamdulillah Allah permudahkan...

Si ustaz yang berada di hadapannya sendawa. Dia tanya pokcik, gangguan tu takkan lekat kat dia pulak ke sebabnya dia terasa angin yang keluar dari tubuh si sakit itu.. In shaa Allah tak ada masalah. Istilah pokcik mudah je, kalau ada, JANGAN SIMPAN. JANGAN BELAS. Risau juga dia. Maklumlah baru pertama kali berjumpa pokcik. Ikhtiar sambil minum dan makan pulak. Kan. Risau merasuk je. Hahahahaha..

Selepas selesai pokcik pun terus mengambil orang rumah pokcik. Ingatkan nak singgah minum sekejap, tetapi tuan kedai meminta pokcik usahakan kedai dan dirinya sekali.

Katanya dia kini sering marah. Apabila nak marah, dia akan gigit jarinya bagi menahan marah. Katanya lagi, sudah sebulan dia berasa begitu. Suaminya keluar dengan lelaki pun dia marah, keluar dengan orang rapat dengannya pun dia marah..

Haih. Kalau gitu memang dah lain mcm. Pokcik cuba scan mohong-mohong. Bergetar ibu jari tangan pokcik. Kuat sangat getarannya..

Terus pokcik ajak dia ikhtiar di kedainya itu. Pokcik masuk ke biliknya ditemani dua orang anaknya.

Sebaik sahaja pokcik pagar, terus dia terasa angin keluar dari kaki kanannya. Keluar tapi tak ke mana juga  agaknya. Wallahuaklam..

Pokcik terus baca apa yang tahu. Terasa tenaga yang sangat kuat pada bahagian perut dan dadanya. Pokcik tumpukan perhatian lebih pada bahagian perut.

Setelah ikhtiar keluarkan dari situ, pokcik beralih ke bahagian dadanya. Ketika ini si sakit mula terasa angin keluar dan masuk di bahagian belakang kepalanya.

Sekejap dia masuk sekejap ia lari. Entah berapa kali gamaknya dia cuba melarikan diri. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Dadanya mula kosong. Kepalanya mula ringan. Sebenarnya dalam keadaan kita serabut pun, jin akan mengambil kesempatan tanpa kita sedar. Oleh sebab sudah lewat dan pokcik pun letih, pokcik tak sempat untuk melihat keadaan kedainya..

In shaa Allah lain kali agaknya. Maklumlah, buat masa ini pokcik agak sibuk. Moga ada ruang dan peluang. In shaa Allah. Moga berjumpa lagi. Salam maghrib...


Wednesday, 10 October 2018

CORETAN DHIYA DELISHA



Semoga sahabat semua dlm rahmat Allah sentiasa. ...
Bismillah... saya nak kongsikan pengalaman mistik yang saya alami sblm membuat rawatan dgn pok cik...sblm ni saya ingat saya sakit biasa2 saja..Tiada kena mengena dengan mistik..tu yg saya buat x tahu saja..Lepas pada pok cik banci pesakit mistik saya beranikan diri cakap saya lah pesakit tu...Sebenarnya sebelum ni pon bnyk kali dah adik saya pelangi Senja suruh saya "PM" jer pok cik tp blm ada keberanian dlm diri...

Sebelum ni saya mengalami sakit bahagian luntut dan perut..
Luntut saya nmpak biasa sbb xde tanda2 bengkak ke apa..jalan tu terenjut2 la sikit..tp duduk besila ok pulak..tp time nak solat Allah saja yg tahu betapa sakitnya. ..rase cam nak nanggis..tak tahan dgn keadaan cmtu..sy terpaksa solat ats kerusi...Bila dah makin lama sakit..duduk ats kerusi pon dah jadi kreng pulak dah..tp bila jalan lama2 ok pulak..Saya fikir mungkin tersalah urat kat mna2...
Semasa sesi rawatan tu..bahagian luntut tu sakit sangat..berdenyut2..Seperti ada benda kat situ cam nak nanggis masa tu...kemudian tak lama kemudian rasa dah ok..x berdenyut lagi..

Di bahagian perut pulak...sejak lahirkan ank yg ke 3...Saya alami gangguan teruk...sehinggakan sukar nak buang air besar saya fikir itu normal sbb lepas bersalin biasa lh kan...tp berlarutan sehingga kini. .hampir 3tahun lebih bergantung pada ubat untuk melawaskan pembuangan..kalau xmkn ubat perut saya x boleh nak hadam dgn sempurna...
.
.
Pernah juga x ambil ubat nak tahu perut dah ok ke tak kan..hampir sebulan x dpt nk membuang...tp saya boleh mkn dgn bnyk nye. .mkn mcm biasa..x rase ape2 di bagian perut saya...perut saya xpernah pon rasa sakit nk membuang sehinggalah kena mkn ubat untuk sakit perut...
Jika saya dah mkn ubat membuang...Lepas pada tu saya akn menjadi lapar seperti org kebuluran yg x mkn bnyk hari..Saya akn menggigil..x dapat nk bagun..sehingga suami saya hidang makanan dpn saya...tu yg membuat saya rase pelik jgk la kan..

Saya dah jumpa doktor...Dia ckp mungkin cara pemakanan saya x betul..dktr hanya bagi ubat untuk sembelit sahaja..

Bila saya x membuang dgn normal perut saya akan besar seperti org mengandung..
Kadangkala ade jugak sesak nafas sukar nk bernafas dgn lancar..Mungkin di sebabkan sistem pencernaan yg tidak lancar kan..

Kadang kadang  saya kerap jugak bermimpi di tempat2 yg kotor..tp pendapat saya itu cuma mimpi dowang..🤭..tp masa saya dalam pantang kerap benar kena ganggu..terutama tengah mlm...Saya nampak rambut panjang nak cekik leher saya..masa tu bkn mimpi tp nyata..Saya nampak tp x boleh nak bergerak ataupun bercakap..Saya x boleh nak bernafas..lama jgk benda tu nk tercabut...nasib baik suami saya kejutkan saya masa tu sbb dia tengok mata saya terbeliak keatas...Dia tanye saye kenapa...Saya ckp cuma kena tindih saje...sbb kalau cakap pon dia x percaya..
Masa tu saya fikir saya mungkin akan jadi gila meroyan sbb asyik kena ganggu...

Saya x pernah buat mana2 rawatan sehinggalah pok cik menawarkan diri ingin merawat saya...Saya bersyukur sangat2...
Terima kasih pok cik..

Saya x nak tahu saya sakit ape...Kenapa. .ape yg ganggu saya...cukup lah saya pulih dan sembuh itu saja...

Maaf jika panjang sangat..Sebenarnya panjang lgi..tp takut x terbaca pulak kan..😂😂
Ok setakat ni saja...

Terima kasih pok cik rawat saya...Dan terima kasih juga sahabat 2 yg turut mendoakan saya..ape pon saya bersyukur..alhamdulillah. ..Allah permudahkan segalanya. ..

Sekian...😉😉