Monday, 10 July 2017

PANJI SEMERANG

Image result for assalamualaikum image

Hari ni topik santai sahaja. Pokcik pernah mendapat panggilan dari seorang perawat di Terengganu lebih kurang pada pukul 12.30 malam. Katanya dah dua hari seorang budak sekolah dirasuk. Tudia aih merasuk sampai dua hari. Depa dok bertungkus lumus lagi masa dia mesej pokcik tu.  Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada hari tersebut. Tak lama kemudian, sahabat perawat mesej kembali dan memberitahu bahawa budak perempuan itu telah pun sedar.

Persoalannya masa merasuk tu depa dok mana? Dalam darah kaa, dok kontrol dari jauh kaa, atau macam ahli silap mata dok kawal minda dari jauh sampai jadi sampaiii lagu tu.. Kaa dok dlm otak. Hihihi.

Kalau histeria contohnya, depa melompat-lompat kaa memang depa ni banyak? Sebabnya kalau melompat piii kat orang lain, awat yang ditinggalkan tadi masih tak sedarkan diri. Teringat pulak pokcik perihal kejadian bulan September tahun lepas. Ketika itu pokcik berada di Hotel Summit Petaling Jaya. Sifu pokcik menelefon mengajak pokcik ke sebuah rumah berhampiran Chow Kit. Ada kes katanya.

Seperti dijanjikan, sifu pokcik maii ambik pokcik di hotel. Bertolaklah kami ke rumah yang disebutkan itu. Dua orang rakan seperguruan juga menuju ke sana. Maksudnya kami ke sana berempat tetapi menaiki dua buah kereta yang berbeza. Ketika itu pokcik tidak begitu sihat tetapi masih berminat untuk mengetahui kes apa yang sedang menunggu.


Sesampainya di sana, kami ditunggu oleh seorang perempuan. Dia mengajak kami ke rumahnya. Kami dihidangkan dengan minuman. Tak lama kemudian dua orang lagi sahabat sampai. Alhamdulillah. Kerja boleh dimulakan kerana ketika itu pokcik tidak begitu sihat. Depa memulakan langkah.

Hamba Allah itu mula tidak sedarkan diri. Satu persatu jin masuk. Jin dari kuil berhampiran pun masuk. Entah berapa ekor malam tu tak terbilang banyaknya. Berpeluh-peluh mereka bertiga. Gamaknya, lepas hantu kuil, hantu beruk masuk, pontianak masuk, dan sebagainya. Bergilir-gilir keluar masuk. Jenuh depa kepung. Pokcik kesian jugak kat depa tapi memandangkan keadaan pokcik yang tidak begitu mengizinkan maka pokcik hanya mampu tengok dan berdoa sahaja.


Akhir sekali dapatlah sampai kepada kingnya. Dia perkenalkan diri sebagai Panglima Panji Semerang. Cakap pun macam orang Indonesia dan orang dulu-dulu. Kali ni tangannya mula bergerak ke kiri kanan seperti mengatur bunga silat. Lama jugaklah proses malam tu. Pokcik sampai ke hotel pun gamaknya   dalam pukul 1 pagi.

Rupanya Panji Semerang tadi jenis arahkan saja. Dia seperti memegang remote control. Yang dok kena belasah tu hanya jin suruhannya. Ada jugak no jenis macam tu.Huhuhu. Mungkinkah kes rasuk dua hari di Terengganu ni sama seperti kes di Chow Kit tadi? Kalau betul sama, memanglah berpeluh perawat di situ usahakan sebab pengarah urusannya tak berada di situ. Yang kena hanya anak buah. Bos dok lepak sambil dok gelak melihat perawat bertungkus lumus. Apa pun tahniah dan syabas kepada para perawat yang gigih membantu tanpa mengira masa. Moga Allah memberikan ganjaran yang baik. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

MINYAK PENGASIH

Image result for assalamualaikum image

Boring dok saja buat pii laa perkongsian . Kali ni kisah minyak pengasih angker.. Hihihi. Suatu hari pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Ketika itu dia dan bekas suaminya dalam proses untuk bercerai. Kebetulan pulak ayah angkat hamba Allah ni seorang perawat. Jadinya suatu hari dia membawa sebotol minyak yang dijumpai dalam biliknya kepada ayah angkatnya itu.

Ayah angkatnya mengesahkan itu minyak pengasih. Minyak itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai. Rupa-rupanya suaminya itu dikatakan menggunakan minyak pengasih itu untuk memikatnya. Gamaknya minyak pengasih tu ada tarikh luput gamaknya. Hihihihi. Kalau tak ada tarikh luput takkan depa nak bergaduh dan bercerai berai. Apapun soal jodoh keketapan Allah.

Selepas membuang minyak itu dia selalu sakit. Suatu hari dia menghubungi pokcik. Sakit sini sana katanya. Berat sini sana gamaknya. Entah kenapa dia tak hubungi ayah amgkatnya pokcik tak tahu laa. Ataupun dia dah pun ikhtiar dengan ayah angkatnya pun pokcik tak tahu laa. Takkan nak tanya pulak.

Mula-mula pokcik tak berapa nak ikhtiarkan kes ni sebabnya elok dia ikhtiar berdepan berbanding dengan pokcik yang jauh daripada dia. Dah dua tiga kali mintak pokcik ikhtiarkan maka pokcik buat jugak laa sebab nampak kesungguhannya di situ. Tambahan pula apabila dia menceritakan kepelikan tentang suaminya.

Suaminya dikatakan suka bangun pada waktu tengah malam. Pagi laa kot no kalau pukul dua atau pun tiga. Dah bangun tu pulak, duduk dalam gelap. Bukannya dalam bilik tetapi di koridor rumahnya. Seingat pokcik, dia dikatakan seolah-olah bersembang dengan seseorang dalam gelap itu. Lain macam pulak. Kalau dok sembang atas tikar sejadah tu dalam gelap biasalah. Mengadu kat Allah laa tu. Ni dok kat koridor. Sembang dengan siapa?

Jadinya sebabkan sakit hamba Allah ni berzikir. Ketika berzikir inilah dia nampak kelibat suaminya mencangkung depan dia. Dah jadi lagu tu dia pm pokcik. Betoiii laa jugak, takkan nak mengagau piii rumah ayah angkat tengah-tengah malam. Hihihi. Hemboiihh piii laa lebih kurang cara tak tau sangat kelibat suaminya hilang. Alhamdulillah dia pun lega sakit badan dan sebagainya seizin Allah.

Macam-macam laa orang laa ni. Tak boleh dapatkan cara baik dibuatnya cara halus. Hati-hatilah kaum wanita. Kita dah pun bincang bab cara penyihir gunakan bahan pada badan dan pakaian kita. Apapun semua yang terjadi seizin Allah juga. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Apa pun bak kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Moga berjumpa lagi. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Wallahua'lam. Salam hormat

SEMBELIH JIN

Image result for assalamualaikum image

Tengok suasana dah tenang maiii pokcik nak kisahkan satu lagi cerita kot no. Sambil makan kuaci tu boleh baca. Yang dok dalam bas nak piii mana-mana tu bolehlah baca bagi menghilangkan ngantuk. Kalau awek dok sebelah memang buat-buat ngantuk. Sat kepala jatuh atas bahu dia. Kalau kena jantan dok sebelah pastu dok kentut saja tak mau pulak mengantuk kot no.

Kali ni nak cerita laa pasaiii seorang hamba Allah ni. Pokcik pelik jugaklah pasaiii dia ni dalam tak sedar pun boleh bawak kereta. Lagu mana tu? Kalau dia kena di rumah dan tak sedar boleh pulak dia drive. Anak bini ada sekali dia bawak. Tak tau laa kalau orang rumah dia tolong pegang steering. Manalah tahu kan. Pelik-pelik kejadian.

Kejadian kat rumah dia pun macam-macam dah. Ada bomoh yang dijemput hanya sampai pintu pagar luar rumahnya saja. Pastu depa pusing balik sebab tak sanggup katanya. Apa tidaknya sampaikan kat bawah rumah dia ditanam dengan jari manusia. Amalan apa gamaknya. Upah laa tu suruh jin tu dok situ. Mahaiii harganya nak bersyirik kpd Allah.

Ada juga bomoh yang lihat mayat di atas tilam dalam bilik hamba Allah ni. Pendek kata macam-macam laa dok ada. Ada satu hari dia panggil orang maiii pagar ke rumahnya. Dia pagar sungguh-sungguh. Hantu dok biarkan kat dalam tu. Habih laa pinggan mangkuk kena lempar. Bunyi orang berlari dalam rumah seolah-olah mencari pintu keluar pun ada.

Pokcik piii laa kat rumah dia tu. Ada sekali saja bunyi masa tu pastu senyap dah. Kena karate gamaknya. Manalah pokcik tahu pasaiii pokcik pun setakat hemboiihh mohong-mohong saja tahu. Nak lebih-lebih tak reti. Ok berbalik kepada cerita tadi. Suatu hari pokcik dok santai laa kat rumah. Sambil tu tengok cerita Tamil. Best ooo cerita Tamil. Sapa peminat filem Tamil dalam ni angkat tangan. Kakakakkakkaka.

Tengah dok santai tu tiba-tiba terdengar orang memberi salam. Suara perempuan dan diikuti oleh anak lelakinya. Pastu dengar pulak suara tengah sendawa dengan kuat. Hampir termuntah gaya sendawa tu. Elok saja pokcik bukak pintu rumah dia pun rebah lalu pengsan. Tudia aih nak maiii pengsan kat rumah pokcik. Kalau perempuan tu laju jaa pokcik buat cpr. Kakakakkakaka. Melawak saja. Bini dok jeling sambil pegang lesung batu. Berani kaa pokcik? Bukan takut bini tapi hormatkan bini. Kakakaka.

Elok dia jatuh gedebuk tu, pokcik lekas-lekas tutup pintu. Malu komram laa satgi jiran ingat apa pulak. Badan dia pulak tu besaq. Nak angkat memang tak larat laa. Nak pii ruqyah kat dia satgi pokcik pulak kena karate. Patah tengkuk pokcik sekali kena hawing ngan dia. Kakakakakakakka. Jalan selamat pokcik pun panggil anak lelaki dia maiii dekat pokcik. Tudia aih org rumah dia buat video pulak. Kakakakkakakakkakaka.

