Saturday 16 March 2019

GANGGUAN DI PUSAT TAHFIZ




Lama pokcik tak tulis. Maklumlah sibuk sikit kebelakangan ni.
Malam tadi baru pokcik sampai ke rumah dari Genting Highlands. Pokcik sampai tapi orang rumah tak ada sebab keluar sebentar. Pokcik pun tunggu la sebentar di luar rumah. Nak masuk ke rumah, pintu pagar pula berkunci.

Nak dijadikan cerita, kebetulan pula sahabat pokcik baru balik dari berniaga. Jadinya pokcik menumpang solat di rumahnya. Baru pokcik cakap nak solat di rumahnya, dia kata eloklah.. Erkkkkk. Lain macam pulak... Hahhahahhaha.. Ada sesuatu niat yang nak disampaikan laa tu..

Selepas solat, sahabat pokcik yang merupakan imam dan bilal di tempat pokcik memberitahu perihal anak sulungnya. Menurutnya kaki anakanya sakit sebaik sahaja balik dari berkelah di pantai. Kalau lenguh sehari dua tentu dah ok, kata sahabat pokcik. Ini dah nak masuk dua minggu. Kalau lenguh biasanya sebelah kaki saja. Ini dua belah kaki sakit, tambahnya lagi...

Pokcik diam sahaja dan hanya mendengar ceritanya. Kalau pokcik letih tak apa laa,katanya lagi. Memang pokcik letih tetapi kasihan pula. Jadi nak tak nak pokcik kata akan usahakan juga. Tambahan pula sahabat pokcik ini memang payah nak minta tolong kepada pokcik atau pun orang lain. Ni kira terdesak sangat laa tu...

Dia kemudiannya memanggil anaknya. Pokcik ingat nak usahakan anaknya itu di luar rumahnya itu sahaja. Sebaik sahaja anaknya sampai, pokcik check. Adussss. Banyak pula. Jadinya pokcik ajak ikhtiar dalam rumahnya sahaja. Sebaik masuk, pokcik terus ikhtiar pagarnya. Anaknya rileks sahaja. Walaupun nampak pelbagai masalah tetapi dia tetap tenang. Maklumlah, sahabat pokcik (ayahnya) memang garang.. Hihihihihi...

Nampak banyak sangat masalah. Kaki,tangan,dada, pusat dan sebagainya. Alhamdulillah Allah permudahkan.Habis kebas tangannya. Hihi. Setelah itu barulah pokcik ceritakan serba sedikit perihal anaknya itu. Setelah pokcik tanya kepada anaknya perihal apa yang pokcik beritahu, barulah anaknya mengakui kebenaran. Agaknya dia hanya memendam atau menahan kesakitan selama ini.. Lebih-lebih lagi, pihak hospital tidak dapat mengesan punca penyakit. Karang dikatakan menipu pulak kalau diberitahu kerap-kerap akan kesakitannya itu, kan...

Rupa-rupanya memang anaknya sakit di bahagian dada terlalu lama iaitu sejak belajar di sebuah pusat tahfiz. Setelah pelbagai usaha seperti pergi berjumpa doktor dan sebagainya namun tidak menemui jalan penyudah maka dia menukarkan anaknya ke pusat tahfiz yang lain. Kalau tak salah, pusat tahfiz di Kemaman Terengganu... 

Apa pun semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga pertemuan pokcik dan depa itu, semuanya telah dirancang dengan teliti olehNya...
Itu serba sedikit kisah pada kali ini. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini. Alhamdulillah hilang sakit dada dan kedua-dua belah kakinya itu seizinNya. Moga berjumpa lagi. Salam hormat...