Elok saja pokcik jamah anak lelaki dia terus dia bangun duduk. Suara pun dah berubah. Kasar suaranya. Nak bunyikan dalam ni tak boleh pulak. Faham-faham laa noo. Pokcik terus ruqyah anaknya tanpa mempedulikan dia. Dia mula bersuara. Dia kata maiii dari Sabah. Ikut suka laa maiii mana pun. Bukan boleh percaya sangat jin ni. Kebetulan memang ada adik beradik depa di sana. Mudah cakap bab harta laa. Mmmmm.. Tapi pokcik no komen laa bab tu.

Dia kata dia dihantar oleh maknya utk memusnahkan satu keluarga. Haritu dia maii rumah nak kenakan si lelaki ni tapi si lelaki ni dok dalam bilik jadi terkena pada anaknya. Haa yang ni pun pokcik usahakan juga. Maksudnya anaknya tu. Kali ni dia letakkan barang dalam baldi agar satu keluarga kena. Nak bunuh satu keluarga katanya. Dah laa sebelum tu letakkan abu mayat kat dalam laci biliknya. Lagu mana dia masuk bilik dan letak? Jin tu laa yg letak. Takkan orang nak masuk bilik. Berani betoii. Hihihi.

Pokcik cuba laa komunikasi seperti yang selalu disyorkan. Kena belai dan berkasih sayang. Sambil belai tu sesekali cium pipi. Kakakkakakkakaka. Ehhh tak mau dia kita suruh balik dan keluar elok-elok. Dia pulak cakap letih laa maiii jauh-jauh nak keluar macam tu saja. Dia kuat katanya. Ramai dah dia jumpa perawat. Dia tak heran langsung. Sembang saja jin ni. Nak psiko orang tua. Tah-tah perawat pun dia tak pernah jumpa sebab dok kepit cium ketiak busuk tuan dia saja.

Pokcik kata tak mau piii tak paa laa. Jenis kamikaze ni. Rela apa saja janji tak kena marah dengan tuannya. Pokcik teruskan baca apa yang tahu. Muka buat-buat laa konfiden baru orang percaya. Pastu geleng kepala sesekali buat-buat mengeluh. Boleh charge lebih sikit sebab berat katanya gangguan. Kakakakakka. Bab tu pokcik mohong. Jangan caya. Baik pokcik sambung lagi kisah ni. Hihihi.

Dah dia tak mau piii pokcik tak layan dah laa. Pokcik buat-buat karate kat anak dia tu yang mewakili dia. Kelupur laa dia. Kepala dia mula geleng-geleng. Ketar habis dah. Tak tahan katanya. Dia merayu nak balik. Kali ni pokcik pulak tak bagi dia balik. Buruk perangai pokcik nooo. Kakaakkaa. Pokcik kata hang tunggu situ. Jangan piii mana-mana. Dia merayu-rayu kata panas. Pokcik tak layan. Boleh kaa layan jin ni. Hihihihi.

Malas nak layan dah pokcik sembelih anaknya. Sembelih mohong-mohong saja. Pokcik bukan tau pun. Haih gedebuk dia jatuh pengsan. Pokcik check lagi dah tak dak dah dajaiii tu. Pokcik biar dia baring di situ. Selang seminit dua dia pun bangun. Dia istighfar dan bertanya macam mana dia boleh ada di rumah pokcik. Hihihi. Macam tu pun ada. Baiklah sekian sahaja buat kali ni. Salah silap tu maafkan laa. Orang tua bukannya reti sangat nak berbahasa romantik ni. In shaa Allah berjumpa lagi kalau dipanjangkan usia. Wallahua'lam. Salam hormat.

ILMU BIDAN

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan lagi. Baik, kali ni teringat pula pokcik pengalaman balik ke Johor tempoh hari. Alkisahnya pokcik menerima panggilan dari Johor dan diberitahu tentang kesihatan nenek orang rumah yang tidak begitu mengizinkan. Alhamdulillah setibanya di sana pokcik pun mengadapnya. Dia sudah tidak sihat dan tidak boleh bercakap. Dia juga sudah tidak mengenali orang di sekelilingnya. Apa yang boleh pokcik lakukan hanya berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Tidak lama kemudian nenek meninggal dunia. AlFatihah.

Nak dijadikan cerita, ketika pokcik ke sana kedatangan pokcik telah diberitahu lebih awal oleh adik ipar pokcik kepada kawan-kawannya. Elok je pokcik empat orang kawannya datang pada keesokan harinya. Dua orang daripadanya ialah adik kepada hamba Allah yang pokcik usahakan berkaitan dengan kes gila beberapa bulan sebelum itu. Selain datang untuk mengucapkan terima kasih atas usaha pokcik, kedatangannya bersama seorang lagi kakaknya bertujuan meminta pokcik usahakan kakaknya pula.

Khabarnya kakaknya itu baru balik dari Australia. Dia juga memberitahu emaknya sudah membuat kenduri kesyukuran atas kesembuhan abangnya. Khabarnya abangnya sudah tidak waras dari umur 19 tahun sehinggalah Allah beri kesembuhan pada umur 42 tahun lebih kurang. Alhamdulillah. Berbalik kepada kakaknya tadi. Katanya kakaknya itu tiba-tiba pandai mengurut dan berbidankan orang. Mmmmmm. Khabarnya semasa kecil dia selalu mengikut neneknya pergi bidankan orang.

Sejak kebelakangan ni dia rasa lain macam katanya. Apa pun dia minta pokcik usahakan kakaknya itu. Alhamdulillah sejak hari itu sehinggalah hari ni Allah beri kesembuhan kepadanya dan tidak ada lagi perkara pelik yang berlaku kepadanya. Perkara pelik tu pokcik tak berapa ingat, jadi kalau pokcik taip maksudnya pokcik berhohong kepada diri sendiri semata-mata kerana ingin menyedapkan cerita.

Selesai hamba Allah itu, ada pula sepasang suami isteri. Yang ni dua-dua bermasalah. Suaminya berkaitan dengan mimpi dan isterinya berkaitan dengan saka. Panas katanya mereka suami isteri. Dipendekkan cerita, pokcik usahakan suaminya terlebih dahulu. Tak ada perkara yang pelik berlaku cuma katanya badannya menjadi ringan. Entah betul entah tidak hanya Allah yang tahu. Apa pun Alhamdulillah sehingga ke masa pokcik taip ni dah tak ada mimpi pelik-pelik berlaku.

Berita pun pokcik peroleh daripada adik ipar pokcik yang berada di Johor. Alhamdulillah. Selesai sahaja suaminya, Kini tiba pulak giliran isterinya. Angker katanya si isteri tu. Kata suaminya dia baru sahaja berubat di salah sebuah pusat perubatan Islam di Johor. Katanya habis ustaz kena dengan dia. Ganas katanya. Main lambung-lambung. Macam Mail Lambung je gayanya. Mmmmmm.

Risau jugak pokcik dibuatnya. Maklumlah pokcik ni dah tua, rabun pulak tu. Sekali dia lambung pokcik gamaknya lepas atas atap. Hihihihi. Disebabkan ganas, pokcik minta dengan Allah untuk pagarkannya dulu. Selepas pagar pokcik tanya dia bagaimana rasanya sekarang. Berat katanya pada bahagian kaki. Fuhhhh Alhamdulillah lega pokcik. Kurang-kurang dia tak boleh mengamuk dan lempar pokcik ke dinding. Kakakakkakakkakka.

Sebaik sahaja bermula, dia mula bersilat sambil duduk. Alhamdulillah laa dia tak boleh bangun. Matanya menjeling tajam pada pokcik. Lantaklah, dia nak jeling ke apa ke. Pokcik teruskan lagi meruqyah dia. Gerakkannya menjadi semakin perlahan. Suaminya yang berada di tepinya macam bersedia nak lari je. Hihihihi. Mungkin dia ingat isterinya nak bangun gamaknya tu.


Akhirnya dia terkulai layu. Tiada lagi gerakan tangan. Dia mula menangis pilu dan merayu. Pokcik pulak bukannya nak layan sangat. Fargo pokcik pulak cair. Kakakkakkaka. Pokcik teruskan juga dan mohong-mohong tarik keluar apa yang bersamanya. Alhamdulillah dia berhenti menangis dan kini kedengaran sedu sedan sahaja. Pokcik pun bertanya kenapa sedih sangat. Rupanya dia sendiri tak sedar apa yang telah berlaku.

Alhamdulillah keadaan mereka kembali normal dengan izin Allah sehingga ke hari ini. Apa pun macam pokcik selalu cakap, pokcik bukanlah orang yang arif tetapi kesungguhan pockik untuk berusaha dan melihat mereka senang beribadah Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Pokcik juga menyerahkan keyakinan dan memohon bulat-bulat kepada Allah agar menyembuhkan mereka. Alhamdulillah Allah perkenankan urusan pada kali itu.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga mendapat manfaat dan sedikit sebanyak pengajaran daripada perkongsian pokcik ini. Maaf juga andai ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara. Sesungguhnya pokcik bukanlah orang yang amat arif dalam berkata-kata. Apa yang baik itu daripada Allah sahaja. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.

Sunday, 9 July 2017

LEMBAGA HITAM MENUNGGU

Image result for assalamualaikum image
Semalam pokcik letih sangat sebab ada kejohanan boling. Hari ni pokcik ada lagi kejohanan ni sebab kami layak ke peringkat separuh akhir kejohanan. Dalam rabun pun hawing laa mohong-mohong. Alhamdulillah dapat jugak tempat ketujuh daripada 80 orang peserta agaknya sebab semalam lebih kurang 20 lanes jalan serentak. Hahahahhhahhhahaa. Nasib sajalah sebab pokcik pun baru tiga kali main. Tu pun setahun sekali sajalah.

Baiklah, rentetan kisah baru ini. Sebelum ini pokcik dah bagitau emaknya yang anaknya diganggu seekor burung sebelum merasuk itu ialah kes sihir. Namun begitu dia pada awalnya agak sangsi jugak. Siapa nak sihirkan pulak katanya. Biarpun alhamdulillah anaknya itu namun persoalan demi persoalan tersimpan dalam kepalanya.

Sehinggalah dua hari lepas dia dan dua orang adiknya datang mengambil pokcik datang ke rumahnya. Sesampainya kami, pokcik terus diminta melihat keadaan rumahnya. Dia membuka kesemua pintu bilik di rumahnya. Pokcik hanya melihat perlakuannya saja. Pokcik menghampiri sofa di rumahnya. Ketika  hendak duduk pokcik terasa ada satu aura yang agak lemah di situ. Takkan lemah sangat gangguan ataupun kesannya sahaja sebab dah lari. Pokcik bagitau perihal itu kepada mereka.

Mereka hanya mendiamkan diri. Entah apa dalam kepala pun tak tahu laa. Entah-entah depa dok kata dalam kepala, betoiii tak orang tua bangka ni. Hihihi. Dia minta pokcik masuk ke tiap-tiap bilik terutama bilik anak perempuannya. Pokcik dapati tiada tanda kehadiran makhluk yang mengganggu disetiap bilik. Diorang makin hairan. Betoiii kaa tidak orang tua ni. Kakakkakakkaakakkaka.

Pokcik pun melangkah di lorong menuju ke ruangan dapur rumahnya. Hiiiiiii ada sesuatu memang sedia menunggu. Garang sangat kononnya. Pokcik abaikan dulu. Mungkin jenis jin kena paksa rela. Nak tak nak memang kena tunggu. Pokcik pergi ke ruang tamu rumahnya semula dan meminta sejag air. Pokcik dapat rasakan ini bukan gangguan biasa dan pokcik doakan air itu dan minta tuan rumah spray dan niatkan pagar rumahnya. Sihir katanya. Hahaaa.

Setelah selesai doa pokcik minta dia spraykan rumah. Sementara itu pokcik kembali semula ke tempat tadi.. Pokcik cuba pejamkan mata. Alamak besaqnya. Cenge kononnya. Hahahahahhahahha. Cenge laa sangat. Boleh kata pokcik boleh rasa dia memenuhi ruangan ke dapur tu. Ikut suka hang laa hantu. kakakakakakakkakaka. Kali ni pokcik pagar diri dulu sebab nampaknya dia seperti nak menyerang pokcik. Alhamdulillah pokcik makin fokus dan lebih
bersedia kali ni. Tuan rumah masih spray air seperti yang pokcik ajarkan tadi.

Pokcik mula niatkan rantaikan dia. Tak nak bagi lari ke mana. Garang sangat katanya. Hahahahahahahhaha. Selesai sahaja pokcik berdoa kepada Allah agar dibakarkan hangus makhluk itu. Allah berdoa juga akan dipanah dengan panah berapi bagi menghancurkan terus makhluk itu. Selesai itu, pokcik cuba ambik dan simpan semua debu atau cebisan yang tinggal dengan izin Allah. Setelah selesai pokcik pun ajak depa lepak santai sekejap di sofa. Suasana menjadi sunyi dan hening. Ini diakui sendiri oleh tuan rumah. Alhamdulilah.  Lebih kurang 15 minit, pokcik pun ajak depa keluar rumah itu. Depa bersetuju. Mengeteh laa kami.

Semalam pokcik diberitahu perihal telefon daripada tuan rumah kepada orang rumah pokcik. Katanya dia kebetulan menelefon anak saudaranya di Johor. Katanya anak saudaranya itu kasyaf. Entahlah, pokcik tak kira laa hang kasyaf kaa apa. Apa yang kita tengok belum tentu betul. Janji kalau semuanya dipermudahkan dan diberikan kesembuhan oleh Allah akan pesakit, itu dah alhamdulillah. Menurut adiknya, rumahnya itu ada dihantar seekor makhluk yang sangat besar dan berbulu. Badannya hitam berkilat. Duduknya betul-betul di laluan yang pokcik buat itu. Dia bagitau pada adiknya dia dah minta pokcik pii ke rumah itu dan uruskan.

Alhamdulillah laa. Kebetulan kot. Pokcik tak tau sangat. Lepas tu dia telefon lagi. Kali ini pokcik bercakap sendiri dengannya. Pokcik tanya duu kat dia. Dia ada cerita tak perihal pokcik ikhtiar di situ kepada anak saudaranya. Kadang kala orang suka cerita semula apa yang kita bagitau kepadanya. Tak katanya. Bukan itu sahaja, anak saudaranya bagitahu kantin kepunyaannya juga disihir. Panjang pulak cerita kali ni. Dia juga meminta pokcik ikhtiarkan kantinnya itu selepas ini. Bukan itu sahaja, kawannya juga kini sakit kali. Menurutnya rumah kawannya itu juga telah dihantar sihir kerana menumpangkan anaknya di situ.

Tudia aih. Makin panjang cerita. Tak puas hati sungguh. In shaa Allah lepas usahakan kantinnya, pokcik akan usahakan pula kawannya itu dan rumahnya pula. Moga Allah permudahkan. Kali ni kira minta doa kepada Allah agar dipulangkan balik sihir itu kepadanya. Bukan apa, biar dia tahu perbuatan sihir itu syirik dan dimurkai Allah. Boleh kot noo... Wassalam...

Thursday, 6 July 2017

BIDAN TUJUH

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan kembali buat sekian kalinya. Kali ini pokcik akan kongsikan satu lagi kisah iaitu bidan tujuh. Apabila disebut bidan tujuh bermaksud ada mengamalkan bidan tujuh beradik. Daripada apa yang pernah pokcik dengar, setiap tujuh-tujuh orang beradik itu mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. Dalam kalangan mereka, bidan yang ketujuh dikatakan paling handal..

Alkisah, hamba Allah ini ada mengambil ilmu bidan tujuh ini. Dia menggunakan ilmu ini untuk merawat pesakit. Kebiasaannya dia akan mula tidak sedarkan diri dan merawat pesakit apabila dimasuki oleh makhluk itu. Dalam macam itu pun ramai yang datang berubat dengannya. Sepanjang rawatan, dia akan ditemani oleh suaminya dan seorang pembantunya. Pembantunya inilah yang berikhtiar dengan pokcik ketika kedainya disihir dan dia, anaknya serta menantunya terkena tempias sihir itu.


Menurut pembantunya yang pokcik ikhtiarkan itu, dia akan menyediakan kunyit, garam dan minyak kelapa dan diletakkan di hadapan perawat itu sebelum dia memulakan rawatan. Apabila kesarupan, perawat itu akan memakan hidangan yang telah disediakan untuknya. Ketika ini, suami dan pembantunya hanya melihat perbuatannya itu tanpa melakukan apa-apa.

Dia akan menjilat pesakit untuk mengeluarkan penyakit. Pernah juga si pembantu itu terkejut apabila perawat yang kerasukan itu memanjat belakangnya. Apabila selesai upacara, suaminya akan menyedarkannya kembali. Mungkin caranya diberitahu oleh perawat itu sebelum memulakan upacara. Kalau suaminya tak ada, kena tunggu dia sedar kembali laa. Hihihi. Dia pernah kerasukan ketika berjalan dengan pembantunya di Taman Gelora Kuantan. Jenuh pulak laa tunggu dia sedar katanya. Hihihi. Gamaknya ketika itu mungkin ada hantu lain berdekatan dengan mereka, jadinya cepat-cepat dia merasuk untuk mempertahankan perawat itu. Agaknya laa...

Nak dijadikan cerita, pembantunya datang berjumpa pokcik. Mungkin dia telah pun ikhtiar dengan perawat itu namun tiada rezeki lagi untuk sembuh. Ada hikmah disebalik kejadian itu. Kalau tidak, pokcik tidak dapat menitipkan kisah ini. Kedatangannya bersama dengan perawat itu dan seorang anak perempuannya. Dia ajak pokcik berjumpa di rumah anaknya di Taman Padang Permai Kuantan. Setelah berjanji, pokcik terus pergi ke rumah anaknya itu.

Sebaik sahaja sampai, mereka sudah sedia menunggu. Sebaik sahaja pokcik sampai, perawat itu terus ke dapur. Haih bukan rumah dia. Suka-suka hati sahaja dia nak ke dapur di rumah orang. Tak apa laa, mungkin dia dah biasa di rumah itu. Berbaik sangka katanya. Hihihi. Setelah berbual sebentar, pokcik pun diberitahu tentang masalah yang mereka hadapi. Si ibu tidak dapat mengangkat tangan, si anak perempuannya selalu menyendiri manakala menantunya pula sakit pada bahagian kaki. Lebih tepat pada bahagian ketingnya.

Setelah, bersetuju pokcik pun mula ikhtiarkan emaknya dulu iaitu pembantu perawat itu tadi. Ketika ikhtiarkan si ibu, anak perempuannya mula gelisah dan tidak tentu arah. Mungkin dia dah dapat merasakan kepanasan dalam dirinya. Mungkin makhluk yang menumpang itu yang kepanasan. Pokcik abaikan apa yang berlaku di sekeliling. Ketika ini, perawat di dapur juga keresahan. Kedengaran dia sendawa berulang-ulang kali. Tak lama kemudian dia masuk ke dalam tandas dan muntah.

Pokcik abaikan dan terus ikhtiarkan pembantunya itu. Entah berapa kali pokcik tak mengira. Perawat di dapur keluar masuk ke dalam tandas untuk muntah. Akhir sekali degangggggg. Bunyi rak pinggan di dapur terjatuh. Mungkin perawat itu terhoyong-hayang untuk jatuh tetapi dia sempat mencapai rak pinggan di dapur. Kelihatan semua yang berada di situ memandang sesama sendiri dan memandang ke arah dapur. Semua terkejut.. Selesai ikhtiarkan si ibu. Alhamdulillah tangannya sudah boleh diangkat.

Si perawat itu tadi masih belum kelihatan. Dia masih di dapur. Apa dibuat di situ entahlah. Kini pokcik usahakan anak perempuannya pula. Dia kelihatan gelisah. Berdebar katanya. Pokcik abaikan. Pokcik teruskan melihat apa yang tak kena padanya. Rupanya ada gangguan yang sudah lama bertapak dengannya sejak sekian lama. Pokcik malas nak layan. Mata tua pun dah mengantuk. Pokcik memulakan tugas. Dalam lebih kurang 10 minit kemudian dia mula menunjukkan reaksi. Akhirnya dia menangis dengan satu tangisan yang amat sayu.

Biasalah, nak perdaya pokcik laa tu. Nak goda pokcik, dia pun tak selera. Tua bangka katanya. Tinggal gusi saja. Abe encem Aria Zainal ada laa juga dua batang gigi. Pokcik teruskan dan akhirnya tangisannya mula reda. Selesai ikhtiarkan anak perempuannya. Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku kecuali si perawat di dapur yang sudah senyap dan masih tidak kelihatan. Biarkan.. Takkan nak pii heret suruh datang ke depan pulak. Tuan rumah pun tak cakap apa takkan pokcik pulak nak lebih-lebih.

Akhir sekali pokcik usahakan pula menantunya. Dia dimasukkan besi di kaki kanan akibat kemalangan. Akan tetapi, bukan bahagian itu yang sakit. Dia sakit di kaki yang satu lagi. Mula-mula ingatkan tiada apa-apa dan dijangka kakinya sakit kerana terpaksa menampung kaki yang sebelah lagi. Namun apabila pokcik tengok, ternyata ada gangguan. Alhamdulillah urusan pokcik dan pesakit dipermudahkan oleh Allah. Hilang kesakitannya diambil oleh Allah. Allah memberikannya kesembuhan.

Setelah semua selesai, tuan rumah ke dapur untuk menyediakan makanan dan minuman. Setelah selesai, tuan rumah membawanya ke ruang tamu rumahnya. Minuman dan makanan telah dihidang namun si perawat tadi masih juga tidak memunculkan diri. Bagi menjaga air mukanya, pokcik ke luar rumah dengan alasan ingin membalut rokok daun. Sebaik sahaja pokcik keluar dia pun memunculkan diri dan minum bersama-sama mereka yang lain. Selesai sahaja minum, mereka terus pulang. Si sakit dan anaknya datang berjumpa pokcik untuk mengucapkan terima kasih.

Bagaimana dengan perawat itu? Hihihi. Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke arah pokcik.. Kenapa agaknya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Sebarang kesilapan dan kurang manis tutur kata moga dimaafi. In shaa Allah, andai diberikan kesihatan yang baik oleh Allah, kita akan berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

PAKAIAN DIRI

Image result for assalamualaikum image

Salam sejahtera semua. Perihal pakaian diri pulak kali ni. Sebut bab pakaian diri ni ramai yang amalkan. Yaa laa tok bomo kalau tak dak pakaian tebal sikit memang bahaya laa. Kalau perawat akan diuji atau ditest power oleh penyihir. Itu kebiasaannya.

Itu pun pokcik dengaq orang cerita saja laa. Pokcik bukan tau sangat pun. Perempuan suka dipuji, dipuja dan katanya orang ikut. Tak payah laa nak geleng-geleng kepala kata pokcik mohong. Pakai gelang atau cincin kejap-kejap angkat tinggi sikit masa bersembang. Dalam hati dok menyumpah, awatlah depa tak puji. Takkan tak perasan kot aku pakai cincin baru. Kakakakkakakakkakakakaka.

Itu bab luaran atau fizikalnya sahaja. Tapi bukan bab mistik lagi. Nak cantik atau nak penyeri maka macam-macam amalan yang diambil. Yang paling femes dulu-dulu ialah susuk dan ilmu syarat tubuh. Susuk muka sajalah maksud pokcik sebab apabila sebut susuk, ada tukang urut pun guna susuk untuk mengurut. Letakkan di mana-mana pun boleh mengikut tujuan susuk itu digunakan.

Orang dok nampak kalau bela pelesit ni tujuannya nak ganggu orang. Apabila orang kena rasuk maka si pembela ni akan datang dan ikhtiarkan. Namun begitu, pernah pokcik dengar bahawa pelesit dibela untuk mengekalkan kejelitaan. Wallahua'lam. Sapa bela, tau laa kot noo..

Kalau nak cerita bab pakaian diri ni tiga hari tiga malam pun tak habis kot no. Sebabnya pokcik cakap lagu tu sebab banyak sangat kaedah atau amalan yang digunakan. Ini termasuklah penggunaan tangkal, azimat, penggunaan batu cincin dan amalan sikir yang tertentu. Adakah aura yang terhasil dari zikir dan amalan juga kita panggil pakaian diri? Maiii laa bincang santai kot-kot ada sesiapa yang tahu.

Ada yang kata penggunaan bahan seperti kayu dan batu sebagai pakaian diri boleh digunakan sebagai asbab sesuatu kelebihan selagi tidak bergantung harap pada benda alah tu. Sejauh mana agaknya kita boleh menjaga hati. Ada juga kalau tertinggal cincin semasa nak piii kerja sanggup pusing balik kereta. Hihihihi.

Perawat mungkin dah jumpa macam-macam kes berkaitan dengan pakaian diri ni. Ada guna puteri kebaya laa ,.cik hijau laa, cik molek laa untuk kejelitaan. Ni pokcik sendiri pernah jumpa. Hihihi dok cerita bab perempuan saja satgi depa marah pulak sebab tak sebut pasaii orang lelaki. Hihihihi. Pokcik pernah dengar penggunaan jenglot digunakan utk dengkikan orang, pengasihan dan kekebalan pada pemiliknya. Entah pokcik pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Maiii laa kita borak santai bab pakaian diri ni. Pokcik pun bukan tahu sangat. Dok kutip dan baca pengalaman sahabat lain sebagai panduan dan pengajaran. Manalah tahu sahabat-sahabat pernah jumpa kes pakaian diri ni. Setahu pokcik, bab amalan yang bertentangan dan mensyirikkan Allah antara kes yang susah untuk diselesaikan selagi depa tak buang sendiri.Tambahan pula dah jadi darah daging. Lagi parah kalau dah tak sedarkan diri dengan kata lain nyanyuk. Entahlah noo. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

BATU KARANG BERGERAK

Image result for assalamualaikum image

Kali ni nak ceritakan sihir pulak noo. Ingat lama dah dulu pokcik pernah kongsikan bab dia piii ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor kata ada najis dalam rahimnya. Adoiiii pelik jugaklah pasaiii hamba Allah ni bukan mengandung. Alhamdulillah laa tak sempat nak operation. Pasaiiinya kalau tak salah pokcik lagi tiga hari dia nak kena operate. Alhamdulillah laa Allah bagi kesembuhan. Lama dah kira-kira tiga atau empat bulan lepas kiranya. Senyap laa kisahnya. Kiranya lama dah dia dok santai laa. Senang hati laa dan bersyukur sebab belum sempat kena bedah.

Nak dijadikan cerita, dia maiii pulak ke rumah pokcik dalam tiga atau empat hari lepas. Katanya dia baru balik dari hospital. Kali ni kisah lain pulak. Haritu kata najis dalam rahim. Kali ni batu karang pulak. Tudia aih katanya nak luruskan badan pun tak boleh. Kesian jugak nooo. Alhamdulillah laa Allah permudahkan. Takkan laa batu karang boleh bergerak kiri kanan, atas dan bawah.

Tapi tu bukanlah cerita pokcik malam tu mukadimah saja. Malam ni nak cerita pengalaman piii rumah ayahnya pulak. Maknya call bagitau ayahnya semput. Demam tak kebah-kebah. Badan tak panas tapi lemau katanya. Depa nak maiii umah tapi pokcik tak bagi sebabnya kesian jugaklah si hamba Allah ni dok terbaring saja katanya. Pii laa pokcik ke rumahnya. Dua hari lepas kot. Sesampainya di sana dia dok terbaring saja. Dia bangun sat apabila pokcik sampai tapi meminta izin untuk baring semula. Tak larat katanya. Check piii laa pokcik ni mohong-mohong. Dari pemerhatian pokcik dia disihir. Biasalah kerja mandur ni, dok marsh orang saja kerjanya. Ada laa dalam banyak-banyak tu tak puas hati. Tapinya pokcik kata kat dia, ikhtiar saja. Tak penting pun sapa yang buat.

Alhamdulillah selesai sahaja urusan dengannya dia dan isterinya mula bercerita. Dia pernah juga berubat di rumahnya di Neram dulu. Katanya dengan seorang perempuan. Yang tak syoknya dia ditipu. Aih gitu pulak. Pokcik tanya awatnya. Dia kata perempuan tu piii ambik barang di bawah rumahnya. Entah macam mana dia dapat tahu perempuan tu sendiri letakkan barang tu. Adoiiii kantoi pulak. Dah kantoi pun kena jugak RM 800 katanya. Hihi.

Macam-macam noo. Ingatkan perempuan tak reti mohong sangat. Parah jugak. Kakakkakkaka. Dia kata dah mohong satu hal, dia dok lagu tu jugak. Tak dak sikit pun perubahan. Xpaa laa, dah biasa buat kerja lagu tu kot noo. Ok habis saja usahakan suaminya pokcik usahakan isterinya pulak. Haih ni kes lain pulak. Katanya nak lena tak boleh. Awat pulak. Huhuhuhuhu.

Isterinya bagitau, tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan berasa lengan bahunya dipulas. Sakit oo kena pulas lengan ni. Lain laa ahli gusti. Depa biasa dah. Latihan pun cukup. Usaha jugaklah pokcik ni. Tapi seperti biasalah pokcik berpesan. Pokcik setakat ikhtiar sahaja. Bukannya gerenti boleh elok pun kalau pokcik usahakan. Pegang satu sahaja. Usaha dah buat.

Baru maiii penyerahan dan tawakkal kepada Allah. Semalam pokcik telefon dia kot. Semalam ke hari ni tak ingat dah pokcik. Maklumlah usia makin meningkat maka ingatan pun pelan lama pelan slow. Alhamdulillah dah katanya tidur. Tak dak dah pulas-pulas. Suami dia pun dah boleh bangun dan semakin pulih. Alhamdulillah moga dia pulih seperti biasa. Moga keluarga mereka terselamat daripada sihir dan sebagainya. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Mohon maaf andai ada sebarang salah dan silap. Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah dari khianat manusia dan makhluk halus. Harap dapat bertemu lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.





LUBANGNYA DITUTUP

Image result for assalamualaikum image


Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas. Jadinya marilah kita sama-sama memanfaatkan masa dan ruang yang diberikan dengan melakukan perkara yang berfaedah. Salah satu hobi Encik Omar ialah menyertai group Perubatan Islam, Mistik dan Seram dan seumpamanya. Pokcik berasa seronok membaca perkongsian daripada para penulis. Ada yang berkongsi pengalaman, adajuga yang kongsikan petua, berkongsi amalan dan sebagainya. Salah satu topik yang menarik hati pokcik ialah KUNCI. Macam-macam kelebihan dan ilmu orang kita noo.

Ada sahabat pokcik yang boleh mengunci pergerakan orang lain dengan cara menepuk paha orang saja. Perkara itu dilakukan sekiranya beliau berasa bosan dan ingin bersembang dengan seseorang dalam tempoh masa yang lama. Dengar kata hamba Allah yang ditepuk paha itu tidak dapat bangun selagi tidak dibuka semula. Kalau tak dibuka, berkulat bersawang laa di situ menurut cerita salah seorang hamba Allah. Wallahua'lam. Kalau nak cerita bab dia menggunakan jin atau sebagainya, pokcik tak berani bimbang terjadinya fitnah apabila bercakap tentang sesuatu yang kita bukan ahlinya.

Perihal arwah bapa mertua pula. Katanya kunci pergerakan. Pernah ada satu kes, isteri sahabatnya kena culik dan dibawa ke hutan. Biasalah bini tokey lombong mestilah masyuk. Katanya elok saja dia pergi ke hutan seorang diri dan mengambil isteri kawannya itu daripada penculik  macam tu saja. Penculik tu tidak boleh mengangkat senjata pun apabila berhadapan dengannya. Agaknya penculik itu makan  penampar saja kot sedas dua daripada arwah. Macam-macam no kelebihan orang kita.

Haa kali ni perkongsian yang melibatkan pokcik sendiri pula. Tak tahan juga apabila asyik bercerita tentang orang lain. Kononnya hari ini bercerita tentang kawan, esok bercerita tentang jiran , lusa bercerita tentang orang kampung sebelah manakala tulat bercerita tentang anak kawan kepada kawan jiran sebelah rumah pulak. Kakakkakakakakkaka. Gurau-gurau saja. Jangan marah noo. Orang tua sajalah suka melawak. Janganlah diambil hati. Nanti dah tak ada hati sebab selalu sangat ambil hati. Sesekali ambillah pedal ayam pulak. Buat masak kicap. Hihi.

Kisah pertama adalah tentang seorang hamba Allah yang dikunci sehinggakan ehem ehemnya tak naik. Kes ini berkaitan dengan seorang hamba Allah di Kuantan. Elok saja bekas bini keduanya berkata, AKU TAK DAPAT SEMUA TAK DAPAT. Faham-fahamlah apa maksudnya itu. Takkanlah tak dapat nombor ekor atau beli loteri  pula. Tudia.. Tak lama selepas itu jadilah tuttnya seperti kepala kura-kura yang asyik berada dalam cengkerang sahaja dan tak mahu melihat dunia luar. Faham kot Bahasa kiasan pokcik ini. Huhuhuhu…

Itupun kawannya yang beritahu kisahnya kepada pokcik. Dia tak kenal pokcik pun. Pokcik hanya kenal sahabatnya tu. Nak dipendekkan cerita, pergilah pokcik ke rumah kawannya tu pada waktu yang dijanjikan. Huhuhu dah jumpa pokcik, dia nampaknya malu-malu. Maklumlah kes macam ini. Lainlah kes sakit pinggang ke, kes lutut beralih kea tau sebagainya. Pendek tengkuk-tengkuk malu nak cakap. Macam kura-kura jugaklah. Pokcik faham sangat laa sebab perkara ni melibatkan maruah lelaki. Setelah bercerita walaupun dalam malu-malu itu pokcik pun terus memulakan langkah.

Hemboiihh piii laa pokcik ni mohong-mohong. Entah malam tu kaa esoknya pokcik lupa, dia bagitau pokcik dah Alhamdulillah. Suka laa dia.. Namun begitu, lama pokcik tak jumpa dia.. Dalam beberapa bulan. Baru ni kawan pokcik tu bagitau pulak. Dia kena santau pulak katanya. Muntah darah, batuk darah. Nak kata hamba Allah itu menghisap rokok, dia  tak hisap pun. Dia pergi ke mana untuk berubat memang pokcik tak tahu . Apabila masalah santau itu sembuh dengan izin-Nya tutttnya tak berfungsi lagi sekali. Lapaq betoiii gayanya bekas bini dia tu. Huhuhu. Kunci solex pulak kot kali ni. Pada hari yang dijanjikan berjumpalah kami buat kali kedua setelah beberapa bulan tak berjumpa. Hemboiihh jugaklah kali ni sampai keluaq urat-urat tengkuk. Dah ikhtiar tu tak dengar lagi laa bab tu. Kata kawan pokcik nampak dia ceria semacam jaa. Kalau tak macam ayam berak kapur. Pokcik faham laa.. Hihihi.

Kes kedua melibatkan seorang perempuan. Namun kes kali ini agak berbeza. Tapi kali ni ditutupnya pintu perempuan tu pula. Jenuh laa cari tak jumpa. Orang buta pun jumpa cari katanya.. Huhuhuhu. Maaflah bukan nak cerita kotor sebab ni benar-benar berlaku. Ni bukan kunci tapi mainan jin asyik. Bukan kunci nafsu tapi tutup pintu itu. Adoiii macam-macam. Jahat noo main dengan bab kunci dan tutup ni. Si isteri ditutupnya, si suaminya ditutup nafsu. Adoiiii jahat tahap apa tah ni. Dah laa tutup pintu tu, kalau jumpa pun tetiba lembik. Macam mana tu. Hemboihhh piii laa no mohong-mohong. Dalam mohong-mohong pun keesokannya suaminya bagitau lidah isterinya macam berbiji-biji seperti melecur. Panas laa kot kalau Allah izin bakar semua yang ada dalam badannya dan sekitarnya. Apa pun alhamdulillah suaminya kata. Alhamdulillah suka pokcik dengar.

Kini depa menerima cahaya mata lagi. Alhamdulillah syukur dengan ehsan Allah. Moga Allah memelihara mereka kerana mereka merupakan insan yang baik. Ujian ditempuhi dengan sabar. Alhamdulillah moga Allah menaikkan darjat mereka. Banyak aih kalau pokcik nak cerita bab ni mohong-mohong. Kawan pokcik yang tepuk paha tadi pun ada juga kes besar di Selangor bab tutup nafsu ni tapi pokcik tak boleh nak kongsikan. Hihihi.

Sekian saja laa noo bab kunci-kunci ni. Sebelum menutup cerita, izinkan pokcik mensumbangkan sebuah lagu. Kau kunci cintaku dalam hatimu.. Kakakkakakakkakkaka. Guarau-gurau saja. Jangan dok stress sangat. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada salah silap. Perkongsian ni bukan nak menunjukkan pokcik terer sebab mcm pokcik cakap, hemboiihh pun setakat mohong-mohong saja. Bimbang jugaklah. Tiba-tiba tak dak hujan tak dak ribut keluar status. JANGAN RIAK. Adoiiii parah. Wallahua'lam. Salam hormat semua.

BERAYA DENGAN PONTIANAK

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi buat sekian kalinya. Kali ini pokcik ingin kongsikan perihal ilmu seri wajah. Pada hari raya pertama pokcik telah menghubungi seorang hamba Allah. Sebenarnya hamba Allah ini telah menghubungi pokcik beberapa hari sebelum itu dan meminta pokcik ikhtiarkan adik iparnya.

Sebelum ini dia menghadapi masalah kerana pintu sliding rumahnya sering diketuk oleh sesuatu. Alhamdulillah setelah pokcik ikhtiarkan mengubah laluan jalan jin itu maka rumah adik iparnya itu kembali tenang. Namun begitu sebaik sahaja masalah pintu rumahnya berhenti diketuk kini timbul pula masalah baru.

Adik ipar lelakinya kini mendengar pula tapak kaki orang berjalan di tangga di dalam rumahnya. Kerusi dalam rumahnya pula sering ditolak oleh sesuatu. Sebaik sahaja pokcik mendengarnya pokcik meminta dia menghantar gambar adik ipar perempuannya itu. Daripada pemerhatian pokcik, dia ada mengamalkan sesuatu. Tidak hairanlah dia tidak mahu berikhtiar apabila dibawa berjumpa dengan ustaz perawat.

Kakak iparnya meminta pokcik usahakan kerana dia tidak mahu berubat. Mungkin perasaan sayang ada dalam dirinya tambahan pula melibatkan seri wajahnya. Oleh itu, pada hari raya pertama pokcik menghubungi dia. Ketika itu dia berada bersama dengan adik iparnya itu. Pokcik usahakan diam-diam agar dia tidak sedar akan usaha yang pokcik usahakan.

Seperti biasa, pokcik pagarkan dia bersama dengan makhluk yang mendampinginya itu. Ketika itu, pokcik terbayang wajah sesuatu dari dalam cermin. Tak lama kemudian, pokcik nampak bayangan keluar dari dalam cermin almari itu. Pokcik malas nak layan kerana itu mungkin perangkap jin bagi melalaikan pokcik. Pokcik teruskan usaha bagi menangkap makhluk itu. Rupanya seperti pontianak. Berbaju putih dan melayang. Apa pun gambaran yang kelihatan, pokcik tak mahu melayan.

Alhamdulillah akhirnya semuanya selesai dengan izin Allah dan pokcik menghubungi kakak iparnya itu untuk memaklumkan bahawa pokcik telah pun usahakan adik iparnya itu. Pokcik juga meminta dia melihat keadaan adik iparnya itu. Lemah katanya. Tiga hari lepas kakak iparnya itu menghubungi pokcik lagi. Alhamdulillah katanya. Rumah adik iparnya juga tidak lagi kedengaran apa-apa bunyi yang pelik. Alhamdulillah.

Namun begitu, adik iparnya juga mengadu dia letih dalam dua hingga tiga hari dan berasa tidak selesa untuk tidur. Kebiasaannya begitulah keadaan apabila tiada lagi makhluk yang mendampingi seseorang. Alhamdulillah. Pokcik berharap dia kembali insaf dan tidak lagi mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan syariat. Entahlah, sampai bila kita nak berwajah cantik. Sampai masanya ke dalam tanah juga. Serikanlah wajah dengan air wudhuk. In shaa Allah.

Moga berjumpa lagi pada lain kali seandainya diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. Moga kita terhindar daripada tipu daya syaitan yang menyesatkan. Aamiin..






Wednesday, 5 July 2017

BERBUAL DENGAN SAKA


Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi. Kisah ini berlaku pada hari pertama Hari Raya Eidulfitri. Alkisah, pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah untuk menceritakan perihal sakanya. Katanya dia bermimpi didatangi oleh arwah neneknya dan memintanya agar menerima dia.
Bukan nak kata apa. Saka seboleh-bolehnya tidak mahu berpisah dengan keturunannya. Entah apa perjanjian orang terdahulu gamaknya. Datang pulak dalam rupa orang yang kita sayangi. Dalam kes ini saka menyerupai neneknya.
Ketika sedang mengadu masalahnya, tiba-tiba hamba Allah ini menangis. Hahahahahaha. Bukan mengadu perasaan yaa. Jangan salah faham pulak. Menangis kira ok lagi. Tiba-tiba dia mula merasuk dan tidak sedarkan diri. Ni kebiasaannya berlaku kepada saka yang agak ganas dan bertindak untuk melindungi keturunannya. Keturunan apa entahlah. Hahahahahahaha.
Kebiasaannya kalau berdepan memang pokcik tak suka sangat melayan karenah saka ni. Disebabkan kami sedang bermesej maka pokcik terpaksa juga melayan. Bukan apa, saka atau jin ini penuh dengan tipu daya. Setiap patah perkataannya memang tidak boleh dipercayai. Sedangkan manusia yang nampak pada zahirnya pun boleh menipu apatah lagi jin yang ghoib pada pandangan mata.

Bukan main lagi dia mencabar pokcik. Psiko jin sebenarnya bagi menguji kita. Kononnya berani sangat laa. Hahahahahahaha. Jelas dia rasa terancam apabila hamba Allah ini menghubungi pokcik. Namun begitu bagi menutup kelemahan dan ketakutannya maka dia cuba provoke pokcik. Macam-macam karenah jin. Dahulu pernah pokcik kongsikan. Elok sahaja seorang hamba Allah datang berjumpa pokcik, dia terus mengilai. Hihihihi. Katanya sebelum berjumpa pokcik dia dah berubat. Entahlah.

Apa pun, nampak garang sangat pokcik cabar dia suruh tunggu. Orang Kelantan cakap bekeng. Hihihi. Bekeng sangat kononnya. Tak tunggu pulak tu. Nak lari katanya dan si hamba Allah ni terus sedarkan diri. Naklari ke mana agaknya. Semua dunia milik Allah. In shaa Allah, tak dapat lari ke mana pun dia apabila kita memohon padaNya untuk menangkap saka itu. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik dengan izin Allah. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Kesimpulannya, jangan terpedaya dengan tipu daya jin dan syaitan. Aamiin...







NAMA ALAM SEBELAH

Image result for assalamualaikum image
Senang nak buat bisnes sekarang ni.. Ada sahaja yang boleh dijadikan modal untuk membuat duit.
Bagi nama batu cincin dengan nama yang hebat-hebat dan pemberian orang sebelah maka batu tepi sungai pun laku.. Boleh pulak batu sungai dijual dengan harga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit. Itu tak termasuk lagi batu di ebay dan sebagainya. Kawan pokcik pernah jual batu kepada peniaga batu ni...

Katanya dia berjumpa dengan seketul batu berhampiran dengan pasu bunganya. Batu itu dijual kepada penjual batu inI. Apabila dapat kepada si penjual batu ini maka keluarlah cerita kayangan. Batu penarikan dari alam sebelah katanya. Batu pemberian puteri, putera, panglima alam sebelah katanya. Penarikan dari gunung itu ini katanya..

Maka, batu yang dibeli dari hamba Allah tadi berharga seketul besar RM50 lebih kurang dicanai pula hingga beberapa belas hingga puluhan dan dijual setiap satu dengan harga sekurang-kurangnya RM250 atau lebih. Bagi penggemar cerita kayangan dan alam sebelah yang digembar gemburkan maka mereka akan membeli batu pasu bunga ini dengan penuh bangga.. Cerita ini diceritakan sendiri oleh hamba Allah yang jumpa batu tepi pasu itu kepada pokcik sendiri. Bukan dengar dari mana-mana sumber yang tidak soheh..

Berbalik kepada cerita hari ini, nama di alam sebelah. Pokcik ada satu kisah bersangkut paut dengan kisah ini. Alkisah, suatu masa dahulu pokcik amat berminat dan boleh dikatakan agak taksub dengan pesona mistik ini. Sebab itulah sampai sekarang pokcik dapat mengenali orang yang taksub dengan pesona mistik ini. Ini kerana pokcik sendiri telah mengalaminya sendiri...

Pokcik pernah ke Johor berjumpa dengan bekas guru pokcik kerana berminat dengan alam mistik ini terutamanya berkaitan dengan bunian. Apabila mendengar sendiri kisah para sahabat yang pergi ke kem mistik maka pokcik menjadi amat tertarik. Katanya banyak pengalaman yang mereka lalui. Antaranya seorang peserta dirasuk oleh pontianak, seorang peserta ditarik jauh dan diseret oleh nenek kebayan, penampakan pocong ketika berseorangan dan paling menarik ialah terlihatnya pintu gerba ghoib terbuka.

Pintu gerbang ghoib yang terbuka ini dilihat sendiri oleh sahabat pokcik. Sahabat pokcik ini berada dalam group ini juga. Katanya pintu itu berbentuk bulat, warna cahaya kebiruan dan bersinar dengan terang. Pintu itu tertutup sendiri lebih kurang pukul 4.30 pagi. Katanya selain itu ada aktiviti sampingan yang dilakukan. Antaranya membakar sate ikan kepada jin. Menurutnya seorang perawat dari Sabah yang melakukannya bersama rakannya lari lintang pukang apabila pocong yang datang.

Jadinya pokcik mengajak sahabat pokcik ini pergi ke tempat itu sekali lagi. Destinasinya ialah di Hutan Linggiu Johor. Apabila telah ditetapkan masa pokcik pun bertolak ke sana. Kali ini sahabat dari Negeri Sembilan yang menceritakan perihal batu yang dijualnya itu kepada penjual batu permata itu turut serta. Kami akhirnya tiba di destinasi yang dirancang.

Sesampainya di sana pokcik ditunjukkan antara tempat-tempat berlakunya peristiwa yang berlaku pokcik ceritakan di atas tadi.. Kami berkumpul di tempat pintu gerbang ghoib terbuka. Setelah dibakarkan ikan tetapi bayangan jin hutan langsung tidak nampak maka sahabat pokcik pun mencabar semua penghuni hutan agar datang mengadap. Mungkin dia sengaja nak bikin panas memandangkan jam pada waktu itu sudah melepasi pukul 3.30 pagi..

Yang jauh datang rapat katanya. Yang berlindung di belakang pokok sila tampilkan diri. Yang terbang turun ke bawah. Yang di air sila naik ke darat. Yang di atas pokok sila turun ke tanah. Sila mengadap katanya. Lebih kurang macam tu laa panggilannya memanggil semua hantu hutan tu supaya datang mengadap. Suasana sunyi saja dan akhirnya selepas pukul 4.30 pagi kami semua berkemas pulang. Kerja sia-sia menghilangkan boring boleh laa kot no.

Tak lama kemudian pokcik berjumpa lagi dengan seorang sahabat pokcik. Kali ini sahabat pokcik di Damansara Perdana datang mengambil pokcik dan membawa pokcik ke Sunway untuk berjumpa dengan seorang lagi sahabat pokcik. Sahabat pokcik pula menceritakan pengalamannya ketika beraksi di Gunung Angsi seingat pokcik. Katanya di sana dia dan rakan-rakan mendapat gelaran dari Raja alam sebelah. Entah raja apa pokcik pun tak tahu...

Alkisah, suatu malam mereka berkumpul beramai-ramai. Tiba-tiba salah seorang rakan telah dirasuk. Katanya dia raja alam sebelah. Cara bercakap dan duduk dah tentu macam raja gamaknya. Mereka berkumpul di hadapan sahabat yang dirasuk itu. Sahabat yang dirasuk itu telah menunjukkan seorang demi seorang rakan yang berada di hadapannya.. Kawan pokcik yang bercerita ini kononnya dilantik menjadi raja atau panglima bagi tentera bunian di Langkasuka. Tentera di bawahnya serbanyak billion juga gamaknya..

Kawan pokcik yang berada dalam group ini mendapat tanah jajahan bunian di USA dengan bala tentera berjuta juga.. Tudia depa ni seronok bukan main. Dah laa dapat nama gelaran di alam sana, dapat pulak bala tentera sendiri. Semua orang yang mendapat nama gelaran tu siap cium tangan raja yang merasuk tu.. Hahahahhahahhaha. Tak apa laa.. Nak buat macam mana.. TAKSUB..

Cerita dipanjangkan lagi oleh kami. Sahabat menceritakan pula perihal tasik di tempatnya itu. Katanya tasik di situ berhantu dan sesiapa yang berjoging di situ selalu diusik. Ini termasuklah sahabat pokcik yang ada tentera berbillion itu.. Kakakakakakakkakkaa. Pokcik gelak pada sahabat pokcik tadi.. Haih ada tentera berbillion pun hanti usik juga..

Apa gunanya depa tu kalau tak dapat nak lindung raja atau panglimanya daripada diusik oleh hantu. Pokcik tanya lagi, dapat apa pulak dengan adanya gelaran tu. Kaya kaa sebab boleh dapat emas dari alam sana? Dia diam saja. Pokcik lanjutkan.. Hangpa TAKSUB sebab tu jadi macam tu. Entah SETAN mana yang merasuk hangpa percaya. Siap sorang-sorang pii cium tangannya..

Kakakkakakkakkaa. Kali ini dia menjawab, orang lain semua cium tangan apabila dapat nama gelaran tapi dia tak cium tangan.. Kakkakaakkakakaka.. Pokcik tak mahu komen bab tu sebab pokcik tak ada di situ ketika kejadian hahahhahhahaha. Kesimpulan daripada cerita pokcik, bersederhanalah dalam semua perkara kecuali dalam amal ibadat. Berhati-hati dengan pesona mistik sebab ia melalaikan. Kebanyakannya hanya indah khabar daripada rupa.. KITA TAKSUB KITA HANYUT. Sekian.. Wassalam..

KASYAF ATAU PANDANGAN MATA JIN?

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah dipertemukan lagi kerana dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Dalam bulan puasa tempoh hari pokcik ke rumah mak menakan pokcik di Taman Datuk Rasyid Kuantan.. Pergi bukannya ada apa sangat. Nak hantar ikan pekasam kiriman orang Perlis yang diorder oleh para sahabat mak menakan pokcik ini.. Jenuh jugaklah dok tunggu ketibaan bas yang bertolak dari Perlis ke Kuantan tu. Dalam pukul 10.30 malam jugaklah bas tiba.

Sebaik sahaja bas tiba, pokcik terus mengambil kotak yang dikirim dan bergegas ke rumah mak menakan pokcik ni. Lebih kurang pukul 11 malam pokcik pun sampai di rumahnya. Berborak laa kami di rumahnya ditemani dua orang sepupu ( anak mak menakan ). Tiba-tiba sepupu pokcik maiii duduk sebelah.. Haih lain macam saja.. Tiba-tiba saja choihh dok sebelah.

Dia pun menceritakan perihal dirinya yang selalu nampak makhluk ghoib di sekolah tahfiznya. Nampak penampakan, makhluk yang bergerak dengan pantas dan juga cahaya terang di dalam biliknya. Katanya lagi seketika tadi ada orang berserban dan berjubah putih berada betul-betul di sebelahnya. Duduk sambil tangannya seperti menongkat dagu pada bahagian pemegang tangan sofa yang dia duduk.. Hihihihi.. Tok syeikh mana pulak ni...



Emaknya juga bercerita sejak kecil lagi dia sudah nampak entiti.. Keadaan itu seperti ada orang sebelah ingin mendampinginya atau nak berkawan dengannya. Namun begitu emaknya tidak mahu anaknya berkawan dengan makhluk ghaib itu dan meminta anaknya menafikan kewujudan makhluk itu.. Hihihi. Seorang ibu yang bijak..

Apa pun, walaupun kita cuba dari segi psikologi bagi pihak kita namun pihak satu lagi pun ada juga kehendak yang ingin dicapai oleh mereka. Pernah katanya ketika masih kecil, anaknya itu telah terjatuh ke dalam longkang. Pengsan gamaknya dalam longkang tu.. Entah macam mana tiba-tiba anaknya diangkat ke atas. Dia berasa lain macam dan berpesan kepada makhluk itu agar jangan berkawan dengan anaknya..

Baru-baru ini anaknya ditindih oleh suatu makhluk dan sejak itu dia sering demam. Namun begitu, si ibu masih berusaha agar anaknya menafikan kewujudan makhluk itu dan meminta anaknya menganggap kejadian itu berlaku kerana kekejangan otot.. Namun dalam hati ibu, pokcik faham. Sebab itulah ketika anaknya sedang nyenyak tidur dia berpesan lagi kepada makhluk itu agar menjauhi anaknya.. Mau tak pesan katanya, dia rasa lain macam ketika berada di dalam bilik bersama anaknya yang demam itu.

Dipendekkan cerita, pokcik meminta si anak duduk di kerusi berhadapan dengan pokcik. Pokcik check dari jauh, tak ada pulak kesan gangguan. Lain macam ni. Adakah entiti menyorok atau sudah lari? Ataupun si anak ada kelebihan dari kecil.. Pokcik tak mahu membuat kesimpulan awal. Kali ni pokcik memintanya duduk di hadapan pokcik pula.

Pokcik cuba psiko entiti tu.. Tak ada rupanya pada dia.. Pokcik bercakap dengan tujuan makhluk yang berada dengannya leka sekiranya ada. Dalam diam pokcik pagarkan dia bersama makhluk itu. Hihihi.. Kali ini pokcik berjaya mengesan dua ekor makhluk yang mengganggu. Seekor di bahagian atas cuping telinga berhampiran kepala dan seekor lagi pada bahagian lutut kirinya.

Pokcik bertanya kepadanya apa rasa sekarang. Dia kata berdebar-debar dan takut.. Pokcik lanjutkan lagi pertanyaan, di mana terasa ada anggota menekan, bersenyut atau sebagainya. Dia diam seketika. Pokcik kata di belakang kepala bahagian kiri ada tak rasa.. Dia kata tak ada apa rasa di situ. Pokcik senyum sebab benda tu berjaya duduk dengan diam dan berjaya menyembunyikan kewujudannya.

Pokcik bertanya lagi, apa rasa pada bahagian lutut kiri. Ada rasa katnya. Maksudnya yang bahagian berhampiran kepala tu lagi terer laa sebab berjaya menyembunyikan diri tanpa dikesan. Tanpa cakap banyak, pokcik terus ikhtiar menarik keluar makhluk di kepalanya. Terasa ada benda keluar katanya. Hihihi.. Pokcik senyum je laa.. Makhluk itu yang selama ini mempengaruhi pemikiran dan dia melihat dari pandangan mata jin.

Selepas itu pokcik beralih ke bahagian lututnya pulak. Pokcik berdoa agar Allah membakar makhluk itu.. Terasa lututnya kembang katanya. Lepas itu pokcik tarik keluar dengan seizin Allah. Alhamdulillah, terasa selepas kembang itu ada benda meluncur laju keluar katanya. Alhamdulillah selesai urusan, pokcik ikhtiarkan tutup pintu ghoib pada badannya.. In shaa Allah moga selepas ini tiada lagi penampakan.

Dalam dok berborak selepas itu, menunjukkan pukul 3 pagi. Pokcik mengajak orang rumah balik. Sesampai di rumah, buat laa apa yang patut sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Gamaknya dalam pukul 4.30 baru pokcik masuk tidur dan minum segelas air untuk bersahur. Hihihi.. Jaga-jaga dah 6.10 pagi. Selesaikan kewajipan kepada Allah dan haih tidur semula. Maklumlah cuti.. Hihihi...Sekian perkongsian pada kali ni. Moga peroleh manfaat.. Maaf andai ada salah silap. Moga berjumpa lagi dan diberikan kesempatan lagi oleh Allah untuk menambah bekalan di sana.. Semua yang baik datang daripada Allah..Salam hormat semua.. Wassalam.

Monday, 26 June 2017

SAKA PESAKIT JANTUNG

Image result for assalamualaikum image
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah. Dapatlah kita melihat sedetik lagi keindahan alam maya ini. Kali ini pokcik ingin kongsikan satu lagi kisah. Suatu hari emak pokcik memberitahu sahabat pokcik di kampung telah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Kejadian ini berlaku dalam bulan Ramadan juga.

Biasanya serangan jantung ini berlaku kepada orang-orang kaya sahaja. Maklumlah kurang melakukan senaman dan kandungan kolesterol dalam badan tinggi. Agaknya laa. Pokcik bukan doktor. Hihihihihi. Namun begitu, sahabat pokcik ini meupakan seorang peneroka dan mengambil upah menyabit buah kelapa sawit.

Menurut sahabat pokcik ini, yang pokcik temui setelah dia sudah sembuh dan dibenarkan pulang, dia terkena ketika berada di ladang kelapa sawit. Ketika serangan berlaku dia menjangkakan serangan angin sahaja kerana perut kosong. Maklumlah bulan puasa. Pokcik tak tanya pulak dia puasa ataupun tidak. Hahahahahahaha.

Menurutnya lagi, dia terus menghidupkan enjin motosikalnya dan pulang ke rumah. Beberapa kali juga katanya dia terpaksa memberhentikan motosikalnya kerana terlalu sakit dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Dia gagahi juga dan akhirnya sampai juga ke rumah. Sesampai di rumah, orang rumahnya ingin membawanya ke hospital namun dia berkeras kerana hanya menjangkakan serangan angin akibat perut kosong.

Namun begitu, akhirnya dia bersetuju juga untuk ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan itu. Dia dikejarkan ke Hospital Besar Bandar Pusat Jengka sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Temerloh. Mungkin kurang kepakaran di sana, dia dikejarkan ke Hospital Besar Kuantan. Dia dimasukkan alat dan alhamdulillah jantungnya kembali stabil. Namun begitu, timbul pula masalah baru. Dia mula mengalami demam yang kuat.

Demamnya bermula dari waktu Asar hingga ke malam. Pada pagi esoknya demamnya kebah seperti tidak mengalami demam sebelumya. Setelah berehat selama dua hari di Hospital Besar Kuantan, dia dipindahkan pula ke Hospital Besar Temerloh. Ini bagi memudahkan orang rumahnya berulang-alik dari rumah mereka di Jengka ke situ. Walaupun sudah seminggu di hospital namun demamnya masih berlaku. Doktor pun naik hairan dan tidak membenarkan dia dibawa pulang.

Apa tidaknya, siang hari sihat seperti biasa dan suhu badannya normal. Menjelang Asar ke malam badannya mula kesejukan dan katanya dia terpaksa berkelumbung litup bagi menahan kesejukan, Memandangkan pokcik tidak sempat menziarahinya di Kuantan maka pokcik tela pun pergi ke Temerloh untuk melihat keadaannya. Kelihatan dia ceria menyambut kehadiran pokcik sekeluarga. Dia mengadu masalahnya kepada pokcik.

Ketika sedang berbua itulah, pokcik dalam diam cuba melihat apa yang ada pada dirinya. Ternyata masalah SAKA. Namun begitu pokcik tidak memberitahunya akan masalahnya itu. Tambahan pula ketika berbual di luang legar di Hospital Besar Temerloh itu kami dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya yang turut menziarahinya. Lebih kurang pukul 6.20 petang pokcik beredar pulang tanpa sepatah pun memberitahu dirinya akan masalahnya itu.

Namun begitu, lebih kurang pukul 9.30 malam orang rumahnya datang ke rumah emak pokcik. Katanya Keri ( suaminya ) demam dengan kuat ketika itu. Dia datang membawa sebotol air mineral dan meminta pokcik mendoakan air itu. Rupa-rupanya, ada dalam kalangan ahli keluarga pokcik yang memberitahunya agar meminta pokcik ikhtiarkan. Sememangnya pokcik tidak pernah mengaku boleh ikhtiarkan sebarang penyakit mistik di kampung. Sememangnya itu rahsia pokcik dan memang pokcik tak mahu dikenali. Oleh sebab pokcik telah pun melihat gambaran secara kasar tentang masalah suaminya itu maka pokcik pun meminta nama penuh suaminya.

Pada malam itu juga, pokcik usahakan masalah SAKA suaminya itu. Setelah semuanya selesai dengan izin Allah, pokcik pun mendoakan air yang dibawanya pula. Dia berjanji akan membawa air itu ke hospital keesokan harinya. Setelah selesai semua urusan, pada malam itu juga pokcik telah bertolak pulang ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah. Keesokan harinya, isterinya telah membawa air yang didoakan itu ke hospital. Sehari selepas itu pokcik mendapat perkhabaran daripada kakaknya, adiknya itu telah dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor telah berpuas hati kerana suhu badannya kembali normal pada sebelah siang dan malam. Dengan izin Allah dia tidak lagi demam. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dia kembali sembuh seperti sedia kala. Moga bertambah keimanan dan keyakinan kita semua kepada Allah dan kebesaran mukjizat AlQuran. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada tersilap kata dan sebagainya. Untuk makluman semua sahabat, kakak sahabat tadi juga memberitahu masalahnya dengan suaminya tetapi soal jodoh ini pokcik suka serahkan bulat-bulat kepada Allah. Sekian dan salam hormat. Wallahua'lam.

Saturday, 24 June 2017

KETUA KAMPUNG

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulilllah dipertemukan sekali lagi oleh Allah kerana dipanjangkan usia sedetik lagi. Ini juga merupakan kes yang pokcik usahakan dalam bulan puasa ini. Selagi nafsu bersarang di hati maka akan berlaku lagi kes seumpama ini. Syaitan memang dibelenggu tetapi usaha syaitan dan iblis mendidik prilaku selama sebelas bulan susah dikikis dalam masa sebulan puasa sahaja kecuali sesiapa yang istiqomah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Kali ini kisah pokcik bawa dari Sabah. Alkisah, suatu hari seorang sahabat telah menghubungi pokcik dan meminta agar diusahakan ayahnya. Sebenarnya dia telah memberitahu secara umum dalam group dan memberitahu ahli group bahawa dia mengambil cuti dan berada di kampungnya di Sabah kerana menjaga neneknya dan ayahnya yang tidak sihat. Kebiasaannya ahli group akan berkongsi masalah mistik sahaja dalam group tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.

Memandangkan sahabat ini salah seorang ahli group maka pokcik memintanya menghubungi pokcik agar memberitahu masalahnya. Lama juga dia menyepi tanpa memberitahu pokcik. Pokcik sudah menjangka, dia mencari perawat berdekatan di Sabah untuk ikhtiarkan ayahnya. Tambahan pula, mesejnya kepada pokcik selepas ini, dia memberitahu dirinya dan ahli keluarganya demam secara bergilir-gilir ketika menjaga ayahnya itu. Sama ada ia demam biasa atau ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh ayahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Setelah memyepi daripada membalas mesej pokcik tetapi pada suatu malam dia menghubungi pokcik untuk memberitahu masalahnya dan keluarganya itu. Menurutnya, ayahnya baru sahaja dilantik sebagai ketua kampung. Semenjak dilantik ayahnya mula sakit. Dilantik sebagai ketua kampung je pun, bukannya CEO syarikat. Hahahahahhahahha. Itulah sikap manusia. Mereka yang mempunyai perasaan iri hati dan seumpamanya pasti akan mencari jalan untuk memastikan sesiapa yang diberikan pangkat atau sebagainya tidak selesa, sakit dan seterusnya melepaskan jawatan yang disandang.


Menurut sahabat ini lagi, dia telah membawa ayahnya untuk berikhtiar di beberapa buah pusat perubatan di sana tetapi masih tidak berjodoh. Satu sahaja yang kita perlu pegang kuat-kuat. Tiada daya upaya manusia. Semuanya milik Allah. Ketika dia menghubungi pokcik, tangannya berasa kebas dan bahunya terasa sakit. Biasalah... Kebiasaanya kes sihir memang seumpama ini. Kadang kala orang yang membawa pesakit itu pergi berubat pun akan diserang. Ada hamba Allah yang terus merasuk ketika mesej pokcik untuk meminta pokcik ikhtiarkan. Tak kurang juga yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa mereka sedari. Semua itu hanya permainan jin dan syaitan untuk melemahkan pesakit dan mengancam serta memberi amaran kepada orang yang ingin ikhtiarkan.

Katanya lagi, rumahnya sering dikunjungi oleh belalang yang berwarna hijau. Mungkin belalang daun dan mungkin juga pelesit. Namun begitu pokcik merasakan ia hanya belalang biasa dan bukannya pelesit yang dihantar oleh tuannya bagi merasuk di sakit. Pelesit hanya dihantar oleh tuannya untuk merasuk. Biasanya mangsa yang dipilih ialah perempuan yang sedang mengandung atau orang yang lemah semangat. Setelah berjaya merasuk, tuannya akan datang untuk ikhtiarkan orang yang dirasuk itu. Ini biasa berlaku di kampung-kampung pada suatu masa dahulu. Kebiasannya bidan kampung dahulu ada membelanya walaupun tidak semua.


Memandangkan ayah hamba Allah ini lelaki dan dia pula tidak dirasuk maka pokcik menolak kemungkinan ia angkara pelesit. Dia juga memberitahu bahawa ayahnya sering batuk pada waktu malam. Keadaan itu berlaku selepas Asar dalam lingkungan pukul enam petang sehinggalah keesokan harinya. Letih juga kalau batuk seumpama itu. Perit leher dan kemungkinan berlaku pendarahan dalaman. Tidak hairanlah dia juga batuk berdarah. Menurutnya lagi pihak hospital tidak dapat mengesan punca penyakit yang dihadapi oleh ayahnya. Kalau pihak hospital dapat kesan, kita tak panggil pula sebagai masalah mistik. Hahahahahahahhahaha.

Kalau si sakit boleh batuk semalaman sehingga kehitaman seluruh muka maka ia bukan sesuatu yang biasa. Sudah tentu ada puncanya. Pokcik cuba kesan apa puncanya daripada gambar yang dihantar. Ternyata segak orangnya sungguh pun sudah berusia. Ada ketokohan daripada penampilannya. Pokcik cuba mendapatkan gambaran sama ada ia saka, gangguan biasa atau sihir yang dihantar. Ternyata kesan-kesan gangguan pada tubuhnya menunjukkan ia disihir. Wallahua'lam. Sihir hanya tertumpu pada bahagian dada sahaja. Bahagian lain nampaknya tidak terjejas. Memandangkan ia hampir menjadi masalah fizikal maka pokcik hanya meminta dia menyediakan air mineral agar pokcik dapat doakan.

Sekiranya Allah masih tidak mengizinkan maka pokcik berniat untuk melakukan seperti biasa iaitu keluarkannya dengan paksa dan cara yang lebih kasar dengan memohon doa agar Allah membakar hangus gangguan itu. Syaitan, iblis dan jin yang mengganggu ini sehingga mengakibatkan seseorang susah untuk beribadah kepada Allah tidak harus dibiarkan. Bukankah iblis sudah bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan umat manusia dan mengheret kita sama masuk ke neraka? Jadinya, mereka susah smestinya tidak harus dibiarkan. Begitu juga dengan mereka yang turut bersetongkol dengan iblis. Mereka harus dibawa kembali ke jalan yang benar.

Apa pun, alhamdulillah usaha pokcik pada kali ini sekali lagi diperkenankan oleh Allah. Pokcik dihubungi lagi oleh si anak untuk memberitahu perkembangan ayahnya itu. Alhamdulillah katanya. Perkembangan ayahnya beberapa hari selepas itu juga dimaklumkan kepada pokcik. Begitulah antara satu lagi kisah yang melibatkan sihir yang pokcik usahakan dalam bulan puasa ini. In shaa Allah pada lain masa pokcik akan kongsikan lagi kisah gangguan yang berlaku pada bulan puasa ini. Memandangkan esok umat Islam akan menyambut Hari Raya EidulFitri maka pada kesempatan ini pokcik ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengenali pokcik, sahabat ada terasa hati, terguris perasaan dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, kita semua tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Hanya kepada Allah tempat kita memohon keampunan.


Moga berjumpa lagi pada lain masa sekiranya Allah masih memanjangkan usia kita. Akhir kata, ingatlah permainan jin, syaitan dan iblis ini tidak bawa kita ke mana. Apabila datang yang haq maka hapuslah yang bathil. In shaa Allah. Hanya kepada Allah tempat kita meohon perlindungan dan hanya kepadaNya kita memohon pertolongan dan keampunan. Bertaubatlah selagi Allah masih memberikan nikmat nafas untuk kita hidup. Wallahua'lam. Salam hormat semua.